Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS SWOT BUKU SKRAP

STRENGTH

1. Menghimpun maklumat dan informasi yang pelbagai


2. Menonjolkan kreativiti seni dalam menghias bukuskrap
3. Kerjasama dalam menyiapkan buku skrap

WEAKNESS

1. Kos penyediaan bahan yang tinggi


2. Kekangan masa

OPPORTUNITY

1. Mengenali kepelbagaian bahan kitar semula


2. Pengalaman dan pengetahuan baru tentang kitar semula

TREAT

1. Kesulitan dalam mendapatkan bahan


ANALISIS SWOT PAMERAN

STRENGTH

1. Menghimpun maklumat dan informasi yang pelbagai


2. Menonjolkan kreativiti seni dalam menghias tempat pameran
3. Meningkatkan kemahiran komunikasi dengan pengunjung pameran

WEAKNESS

1. Kekangan masa
2. Kekurangan alatan

OPPORTUNITY

1. Mengenali alam sekitar


2. Pengurusan pengelolaan pameran
3. Mengetahui info terkini tentang alam sekitar

TREAT

1. Kurang kerjasama ahli persatuan


LAPORAN BUKU SKRAP

Pada 03 Oktober 2010, satu pameran persatuan telah diadakan bertempat di dewan Munsyi,
IPG kampus Sultan Abdul Halim. Dalam pameran yang dianjurkan ini, telah diadakan satu
pertandingan utama iaitu pertandingan buku skrap dalam kalangan guru-guru pelatih yang
disertai oleh ahli-ahli persatuan yang terlibat. Tema bagi pertandingan buku skrap yang
dianjurkan adalah mengikut tema bagi persatuan masing-masing sebagaimana yang telah
ditetapkan. Tema bagi persatuan kami iaitu persatuan Alam Sekitar adalah “Selamatkan Bumi
Kita”.

Oleh sebab persatuan kami terdiri daripada 19 orang ahli, maka tugasan bagi
penghasilan buku skrap ini dilaksanakan secara berpasangan dengan jumlah buku skrap yang
dihasilkan keseluruhannya adalah sebanyak sembilan buah sahaja. Kesemua buku skrap ini
dipamerkan sewaktu pameran dijalankan di dalam pusat pameran persatuan masing-masing.
Kelihatan kesemua persatuan mempamerkan buku skrap yang hebat, menarik dan kreatif.
Buku-buku skrap ini dipamerkan mengikut kreativiti dan gaya susunan persatuan masing-
masing.

Sepanjang proses menghasilkan buku skrap ini, terdapat beberapa kekuatan yang kami
lihat boleh dijadikan asas utama dalam menjayakan satu-satu program. Antara kekuatan
tersebut ialah menghimpun maklumat dan informasi yang pelbagai di mana dari pengumpulan
bahan ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan kami sendiri tentang kitar semula secara
lebih mendalam dan membuka mata kami untuk melihat kepentingan kitar semula di seluruh
dunia bagi menjaga bumi hijau yang semakin tergugat ekosistemnya.

Selain itu, kekuatannya juga dapat dilihat dari segi menonjolkan kreativiti seni dalam
menghias buku skrap dan kerjasama dalam menyiapkan buku skrap tersebut. Hal ini
membuktikan bahawa objektif diadakan pertandingan buku skrap ini adalah tidak sia-sia kerana
kami sendiri teruja untuk menjayakannya melalui penghasilan buku skrap yang menarik dari
segi informasi yang disediakan dan juga hiasan buku skrap yang cantik serta memuaskan hati
kami. Kerjasama yang begitu tinggi daripada rakan menguatkan lagi usaha untuk membuat dan
membina buku skrap agar menjadi yang paling terbaik di antara yang terbaik.
Antara kelemahan dalam menjayakan aktiviti ini ialah dari segi kekangan masa.
Kesuntukan masa dalam menyiapkan buku skrap amat menyebabkan kami resah dan kelam
kabut di samping tugasan-tugasan lain yang juga perlu disegerakan. Kami begitu berpenat lelah
mencari bahan-bahan yang berkaitan termasuklah dari segi pengumpulan bahan informasi
untuk dokumentasi buku skrap, penyediaan alatan asas yang penting iaitu ‘drawing block’,
kertas bersaiz A4 dan juga alatan-alatan sampingan sebagai hiasan seperti reben, bunga dan
seumpamanya. Namun begitu, kekangan masa untuk menyiapkan buku skrap ini tidak
menghalang kami sama sekali untuk berusaha mencari bahan yang bermutu dan mampu
menarik perhatian pengunjung untuk membaca hasilan dari buku skrap tersebut.

