Anda di halaman 1dari 21

BAB 6

PENYENGGARAAN MAKMAL

Pengenalan

Penyenggaraan dapat ditakrifkan sebagai keseluruhan usaha teknikal dan pentadbiran yang diambil bagi memelihara, mengekal dan memperbaiki sesuatu perkara atau barangan. Dari aspek makmal, ianya dapat ditakrifkan sebagai langkah-langkah dan pentadbiran yang terlibat di dalam memelihara, mengekal dan memperbaiki setiap dari satunya termasuk bangunannya, mesin dan peralatan serta bahan atau barangan makmal supaya ianya berfungsi, kukuh dan tahan lama. Penyenggaraan kini dilihat amat penting dan mula diberi perhatian serius di dalam melaksanakannya. Melalui penyenggaraan, fizikal makmal dan kemudahannya akan lebih terjaga elok, kadar kerosakannya lebih terkawal dan jangka hayatnya akan bertahan lama. Secara keseluruhan, penyenggaraan yang berterusan terhadap makmal akan mengekalkan kelancaran perjalanan aktivitinya serta menjamin keselamatan serta keselesaan tenaga kerja makmal. Justeru itu ianya lebih relevan kepada pulangan pelaburan dan nilainya sendiri.

Penyenggaraan boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu penyenggaraan terancang dan penyenggaraan tidak terancang. Secara keseluruhannya, kerja penyenggaraan akan melibatkan kedua-dua kategori penyenggaraan ini.

1.

Penyenggaran terancang Penyengaraan ini merupakan usaha atau kerja yang dilaksanakan secara terkawal dan dengan mengambil sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa hadapan. Ironinya, penyenggaraan bentuk ini adalah berdasarkan kepada peristiwa lampau dan rekodnya. Penyenggaran dapat ditentukan dan dijangka diperingkat awal lagi. Penyenggaraan jenis ini lebih berbentuk usaha atau kerja yang yang dilaksanakan secara berkala dan rutin. Penyenggaraan berkala dilaksanakan untuk satu sela tempoh yang agak panjang iaitu secara tahunan dan tidak terlalu kerap manakala penyenggaraan rutin pula dilakukan dalam satu sela tempoh yang lebih

137

pendek seperti bulanan, mingguan dan harian. Penyenggaraan yang terancang ini boleh dilaksanakan bagi dua maksud iaitu:

i.

Pencegahan Penyenggaraan bermotif pencegahan bermaksud usaha atau kerja yang dilaksanakan secara terancang melalui satu sela waktu yang ditetapkan dengan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan bagi sesuatu matlamat. Penyenggaraan mengurangkan pencegahan juga daripada

bertujuan

bagi

kebarangkalian

berlakunya kegagalan atau merosotnya prestasi.

ii.

Pembaikan Penyenggaraan yang bermotifkan pembaikan lebih bermaksud usaha atau kerja yang dilaksanakan bagi membaiki sebarang kerosakan yang menjejaskan operasi makmal sehingga ianya dapat berfungsi kembali seperti sedia kala.

2.

Penyenggaraan tidak terancang Penyenggaraan jenis ini dilakukan umumnya tanpa mengikut sebarang jadual atau perancangan tertentu dan biasanya lebih berbentuk penyenggaraan kecemasan. Penyenggaraan ini kerap bersifat kritikal dan amat penting yang menuntut tindakan segera atau ad-hoc dalam mengatasi sebarang ganguan atau kerosakan yang tidak dijangka.

Keperluan penyenggaraan

Dari perspektif yang lebih luas, skop kerja menyenggara makmal meliputi usaha menyenggara keseluruhan loji termasuk bangunan, mesin dan peralatan, bahan dan barangannya. Keseluruhan rantaian ini perlu sentiasa bersedia untuk beroperasi dan saling menyokong bagi memenuhi keperluan industri tersebut. Kegagalan dalam melaksanakan penyenggaraan yang kompeten secara langsung akan menjejaskan operasi dan proses kerja makmal, seterusnya pulangan pelaburan akan menjadi sukar.

138

Semakin besar modal hadapan yang diperlukan untuk membangunkan sesebuah makmal, maka semakin besar pula pulangan yang diharapkan. Justeru itu loji mesti memenuhi fungsi dengan sepenuhnya bagi mencapai pulangan tertinggi. Kebanyakan aset makmal termasuk bangunannya mempunyai jangka hayatnya tersendiri, namun demikian adalah mustahil bagi setiap aset ini mampu mencapai hayat yang sebegitu tanpa disenggara dengan sempurna.. Justeru itu penyenggaraan amat diperlukan bagi menjaga setiap asset ini sentiasa dalam keadaan baik dan dapat memenuhi fungsinya. Secara keseluruhannya, penyenggaraan diperlukan bagi memenuhi tujuan berikut:

1.

