Anda di halaman 1dari 12

6 PISMP RBT 1

Topik SUSUN ATUR BENGKEL MENGIKUT KEPERLUAN DAN


KESELAMATAN
Sinopsis Modul ini menerangkan tentang strategi organisasi bengkel. Dalam
sesebuah bengkel, organisasi dan pengurusan bengkel juga
diperlukan dan ia juga akan dibincangkan dalam modul ini. Selain
daripada itu, modul ini juga menjelaskan tentang petunjuk-petunjuk
untuk merancang sesebuah bengkel yang sempurna. Di samping itu
juga modul ini akan menerangkan tentang keperluan keselamatan
di bengkel sekolah.
Standard 1. Strategi organisasi dan keperluan bengkel.
kendungan 2. Keperluan organisasi dan keperluan bengkel.
3. Petunjuk untuk merancang sesebuah bengkel.
4. Menerangkan keperluan keselamatan di bengkel sekolah.
Standad Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
pembelajaran a) Menjelaskan strategi organisasi dan keperluan bengkel
b) Menerangkan keperluan organisasi dan pengurusan
bengkel.
c) Menjelaskan petunjuk-petunjuk untuk merancang sesebuah
bengkel yang sempurna.
d) Menerangkan keperluan keselamatan bengkel di sekolah.

SUSUN ATUR BENGKEL

OBJEKTIF

Di akhir bab ini, anda seharusnya akan dapat:

1. Menjelaskan strategi organisasi dan pengurusan bengkel.


2. Menerangkan keperluan organisasi dan pengurusan bengkel.
3. Menjelaskan petunjuk-petunjuk untuk merancang sesebuah bengkel yang
sempurna.
4. Menerang keperluan keselamatan di bengkel sekolah.
6 PISMP RBT 1

Strategi organisasi dan pengurusan bengkel.

Sebuah program yang dibangunkan untuk mencapai objektif dan misi


sesebuah organisasi
STRATEGI
Corak tindak balas sesebuah organisasi terhadap persekitaran di
sepanjang operasi mereka.

Strategi organisasi bengkel

1. Penyatuan manusia
 Penyatuan manusia untuk melakukan sesuatu tugas secara bersama.
 Persefahaman antara satu sama lain dibina dalam kalangan manusia.
 Penting untuk kesinambungan tugas dalam bengkel.
Contoh: kita dapat lihat dan rujuk sistem penyimpanan rejod dan stok
alatan dan kelengkapan yang terdapat dalam bengkel secara mudah.
Kerjasama semua guru diperlukan supaya peralatan semua bengkel boleh
direkod dan disimpan mengkut jenis dan bilangan.

2. Tempat meneroka ilmu.


 Sesebuah tempat untuk menerokai ilmu mestilah satu tempat yang selesa.
 Sesebuah organisasi bengkel mestilah teratur dan tersusun supaya proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
 Bagi memastikan kerja amali bengkel berjalan dengan lancar, strategi
utama ialah memastikan semua peralatan dan bahan adalah teratur dan
lengkap.

3. Mewujudkan pengalaman kerjaya yang baru.


 Bertindak sebagai sumber untuk mewujudkan pengalaman baru dalam
bidang kerjaya.
Contoh: panitia bengkel boleh menganjurkan program perkembangan staf
untuk tujuan organisasi bengkel seperti kerja penyelenggaraan peralatan.
6 PISMP RBT 1

KEPERLUAN ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL

FASA PERTAMA - Perancangan dan


Dua fasa keperluan pengelolaan
organisasi dan
pengurusan bengkel FASA KEDUA -Tenaga kerja

Fasa pertama : Perancangan dan pengelolaan

Perkara-perkara ini perlu dirancang dangan dan dikelolakan dengan teliti:

1. Reka bentuk bengkel


2. Stesen-stesen kerja
3. Pendawaian
4. Perpaipan
5. Pengedaran udara
6. Penempatan alatan kelengkapan
7. Perabot
8. Stor
9. Keselamatan
10. Warna

Perancangan yang teliti adalah penting supaya dapat memenuhi kehendak masa kini
dan masa hadapan. Perancangan dan pengelolaan perlu dilakukan mengikut prinsip
dan bukan mengikut kehendak individu guru. Murid juga boleh membantu dalam
perancangan dan pengelolaan.
6 PISMP RBT 1

Fasa kedua : Tenaga kerja

Organisasi bengkel tidak mampu dilakukan oleh seorang individu sahaja.


