Anda di halaman 1dari 7

REFLEKSI (TEOH LI MEI)

Syukur. Hanya sepatah perkataan itu yang lahir dari hati dan bibir setelah
tugasan projek kursus Penerokaan Bahan yang diamanahkan oleh pensyarah, Tuan Haji
Zohari Bin Muda dapat saya siapkan dalam tempoh yang ditentukan. Proses
penghasilan tugasan ini telah banyak memberikan input kepada saya tentang peringkatperingkat penghasilan seramik daripada tanah liat, proses perubahan mikrostruktur yang
terlibat, aplikasi dan implikasinya dalam kehidupan seharian.
Negara Malaysia banyak menikmati kurniaan daripada Tuhan kerana tanah air
kita kaya dengan pelbagai sumber asli seperti logam, petroleum, pasir, kayu-kayan,
tanah liat dan lain-lain yang dapat diproses kepada produk-produk yang dapat
dimanfaatkan dalam kehidupan seharian serta dijadikan sumber ekonomi dalam
pelbagai bidang industri perkilangan. Salah satu produk yang telah wujud, dipakai dan
banyak melalui proses modifikasi sejak zaman neolitik sehingga zaman moden ini ialah
seramik. Menyingkap pengalaman pembelajaran subjek kimia ketika Tingkatan 4 dahulu,
saya pernah didedahkan dengan subtopik seramik dalam Bab Pemprosesan Bahan Di
Industri, tetapi ia hanya secara sepintas lalu sahaja. Memandangkan kami diberi
kebebasan untuk memilih salah satu jenis produk dan sumber aslinya, kumpulan saya
telah pun berbincang dan mencapai kesepakatan untuk membuat tajuk mengenai tanah
liat dan seramik supaya kami dapat mengaplikasikan pengetahuan sedia ada tentang
sifat-sifat dan penggunaan seramik yang telah dipelajari ke dalam kerja kursus ini,
malahan mengambil kesempatan ini untuk mengeksploitasi ilmu pemprosesan bahan
seramik secara mendalam dan menyeluruh. Secara umum, seramik merupakan
campuran tanah liat serta bahan-bahan lain seperti silika dan feldspar. Melalui tugasan
ini, saya mendapati proses penghasilan seramik terdiri daripada 4 peringkat, bermula
dari penyediaan tanah liat, binaan bentuk, pengeringan dan pembakaran sehingga ke
pemprosesan akhir. Peringkat pemprosesan akhir pula merangkumi 4 langkah, iaitu
menggesek, mengalur, mengasah dan akhir sekali menggilap.
Ketika sekolah rendah dahulu, saya pernah salah anggap bahawa kedua-dua
pasir dan tanah liat adalah sama. Padahal, mereka merupakan dua jenis kandungan
tanah yang berbeza. Tanah liat terdiri daripada aluminium silikat dan biasanya
mengandungi benda asing seperti pasir sebelum ia ditapis melalui kepingan skrin.
Perbezaan tanah liat dan pasir ini dapat dilihat dengan jelas dari segi sifat kelikatan
mereka apabila dicampur dengan air dan diguling. Menyingkap pengalaman saya

bermain pasir di halaman rumah ketika masa kecil-kecil dahulu, saya selalu tertanyatanya kenapa pasir ini tidak dapat digelung dan dilengkung ke dalam pelbagai bentuk
seperti plastisin dengan sesuka hati. Namun, setelah menjalankan tugasan ini, saya
telah dapat memahami secara mendalam tentang kejadian tersebut. Pasir terdiri
daripada serpihan batu bata dan memiliki saiz zarah yang lebih besar. Jumlah luas
permukaan per isipadu yang kecil telah mengurangkan permukaan sentuhan zarah pasir
dengan molekul air dan menyebabkan mereka tidak dapat memegang molekul air yang
banyak seperti zarah-zarah tanah liat. Sementara itu, ruang-ruang yang luas dan
molekul-molekul

