Anda di halaman 1dari 29

BAB 3

KESELAMATAN MAKMAL

Pengenalan

Sejarah perundangan keselamatan di negara ini bermula pada tahun 1890 iaitu apabila undangundang The Perak Order In counsil digubal di negeri Perak dalam industri perlombongan bijih timah. Kemudian undang-undang ini diperluaskan penggunaannya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1908. Selepas perang dunia kedua, negeri-negeri di semenanjung Tanah Melayu menguatkuasakan perundangan yang seragam di negeri masing-masing dengan lulusnya The Machinery Ordinance atau Ordinan Kejenteraan pada tahun 1953. Ordinan ini mula di perkenalkan di sektor industri bagi memastikan setiap tenaga kerja diberi perlindungan keselamatan dan kesihatan yang sewajarnya. Ordinan ini kemudiannya diperkemaskan lagi pada tahun 1967 dan dikenali sebagai Akta Kilang dan Jentera. Ia dikuatkuasakan oleh Jabatan Kilang dan Jentera di bawah Kementerian Buruh pada masa itu. Pada tahun 1984 Akta Petroleum dipraktikan dan pada tahun 1994 Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) atau (OSHA) pula diperkenalkan bagi meningkatkan piawai keselamatan dan kesihatan tenaga kerja secara bersepadu.

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), mula diperkenalkan pada 25hb. Februari tahun 1994. Ia merupakan satu akta untuk membuat peruntukan lanjut bagi memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan tenaga kerja dan orang-orang yang berisiko kepada kemalangan dan kesihatan di tempat kerja dilindungi. Akta ini juga telah memperuntukan usaha menubuhkan Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

62

Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di gubal disebabkan terdapatnya beberapa kelemahan dari aspek perlindungan di dalam Akta Kilang Dan Jentera 1967 di ketika itu, di mana skop akta tersebut hanya melindungi industri pembuatan sahaja. Manakala Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pula melindungi hampir semua industri kecuali tenaga kerja yang bekerja di atas kapal dan angkatan tentera. Antara sebab lain adalah kerana statistik atau indikator kemalangan dalam industri pada masa itu berada pada tahap yang membimbangkan.

Bagi memastilkan amalan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja dilaksanakan secara serius di sektor industri, kerajaan telah menubuhkan pelbagai agensi, khusus untuk isu ini. Agensi-agensi yang ditubuhkan ini berfungsi untuk memartabatkan setiap akta dan undang-undang yang digubal di samping bagi memastikan setiap tenaga kerja mendapat hak dan perlindungan diri dari segala bentuk ancaman serta cabaran yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan di sektor berkenaan. Di antara agensi kerajaan yang terlibat dalam isu keselamatan dan kesihatan adalah:

i.

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan kerjaan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Perkerjaan (JKKP) yang sebelum ini dikenali sebagai Jabatan Kilang dan Jentera merupakan salah satu jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia. Matlamat umum jabatan ini adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan tenaga kerja dan melindungi orang-orang lain di tempat kerja sama dari segala bentuk ancaman keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktivitiaktiviti tenaga kerjaan. Begitu pun matlamat khusus jabatan ini adalah untuk:

a.

Menggubal dan mengkaji dari semasa ke semasa melalui proses tripartisme terhadap dasar, undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan tenaga kerjaan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.

63

b.

Memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan terhadap majikan, orang bekerja sendiri, pereka bentuk, pembekal, pengimport dan tenaga kerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat serta sentiasa mematuhi kehendak undang-undang, tata amalan dan menerima pakai garis panduan sedia ada.

c.

Membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuan-persatuan majikan, tenaga kerja serta para profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan tenaga kerjaan.

ii.

Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara.

Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (IKKPN) atau juga dikenali sebagai NIOSH telah ditubuhkan pada Disember 1992 dan berfungsi untuk:

a.

Memberi sumbangan dalam usaha meningkatkan keselamatan dan kesihatan dalam aktiviti tenaga kerjaan melalui pembangunan kurikulum dan program latihan kepada tenaga kerja dan majikan.

b.

Membantu industri menyelesaikan masalah berkaitan keselamatan dan kesihatan.

c.

Memberi maklumat keselamatan dan kesihatan dari dalam dan luar negara kepada individu dan pihak berkenaan.

64

d.

Memberi bimbingan terutamanya dalam kajian jangka panjang atau jangka pendek dalam isu keselamatan dan kesihatan.

e.

Menyebarkan maklumat serta menjadi pusat rujukan berkaitan keselamatan dan kesihatan.

Begitupun tujuan utama penubuhan agensi ini adalah bagi memastikan persekitaran kerja yang selamat dan sihat kepada semua yang terlibat dalam semua industri, membangunkan budaya sihat dan selamat dengan menyediakan latihan keselamatan dan kesihatan kepada tenaga kerja serta memastikan pihak pengurusan bertanggung jawab terhadap polisi keselamatan dan kesihatan yang telah ditetapkan.

iii.

Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (MSBKKP) telah ditubuhkan seperti mana yang dikehendaki oleh Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 di bawah seksyen 8. Matlamat penubuhan majlis ini adalah bagi tujuan membincang, mengkaji dan menyiasat melalui proses tripartisma dan seterusnya mengemukakan kepada Menteri Sumber Manusia mengenai perkara-perkara yang selaras dengan tujuantujuan Akta Keselamatan Dan Kesihatan pekerjaan 1994 bagi memperbaiki tahap keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam semua sektor industri.

Di antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh majlis ini adalah seperti mengadakan kempen keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, melakukan lawatan ke tempat kerja, menjalankan aktiviti promosi dan siar raya di televisyen, radio, akhbar dan semua media massa yang lain. Bagi memangkin kesedaran amalan keselamatan dan kesihatan, majlis ini juga mengadakan anugerah keselamatan dan kesihatan setiap tahun kepada majikan yang telah menunjukan prestasi cemerlang dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan.

65

iv.