Penyelarasan perlu wujud dalam melaksanakan tugas ini. Kerjasama antara tenaga
kerja yang bersedia untuk membantu amat diperlukan. Penyelarasan dalam kontek
pengagihan bidang tugas juga perlu dan penting.

Dalam fasa yang kedua ini mengarah adalah satu aspek yang perlu diberi
perhatian. Selepas merancang semua kerja yang perlu dilakukan, seseorang ketua
akan bertindak untuk mengarah. Seorang pengarah akan menyusun kerja yang
dilakukan supaya tidak bertindih. Selain daripada itu, proses mengarah penting
dalam mengelakan salah faham dalam kalangan mereka yang membantu
melaksanakan tugas.

Dalam fasa ini mengawal dan melapor adalah satu lagi perkara yang perlu
dititik beratkan. Mengawal dan melapor merupakan salah satu keperluan organisasi
bengkel. Tugas dan mandat ini biasanya dilaksanakan oleh ketua panitia
matapelajaran.

Mengawal- dilakukan untuk memastikan peningkatan atau kemajuan kerja


yang dilakukan.
Melapor- menyampaikan maklumat kerja kepada petadbir supaya segala
kekurangan dan keperluan mudah mendapat batuan dan tindakan darinya.

Keperluan yang terakhir dalam fasa yang kedua dalam keperluan organisasi
dan pengurusan bengkel ialah belanjawan. Peruntukan kewangan adalah sangat
penting dalam sesebuah organisasi. Kewangan digunakan untuk melaksanakan
segala perancangan yang telah dirancang.
6 PISMP RBT 1

Beberapa petunjuk untuk merancang bengkel.

Sesebuah bengkel perlulah drancang dengan baik. Faktor yang dijangka berkaitan
perlulah diperincikan oleh mereka yang pakar. Ini bagi memastikan bengkel
mencapai maklumat yang dikehendaki selaras dengan keperluan semasa dan masa
hadapan. Berikut merupakan beberapa petunjuk yang boleh dijadikan panduan untuk
tujuan perancangan:

a. Pelan lantai.

Perancangan pelan lantai mestilah teratur. Ini merupakan salah satu petunjuk
yang penting dalam merancang bengkel. Terdapat tiga jenis pelan lantai iaitu:

i. Pelan lantai proses (proses layout)


Mengumpulkan mesin-mesin di suatu lokasi mengikut jenis mesin. Ini
akan menghasilkan satu ruangan kerja yang sama.

ii. Pelan lantai produk (product layout)


Menyusun kelengkapan mesin mengikut langkah kerja untuk
menghasilkan sesebuah produk.

iii. Pelan lantai gabungan antara proses dan produk.


Dirancang mengikut gabungan ciri-ciri proses dan produk. Jenis pelan
lantai ini kurang digunakan.

b. Kemudahan pengajaran.
 Kemudahan pengajaran akan memaksimumkan lagi pembelajaran dalam
bengkel.
 Dalam sesebuah bengkel, ruang untuk tunjuk cara dan syarahan perlu
disediakan. Ruang terhad akan menyebabkan kesukaran kepada guru
untuk melakukan aktiviti.
6 PISMP RBT 1

c. Bunyi
 Sebuah bengkel mungkin memerlukan bahan kalis bunyi yang sesuai. Ini
bagi mengelakkan bunyi bising yang berlebihan yang akan menggangu
proses pengajaran dan pembelajaran.
 Tahap kebisingan bagi sesebuah bengkel tidak boleh melebihi 150 dB
(decibel).
 Jika seseorang didedahkan dengan bunyi bising pada tahap 90 dB dalam
jangka masa lapan jam, ianya boleh mengakibatkan kehilangan
pendengaran.

d. Warna.
 Pengunaan warna yang sesuai boleh meningkatkan tahap keselamatan
dalam sesebuah bengkel.
Contoh, penggunaan warna yang sesuai pada bahagian lantai akan
mengurangkan kadar silauan dan menghasilkan suasana yang lebih ceria.