udara

yang

terperangkap

di

antara

zarah-zarah

pasir

telah

menyebabkan pasir menjadi rapuh, tidak elastik dan tidak dapat dilengkung.
Namun, saiz zarah-zarah tanah liat yang jauh lebih halus daripada zarah-zarah
pasir telah mengecilkan liang-liang yang wujud di antara atom dengan atom dan
meluaskan permukaan sentuhan zarah dengan molekul air. Sifat bercas elektrik yang
dimiliki oleh zarah-zarah tanah liat juga telah meningkatkan kapasiti dan menimbulkan
daya tarikan yang lebih kuat untuk memegang molekul-molekul air. Jadi, ini telah
memberikan ciri kelikatan kepada tanah liat dan membolehkan tanah liat dibuat ke
dalam pelbagai bentuk melalui teknik picitan, lingkaran, lemparan alin, binaan acuan dan
lain-lain. Dalam konteks ini, saya sedar bahawa pemeriksaan dan pemastian ketulenan
tanah liat adalah penting bagi pengilang industri seramik kerana kehadiran pasir dalam
tanah liat bukan sahaja akan mengurangkan kelikatan dan menyukarkan proses
pembinaan bentuk seramik, tetapi juga akan menyebabkan produk seramik menjadi
rapuh dan mendorong kepada penurunan kualiti produk. Di sini, saya juga mendapati
penggunaan mesin gerudi elektrik, langkah penapisan melalui kepingan skrin, langkah
pemendapan dan langkah pendehidratan melalui kain kanvas dan kontena plaster
merupakan proses penting untuk melarutkan gumpalan tanih dan menyingkirkan pasir
dan benda-benda asing lain daripada tanah liat sebelum ia dibentuk dan dibakar agar
produk seramik yang bermutu tinggi dan bernilai komersial tinggi dapat dihasilkan.
Di samping itu, saya juga menemui bahawa kelikatan turut memainkan fungsi
yang penting dalam usaha memudahkan proses binaan bentuk seramik. Selain
memastikan 100% ketulenan tanah liat ketika peringkat penyediaan tanah liat daripada
tanah bumi melalui penapisan dan pemendapan, saya mendapati kelikatan tanah liat
boleh juga ditambahbaikan melalui kaedah penambahan Hathorn Bond fireclay atau
plaster. Melalui tugasan ini, saya turut mendapati bahawa kaedah penambahan bahan-

bahan komposit matrik ke dalam tanah liat turut yang tercetus dan kian berkembang
dalam bidang industri seramik belakangan ini juga berperanan penting untuk
mengoptimumkan keplastikan dan kelikatan tanah liat. Contoh bahan komposit seramik
yang saya dapati adalah seperti aluminium oksida dan zirkonia oksida. Melalui kaedahkaedah tersebut, barulah proses binaan bentuk tanah liat dapat dilicinkan. Tambahan
pula, syukurlah bahawa dengan aplikasi sistem komputer dan mesin acuan yang
canggih,