Pertubuhan Keselamataan Dan Sosial

Pertubuhan Keselamataan Dan Sosial (PERKESO) atau juga dikenali sebagai Social and Security Organisation (SOCSO) telah ditubuhkan pada Januari 1971. Pertubuhan ini adalah merupakan agensi yang mentadbir skim keselamatan dan sosial yang memberi perlindungan kepada para tenaga kerja terhadap beberapa kejadian luar jangkaan seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan dan kematian. Objektif skim ini adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada tenaga kerja apabila berlaku kejadian luar jangkaan.

Agensi ini beriltizam untuk membentuk serta mengekalkan keselamatan dan kesihatan tempat kerja yang selesa ke arah membendung kecederaan akibat pekerjaan di samping kerosakan harta benda dan nyawa dengan:

a.

Memperkembangkan program untuk melatih tenaga kerja mengenai pencegahan kemalangan dan kesihatan.

b.

Menyemai hemah untuk mengawal tindakan individu yang memudaratkan keselamatan dan kesihatannya dan orang lain.

c.

Sentiasa mengemas kini perubahan piawaian keselamatan dan kesihatan, trend serta teknik.

d.

Memeriksa secara kerap ke atas kemudahan-kemudahan pejabat untuk mengenalpasti dan membetulkan apa-apa kelemahan dari aspek keselamatan dan kesihatan.

66

e.

Mengulang kaji rancangan untuk logi baru atau yang dijangka, kemudahan kelengkapan pejabat supaya terjamin rekabentuk dan pembinaan serta operasinya adalah sentiasa mengikut peraturan-peraturan kerajaan.

v.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia atau lebih dikenali sebagai Constrution Industry Development Board Malaysia (CIDB) telah ditubuhkan pada 1994 di bawah Akta CIDB (Akta 520). Agensi ini merupakan sebuah badan koporat yang bertujuan melaksanakan polisi kerajaan yang berkaitan dengan pembangunan industri pembinaan. Antara pendekatan yang digunakan ialah meningkatkan kesedaran tentang pentingnya tenaga kerja mahir dan pengurusan berkualiti dalam usaha meningkatkan produktiviti tanpa mengabaikan aspek keselamatan dan kesihatan.

CIDB juga, melalui Program Penilaian Tapak Bina terus berusaha dan memainkan peranan penting di dalam memupuk kesedaran, memberikan maklumat dan garis panduan aspek keselamatan kepada pemaju, kontraktor serta personel industri pembinaan. Pada 20hb. April 2000, CIDB terus berusaha memertabatkan kepentingan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja dengan melaksanakan Program Buku Hijau. Program ini bertujuan untuk memastikan setiap tenaga kerja, penyelia dan individu yang berada di tapak bina perlu mempunyai pengetahuan asas keselamatan di tapak bina sebagai langkah mengekang sebarang bentuk kemalangan atau kecelakaan di industri.

Keselamatan Tenaga Kerja

Keselamatan merupakan satu suasana atau keadaan yang tidak memberikan kerosakan atau kelemahan dalam sesuatu situasi. Dalam erti kata lain, keselamatan bermaksud sebagai satu keadaan yang bebas dari segala kemalangan, kecederaan atau kecelakaan yang melibatkan tenaga

67

kerja dan orang lain yang berada di tempat kerja. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), keselamatan merupakan aspek yang paling penting dalam pengendalian makmal dan bengkel. Justeru itu setiap individu yang berada di persekitan ini perlu mematuhi kod etika dan kualiti amalan kerja bagi mengelakkan kemalangan atau kecelakaan. Keselamatan juga sering diperkatakan sebagai perkara yang sangat mustahak untuk mengelakkan diri dari beberapa perkara yang tidak diingini antaranya ialah luka, cacat anggota, kematian dan sebagainya.

Pepatah ada mengatakan malang tidak berbau. Justeru itu undang-undang keselamatan dan amalannya ditempat kerja wajib diketahui, difahami dan dipatuhi kerana menjaga keselamatan adalah menjadi tanggung jawab bersama antara majikan, tenaga kerja dan setiap individu yang berada di tapak kerja. Dengan mematuhi peraturan keselamatan, sebarang bentuk risiko yang melibatkan kemalangan jiwa atau pancaindera mahupun kerosakan terhadap alatan dan mesin dapat dihindari. Akta Keselamatan Dan Kesihatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Bahagian IV) telah menetapkan beberapa perkara mengenai kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang mesti dipatuhi oleh setiap majikan dan tenaga kerja sebagai kewajipan am pekerjaan:

a.

Adalah menjadi kewajipan am dan setiap individu yang melaksanakan pekerjaan mesti mewujudkan satu sistem kerja yang selamat.

b.

Memastikan ketiadaan apa jua bentuk risiko kepada ancaman kemalangan dan kesihatan kepada tenaga kerja.

c.

Mengadakan dan melengkapkan segala bentuk maklumat, arahan, penyeliaan dan latihan bagi keselamatan dan kesihatan kepada tenaga kerja.

d.

Mengadakan satu sistem kawalan yang bersepadu tentang keadaan atau persekitaran yang selamat dan tanpa risiko.

68

Akta ini juga memperuntukan tanggungan bagi sesiapa yang merekabentuk, mengimport, membekalkan dan memasang loji supaya :

a.

Loji mestilah berada pada tahap keselamatan yang maksima serta tidak mengancam keselamatan dan kesihatan sekiranya digunakan dengan mengikut prosedur yang betul.

b.

Setiap ujian yang yang dilaksanakan mestilah setimpal dengan kegunaan dan keupayaan loji.

c.

Logi mestilah mengada dan melengkapkan segala bentuk maklumat sebagai langkah menghindari ancaman keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Adalah menjadi tanggung jawab setiap majikan untuk menyediakan polisi tentang amalan keselamatan dan kesihatan kepada semua tenaga kerja dan orang lain yang berada di tempat kerja yang sama. Polisi amalan keselamatan dan kesihatan yang disediakan ini tidak akan memberikan apa-apa kesan atau sukar untuk mensasarkan sasaran sifar kemalangan jika tenaga kerja sendiri tidak sensitif dan sedia untuk mematuhinya. Tenaga kerja sebagai pelaku utama dalam industri perlu sama-sama memikul tanggung jawab ini dan dikehendaki:

a.