Mengekalkan nilai pelaburan

Membina

bangunan

dan

memperlengkapkan

peralatan

makmal

memerlukan kos yang besar dan merupakan harta yang tinggi nilai pelaburannya. Mengikut teori pelaburan, keadaan fizikal sesuatu item yang baik dapat mengekalkan nilai pelaburan atau nilai semasanya. Oleh itu segala aset makmal ini perlu di senggara secara baik dan berkesan bagi memenuhi tujuan ini.

2.

Mengekalkan rupa yang menarik

Makmal merupakan sebuah premis, di mana pelanggannya yang terdiri dari ahli perniagaan atau orang awam umumnya sensitif dengan keadaan dan persekitaran yang menarik. Rupa atau keadaan bangunan dan semua peralatan di dalam makmal akan menggambarkan imej sesebuah makmal itu sendiri. Makmal yang dibina dengan kos yang besar akan dipandang rendah sekirannya kelihatan kotor dan buruk. Oleh itu penyenggaraan amat diperlukan bagi mengekalkan imejnya.

3.

Menjaga fungsinya

Makmal serta segala kelengkapannya perlu disenggara supaya fungsinya dapat berterusan. Bangunannya mesti sentiasa di dalam keadaan yang

139

dapat memberi perkhidmatan dan melindungi segala peralatan serta tenaga kerjanya. Setiap peralatan dan komponennya mesti sentiasa berada dalam keadaan bersedia untuk digunakan serta berfungsi dengan baik bagi mencapai matlamat makmal. Sebuah makmal yang baik biasanya akan menjanjikan penghasilan sesuatu keluaran yang bermutu.

Aturcara penyenggaraan

Aturcara penyenggaraan makmal merupakan perancangan kerja penyenggaraan sama ada mencegah, menjaga atau membaikpulih pada sepanjang hayat bangunan, mesin dan peralatan, serta bahan atau barangan makmal. Perancangan perlu dirancang secara jitu dan teliti agar mencapai objektif penyenggaraan itu sendiri seperti:

1. Menentukan dengan tepat hayat setiap item termasuk bangunan makmal itu sendiri dan komponennya. Oleh itu setiap komponen-komponen tersebut akan dapat diganti tepat pada waktu yang ditentukan. 2. Merancang sistem pemeriksaan atau semakan terhadap setiap item di dalam makmal bagi mengelakan berlakunya kecacatan atau kemungkinan kecacatan sebelum tiba masanya.

Kerja penyenggaraan akan menjadi lebih mudah untuk dikawal melalui aturcara penyenggaraan ini. Bagi mencapai matlamat ini, aturcara penyenggaraan perlu menyediakan jadual kitaran pemeriksaan mengikut waktu yang diperlukan dan ditetapkan. Selain itu dengan adanya aturcara penyenggaraan, unjuran kos bagi kerja penyenggaraan juga dapat disediakan. Aturcara penyenggaraan dapat disediakan dengan berpandukan kepada rekod penyenggaraan yang lepas. Begitu pun beberapa perkara seperti yang digariskan di bawah perlu dikenalpasti dalam menyediakan aturcara penyenggaraan iaitu:

1. 2.

Menetapkan satu piawaian penyenggaraan yang dikehendaki. Menetapkan kitaran pembaharuan dan akan dinyatakan di dalam jadual kitaran, umpamanya untuk tempoh lima tahun, sepuluh tahun dan sebagainya.

140

3.

Jenis penyenggaraan yang akan dilaksanakan. Contoh; sama ada penyenggaraan berkala, penyenggaraan mencegah atau penyenggaraan kecemasan.

4.

Menetapkan kitaran pemeriksaan atau cara mengawalnya adalah sepert pada carta alir di bawah.

ya

Tidak

P e r l a
Adakah Sebarang kegagalan Tidak Jalankan penyenggaraan mencegah

Adakah Penyenggaraan dirancang ?

ya
Jalankan penyenggaraan membaiki Adakah kecacatan memberi kesan serius

k s a n a a n

ya
Jalankan Penyenggaraan dalam masa 24 jam Adakah ia mencemaskan?

ya
Jalankan Penyengaaraan kecemasan segera

a t u

Jalankan sebarang pemeriksaan atau yang perlu, Pemeriksaan atau ujian, buat laporan untuk rekod dan maklum balas maklumat

Rajah 6.1 Carta alir kerja penyenggaraan

141

Perlaksanaan aturcara penyenggaraan boleh dilakukan di dalam tiga keadaan iaitu:

1.

Penyenggaraan berkala

Penyengaraan bentuk ini dilaksanakan secara berulang dalam satu jangka waktu yang ditentukan mengikut jadual kitaran penyenggaraan seperti yang telah dirancang. Penyenggaran ini lebih bermotifkan kepada satu perkhidmatan yang diberikan kepada aset makmal supaya ianya terus boleh berfungsi dengan baik. Ia boleh dilakukan dalam tiga keadaan iaitu aturcara jangka panjang, aturcara tahunan dan aturcara jangka pendek.

i.