ia

bukan

sahaja

telah

mempercepatkan

proses

penghasilan

dan

mengoptimumkan produktiviti seramik, tetapi juga membolehkan para pengguna untuk


menikmati beraneka ragam produk yang inovatif dan kreatif.
Sebelum itu, saya pernah melihat proses penghasilan tembikar melalui program
televisyen, namun melalui tugasan ini, saya mendapati bahawa sebenarnya seramik dan
tembikar mempunyai takrifan yang khusus. Walaupun kedua-dua produk tanah liat ini
dibentuk dengan air, dikeringkan oleh udara dan dikeraskan oleh api (Beebhas, 1995),
tetapi ciri-ciri yang membezakan mereka ialah suhu pembakaran dan sifat kekuatan. Ia
dapat disokong oleh Zainal & Oskar (2006) yang mengatakan bahawa suhu
pembakaran seramik yang tinggi dan mencapai tahap matang (vitrification) telah
menyebabkan seramik menjadi lebih keras dan bertahan lama berbanding dengan
tembikar yang dibakar pada suhu yang rendah dan kurang daripada 800 oC.
Penambahan air telah menyebabkan jasad tanah liat berkembang akibat daripada daya
tolakan yang wujud di antara ion-ion hidroksida pada lapisan aluminosilikat. Apabila
jasad tanah liat itu dibakar di bawah suhu yang rendah, proses pengeringan yang
berlaku hanya akan menyebabkan pengecutan struktur tanah liat kepada saiz asal,
tetapi tidak mendorong kepada kejadian proses penutupan liang-liang antara atom-atom
dan penumpatan tanah liat. Jadi, dengan analisis dan pengetahuan tersebut, saya dapat
memahami sebab-sebab yang menjadikan tembikar ini lebih rapuh, ringan dan mudah
pecah berbanding dengan seramik.
Namun, jika pembakaran produk tanah liat diteruskan sehingga 600oC ke atas, ia
akan bertukar kepada seramik dan proses pensinteran yang lengkap akan berlaku di
bawah suhu pembakaran yang sangat tinggi, iaitu di antara 800oC hingga 1800oC. Saiz
liang udara yang wujud di antara lapisan aluminosilikat semakin berkurangan sehingga
zarah-zarah tanah liat bersebelahan saling bersentuhan untuk membentuk necks.
Pemampatan struktur, pengurangan isipadu dan penumpatan jasad tanah liat telah
mengurangkan keporosan dan menghasilkan produk seramik yang kukuh dan kuat.

Melalui pengetahuan dan analisis tersebut, saya menemui bahawa suhu pembakaran
dan proses pensinteran telah memainkan pengaruh yang penting terhadap sifat
kekerasan produk seramik. Demi memahami perubahan mikrostruktur tanah liat kepada
seramik yang berlaku ketika proses pensinteran secara mendalam dan konkrit, saya
telah berusaha mengumpul ilustrasi dan diagram daripada buku dan internet yang
berbagai-bagai. Di sini, saya telah sedar bahawa kepentingan penggunaan gambargambar dalam usaha mengoptimumkan pemahaman individu tentang sesuatu
perubahan kimia yang abstrak atau tidak dapat dilihat daripada mata kasar. Tambahan
pula, saya sebagai pengguna juga amat bersyukur kerana dengan penciptaan teknologi
Hot Isostatic Press (HIP) yang berfungsi memaksimumkan ketumpatan seramik yang
melalui suhu dan tekanan gas nadir yang tinggi, kita telah dapat menikmati produkproduk seramik yang bermutu tinggi dan memiliki sifat 0% keporosan.
Melalui tugasan ini, saya juga mendapati bahawa penggunaan seramik ini
sebenarnya sudah menjadi semakin meluas dan popular dalam kehidupan seharian kita.
Disebabkan

sifatnya

yang

keras

dan

rintangannya

terhadap

oksigen,

agen

pengoksidaan, suhu tinggi, tekanan tinggi dan bahan-bahan kimia lain, fungsi seramik
bukan sahaja terhad sebagai barangan perhiasan dan barangan penggunaan dapur,
tetapi juga diperkembang ke bidang pembuatan bahan pembinaan, seperti jubin lantai,
dan paip bawah tanah serta bidang kegunaan penebat haba dan elektrik, seperti
ketuhar, seterika dan palam pencucuh bagi enjin kenderaan. Namun, takat lebur yang
tinggi dan kekerasan struktural dan kemudahpecahan produk seramik juga telah
menjadi sesuatu kelemahan dan batasan ketika proses pemesinan, seperti sawing dan
grooving. Nasib baik dengan kecanggihan teknologi, masalah tersebut dapat diatasi
melalui penambahan bahan fluks seperti barium karbonat, dan zink oksida ke dalam
produk seramik sebelum ia dibakar. Daripada maklumat yang dikumpul, saya mendapati
bahan fluks dapat menggalakkan pelakuran silika dan alumina ketika dibakar dan
seterusnya meningkatkan sifat kebolehmesinan bahan seramik tersebut. Tidak
ketinggalan juga, saya turut mendapati aplikasi teknologi Mikrojet Laser bukan sahaja
berfungsi mengatasi kelemahn cara sawing dan grooving yang tradisional dengan
mengelakkan berlakunya masalah retakan , tetapi juga membantu meningkatkan
kecekapan proses ablasi, serta memudahkan kerja mengasah dan menggilap dengan
meminimumkan penghasilan cebisan dan serpihan yang akan mengotorkan produk
seramik.