e. Pencahayaan.
 Pencahayaan perlu diberi penekanan dalam dalam sesebuah bengkel.
Sesebuah bengkel biasanya menggunakan lampu untuk menerangi dan
menambahbaikkan kadar pencahayaan.
 Cahaya asli daripada cahaya matahari perlu diberi keutamaan. Selain
daripada menjimatkan kos, cahaya matahari lebih terang daripada cahaya
lampu.

f. Bengkel am
 Bengkel adalah alternatif yang boleh dipertimbangkan untuk digunakan di
peringkat sekolah.
 Perancang perlu mempunyai kepakaran yang tinggi merancang bengkel ini.
 Bengkel-bengkel am ini jika berjaya dihasilkan perlu beroperasi secara unit-
unit kecil bagi setiap bidang pembelajaran yang bersesuaian.
6 PISMP RBT 1

g. Sistem stor.
Penyimpanan amat penting dan berkait rapat dengan saiz bengkel.
Dalam merancang sesebuah bengkel, bahan, mesin dan peralatan yang
dimiliki haruslah disimpan di tempat yang sesuai. Sistem penyimpanan yang
sistematik adalah sangat membantu dalam pembelajaran.

Antara kebaikannya ialah:


 penyediaan bahan pembelajaran yang lebih pantas
 memastikan alatan berada dalam keadaan selamat
 mewujudkan bengkel yang lebih terurus dan tersusun

Di sekolah terdapat 2 jenis bengkel iaitu:

a. Stor am
 Menjadi tempat penyimpanan bagi semua jenis bahan yang
dibeli oleh pihak sekolah.
 Terdapat di sekolah menengah teknik.
b. Stor khas.
 Tempat penyimpanan bahan, peralatan dan rekod-rekod yang
berkaitan bagi setiap bengkel d sekolah.
 Terdapat di sekolah akademik bagi matapelajaran kemahiran
hidup.

e) Kebersihan (housekeeping)
 Aspek yang perlu dirancang ialah laluan pengangkutan bagi bahan,
mesin dan peralatan bengkel, tempat bahan buangan, sistem penyedut
bahan bertoksid, lekapan lain seperti bekalan elektrik, gas, udara mampat
dan sebagainya.
 Rangkaian sistem penghantaran bagi lekapan elektrik, gas,dan udara
mampat sebaik mungkin berada di atas bangunan bengkel.
 Punca-punca bekalan elektrik berada sehampir mungkin dengan bekalan
elektrik.
 Bekalan air perlu mempunyai singki yang baik yang baik dan sistem
saliran yang sempurna berhampiran laluan keluar bengkel.
6 PISMP RBT 1

 Gas dan bahan merbahaya perlu diasingkan dalam ruangan khas yang
mempunyai perlindungan keselamatan yang baik.
 Sistem pengumpulan habuk dalam sesebuah bengkel adalah penting.
Sistem pengumpulan habuk perlu disediakan secara berpusat dan jika
gagal disediakan, mesin penyedut mudah alih perlu disediakan mengikut
kesesuaian bengkel.
 Sistem pengudaraan juga perlu dirancang dengan baik bagi mengelakkan
pengumpulan haba yang tidak sesuai untuk proses pembelajaran dan
pembelajaran.
6 PISMP RBT 1

PRINSIP ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL MENGIKUT KEPERLUAN


KESELAMATAN.

a) Ruang dan kawasan kerja.


 Ruang bengkel perlu mempunyai saiz yang sesuai dengan bidang kursus
matapelajaran yang dijalankan.
 Ruang yang sempurna memudahkan penyeliaan kerja.
 Kawasan kerja menempatkan stesen-stesen kerja individu dan khas,
kawasan untuk mesin-mesin, kawasan pengstoran, kawasan pameran,
laluan untuk bekerja, kawasan unuk menempatkan alatan kesihatan dan
kebakaran dan kawasan untuk proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan.

b) Pintu dan tanda keluar.


 Mengikut peraturan pihak bomba dan penyelamat, setiap premis
mempunyai dua pintu.
 Saiz pintu 1 ½ kali lebih besar daripada saiz piawai pintu rumah.
 Diperlukan untuk memudahkan keluar masuk bahan dan mesin.

c) Kawalan kesihatan dan persekitaran.