Mempunyai kesedaran dan memberi perhatian yang munasabah tentang amalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

b.

Bekerjasama dengan majikan dan komited dalam mengamalkan polisi keselamatan dan kesihatan seperti yang telah diperuntukan kepada mereka.

69

c.

Tenaga kerja wajib memakai atau menggunakan semua kelengkapan dan pakaian perlindungan seperti yang telah diperuntukan kepada mereka sepanjang masa di tempat kerja.

d.

Sentiasa bersedia untuk mematuhi apa-apa jua bentuk arahan atau mengamalkan segala bentuk langkah-langkah pecegahan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan.

Pengurusan keselamatan adalah bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan dala masa yang sama dapat mengurangkan kerugian. Dalam kata lain, ia merupakan kaedah atau cara yang bersistematik untuk melindungi harta atau aset negara dari bencana. Umumnya, keselamatan boleh dikelaskan kepada tiga kategori:

a. b. c.

Keselamatan diri. Keselamatan mesin dan peralatan. Keselamatan persekitaran makmal.

a.

Keselamatan pengguna.

Matlamat utama dalam mengurus keselamatan diri ialah berusaha mencegah dari berlakunya kecederaan atau kematian kepada sebarang individu yang menggunakan atau berada dipersekitaran makmal atau bengkel. Justeru itu keselamatan diri perlu menjadi teras kepada keselamatan makmal yang patut diberi keutamaan. Bagi mencapai matlamat ini beberapa perkara seperti berikut wajib dipatuhi:

Pastikan tiada individu yang memakai pakaian yang longgar serta mudah tersangkut pada bahagian-bahagian mesin yang bergerak. Pakai pakaian keselamatan jika dibekalkan.

70

Gunakan kasut keselamatan yang piawai bagi menghindari sebarangan kecederaan atau kecelakaan pada kaki.

Gunakan pelindung mata bagi menghindarkan sebarang objek yang boleh mencederakan mata.

Gunakan pelindung telinga atau ear muff bagi menghindari ancaman hingar yang boleh menjejaskan kesihatan tenaga kerja.

Elakkan dari bersenda, bergurau atau bermain dengan sebarang objek yang boleh mendatangkan kecederaan diri atau orang lain semasa berada di dalam ruang kerja.

Elakkan memakai barang perhiasan diri seperti jam tangan, gelang, rantai atau cincin semasa melakukan kerja.

Pastikan diri berada pada tahap kesihatan yang baik ketika melakukan sebarang gerak kerja di dalam makmal atau bengkel.

Amalkan tahap disiplin diri yang tinggi kerana ia adalah merupakan satu daripada faktor yang penting bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pengguna.

b.

Keselamatan mesin dan peralatan

Mesin dan peralatan di dalam sesebuah makmal adalah merupa satu daripada aset makmal. Ada yang mempunyai persamaan di antaranya, tetapi kebanyakannya berbeza. Jenis, kegunaan, saiz dan pelbagai ciri-ciri mesin dan peralatan yang di gunakan di dalam sesebuah makamal adalah bergantung kepada latarbelakang bidang dan peranan makmal atau bengkel itu sendiri. Begitu pun, amalan keselamatan umum dalam menggunakan mesin dan peralatan boleh digeneralisasikan kepada semua makmal-makmal seperti yang dinyatakan berikut.

Pastikan operator yang bertauliah sahaja yang dibenarkan untuk menggunakan mesin dan peralatan di dalam makmal. Rujuk manual arahan sebelum menggunakan sesebuah mesin atau peralatan.

71

Pastikan mana-mana bahagian mesin yang berisiko tinggi kepada pengguna dipasangkan dengan alat pelindung keselamatan dan sentiasa berfungsi.

Mesin mestilah mempunyai suis keselamatan dan suis saling mengunci. Suis-suis ini mestilah dipastikan sentiasa berfungsi dalam setiap situasi. Pastikan semua suis ini diuji sebelum menggunakan mesin.

Setiap mesin atau peralatan yang menggunakan kuasa elektrik, mestilah mempunyai pembumi yang sempuma bagi mengelakkan sebarang ancaman dan bahaya elektrik.

Elak dari memegang atau menyentuh alat-alat tajam atau bergerak dengan tangan. Gunakan alat sokongan yang di bekalkan pada mesin bagi memastikan keselamatan kerja

Pastikan setiap mesin dikelilingi atau dipagari oleh garisan warna yang terang sebagai kawasan bahaya atau hazad. Hanya operator mesin sahaja yang dibenarkan berada di dalam kawasan ini.

Pastikan setiap mesin dan peralatan dibekalkan dengan kad rekod bagi memaklumkan keadaan atau situasinya. Tempatkan kad rekod ini pada mesin dan peralatan serta mudah dilihat.

Pastikan suis kuasa dimatikan sepenuhnya bagi mesin atau peralatan yang tidak digunakan atau apabila mesin perlu dibersihkan atau disenggara.

Laporkan kepada tenaga kerja atasan jika di dapati ada mana-mana alat keselamatan yang ditanggalkan atau dikeluarkan dari tempatnya.

72

c.

Kekemasan persekitaran makmal

Keselamatan di persekitaran atau di ruang kerja di dalam makmal amat di pengaruhi oleh kekemasan, susunatur, kebersihan dan apa jua bentuk amalan baik makmal itu sendiri. Ia bukan sahaja merupakan bentuk persekitaran yang dituntut, malah ia dapat mencegah dari berlakunya kemalangan atau kecelakaan dan juga dapat meningkatkan kecekapan bekerja. Senario kerja di dalam makmal seperti ini akan memudah dan mempercepatkan aliran gerakan kerja, seterusnya akan meningkatkan kualiti dan kuantiti keluaran. Bagi mencapai matlamat ini, perkara-perkara berikut hendaklah diambil kira:

Tentukan satu rekabentuk susunatur kedudukan mesin dan peralatan yang baik dan bersistem. Pastikan penggunaan ruang makmal dioptimumkan.