Aturcara jangka panjang

Aturcara jangka panjang tergolong dalam penyenggaraan berkala. Ia merupakan kerja utama untuk satu tempoh yang agak panjang dan berdasarkan kepada satu masa optimum yang ditentukan iaitu antara lima hingga sepuluh tahun. Ia sesuai bagi menjalankan kerja pembaikan utama atau pembaharuan. Penyenggaraan aturcara jangka panjang biasanya diaplikasikan bagi kerja-kerja penyenggaraan bangunan, sistem penyamanan udara, mesin-mesin dan pelbagai lagi.

ii.

Aturcara tahunan

Aturcara tahunan disediakan bagi menetapkan anggaran yang tepat bagi jumlah penyenggaraan yang perlu dilakukan bagi tempoh satu tahun tertentu. Butiran kerja yang perlu

dilaksanakan adalah berdasarkan kepada pemeriksaan tahunan dan penyenggaraan akan dilakukan pada tahun yang berikutnya. Penyenggaraan aturcara tahunan diaplikasikan kepada bangunan, mesin, peralatan, bahan dan barangan makmal.

142

iii.

Aturcara jangka pendek

Penyengaraan jenis ini lebih berbentuk kerja rutin yang dilaksanakan mengikut jadual yang dirancang bagi

penyenggaraan bulanan, mingguan dan harian. Penyenggaraan ini dirangka dengan butiran seperti tarikh mula dan tarikh siap, jumlah tenaga kerja dan isipadu kerja mengikut jenis aktiviti makmal. Penyenggaran rutin ini akan menjadi lebih mudah untuk dikawal dengan menggunakan carta bar yang ditentukan aktiviti senggara bulanan, mingguan dan harian.

2.

Penyenggaraan mencegah

Penyenggaraan bentuk ini tidak dilakukan secara berulang-ulang, tetapi dilakukan adalah untuk mencegah dari terjadinya kerosakan yang lebih teruk dan seterusnya kos pembaikan akan menjadi tinggi. Penyenggaraan mencegah biasanya diaplikasikan kepada mesin dan peralatan makmal bagi menghindar dari kerosakan kepada mesin atau peralatan yang boleh memberi risiko kepada keluaran dan keselamatan tenaga kerja.

3.

Penyenggaraan luar jangkaan

Penyenggaraan luar jangkaan atau tidak diduga ini dijalankan apabila berlakunya kerosakan luar jangkaan pada bangunan, mesin dan peralatan makmal. Penyenggaraan ini memerlukan satu tindakan segera bagi memastikan aktiviti makmal tidak terjejas dan merugikan industri. Ada juga penyenggaraan yang terpakasa dilakukan kepada makmal dan peralatannya yang rosak akibat bencana alam seperti banjir, ribut atau kesan dari gempa bumi. Umumnya penyenggaraan bentuk ini memerlukan peruntukan ad-hoc bagi melaksanakannya.

143

Penyenggaraan bangunan

Umumnya kerja senggara bangunan makmal bukannya menjadi tanggung jawab pegawai makmal. Tetapi bagi memastikan makmal terus dapat bertahan dan berfungsi dengan baik, seorang pegawai makmal perlu sensitif tentang keadaan fizikal makmal bagi memastikan aktiviti makmal tidak terganggu atau terhenti akibat hilangnya keupayaan bangunan itu sendiri. Kealpaan seorang pegawai makmal tentang keupayaan makmal untuk berfungsi akan hanya merugikan industi untuk satu tempoh yang agak lama. Seorang pegawai makmal perlu dilatih supaya faham tentang selok belok keupayaan bangunan dan tahu skop kerja penyenggaraan bangunan makmal seandainya penyenggaraan bangunan terpaksa dilakukan.

Kebanyakan bangunan dapat bertahan atau mencapai hayat fizikal selama antara 40 hingga 80 tahun dan hayat fizikal dikira tamat apabila sesuatu bangunan itu tidak lagi ekonomik untuk disenggara. Namun demikian, mustahil bagi bangunan mencapai hayat yang begitu lama tanpa dilakukan penyenggaraan dengan sempurna. Lazimnya terdapat banyak faktor yang boleh mencacatkan bangunan baik dari segi fungsinya maupun fizikalnya. Oleh itu penyenggaraan amat diperlukan dan memenuhi prinsip am bangunan bagi menjaga keseluruhan bangunan supaya sentiasa dalam keadaan baik dan memenuhi fungsinya.

