Anda di halaman 1dari 1

LAPORAN AJK KEBERSIHAN

Pada awal perancangan dan persediaan pameran, saya, Teoh Li Mei yang
dilantik sebagai AJK kebersihan telah mencatatkan dan menghantar senarai peralatan
yang diperlukan, seperti penyapu, beg plastik dan penyodok kepada AJK peralatan
untuk kegunaan pembersihan kawasan gerai kelas kami. Kami telah bertungkus lumus
untuk memperhias dan membersihkan kawasan gerai kami sehari awal sebelum
program pameran itu dilaksanakan. Disebabkan kebanyakan kelas telah menyediakan
gula-gula kepada para pengunjung, kertas gula-gula berselerak di merata-rata kawasan
pameran. Namun, kami dengan kelas-kelas lain telah bekerjasama untuk menjaga
kebersihan dan keceriaan kawasan dari semasa ke semasa sepanjang perjalanan
program pameran ini. Pada hari pameran terakhir, selepas majlis penutupan, saya telah
mengagihkan tugas pembersihan kepada rakan-rakan sekelas dan bekerjasama untuk
mengemaskan gerai kami, mengumpul dan menyimpan bahan bantu mengajar ke
tempat yang sesuai dan membuang sampah sarap seperti balon dan cebisan kertas ke
dalam beg plastik dan tong sampah. Alangkah bersyukurnya bahawa atas sikap bulat
air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat yang diamalkan oleh setiap
guru pelatih, kerja pembersihan dapat dijalankan dengan lancar dan cepat. Selepas itu,
kita pun bersurai secara beransur-ansur lebih kurang pada jam 2 petang.

Anda mungkin juga menyukai