Pastikan tiada peralatan dan bahan-bahan yang bersepah di atas lantai, mesin atau pun di atas meja kerja. Tindakan ini akan dapat mengelakan peralatan atau bahan-bahan tersebut daripada dilanggar, disepak, dipijak, terantuk atau yang boleh mendataangkan kecederaan kepada semua individu yang berada di persekitaran makmal.

Pastikan keadaan lantai tidak licin. Elakkan sebarang minyak, gris, bahan pelincir atau bahan pencuci dari tertumpah ke atas lantai, jika berlaku lantai perlu dibersihkan segera.

Elakkan daripada sebarang sepahan, serpihan atau lebihan bahan kerja berada di persekitaran kerja atau disekeliling mesin. Amalan membersihkan peralatan, mesin dan persekitaran kerja sebaik sahaja kerja selesai perlu ditekankan.

Pastikan segala penggunaan mesin-mesin dan semua peralatan pada masa yang sama tidak menyebabkan berlakunya lebihan beban elektrik. Jangan gunakan

73

soket elektrik di dalam makmal secara berkongsi atau secara berlebihan dari satu punca bekalan elektrik.

Pastikan sebarang bahan-bahan berisiko tinggi seperti bahan mudah terbakar atau merbahaya tidak diletakan di persekitaran kerja tetapi perlu diletakan di tempat khas.

Pastikan persekitaran makmal mendapat pencahayaan dan udara bersih yang cukup bagi menjamin keselamatan dan kesihatan tenaga kerja.

Pastikan terdapatnya pintu kecemasan yang mencukupi di persekitaran makmal dan laluan ini tidak dihalang oleh sebarang objek seperti mesin, meja kerja, pasu bunga dan sebagainya.

Keperluan Keselamatan Makmal dan Bengkel

Kebanyakan kemalangan yang berlaku di ruang kerja dapat dielakkan jika tenaga kerja setiasa mematuhi amalan keselamatan yang disediakan. Seorang tenaga kerja yang tidak mempunyai sikap mengutamakan keselamatan dengan sepenuhnya tidak wajar dipanggil sebagai tenaga kerja yang berkebolehan dan mahir. Aspek-aspek keselamatan di ruang kerja amat penting dan perlu diterapkan kepada tenaga kerja supaya kerjaan dapat dilakukan dengan selamat. Menurut Halimaton dan Zaiton (1994), makmal dan bengkel ialah kawasan yang tinggi kemalangan. Dalam keadaan biasa, ruang-ruang ini sepatutnya tidak membahayakan bagi tenaga kerja dalam melakukan kerjaan. Berikut adalah keperluan umum keselamatan yang patut diterapkan dalam pengurusan makmal seperti :

74

Ruang kerja di makmal perlu mempunyai saiz yang sesuai berbanding dengan isipadu kerjaan. Ruang kerja yang sempuma memudahkan penyeliaan kerja.

Setiap makmal perlu mempunyai sekurang-kurang dua pintu utama bagi laluan keluar dan masuk serta dapat digunakan pada waktu kecemasan.

Setiap ruang kerja makmal mesti menepati piawaian persekitaran yang selamat seperti kawalan cahaya, kawalan pengedaran udara, kawalan bunyi dan kawalan bahan pelupusan.

Makmal wajib menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan perlindungan diri seperti gogal, topeng keselamatan, ear muff, sarung tangan, kasut keselamatan dan sebagainya.

Kotak ubat yang lengkap dengan ubatan seperti yang dicadangkan oleh pihak hospital disediakan di dalam makmal dan mudah di akses. Pastikan isi kandungan kotak ubat disemak setiap tiga bulan sekali bagi memastikan ubat-ubatan yang disediakan selamat untuk digunakan.

Alat pencegah kebakaran perlu disediakan di dalam makmal. Pelbagai bentuk alat pencegah kebakaran yang ada di pasaran dan yang paling mudah untuk didapati ialah alat pemadam api. Alat ini perlu ditempatkan pada kawasan yang mudah dilihat dan diambil oleh penghuninya sekiranya berlaku kecemasan. Pastikan setiap alat pemadam api mempunyai rekod gunaan sebagai rujukan.

75

Kesihatan Tenaga Kerja Kesihatan tenaga kerja industri adalah merupakan bidang khusus dalam ilmu higiene yang merangkumi teori dan amalannya. Ia menilai kepada faktor-faktor penyebab berlakunya segala bentuk penyakit dalam persekitaran kerja industri, di mana hasilnya dapat digunakan bagi tindakan korektif kepada persekitaran tersebut. Usaha pencegahan ini adalah bagi memastikan tenaga kerja dan masyarakat di sekitar sesuatu industri terhindar dari bahaya dan mampu menikmati serta mengecap tahap kesihatan yang maksimum. Prinsip serta dasar sanitasi dan higenik ini perlu dipelajari dan diolah dengan sebaik mungkin sehingga ianya mampu berkembang dan membentuk peraturan serta garispanduan bagi memartabatkan kesihatan tenaga kerja yang baik dipersekitaran makmal. Dengan adanya program sanitasi dan higenik yang baku, ianya akan dapat digunakan sebagai kayu pengukur bagi menilai apakah tuntutan kesihatan itu telah tercapai dan terpelihara dengan baik atau pun tidak.

Keperluan Kesihatan Tenaga Kerja

Matlamat utama bagi memastikan kesihatan tenaga kerja diberi keutamaan adalah bagi mencipta tenaga kerja yang sihat dan produktif. Tujuan demikian mungkin boleh dicapai kerana terdapatnya korelasi di antara tahap kesihatan yang tinggi dengan produktiviti. Keutuhan pendapat ini dapat direalisasikan dengan berdasarkan kepada kenyataan berikut.

a.