Operasi penyenggaraan bangunan

Fizikal bangunan makmal mempunyai pelbagai komponen dan kemudahan yang mana setiap satu darinya menuntut kerja-kerja penyenggaraan. Masalah yang lebih rumit ialah bagaimana untuk menjaga segala kemudahan makmal dari sebarang tindakan vadalisma, penyalahgunaan atau tindakan yang tidak bertanggung jawab yang menyebabkan kerosakan. Kerja penyenggaran keseluruhan makmal mungkin dapat dikurangkan seandainya segala kemudahan bangunan digunakan secara berhemah serta dijaga dengan baik . Tindakan sebegini boleh mengelakan kos operasi penyenggaraan menjadi tinggi. Secara umumnya, langkah teknikal yang boleh dilaksanakan dalam kerja penyenggaraan dapat dibahagikan kepada empat orerasi iaitu:

144

1.

Penampalan Penampalan adalah merupakan kerja penyenggaraan kecil fizikal makmal yang dilakukan pada lantai, dinding dan bumbung bangunan. Ia merupakan tindakan sementara bagi membaiki kebocoran atau keretakan kecil yang tidak memberi kesan buruk kepada struktur dan penghuni bangunan.

2.

Penggantian Komponen-komponen bangunan perlu diganti apabila bahan tersebut didapati tidak lagi sesuai untuk digunakan. Seandainya penggantian tidak dilakukan, bahan tersebut tidak akan memenuhi fungsi yang dikehendaki, kos penyenggaraan menjadi tinggi sekiranya terus digunakan, tidak selesa atau memberi imej buruk kepada umum.

3.

Pemeliharaan dan penjagaan Pemeliharaan dan penjagaan merupakan langkah awal yang perlu diambil bagi memastikan bangunan setiasa dapat berfungsi dengan baik. Ia bertujuan untuk melindungi bahan daripada kerosakan, mengekalkan rupa menarik bahan dan tahan lama. Penjagan boleh dilakukan dengan menggunakan bahan atau teknik tertentu sebelum sesuatu kerosakan berlaku.

4.

Servis dan cuci Walaupun skop kerja servis dan cuci ini di anggap mudah dan berasingan, namun ia tetap merupakan sebahagian dari kerja penyenggaraan yang dituntut pada bangunan. Kerja yang lebih berbentuk penyenggaraan rutin dengan kekerapan yang ditentukan ini adalah bagi memastikan keberihan dan keselamatan kerja di makmal terjamin.

145

Penyenggaraan Elektrik

Kerja penyenggaraan pepasangan dan kelengkapan elektrik bagi bangunan makmal adalah bertujuan bagi memastikan segala kelengkapan elektrik dan tenaga kerja berada pada paras selamat dan terjamin. Penyenggaraan yang dijalankan secara terancang dan teratur terhadap sistem pepasangan eletrik akan mengurangkan ganguan bekalan elektrik serta menyebabkan segala peralatan mencapai hayat yang panjang. Jika ini dapat dilakukan secara kompeten maka kos penyenggaran elektrik akan dapat dikurangkan. Begitu pun penyengaraan pepasangan elektrik tidak boleh dilakukan dengan sewenangwenangnya, ia perlu akur dan memenuhi kehendak Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peratura-Peraturan Elektrik 1994. Peraturan ini menetapkan kerja penyenggaraan elektrik hanya boleh dilakukan setelah pemeriksaan dan ujian bagi maksud penyenggaraan seperti yang dinyatakan di bawah dipenuhi:

1.

Sesuatu pemasangan hendaklah disenggara dalam keadaan baik dan berfungsi, langkah-langkah pengawasan hendaklah dipatuhi pada setiap masa untuk mencegah bahaya.

2.

Tanggungjawab untuk menyenggara pemasangan perlu mengikut cara yang dikehendaki di dalam sub peraturan (1), iaitu hendaklah terletak pada pemunya, pengurusan atau ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.

3.

Sesuatu pemasangan, selain daripada pemasangan domestik hendaklah diperiksa dan diuji oleh seorang yang kompeten sekurang-kurangnya setiap lima tahun atau bila-bila masa yang diarah oleh pengarah.

4.

Mana-mana geganti dan peranti pelindung sesuatu pemasangan hendaklah diperiksa, diuji dan ditentu ukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun atau bila-bila masa yang diarah oleh pengarah.

146

Apa yang dimaksudkan sebagai orang yang kompeten adalah terdiri daripada orang-orang yang berkelayakan seperti:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Jurutera perkhjidmatan elektrik. Jurutera elektrik kompeten. Penyelia elektrik. Penjaga jentera. Pendawai. Pencantum kabel.

Tidak seorang pun kecuali mereka yang kompeten atau orang yang bertindak di bawah orang kompeten, boleh melaksanakan apa-apa kerja pembaikkan, pengantian, penyenggaraan atau pembersihan mana-mana kelengkapan yang menjadi sebahagian daripada pemasangan. Tenaga kerja di bawah kawalan hanya boleh memulakan penyenggaraan sehingga arahan bertulis dikeluarkan oleh orang kompeten itu kepada orang di bawahnya. Semasa kerja penyenggaraan elektrik hendak dilaksanakan, beberapa keadaaan perlulah dielakan. Akta Elektrik 1990 menetapkan bahawa sebarang kerja penyenggaraan elektrik mestilah memenuhi piawaian dan beberapa aspek perlu dititikberatkan seperti yang dinyatakan di bawah:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

Peralatan elektrik tidak melebihi beban. Tidak terlampau panas. Tiada percikan api (sparkling). Tiada sambungan longgar Tidak berlaku sentuhan tidak baik. Pengalir di bawah tegangan. Tiada lembapan. Pembumian tidak berkesan. Pengalir neutral litar terbuka. Usia pengalir litar lama atau usang.