 Merupakan aspek penting dalam pengurusan bengkel. Dilakukan melalui
kawalan cahaya, kawalan pengedaran udara, kawalan bunyi dan kawalan
pelupusan.

d) Peralatan perlindungan diri.


 Aktiviti amali dalam bengkel mendedahkan kita kepada risiko kemalangan.
Oleh itu peralatan perlindungan diri dalam bengkel perlu disediakan.
 Contoh: penutup hidung dan apron.

e) Perubatan dan pertolongan cemas.


 Peti kecemasan yang terdapat dalam bengkel perlu lengkap dengan alatan
yang dicadangkan oleh pihak hospital.
 Diletakkan di tempat berdekatan dengan stesen guru dan mudah dilihat.
 Kawasan mencuci tangan perlu disediakan.
6 PISMP RBT 1

f) Pencegahan kebakaran.
 Dalam sesebuah bengkel, risiko untuk terjadinya kebakaran adalah tinggi.
Ini kerana kebakaran boleh berlaku melalui litar pintas. Oleh itu
 Pencegahan kebakaran dalam sesebuah bengkel perlu disediakan. Alatan
yang biasa kita lihat dan mudah didapati ialah alat pemadam api. Ia boleh
ditempatkan di tempat yang mudah untuk dicapai dan mudah dilihat.
 Selain daripada itu, alatan seperti hos bomba, pengesan haba, dan
sprinkler juga boleh dipasang.

g) Peralatan pemampat udara.


 Pemampat udara digunakan semasa kerja pembersihan bengkel dan
mesin-mesin. Pemampat udara amat dperlukan dalam sesebuah bengkel.

h) Penstoran bahan.
 Sistem penstoran yang sistematik pelu diwujudkan.
 Sistem penstoran bahan akan memudahkan kita untuk meyemak bahan
dan menyediakan perbelanjaan untuk membeli bahan yang diperlukan.

i) Mesin dan perlindungan mesin.


 Setiap mesin dibina dengan alat perlindungan yang sesuai.
 Alat perlindungan ini tidak boleh dialih untuk mengelakkan kemalangan.

j) Mesin berkuasa mudah alih.


 Mesin berkuasa mudah alih menjadi pilihan kerana harga yang murah.
 Mesin ini juga merbahaya seperti mesin bukan mudah alih.
 Mesin ini mudah rosak.
 Guru perlu memberikan perhatian dan pengawasan ketika pelajar
menggunakannya.
6 PISMP RBT 1

SOALAN OBJEKTIF

1. Yang manakah antara berikut merupakan strategi penyatuan manusia dalam


strategi penyatuan bengkel?
A. Organisasi dalam bengkel mstilah teratur dan tersusun
B. Mewujudkan pengalaman baru dala bidang kerjaya
C. Memewujudkan persefahaman antara satu sama lain
D. Merancang pembelian bahan dan alatan kegunaan bengkel

2. Kawalan kesihatan dan persekitaran dalam sesebuah bengkel amat penting


dalam organisasi dan pengurusan bengkel. Manakah antara yang berikut
dapat dilakukan untuk mengawal kesihatan dan persekitaran.
i. Kawalan cahaya
ii. Kawalan pengedaran udara
iii. Kawalan bunyi
iv. Kawalan bahan pelupusan

A. i
B. ii dan iii
C. i, ii, dan iii
D. i, ii, iii, dan iv
6 PISMP RBT 1

SOALAN STRUKTUR

Terdapat beberapa petunjuk dalam merancang bengkel. Antaranya ialah pelan lantai
bengkel. Pelan lantai bengkel boleh didapati dalam 3 jenis iaitu pelan lantai proses,
pelan lantai produk dan pelan lantai gabungan antara proses dan produk.

Apakah yang dimaksudkan pelan latai proses dan pelan latai produk? Berikan contoh
yang sesuai:

1. pelan lantai proses

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

2. pelan lantai produk

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

SOALAN ESEI

Dalam apa juga keadaan dan tugas pengurusan bengkel yang dilakukan,
keselamatan merupakan aspek penting yang tidak boleh diabaikan.

Terangkan bagaimana ruang dan kawasan kerja dapat memenuhi keperluan


keselamatan dalam sesebuah bengkel.

___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Anda mungkin juga menyukai