Keberkesanan kerja yang optimum. Tenaga kerja harus melakukannya di dalam persekitaran kerja yang memenuhi tuntutan kesihatan di makmal di antaranya suhu ambien, pencahayaan yang cukup, udara yang bersih, keserasian antara tenaga kerja dengan mesin dan peralatan, keupayaan fisilogi dan berbagai lagi. Begitu pun cara dan persekitaran kerja ini juga perlu disesuaikan dengan tahap kesihatan tenaga kerja itu sendiri.

b.

Kesedaran terhadap kos tanggungan bagi mengubati penyakit atau kecelakaan akibat kemalangan semasa kerja umumnya adalah tinggi dan mahal berbanding dengan kos bagi

76

pencegahannya. Apa yang dimaksudkan sebagai kos yang tinggi adalah meliputi kos ubatan dan rawatan di hospital, pemulihan, ketidakhadiran, kerosakan mesin dan peralatan, kecacatan minor atau kekal, kematian dan pelbagai lagi bentuk kecelakaan lain.

Kesedaran terhadap tuntutan kesihatan tenaga kerja terus meningkat di dalam makmal. Menurut kajian Janet Thompson (1997), program kesihatan tenaga kerja yang diperkenalkan di Eropah bertujuan bagi meningkatkan produktiviti buruh, mengurangkan kos perubatan, menjadi insentif kepada tenaga kerja serta meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Di antara usaha yang dilakukan dalam program ini, pihak majikan akan melantik juru runding yang berkelayakan untuk menjamin kesihatan tenaga kerja serta mencadangkan beberapa aktiviti riadah yang sesuai diadakan untuk mengurangkan tekanan kerja di kalangan tenaga kerja. Di samping itu, aktiviti ini secara tidak langsung akan mengurangkan kadar pusingganti tenaga kerja kerana mereka mencapai kepuasan bekerja yang tinggi. Hakikatnya, keperluan terhadap kesihatan tenaga kerja industri adalah berdasarkan kepada dua faktor iaitu:

a.

Sebagai alat untuk mencapai tahap kesihatan tenaga kerja yang tinggi dan dengan demikian ia dimaksudkan sebagai kesejahteraan tenaga kerja.

b.

Sebagai alat untuk meningkatkan produktiviti yang berlandaskan kepada peningkatan effisiensi dan daya produktiviti dalam industri, justeru manusia merupakan faktor tepenting dalam produksi.

Oleh karena hakikat tersebut selalu sesuai dengan maksud dan tujuan pembangunan di dalam sesebuah negara, maka higenik industri dan kesihatan tenaga kerja harus diambilkira dalam pembangunan tersebut. Progran sanitasi dan higenik bagi industri dan keselamatan tenaga kerja baku ini perlu mencakupi semua aspek produksi. Program ini hendaklah diterapkan bermula dari aspek mengurus, penyimpanan, pengolahan, pergudangan bagi semua bahan-bahan makmal sehinggalah kepada usaha-usaha pengendalian bahan-bahan buangan atau kumbahan serta

77

kemudahan umum lainnya. Program ini juga perlu merangkumi secara menyeluruh berkaitan isuisu higenik pekerja, meliputi aspek kesihatan umum, kebersihan, dan penampilan umum.

Ancaman Kesihatan Tenaga Kerja

Ancaman kesihatan tenaga kerja boleh dimaksudkan sebagai satu keadaan di mana wujudnya hazad atau bahaya yang boleh mengancam kesihatan tenaga kerja dari aspek fizikal maupun mental. Ancaman ini biasanya wujud di persekitaran kerja dalam sektor industri seperti ancaman hazad biologi, ancaman hazad kimia, hazad persekitaran kerja, pencemaran udara, hazad tekanan panas, hingar dan pelbagai lagi. Begitu pun hanya tiga ancaman yang mendominasi ancaman kesihatan kerja di dalam makmal yang akan dibincangkan iaitu:

a.

Ancaman hazad biologi

Sama ada disedari atau tidak, senario atau persekitaran di dalam makmal kadang kala mengundang wujudnya ancaman hazad biologi melalui agen-agen seperti udara, fizikal, bahan dan pelbagai lagi yang mampu menggugat kesihatan tenaga kerja. Jika ini berlaku, tenaga kerja akan terdedah kepada hazad biologi seperti bakteria, virus-virus, kulat dan organisma-organisma yang lain yang boleh menyebabkan jangkitan yang kronik sebelum memasuki tubuh badan sama ada secara langsung atau tidak. Justeru itu tenaga kerja harus mengamalkan prosedur kebersihan yang ketat di makmal bagi menghindari daripada sebarang ancaman kesihatan yang boleh menurunkan aras prestasi kerja.

b.

Ancaman hazad kimia

Aktiviti atau amalan kerja di dalam makmal tidak memungkinkan kita dapat mengelakkan diri daripada bertembung dengan pelbagai bentuk bahan kimia sama ada bertoksid atau pun tidak. Pengurusan yang tidak cekap terhadap bahan-bahan ini, akan menyebabkan wujudnya ancaman hazad kimia yang datang dalam pelbagai bentuk seperti

78

pepejal kimia, cecair kimia, gas, habuk dan pelbagai lagi. Ancaman ini boleh menjejaskan fizikal, mental mahu pun neuro tenaga kerja seandainya mereka terdedah kepadanya. Justeru itu, pengurusan makmal wajib menyediakan garis panduan yang jelas bagi mengurus dan menangani hazad kimia ini secara berkesan melalui penyediaan pakaian dan alat pelindungan khas baik diperingkat bekalan, penyimpanan, penggunaan, pelupusan sisa atau apa jua yang berkaitan dengannya. Latihan dan amalan yang boleh membentuk profesionalisma tenaga kerja perlu ditekankan bagi melindungi mereka.

c.