Pelbagai bentuk kerosakan atau kegagalan berfungsi boleh berlaku bagi kelengkapan dan pepasangan eletrik di dalam makmal. Seseorang pegawai makmal perlu dilatih supaya dapat memahami senario kerosakan kelengkapan elektrik di makmal. Begitu pun

147

berdasarkan rekod lama, dibawah ini disenaraikan antara kerosakan yang biasa berlaku ke atas kelengkapan dan pepasangan elektrik.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Litar pintas. Litar terbuka. Beban berlebihan. Suhu lebih/terbakar. Kemasukan air/lembapan. Panahan petir. Bocor ke bumi. Rosak ke bumi. Sambungan longgar. Pealatan/ komponen rosak. Single phasing. Turutan fasa terbalik.

Segala masalah atau kepincangan pada sistem pepasangan dan kelengapan elektrik di makmal boleh menjejaskan perjalanan aktiviti di makmal, justeru itu iaanya perlu disenggara dengan kekerapan yang betul. Peraturan ada menyebut kekerapan kerja senggara sebagai Kekerapan pemeriksaan dan pengujian berkala ditentukan oleh jenis pemasangan, kegunaan dan operasinya, kekerapan senggaranya dan pengaruh atau kesan luar. Begitu pun menurut panduan kekerapan pemeriksaan dan ujian telah menetapkan jangka masa maksima di antara pemeriksaan bagi makmal industri adalah lima tahun.

Penyenggaran Mekanikal

Banyak kemudahan mekanikal seperti lif, alat pencegahan kebakaran, motor hidrulik, enjin pembakaran, turbin, pemacu motor elektrik dan pelbagai lagi yang membantu pelaksaanaan aktiviti makmal. Kemudahan mekanikal ini perlu disenggara dengan baik bagi memastikan ianya dapat berfungsi seperti yang dikehendaki. Adalah terlalu rumit dan komplikated untuk menyenaraikan prosedur dan amalan penyenggaraan bagi semua kemudahan mekanikal yang terdapat di dalam makmal. Begitu pun amalan penyenggaran yang akan dibincangkan hanya bertumpu kepada kemudahan mekanikal yang penting seperti lif dan sistem pencegahan kebakaran yang mana dua kemudahan mekanikal ini di

148

akses oleh tenaga kerja dan orang awam yang berurusan dengan makmal. Penyenggaraan bagi dua kemudahan ini memerlukan kepakaran khas dan menuntut kos yang tinggi.

Penyenggaraan sistem pencegahan kebakaran

Setiap makmal wajib mengadakan satu sistem bagi pencegahan kebakaran sebagai langkah menjaga keselamatan aset, tenaga kerja dan orang awam yang berurusan dengan makmal. Pelbagai bentuk dan jenis sistem pencegahan kebakaran yang terdapat dipasaran masa kini dan adalah menjadi tanggungjawab makmal bagi menentukan jenis dan bentuk yang sesuai dengannya. Sistem pencegahan kebakaran memerlukan penjagaaan dan penyenggaraan yang rapi dan berkala. Ia mesti menepati jadual kitaran pemeriksaan dan diuji mengikut jangka masa yang dirancang bagi memastikannya sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kebakaran.Terdapat pelbagai jenis sistem

pencegahan kebakaran yang perlu kita tahu dan boleh disesuaikan dengan keperluan makma seperti 1) sistem gelung hos, 2) sistem pancur basah, 3) sistem pemercik, 4) sistem semburan automatik, 5) sistem pengera kebakaran, 6) sistem penggera asap, 7) sistem pecah kaca, 8) sistem gas karbon dioksida dan 9) sistem pemadam api.

Kaedah penenyenggaran bagi sistem pencegahan kebakaran akan menjadi lebih berkesan jika satu senarai semak butiran kerja dikepilkan bersama-sama jadual pemeriksaan dan pengujian bagi mengelakan dari terlepas pandang. Di bawah ini adalah contoh kerja penyenggaraan bagi dua sistem pencegahan kebakaran berbeza dan penggera yang biasa digunakan di dalam makmal industri.

1.

Sistem gegelung hos yang disokong engin diesel.

i.

Engin diesel dan sistem berkaitan. a. b. c. d. e. f. Periksa minyak engin dan tukar jika perlu. Periksa enjin dan paip minyak. Periksa penapis udara dan tukar jika perlu. Periksa fungsi motor starter. Periksa penyuntik diesel. Periksa tangki diesel dan tambah jika perlu.