Pada pandangan saya, kualiti produk turut merupakan suatu kriteria yang amat
penting untuk menarik minat pengguna dan mengukuhkan kepercayaan pengguna
terhadap penggilang seramik itu. Dengan ini, proses pengglasiran (glazing) telah
dilakukan dengan menyepuh lapisan aluminosilikat yang mengandungi peratus
aluminium yang tinggi pada permukaan seramik untuk mengelakkan masalah retakan
dan menjadikan produk seramik itu kalis air selain bertujuan menambahbaikkan
keindahan rupa produk. Saya juga mengetahui faktor yang menyebabkan perubahan
warna seramik ialah kehadiran unsur peralihan oksida di dalam tanah liat, seperti ferum,
kuprum dan nikel. Sementara itu, saya mendapati bahawa dengan kemajuan sains dan
teknologi pada zaman ini, unsur peralihan turut boleh ditambahkan ke dalam seramik
secara artifisial. Daripada maklumat yang dikumpul, saya juga menemui bahawa
pengglasiran turut berfungsi melicinkan kerja pewarnaan dan perhiasan permukaan
produk seramik.
Pada zaman ini, barangan perhiasan, seperti cawan dan pinggan yang diperbuat
daripada plastik telah menjadi alternatif dalam kalangan pengguna. Walaupun cawan
dan pinggan plastik tidak mudah pecah dan lebih tahan lama berbanding dengan
seramik, tetapi apabila mereka didedahkan kepada makanan dan minuman yang panas,
kemungkinan besar tindak balas kimia antara polimer plastik dengan kandungan
makanan dan minuman akan berlaku. Pencemaran makanan dan minuman secara
langsung akan menjejaskan kesihatan badan kita. Jadi, pada pandangan saya, saya
akan menjadikan barang perhiasan buatan seramik sebagai pilihan dominan saya
kerana sifat rintangan seramik yang kuat terhadap suhu dan bahan kimia telah memberi
jaminan keselamatan kepada makanan dan minuman serta kesihatan tubuh kita. Tidak
ketinggalan juga, saya berasa amat puas hati, gembira dan berbaloi untuk menjalankan
tugasan ini kerana segala ilmu pengetahuan yang saya peroleh mengenai bidang
pemprosesan seramik tersebut pasti akan menjadi sumber rujukan dan panduan kepada
saya dalam kehidupan seharian untuk memilih dan membeli barang-barang seramik
kegunaan domestik berkualiti.
Selain memperoleh ilmu pengetahuan akademik, proses pelaksanaan tugasan
ini juga banyak memberikan pengajaran dan ikhtibar kepada saya untuk melatih diri
menjadi seorang guru yang baik dan berkualiti. Ketika pelaksanaan tugasan ini, saya
menghadapi kesuntukan masa kerana saya juga dihujani dengan kerja-kerja kursus
yang berlambak-berlambak oleh pensyarah-pensyarah lain. Dengan kesedaran masa