Ancaman hazad persekitaran makmal

Persekitaran makmal perlu diberi perhatian yang serius bagi memastikan tenaga kerja sentiasa dapat melakukan aktiviti-aktiviti makmal secara berkesan. Persekitaran kerja di dalam makmal perlu dipantau secara berkala bagi menghindari dari pelbagai ancaman kepada kesihatan tenaga kerja. Udara di dalam makmal perlu bersih dan bebas, dikekang pembentukan segala bentuk habuk, wasap, aerosol, serat maupun zarah-zarah pepejal. Indeks pencemaran udara (IPU) perlu dipaparkan kepada tenaga kerja bagi memberi kesedaran tentang situasi tahap pencemaran udara di dalam makmal. Sebuah makmal yang berkesan bukan sahaja bergantung pada tahap pencemaran udara yang rendah, tetapi juga perlu mampu menghindari dari segala bentuk masalah yang berkaitan dengan tekanan kepanasan ruang kerja dan hingar. Sistem maklumat berasaskan pengetahuan perlu dibangunkan dan diterapkan kepada semua tenaga kerja bagi membentuk sensitiviti terhadap kepenting kesihatan sebenarnya adalah tanggungjawab mereka sendiri.

Bebas dari hazad atau ancaman kesihatan tenaga kerja boleh digambarkan sebagai aatu idea atau bentuk pemikiran yang berkeupayan untuk menjamin keutuhan jasmani maupun rohaniah tenaga kerja dan manusia sejagat. Hasil dari pemikiran ini akhirnya akan membentuk satu amalan atau budaya kerja yang akan membina satu masyarakat yang adil dan makmur. Dari perspektif

79

keilmuan pula ia merupakan penerapan pengetahuan dalam usaha mencegah kemungkinan terjadinya kecelakaan atau penyakit akibat dari pekerjaan.

Kemalangan

Kemalangan adalah merupakan tragedi atau mimpi ngeri yang kerap menghantui tenaga kerja di sektor industri. Kehadirannya tidak diundang dan amat sukar untuk diramal. Kecelakaan adalah suatu kejadian atau kemalangan yang tidak terduga dan tidak diingini yang mengganggu suatu proses aktiviti manusia yang sedang dijalankan. Kecil maupun besar sesuatu kemalangan itu, kesannya terhadap tenaga kerja amat mendalam sekali sehingga boleh menjejaskan fisiologi, emosi dan prestasi mereka. Merujuk kepada hasil daripada beberapa kajian yeng telah dilaksanakan, sikap dan amalan tenaga kerja itu sendiri kerap menjadi faktor penyumbang terbesar kepada meningkatnya indikator kemalangan industri. Dari satu sudut yang berbeza, kemalangan masih juga boleh berlaku akibat daripada faktor teknikal seperti kegagalan jentera atau logi daripada berfungsi dengan baik akibat dari sikap dan kelemahan manusia sendiri. Begitu pun fakta ini jarang digunakan dalam analisis statistik kemalangan. Justeru itu keupayaan mengurus keselamatan dan kesihatan tenaga kerja, mesin dan peralatan serta loji dengan baik akan membantu menurunkan indikator tersebut.

Kategori kemalangan

Usaha mengkategorikan kemalangan di dalam industri amat penting kerana melaluinya, industri boleh merangka, merancang dan menyediakan pelbagai bentuk peralatan perlindungan persendirian (PPE) serta dipraktikan di kalangan tenaga kerja agar kemalangan mudah ditangani serta dihindari. Menurut King dan Hudson (1985), tujuan mengkategorkan kemalangan dibuat adalah untuk merancang strategi pendekatan yang sesuai untuk menangani kemalangan di loji. Pelbagai pendekatan telah dilaksanakan dalam mengkategorikan kemalangan industri bagi mengurus isu keselamatan dan kesihatannya. Bird mengkategorikan kemalangan kepada tiga

80

tahap iaitu kematian, kecacatan kekal serta kecederaan. Menurut beliau lagi, kecederaan pula dapat dikelaskan kepada empat peringkat kecederaan iaitu kecederaan kekal (major), kecederaan sementara (minor), kerosakan harta benda dan kemalangan nyaris. International Labour Organisation (ILO) pula mengklasifikasikan kemalangan kepada lima kategori berikutan suatu resolusi hasil dari Konterens Antarabangsa Statistik Tenaga kerja ke-10 pada Oktober 1962.

Senario kemalangan industri di Malaysia menurut Laporan Tahunan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO 2003)- Skim Pampasan Tenaga Kerja, mengkategorikan kemalangan kepada sembilan kategori iaitu 1) orang terjatuh, 2) terhempap oleh benda jatuh, 3) terpijak benda, 4) tersepit di dalam atau di antara benda, 5) pergerakan yang berat, 6) terdedah atau tersentuh objek panas, 7) terdedah atau tersentuh arus elektrik, 8) terdedah kepada bahan berbahaya dan 9) lainlain kemalangan. Berdasarkan laporan ini, tercatat sebanyak 12.5% daripada bilangan kes yang dilaporkan menyebabkan kecacatan kekal dan kematian manakala selebihnya melibatkan kecederaan biasa. Perincian terhadap sembilan ketegori kemalangan dan sebabnya dinyatakan pada jadual di bawah.

Sebab kemalangan

1. Orang terjatuh. Tempat tinggi/lubang Aras sama 2. Terhempap oleh benda jatuh. Tertimbus oleh tanah Ditimpa dinding, tangga Benda jatuh semasa penyelenggaraan Dihempap oleh lain-lain objek 3. Terpijak objek. Terpijak sesuatu objek Terkena objek pegun Terkena objek bergerak Terhempap objek melayun

81

4. Tersepit di dalam atau di antara objek Tersepit di dalam objek Tersepit antara objek pegun Tersepit antara obiek bergerak 5. Pergerakan objek yang berat. Terseliuh apabila mengangkat objek Terseliuh apabila menolak objek Terseliuh apabila melontar objek Pergerakan yang berat

6. Terdedah/tersentuh objek panas. Terdedah haba yang panas Terdedah hawa dingin beku Tersentuh objek panas Tersentuh objek sejuk 7. Terdedah/tersentuh arus elektrik. Tersentuh arus elektrik 8. Terdedah kepada bahan berbahaya. Terhidu/terserap bahan berbahaya Terdedah sinaran radiasi/ion T erdedah kepada lain-lain radiasi 9. Lain-lain kemalangan. Kemalangan yang tidak dijeniskan Kemalangan yang tidak diklasifikasikan (Sumber: Pertubuhan Keselamatan Sosial - Skim Pampasan Pekerja, Laporan Tahunan PERKESO 2003)

Pengkelasan risiko kemalangan

Kebanyakan negara mengkelaskan risiko kemalangan industri dalam pelbagai bentuk mengikut standard atau piawaian yang mereka bangunkan. Begitu pun penggunaan kod wama sebagai indikator kepada risiko kemalangan industri telah diterima dikebanyakan negara industri di dunia.