149

g. h. i.

Periksa sistem penyejukan enjn. Periksa bateri dan unit charger. Periksa komponen enjin yang lain.

ii.

Piping dan fittings. a. b. c. d. e. f. g. h. Bersihkan kotor dalam paip. Bersih dan selaraskan nozzle dan hose reel. Periksa sprinkler pastikan dalam keadaan baik. Periksa operasi sprinkler injap alarm . Periksa injap kupu-kupu bateri berfungsi baik. Periksa jika berlakunya angin terperangkap dalam paip. Periksa flexible coupling berkeadaan baik. Periksa injap bebas angin berfungsi dengan baik.

iii.

Water tank a. b. c. d. e. f. Periksa tangki jika ada kebocoran. Periksa injap bebola dalam tangki beroperasi Periksa semua injap berada dalam keadaan baik. Periksa penyukat paras air berfungsi. Periksa jika ada sebarang kekaratan dalam tangki. Periksa elektrod atau foat switch berfungsi baik.

2.

Sistem karbon dioksida. a. b. c. d. e. f. g. h. i. Periksa panel kawalan berfungsi dengan baik. Periksa buzzer berfungsi dengan baik. Periksa alarm dan uji berbunyi. Periksa pengesan haba dan asap. Periksa operasi manual key switch. Periksa bateri dalam panel cukup kuasa. Periksa fire curtain solenoid berfungsi baik. Periksa selinder CO2 tiada bocor. Periksa komponen lain seperti paip, flexible hose, nozzle dan injap silinder berkeadaan baik.

150

3.

Sistem penggera kebakaran. a. b. c. d. e. f. Periksa semua bulb samada berfungsi dengan baik. Periksa buzzer berfungsi baik Periksa alarm bell- uji bunyi. Periksa pengesan haba dan asap. Periksa operasi break sistem. Periksa zone, power, charger card berada dalam keadaan baik. g. h. i. Periksa mimic diagram berfungsi. Periksa interface unit berfungsi baik. Periksa link ke bomba berkeadaan baik.

Penyenggaraan Lif

Penggunaan tangga bagi pergerakan vertikal dalam bangunan bertingkat kadangkala amat meletihkan. Bagi mengatasi isu ini, perkhidmatan lif diperlukan bagi pengguna untuk bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain, manakala lif istimewa akan digunakan bagi pengangkutan barang. Lif ini mestilah dipastikan supaya berupaya beroperasi dengan baik terutamanya semasa waktu-waktu puncak iaitu waktu pengguna ramai menggunakannya.

Lif juga memerlukan perhatian, penjagaan dan penyenggaraan yang rapi kerana ia merupakan kemudahan yang dipasang pada struktur bangunan. Pemasangan ini hanyalah untuk membolehkan ianya bekerja, tetapi keupayaan lif haruslah mengikut kehendak citrasa pengunanya dan bebanan yang bakal ditampung oleh lif tersebut. Pembinaan lif amat komplek dan memerlukan kepakaran jurutera mekanikal dan elektrik. Kebanyakan lif masa kini menggunakan sistem sub-hidrolik. Oleh itu sebelum pembinaan bangunan yang melibatkan lif dilakukan, perancangan yang rapi bagi pembinaan lif perlu mengambilkira bagi kerja-kerja penyenggaraannya. Apabila kerja-kerja penyenggaraan akan dilakukan, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian pada sebelum, semasa dan selepas penyenggaraan iaitu aspek keselamatan, kebolehpercayaan, operasi dan ekonomi.

151

1.

Aspek keselamatan. Penyenggaraan harus memastikan pintu lif sentiasa seperti biasa tanpa membahayakan pengguna dan lif dapat bergerak dengan baik. Sistem brek keccemasan perlu diperiksa setiap kali dan dipastikan ianya berfungsi apabila diperlukan pada saat kecemasan.

2.

Aspek kebolehpercayaan Lif diperlukan untuk beroprasi secara berterusan dan aspek ini menjadi terpenting dalam pembinaan lif. Faktor usia menjadi sebab lif boleh gagal, Namun, jurutera telah membuat satu program penyenggaraan yang setiap pemasangan untuk meminimumkan perubahan terhadap penutupan jadul operasi lif.

3.

Aspek Operasi Penyenggaraan akan menjanjikan lif beroperasi dengan baik dan meninggalkan kesan yang berguna kepada pengguna.

4.

Aspek ekonomi Penyenggaraan harus menitikberatkan aspek ini. Ianya perlu mengesan dan membetulkan pemasangan sebelum lif beroperasi dan mengelakan kegagalan berlaku pada tidakbalas geseran pada rantai yang boleh menjejaskan operasi lif. Cara ini akan mengurangkan kos pengendalian dan pembaikan serta gangguan operasi dapat dikurangkan.