itu emas, saya juga telah belajar menghargai masa dan mengagihkan masa secara
sistematik dengan mengurangkan pembaziran masa pada aktiviti-aktiviti lain, seperti
facebook agar saya dapat meluangkan masa yang mencukupi untuk menyempurnakan
amanah dan tanggungjawab ini. Secara tidak langsung, nilai menghargai dan menepati
masa telah tersemai dan diperkukuh dalam sanubari saya. Di samping itu, pembelajaran
aplikasi program paint dan smart art untuk membuat rekaan grafik serta integrasi
animasi dan video ke dalam persembahan slaid powerpoint saya juga telah membantu
saya untuk menyampaikan isi penulisan dan pembentangan dengan lebih menarik,
padat dan mudah difahami. Di sini, saya sedar bahawa peripentingnya aplikasi
pengurusan grafik dan kemahiran ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah pada masa depan saya.
Demi menghasilkan isi kandungan yang lebih konsisten, terperinci dan koheren,
saya juga telah memanfaatkan pusat sumber IPGKKB dan melayari internet untuk
menggali, mengorganisasi dan mensintesis maklumat-maklumat yang berkaitan.
Sementara itu, nilai gigih berusaha, sikap ingin tahu dan bertanggungjawab juga telah
dipupuk dan dikukuhkan dalam jiwa saya. Nilai gigih berusaha telah mendorong saya
bekerja bersungguh-sungguh untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan melalui
pelbagai wahana seperti internet, buku dan rujukan. Selain itu, naluri ingin tahu juga
telah mendorong saya untuk berusaha menyelesaikan ketidakfahaman dalam hati saya
dan berbincang dengan pensyarah dan rakan-rakan manakala sikap bertanggungjawab
pula telah membakar semangat saya untuk menyempurnakan tugasan ini atas inisiatif
sendiri bukannya setakat melepaskan batu di atas tangga.
Memandangkan tugasan ini dijalankan secara berkumpulan, saya juga telah
mempelajari nilai perpaduan dan bekerjasama antara satu sama lain. Walaupun
percanggahan idea ini memang tidak dapat dielakkan dalam sesuatu kerja kumpulan,
tetapi dengan kesedaran peribahasa bulat air kerana pembentung, bulat manusia
kerana muafakat, saya dengan ahli kumpulan, Chou Ching Ing dan Yong Sze Chin telah
bermusyawarah dan mencapai kesepakatan untuk mengagihkan tugasan tersebut
secara sistematik. Alangkah syukurnya bahawa saya dipertugaskan untuk menulis esei
mengenai peringkat-peringkat penghasilan produk seramik bermula dari peroleh tanah
liat kerana pengetahuan tersebut telah banyak membantu saya dalam mengolah esei
reflektif. Tidak ketinggalan juga, saya juga sering berkolaboratif dan bertukar-tukar idea
dengan pensyarah, ahli kumpulan dan rakan sekelas untuk memperbaiki kelemahan isi

penulisan saya dan menghasilkan tugasan yang berkualiti. Melalui proses ini, saya juga
mempelajari kepentingan berkongsi idea dan pendapat dengan rakan-rakan. Sebagai
warga pendidik yang bertanggungjawab menitiskan segala ilmu pengetahuan kepada
generasi muda, janganlah kita mengamalkan sikap mementingkan diri dan individualistik
bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing!
Pendek kata, saya telah banyak memperoleh manfaat daripada tajuk tugasan ini
di mana ia bukan sahaja telah membuka mata saya terhadap peringkat-peringkat,
proses tindak balas kimia, perubahan mikrostruktur dan peningkatan mutu hasil yang
terlibat dalam pemprosesan bahan seramik daripada tanah liat dan implikasinya
terhadap kehidupan kita, malahan juga telah menitiskan kesedaran saya untuk
menghargai dan memanfaatkan sumber asli di bumi ini secara sistematik, cermat dan
dengan tujuan yang baik sebagai tanda kesyukuran kepada anugerah Tuhan. Tambahan
pula, nilai-nilai yang tersemai ke dalam sanubari saya ketika proses pelaksanaan
tugasan ini, seperti gigih berusaha, bertanggungjawab, menghargai masa dan
bekerjasama nescaya akan menjadi batu loncatan kepada saya untuk menjadi warga
pendidik yang berkualiti dan berkomitmen tinggi dalam usaha mendidik anak-anak murid
dan menunaikan akaunbiliti profesion guru. Saya berjanji akan mempraktikkan dan
menyebarkan segala ilmu pengetahuan, kemahiran, pengajaran dan nilai-nilai murni
yang diperoleh daripada perjalanan tugasan ini dalam bidang profesion saya pada masa
depan. Akhirulkalam, terima kasih lagi saya rakamkan kepada Tuan Haji Zohari atas
bimbingan dan galakan beliau yang cukup memotivasikan dan penuh komited.

Anda mungkin juga menyukai