Kelemahan yang kedua ialah dari segi kos penyediaan bahan yang tinggi. Kami telah
mengeluarkan banyak wang untuk membeli alatan dan bahan yang diperlukan. Hal ini bagi
menghasilkan sebuah buku skrap yang cantik dan menarik dari segi hiasan dan kreativiti
penghasilannya. Walaupun kos penyediaannya mahal, namun, kami berasa seronok dan
berpuas hati kerana dapat menghasilkan sebuah buku skrap yang mengandungi isi kandungan
yang bermanfaat dengan hiasan yang menyerlah.

Sebagai makluman, tajuk yang kami pilih bagi membuat buku skrap bertemakan
‘Selamatkan Bumi Kita’ yang begitu sesuai dengan nama persatuan kami iaitu persatuan Alam
Sekitar ialah ‘Kitar Semula’. Pada mula proses penyediaan bahan bagi tajuk ini adalah sukar
bagi kami kerana kami tidak mendapat gambaran apakah isi utama yang harus kami utarakan
agar menjadikan tajuk ini sebagai tajuk yang lain daripada yang lain. Setelah proses pencarian
maklumat dilakukan, akhirnya kami berjaya menyediakan informasi yang begitu padat dan
berguna seperti apakah yang dikatakan tentang kitar semula, mengenali kepelbagaian bahan-
bahan yang boleh dikitar semula dan rekabentuk tong sampah kitar semula yang terdapat di
seluruh negara. Inilah di antara beberapa peluang yang ditemui dalam menjayakan aktiviti ini.

Manakala aspek yang terakhir iaitu ancaman yang dirasakan menyukarkan kerja-kerja
pelaksanaan aktiviti ini iaitu kesulitan dalam mendapatkan bahan. Kami terpaksa menghabiskan
masa di luar walaupun kesibukan demi mencari bahan yang diperlukan dalam menyiapkan
buku skrap. Kepenatan memandu ke kedai-kedai yang berbagai-bagai kerana tidak menemui
bahan yang diperlukan adalah satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan. Akhirnya, usaha
kami ini membuahkan hasil di mana persatuan Alam Sekitar telah mendapat tempat kedua
dalam pertandingan buku skrap yang dianjurkan ini. Alhamdulillah..
REFLEKSI

Sebagai refleksi, sepanjang diadakan pameran dan pertandingan buku skrap ini, saya telah
mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman baru. Antara ilmu-ilmu baru dan pengalaman
berguna yang saya peroleh dalam melaksanakan aktiviti ini adalah dari segi info berkaitan alam
sekitar, pengurusan dan pengelolaan pameran dan cara komunikasi yang berkesan dengan
pengunjung pameran. Info-info yang kami dapati tidak hanya dari bahan persatuan kami tetapi
juga merangkumi maklumat-maklumat dari persatuan lain seperti persatuan kompang,
persatuan warisan, persatuan karate dan lain-lain lagi.

Tambahan lagi, saya juga dapat bekerjasama dengan rakan-rakan dalam


mengendalikan pameran ini di mana kami sama-sama bantu-membantu untuk menyediakan
alatan yang diperlukan dalam pameran, berfikir mengenai aktiviti dan permainan yang akan
diadakan dalam persatuan kami kepada para pengunjung, bersama-sama menghasilkan
bahan-bahan yang akan dipamerkan di papan pameran persatuan dan sebagainya.

Selain itu, ternyata pameran ini tidak membosankan sebaliknya memberi seribu satu
pengalaman berharga yang dapat dipraktikkan di sekolah kelak. Antara lain, saya juga diberi
peluang untuk bermain congkak, melihat tayangan berkaitan budaya melayu, membuka minda
tentang pakaian tradisional dalam tarian-tarian di Malaysia, belajar berkompang dan tidak
ketinggalan mencuba kemahiran seni khat yang dikendalikan oleh ahli-ahli persatuan yang
berkaitan.

Melalui aktiviti ini, pelbagai perkara telah saya pelajari. Walaupun terdapat beberapa
kekangan yang berlaku sepanjang menjayakan aktiviti ini, namun saya tidak harus memandang
kekangan itu sebagai sesuatu yang negatif. Sebaliknya, semua kekangan itu diatasi secara
berfikiran terbuka dan rasional. Hal ini dapat mendidik diri supaya bersabar dan bijaksana
dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, halangan yang wujud ini juga mengajar saya untuk
mengurus masa dengan baik dan sistematik serta tenang supaya setiap pekerjaan itu dapat
berjalan lancar.
Akhir kalam, ditegaskan sekali lagi bahawa program yang dijayakan ini membawa
keseronokan dalam kesibukan yang tidak pernah henti. Berkat semangat dan sokongan rakan-
rakan serta pensyarah, aktiviti ini membawa kemenangan yang tidak terduga dan tidak dijangka
sama sekali kepada persatuan Alam Sekitar. Hal ini terbukti bahawa setiap usaha itu pasti ada
kejayaannya. Inilah yang dinamakan hikmah. Wallahu’alam

Anda mungkin juga menyukai