Skop kerja penyenggaraan lif

Pemeriksa atau penyenggara lif perlu biasa dengan operasi lif tersebut dan menitikan aspek keselamatan yang tinggi. Ia perlu melakukan pemeriksaan dengan sikap penuh disiplin dan berhati-hati bagi mengelakan sebarang risiko pada dirinya dan orang ramai semasa kerja penyenggaraan dilakukan. Penyenggara perlu menjauhi daripada bendabenda yang licin seperti minyak atau gris dan sentiasa memakai cermin mata keselamatan semasa menyenggara bahagian atas lif.

152

Kebolehfungsian lif adalah disebabkan oleh kerja pemasangannya berjaya dan semua peralatan dapat berfungsi dengan baik. Namun, semua peralatan tersebut perlu dipastikan memiliki piawaian dan perlu melalui proses pemeriksaan bagi memastikan semuanya dapat berfungsi dengan baik secara berterusan. Antara peralatan lif yang perlu disenggara dan kerosakan perlu dilihat adalah:

a.

Semua peralatan mekanikal seperti pintu lif, suis, tempat memilih stesen, pemegang lif dan sebagainya.

b.

Saling kunci adalah bertujuan untuk memastikan pintu lif benarbenar rapat sebelum lif beroprasi.

c. d. e. f. g. h. i. j. k.

Kren dan tali besi mesti bebas dari karat dan pemakaiannya. Tali untuk getaran dan pemakaiannya. Rails untuk proses pembetulan. Gibs. Kasut panduan supaya lif berada dalam landasan. Pintu lif hanya berfungsi dengan arahan komputer. Minyak gris perlu sentiasa diletakan bagi mengelakan geseran, Ketegangan tali. Debris atau kebocoran air.

Bilik operasi lif adalah bilik kawalan yang bertindak sebagai pemberi arahan lif supaya berfungsi dengan baik. Ia juga menetukan lif dapat bergerak dari satu tingkat ke tingkat yang lain menurut permintaan pengguna. Penyenggaraan juga perlu dilakukan bagi bilik ini dan antara bahan-bahan yang perlu diperiksa adalah:

a. b. c. d. e. f. g. h.

Enjin dan penjana. Pemakaian bearing. Brek. Dear dan skru. Bekas minyak gear. Suis. Alat kawalan. Govoner berfungsi sebagai penentu kedudukan lif supaya berada di tempat yang betul.

153

Penyenggaraan mesin dan peralatan

Mesin dan peralatan adalah merupakan nadi yang menghidupkan sesebuah makmal. Tanpa mesin dan peralatan, makmal pasti tidak akan mampu melaksanakan semua aktivitinya apatah lagi untuk mencapai tujuan dan matlamatnya. Sama seperti bangunan, mesin dan peralatan juga perlukan satu sistem penyenggaraan yang terancang bagi memastikan ianya sentiasa berada dalam keadaan baik, selamat dan boleh bertahan dalam tempoh masa yang panjang. Penyenggaraan yang berkesan terhadap semua mesin dan peralatan, bukan sahaja dapat mengekalkan nilai pelaburan makmal, malah ia juga akan meningkatkan hayat fizikal serta fungsi sesebuah mesin dan peralatan tersebut.

Bagi tujuan penyenggaraan, adalah lebih praktikal jika keseluruhan mesin dan peralatan makmal ini di kelompok atau diklusterkan mengikut fungsi dan peranannya. Contoh; mesin atau peralatan bagi tujuan memotong di klusterkan dalam satu kumpulan, mesin dan peralatan menggerudi di klusterkan dalam kumpulannya dan begitulah seterusnya bagi semua mesin dan peralatan makmal yang lain. Dengan pengklusteran ini, segala mesin dan peralatan akan disenggara mengikut kluster masing-masing. Rasionalnya, segala mesin dan peralatan di dalam kluster yang sama akan disenggara dengan tatacara yang sama atau hampir sama.

Pada asasnya, sesebuah mesin atau peralatan makmal boleh disenggara melalui tiga konsep iaitu 1) pemeliharaan dan penjagaan, 2) Cuci dan servis, dan 3) penggantian. Ketiga-tiga konsep ini sesuai di aplikasikan kepada semua mesin dan peralatan yang digunakan di dalam makmal melalui kaedah penyenggaraan rutin, mingguan, bulanan atau tahunan yang mana sesuai agar semua mesin dan peralatan ini sentiasa bersedia untuk di gunakan pada bila-bila masa yang diperlukan.

1.

Pemeliharaan dan penjagaan Pemeliharaan dan penjagaan adalah merupakan langkah-langkah yang perlu diberi perhatian yang wajar terhadap semua mesin dan peralatan

154

makmal. Usaha ini adalah bertujuan untuk melindungi mesin dan peralatan ini daripada rosak atau gagal berfungsi. Penjagaan boleh dilakukan dengan bahan-bahan dan teknik-teknik tertentu melalui proses penyenggaraan rutin, mingguan, bulanan atau tahunan agar semua mesin dan peralatan makmal dapat bertahan lama.