82

Kod ini bertujuan untuk memberi kefahaman kepada setiap individu yang terlibat atau yang tidak terlibat secara terus di industri agar dapat mengenal pasti segala bentuk kemungkinan risiko kemalangan. Piawaian warna spesifik yang digunakan di antaranya ialah merah, biru, oren dan hijau. Penggunaan kod warna ini sebagai tanda risiko kemalangan telah berjaya mengurangkan bilangan kemalangan sehingga kepada 40 %. Keputusan yang memberangsangkan ini telah menjadi tarikan kepada penggunaan piawaian ini di dalam industri bagi mengkelaskan risiko kemalangan.

Merah

Warna merah lebih sinonim digunakan sebagai tanda atau kod warna yang melambangkan satu situasi bahaya, amaran dan juga kecernasan. Dalam situasi yang sama warna ini juga dilabelkan bagi mengenal pasti tempat yang berisiko tinggi dan perlu dijauhi. Kod warna merah juga diguna pakai bagi tujuan kecemasan umum pada peralatan dan mesin di makmal seperti suis berhenti, pemutus litar letrik, alatan pencegah kebakaran dan pelbagai lagi. Makmal adalah merupakan ruang yang tinggi kemalangan, justeru itu kod warna merah perlu diletakan pada tempat yang mudah terbakar, tempat penyimpanan bahan kimia dan gas beracun, kawasan yang berpotensi berlaku renjatan arus elektrik dan sebagainya.

Rajah 3.1: Contoh kod warna merah

Rajah 3.1: Contoh kod warna merah

83

Hijau

Kod wama hijau melambangkan situasi selamat atau tanda tiada bahaya. Ia digunakan bagi menandakan sesuatu laluan atau menunjukkan sesuatu kawasan itu selamat. Laluan pintu keluar makmal atau bengkel ditandakan dengan wama hijau bagi menandakan bahawa tempat tersebut selamat untuk dilalui sekiranya berlaku sebarang kecemasan . Kod warna hijau juga di gunakan bagi menanda kedudukan kemudahan-kemudahan makmal seperti kotak ubat, telefon awam, sumber air minum, tandas serta peralatan keselamatan dan sebagainya.

Rajah 3.2: Contoh kod warna hijau

Biru

Kod warna biru biasanya digunakan bagi menunjukan tempat untuk mendapatkan maklumat keselamatan seperti papan tanda, papan kenyataan buletin dan maklumat berkaitan dengan kenyataan bahan-bahan umum makmal. Kod warna biru juga di gunakan bagi menanda kedudukan alat pemadam api (jenis serbuk), sumber air bersih dan pelbagai lagi seperti yang ditunjukan pada rajah di bawah.

84

Rajah 3.3: Contoh kod warna biru

Oren

Kod warna oren digunakan untuk melabelkan bekas penyimpanan bahan-bahan yang mudah terbakar, bahan toksik, bahan kimia atau apa-apa jua bahan berbahaya. Kod warna ini lebih kerap digunakan di dalam makmal sains, makmal kejuruteraan, makmal perubataan dan sebagainya sebagai langkah pencegahan kepada kemungkinan kemalangan.

Rajah 3.4: Contoh kod warna oren

85

Punca kemalangan

Kebanyakan kemalangan yang berlaku di dalam makmal di sebabkan oleh dua punca utama iaitu faktor kemanusiaan dan faktor teknikal. Daripada dua faktor ini, faktor kelemahan dan kesilapan manusialah yang menjadi penyebab utama kepada kemalangan. Keadaan ini akan menjadi lebih teruk seandainya didorong oleh persekitaran kerja dan pengurusan keselamatan dan kesihatan yang lemah. Persekitaran kerja perlu selalu dipantau. Pastikan di ruangan kerja tiada sampah sarap dan berminyak, bahan lebihan kerja berbahaya, pencahayaan yang lemah, kawasan atau ruangan yang sempit bagi menjalankan kerja dan sebagainya yang boleh mendorong kepada kemalangan. Menghindar kemalangan akan menjadi lebih berkesan lagi dengan adanya sokongan yang cekap dipihak yang mengurus dan menyelia tenaga kerja. Azlah et.al (2002), menyatakan keberkesanan penyeliaan di tempat kerja amat penting. Ini kerana penyelia adalah merupakan tenaga kerja yang berpengalaman dan berkeupayaan menggalakan tenaga kerja fokus kepada prosedur dan amalan keselamatan semasa menjalankan kerja. Machine is a dump, manusialah yang akan menentukan sama ada peralatan ini dapat memudahkan kerja atau ia menjadi raksasa yang mengerikan. Justeru itu dapat disimpulkan di sini bahawa kemalangan industri yang berlaku oleh faktor teknikal umumnya mempunyai hubungan terus dengan faktor kelemahan manusia itu sendiri.

Kemalangan di dalam makmal disebabkan faktor kelemahan manusia akan dapat diminimumkan, seandainya panduan dibawah dapat dikenalpasti dan diamalkan oleh setiap tenaga kerja.

a.

Setiap tenaga kerja yang baru umumnya kurang pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang kerja yang diuruskannya. Pihak pengurusan wajib memberi kursus dan latihan yang mencukupi berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan tenaga kerja secara efisyen.

b.

Pastikan setiap tenaga kerja mempunyai sikap kerja yang betul dan positif terhadap tugasan mereka.

