Anda di halaman 1dari 6

SEM 4/ SESI 2022

PENDIDIKAN ISLAM A06401


PENTAKSIRAN BERTERUSAN
TAJUK: KHIDMAT MASYARAKAT

NAMA : MUHAMMAD DELVIN BIN ZAINODIN


KURSUS : 2 SVM MTK
N.O KAD PENGENALAN : 041126100615
NAMA PENSYARAH : PN. MUNIRAH BINTI ABU SEMAN
LOKASI : KELAS 2 SVM MTK, KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI BULOH
TARIKH : 31/3/2022
1.0 PENGENALAN
Khidmat masyarakat ialah kerja-kerja kemasyarakatan yang dilaksanakan secara
berkumpulan dan mempunyai matlamat serta tujuan tertentu. Tujuan program ini dilakukan
adalah untuk meringankan beban, memberi manfaat dan kesejahteraan kepada komuniti
tertentu. Program ini digalakkan untuk dilakukan secara berkumpulan untuk memberi hasil
dan impak kepada komuniti yang menerima. Program khidmat masyarakat adalah suatu
aktiviti yang amat penting untuk memupuk perasaan muhibah antara komuniti.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 TARIKH DAN TEMPAT AKTIVITI DILAKSANAKAN
Kami melaksanakan aktiviti ini pada 31 Mac 2022 di kelas 2 SVM MTK, Kolej Vokasional
Sungai Buloh.

2.2 BILANGAN PESERTA YANG HADIR


Bilangan peserta seramai 9 orang dan cikgu pengiring

2.3 MATLAMAT YANG INGIN DICAPAI


Matlamat yang ingin kami capai ialah supaya menjadikan kelas bersih dari sebarang
kekotoran dan kemas. Selain itu, membuat pelajar dan guru lebih selesa untuk belajar dan
mengejar di dalam kelas. Akhir sekali, kelas yang tersebut dapat menjadi contoh kepada
kelas lain untuk diikuti.

2.4 KAEDAH PERLAKSANAAN


Kaedah yang digunakan ialah menyusun kerusi dan meja, menyapu sampah, mengelap
tingkap, memadam papan putih,mengelap meja, menampal info tambahan di papan
kenyataan dan membersihkan kipas.

2.5 BAHAN/PERALATAN YANG DIGUNAKAN


Penyapu, penyodok, tong sampah, kain lap, bulu ayam, pemadam papan putih dan plastik
sampah.
3.0 AKTIVITI YANG DIJALANKAN
3.1 PENGLIBATAN
Aktiviti yang dijalankan seramai 9 orang termasuk guru pengiring.

4.0 HURAIAN PENILAIAN


4.1 MAKLUMBALAS PESERTA
Antara maklumbalas yang diterima oleh peserta ialah mereka berasa sangat gembira kerana
dapat melakukan aktiviti ini bersama-sama dan merapatkan hubungan silaturrahim antara
mereka.
Selain itu, mereka juga berasa berpuas hati kerana dapat melakukan membersihkan kelas
untuk kegunaan pelajar dan dalam pada masa dapat menambah pahala mereka.
Seterusnya, mereka juga turut berasa bersyukur kerana dijemput melakukan aktiviti
pembersihan atau gotong royong ini dan dapat menambah kenalan baharu.
Akhir sekali, mereka juga bersemangat untuk mengerah keringat membuat kerja – kerja
membersihkan kelas memandangkan mereka mempunyai masa yang terluang.

5.0 PENCAPAIAN AKTIVITI


5.1 HASIL YANG DICAPAI DARIPADA PERLAKSAAN AKTIVITI
Kelas yang dibersihkan lebih selesa untuk pelajar dan guru gunakan. Selain itu, pelajar akan
berasa semangat untuk menuntut ilmu kerana persekitaran yang bersih. Seterusnya, guru
juga turut berasa seronok untuk mengajar kerana kelas kelihatan ceria. Akhir sekali, ilmu
yang dipelajari dapat mudah memasuki dalam ingatan kerana persekitarannya yang tenang.

6.0 KEMAJUAN/MASALAH
6.1 SECARA RINGKAS HURAIKAN KEMAJUAN/MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA
PERLAKSANAAN AKTIVITI
Masalah yang dihadapi ialah kekurangan tenaga kerja memandangkan kelas yang
dibersihkan agak besar dan ahli kumpulan yang tidak terlalu ramai. Selain itu, kekurangan
peralatan dan waktu mengemas yang agak terhad memandangkan kami akan menduduki
peperiksaan percubaan tidak lama lagi. Akhir sekali, peserta serta guru pengiring kurang
bermotivasi semasa program khidmat masyarakat ini dijalankan. Hal ini menyebabkan guru
pengiring tidak membuat persiapan awal.
7.0 CADANGAN
7.1 HURAIKAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
Bilangan guru pengiring serta peserta perlulah ditambahkan. Hal ini kerana kerja atau aktiviti
dapat disiapkan dengan lebih cepat dan dapat menjimatkan masa. Selain itu, ini dapat
memberikan pengalaman kepada sesetengan individu yang terlibat. Cadangan yang
seterusnya adalah guru pengiring perlulah menyediakan perlatan yang secukupnya untuk
digunakan dalam aktiviti pembersihan dan dapat mengelakkan dari peserta yang terlibat
berebut untuk menggunakan perlatan. Disamping itu, mengadakan taklimat ringkas sebelum
program ini dijalankan supaya peserta dan guru pengiring dapat membuat persediaan
tentang apa yang ingin dilakukan.

8.0 GAMBAR AKTIVITI


9.0 PENUTUP
9.1 RUMUSAN AKTIVITI
Antara aktiviti yang kami dapat simpulkan adalah kami menyapu lantai kelas dengan
menggunakan penyapu yang disediakan. Selain itu, kami juga Menyusun meja dan kerusi
untuk menampakkan keadaan dalam kelas lebih teratur. Seterusnya, kami juga
membersihkan habuk yang ada pada meja, kipas dan tingakap menggunakan bulu ayam
dan kain lap. Akhir sekali, kami membersihkan papan putih yang penuh dengan nota yang
ditulis oleh cikgu yang mengajar menggunakan pemadam papan putih.

9.2 UCAPAN PENGHARGAAN KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT


Pertama sekali, ucapan terima kasih didedikasikan kepada koordinator 2 SVM MTK dan
guru pengiring kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk dengan membenarkan
kami membuat pentaksiran berterusan khidmat masyarakat di kelas 2 SVM MTK. Kami juga
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Munirah Binti Abu Seman yang
banyak memberi tunjuk ajar dalam menyiakan aktiviti ini.
Seterusnya, penghargaan ini juga ditujukan kepada pelajar dari ahli kumpulan lain yang sudi
menolong kami dalam aktiviti ini. Selain itu, tidak lupa juga sahabat kami, Mohammad Akmal
Hakiem Bin Syamsudin yang membantu menjadi jurugambar kami dalam aktiviti ini. Terima
kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak lansung
dalam pentaksiran berterusan ini.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………… …………………..
( Muhammad Delvin Bin Zainodin) ( MUNIRAH BINTI ABU SEMAN)

Anda mungkin juga menyukai