2.

Cuci dan servis Walaupun cuci dan servis mesin serta peralatan makmal dilihat seperti sebahagian daripada operasi berkala, tetapi ia adalah merupakan perkara pokok dalam penyenggaraan. Operasi ini adalah merupakan

penyenggaraan harian yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja penggunaan sesebuah mesin dan peralatan makmal itu tamat. Perlaksanaan ini dapat membantu mempercepatkan aktiviti makmal kerana segala mesin dan peralatan ini sentiasa bersedia untuk digunakan pada kesokan harinya.

3.

Penggantian Apabila sesuatu unsur, bahan atau bahagian pada sesebuah mesin atau peralatan didapati sudah tidak lagi sesuai untuk digunakan atau telah menurun darjah kecekapannya, maka ianya perlulah di baiki atau diganti. Antara sebab penggantian perlu dilakukan adalah apabila unsur-unsur ini tidak lagi memenuhi fungsinya atau sekiranyanya terus digunakan akan menyebabkan kos penyenggaraan menjadi lebih tinggi dari yang sepatutnya.

Pemeriksaan dan ujian mesin

Setiap mesin dan peralatan perlu melalui satu kaedah pemeriksaan dan ujian bagi memastikan setiap satu daripadanya berada dalam keadaan baik, berfungsi dan selamat untuk digunakan. Bagi memastikan proses ini terancang , dilaksanakan dan terkawal maka satu jadual pemeriksaan dan ujian berkala perlu diwujudkan. Begitu pun adakalanya pemeriksaan dan ujian secara rawak perlu dilakukan terhadap mesin dan peralatan makmal bagi memastikan langkah-langkah pengawasan dipatuhi dan penyenggaraan telah dilakukan dengan berkesan. Pemeriksaan dan ujian terhadap mesin dan peralatan makmal hendaklah dipertanggungjawab dan dilaksanakan hanya kepada

155

orang kompeten atau orang yang bertindak di bawah orang kompeten yang dilantik. Setiap pemeriksaan, ujian dan pelaksanaan kerja senggara mesin dan peralatan perlulah terlebih dahulu merujuk kepada manual arahan yang dibekalkan bersama-sama mesin dan peralatan tersebut bagi tujuan keselamatan.

Penyenggaraan bahan

Bahan mentah yang dibekalkan kepada makmal juga perlukan kerja senggara agar hayat dan pusing guna bahan tersebut dapat menjamin kesegarannya. Pelbagai bahan-bahan makmal yang terlibat di dalam aktiviti makmal sesuai dengan makmal dan latar belakang bidang industrinya. Justeru itu pelbagai kaedah boleh digunakan untuk kerja senggara bahan dan ianya perlu dibezakan dengan berasaskan kepada jenis, sifat, tempoh hayat, kaedah penstorannya, kaedah perlindungannya dan pelbagai lagi ciri-ciri yang terdapat pada bahan-bahan makmal tersebut. Kaedah penstoran yang betul dan berkesan secara tidak langsung juga dapat membantu meningkatkan tahap kesegaran dan tempoh hayat fizikal bahan tersebut. Seperti mesin dan peralatan makmal, bahan juga memerlukan satu kaedah serta jadual pemeriksaan dan ujian bagi memastikan kesegarannya sentiasa menepati piawaian yang dikehendaki.

Bagi bahan-bahan makmal yang perlu dibekalkan dalam kuantiti yang besar, kaedah dan kawalan pengeluarannya perlulah dibuat secara terancang dan sentiasa perlu merujuk kepada sistem stok atau inventori yang telah ditetapkan. Bagi memudahkan sistem pengeluaran bahan ini dari stor secara berkesan, sistem masuk dulu-keluar dulu (MDKD) adalah yang terbaik untuk digunakan bagi mengawal sambil menyenggaranya. Begitu pun kerja penyenggaraan bahan makmal secara keseluruhannya akan menjadi lebih mudah untuk dilaksanakan seandainya sistem penstoran telah dilakukan dengan baik, berkesan serta selamat.

156

Rumusan

Cabaran utama pengurusan penyenggaraan ialah untuk meningkatkan kesedaran diri kepada tenaga kerja dan juga semua pengguna lain tentang pentingnya tanggung jawab ini. Budaya senggara, sikap cintai persekitaran dan menghapuskan budaya musnah laku perlu sentiasa dipupuk dan diamalkan pada setiap tenaga kerja. Kerja penyenggaraan memerlukan daya usaha dan komitmen semua pihak baik diperingkat up-stream maupun diperingkat down-stream. Ia memerlukan visi dan perancangan dengan mengambilkira satu bentuk perlaksanaan yang berterusan.

157

Anda mungkin juga menyukai