86

c.

Setiap tenaga kerja perlu bebas dari segala bentuk masalah psikologi dan emosi. Keresahan dan kelalaian disebabkan oleh sebarang perkara lain akan menghilangkan tumpuan kerja.

d.

Setiap tenaga kerja tidak wajar dibebankan dengan tempoh kerja yang terlalu panjang. Keletihan atau mengantuk boleh mengundang kecelakaan di kalangan tenaga kerja.

e.

Pastikan setiap tenaga kerja bekerja pada kadar kelajuan yang selamat. Sikap mendesak bagi pengeluaran yang terlalu tinggi boleh mengundang padah.

f.

Elakkan tenaga kerja dari menggunakan mesin dan peralatan yang tidak selamat. Gunakan tag atau petunjuk bagi memaklumkan kondisi mesin dan peralatan di makmal.

g.

Sistem dan info berkaitan keselamatan yang baik sahaja tidak memadai tanpa sokongan atau arahan amalan menggunakannya.

h.

Berikan latihan dan bimbingan keselamatan yang lengkap dan konsisten kepada tenaga kerja bagi memotivasikan mereka.

i.

Setiap tenaga kerja wajib menggunakan alat-alat keselamatan yang disediakan dengan betul semasa kerja atau ketika berada di dalam makmal..

j.

Faktor umur, kesihatan dan iklim rumah tangga juga boleh memberi kesan negatif kepada tenaga kerja. Kemalangan boleh berlaku disebabkan oleh faktor umur dan aras kesihatan yang rendah. Beberapa kekurangan yang ada pada tenaga kerja akibat dari dua faktor tersebut seperti kurang tenaga, kurang

pendengaran, penglihatan dan pelbagai lagi kerap menjadi punca kecelakaan

87

kepada tenaga kerja. Iklim rumah tangga yang tidak baik juga boleh menjadi penyumbang kemalangan, sebagai contoh, seorang tenaga kerja yang berdepan dengan masalah keluarga dan terbawa-bawa isu ini ke tempat kerja, kerap menjadi punca tenaga kerja tidak dapat memberikan tumpuan kepada kerja, akibatnya, kemalangan boleh berlaku.

Punca kemalangan yang disebabkan oleh faktor teknikal adalah tidak wajar diremahkan walau pun ianya bukan penyumbang terbesar kepada kemalangan industri. Oleh kerana faktor teknikal mempunyai hubungan terus dengan faktor kelemahan manusia, maka manusia jua yang perlu bertindak bagi mengekang faktor teknikal ini daripada menjadi punca kepada kemalangan industri. Tindakan perlu diambil bagi memastikan segala panduan di bawah di patuhi oleh semua pihak agar kemalangan sifar oleh faktor teknikal ini dapat dicapai.

a.

Segala mesin dan peralatan perlu disenggara dengan baik dan tepat pada masanya. Mana-mana bahagiannya yang gagal berfungsi dengan selamat pada mesin dan peralatan perlu dilaporkan.

b.

Semua aktiviti-aktivi yang melibatkan penggunaan mesin dan peralatan perlu di sokong oleh penggunaan manual arahan yang disediakan.

c.

Mesin dan jentera yang berbahaya perlu diadakan garisan atau kotak hazad, jika perlu dipagar bagi melindungi tenaga kerja.

d.

Pastikan semua mesin dan peralatan dipasang dengan pengadang keselamatan, jangan benarkan pengadang ini ditanggalkan bagi memudahkan kerja.

e.

Jangan sesekali menggunakan mesin dan peralatan dengan cara yang tidak betul atau yang bertentangan dengan fungsinya.

88

f.

Semua alat pengangkutan barangan perlu berada dalam keadaan baik. Adakan laluan khas bagi mengangkut barangan dan pastikan ram tidak dibina terlalu tinggi pada laluan ini.

g.

Pastikan semua lantai pada ruang makmal atau bengkel tidak licin dan sentiasa dibersihkan selepas tamat tugasan.

h.

Semua bahan-bahan berbahaya, beracun dan mudah terbakar dikawal rapi serta disimpan ditempat khas.

i.

Pastikan semua pendawaian elektrik di dalam keadaan baik dan tidak dibebani secara melampau.

j.

Pastikan semua alat pencegah kebakaran setiasa sedia untuk digunakan dan diletakkan ditempat yang mudah dilihat.

k.

Wujudkan iklim atau persekitan kerja di dalam makmal yang baik seperti mempunyai cahaya, udara bersih dan suhu ambien mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

l.

Adakan latihan, kursus, ceramah, pelan kecemasan dan kaunseling yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan industri kepada semua tenaga kerja.

Rumusan

Amalan keselamatan dan kesihatan di dalam makmal bukanlah hanya bertujuan untuk menggelak kemalangan atau kecelakaan sahaja, tetapi ia lebih kepada pembentukan satu amalan atau budaya kerja yang harmoni dan wujud kegembiraan di antara tenaga kerjanya. Manakala perundangan dan peraturan industri yang diterapkan kepada tenaga kerja sektor ini bukanlah hanya untuk

89

mengawal risiko kemalangan semata-mata. Tetapi ia haruslah dilihat sebagai satu usaha membina satu budaya kerja yang berdisiplin, bertanggungjawab, komited dan bersikap espirit de corp dikalangan tenaga kerjanya.

Tenaga kerja sebagai input berubah yang penting, perlu sentiasa disegarkan dan diterapkan dengan kesedaran tentang imbalbalik hasil dari sikap dan amalan yang tidak mematuhi peraturan keselamatan dan kesihatan industri. Justeru itu perkara yang paling asas bagi penjaminan keselamatan dan kesihatan adalah tingkah laku manusia itu sendiri dan rekabentuk persekitaran fizikal makmal. Seandainya kedua-dua perkara asas ini dapat diadun sebaiknya, maka keselamatan dan kesihatan tenaga kerja akan lebih terjamin, manakala kualiti serta kuantiti pengeluaran akan dapat ditingkatkan.

90

Anda mungkin juga menyukai