Anda di halaman 1dari 5

Kesan Aqidah Dalam Kehidupan Manusia

Menurut almarhum Abul A'la al Maududi, pengakuan beriman kepada Allah SWT
sebenarnya boleh meninggalkan kesan ke atas kehidupan manusia. Malah, katanya,
orang yang tidak beriman dengan Allah SWT akan mengalami kegagalan dan kerugian
yang besar. Apakah kesan beriman dengan Allah SWT? Apakah kerugian yang dialami
orang yang tidak beriman?

1. Berpandangan luas
Menurut al-Maududi, orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin mempunyai
pandangan yang sempit kerana dia percaya kepada Yang Menciptakan langit dan bumi,
Pemilik alam semesta, Pemilik barat dan timur, Pemberi rezeki dan Pendidik makhluk.
Dia tidak akan menemui sesuatu yang ganjil dalam alam ini kerana segala sesuatu
yang ada di dalamnya adalah milik Allah. Tidak ada sesuatu pun dalam alam ini yang
dapat menghalang dan membataskan rasa cintanya dan kecenderungannya untuk
memberi pertolongan dan khidmat kepada sesama manusia. Bagaimanapun
pandangan seperti ini tidak mungkin ada pada orang yang menganut fahaman tuhan
yang berbilang-bilang, yang beri'tiqad Allah mempunyai sifat serba kekurangan dan
terbatas seperti manusia atau orang yang tidak percaya kepada Allah sama sekali.

2. Melahirkan rasa bangga dan harga diri.


Orang yang beriman kepada Allah berasa bangga sebagai manusia dan mempunyai
harga diri. Dia mengetahui Allah adalah Pemilik sebenar segala kekuatan yang ada
dalam alam ini, tidak ada yang memberi manfaat dan mudarat kecuali Allah, tidak ada
yang menghidup dan mematikan kecuali Allah serta tidak ada yang memiliki hukum,
kekuasaan dan kedaulatan kecuali Allah. Oleh itu, keimanannya kepada Allah
menyebabkan dia tidak berhajat kepada yang lain daripada Allah. Tercabut dari dalam
hatinya rasa takut kepada yang lain daripada Allah. Dia tidak menundukkan kepalanya
di hadapan makhluk, tidak merendahkan diri dan mengemis kepada manusia dan tidak
gentar dengan kesombongan dan kebesaran manusia. Sifat seperti ini tidak mungkin
ada pada manusia yang tidak beriman dengan Allah. Antara perkara yang
menyebabkan syirik, kufur dan murtad ialah seseorang mahu menundukkan kepalanya
kepada yang lain daripada Allah dan menganggapnya berkuasa memberi manfaat dan
mudarat. Ia takut dan bergantung harap kepadanya.

3. Rendah hati sesama manusia.


Orang yang beriman dengan Allah tidak mungkin menjadi angkuh, tidak mensyukuri
nikmat dan tidak terpedaya dengan kekuatan dan kemahiran yang dimilikinya kerana
dia tahu dan yakin semua itu adalah kurniaan Allah kepadanya. Malah dia sedar Allah
berkuasa mengambilnya kembali apabila Dia menghendaki. Manusia yang tidak
percaya kepada Allah akan mengingkari nikmat, menyombong dan mengangkat kepala
apabila memperolehi nikmat yang sementara kerana menganggap nikmat itu hasil
usaha dan kecekapannya. Begitu juga orang yang musyrik menjadi sombong apabila
mendapat nikmat kerana menyangka dia mendapat perhatian lebih daripada Tuhannya
berbanding orang lain.

4. Jiwa yang bersih dan beramal saleh


Orang yang beriman dengan Allah yakin tidak ada jalan untuk mencapai keselamatan
dan keuntungan kecuali dengan jiwa yang bersih dan beramal saleh. Kesedaran itu
timbul kerana dia beriman kepada Allah yang Maha Kaya dan Maha Adil, bergantung
harap segala sesuatu kepada-Nya. Sebaliknya orang yang musyrik dan kafir
menghabiskan masa hidup mereka untuk angan-angan yang palsu. Di antara mereka
ada yang berkata: "Sesungguhnya anak Allab telah menjadi penebusan dosa-dosa kita
kepada Bapanya."'Ada juga yang berkata: "Kami adalah putera Allah dan kekasihnya,
maka Ia tidak akan menyiksa kami kerana dosa kami."Ada juga yang berkata: "Kami
akan meminta syafaat pada sisi Allah kepada pembesar kami dan orang yang bertaqwa
di kalangan kami.' Ada juga di kalangan mereka yang menyembahkan nazar dan
korban kepada tuhan mereka dan menganggap dengan cara demikian mereka telah
mendapat izin untuk berbuat sekehendak hati mereka. Kepercayaan karut seperti itu
sentiasa membenamkan orang-orang berkenaan dalam lumpur dosa dan maksiat serta
lupa mensucikan iiwa dan memperbaiki amal mereka. Orang yang murtad pula sama
sekali tidak percaya adanya Pencipta mereka. Mereka tidak percaya akan diminta
bertanggungiawab atas perbuatan mereka serta menerima balasan atas
perbualan itu. Mereka menyangka mereka merdeka di dunia dan tidak terikat dengan
sesuatu undang-undang. Tuhan mereka ialah hawa nafsu dan mereka meniadi
hambanya.

5. Tidak berputus asa dan hilang harapan


Orang mukmin tidak mudah dihinggapi rasa putus asa dan hilang harapan dalam apa
keadaan sekalipun kerana dia beriman kepada Yang Memiliki langit dan bumi serta
Yang Memiliki nikmat dan kurniaan yang banyak. lman memberikan ketenteraman yang
luar biasa pada hatinya. Iman mengisi hatinya dengan ketenangan dan harapan
meskipun dia dihina di dunia dan diusir dari semua pintu kehidupan sehingga kelihatan
jalan hidupnya sempit dan seluruh saluran kebendaan terputus daripadanya. Dia yakin
Allah tidak pernah terlena dan tidak membiarkan hidupnya terlantar. Oleh itu dia
sentiasa mencurahkan tenaganya dengan bertawakkal kepada Allah dan meminta
pertolongan daripada-Nya dalam semua urusan. Ketenteraman hati dan ketenangan
iiwa seperti ini tidak mungkin dimiliki kecuali dengan aqidah tauhid. Orang kafir, musyrik
dan mulhid (athies) mempunyai hati yang lemah. Mereka bersandar kepada kekuatan
yang terbatas. Maka alangkah cepatnya mereka dihinggapi rasa putus asa ketika
menghadapi kesukaran. Kadangkala membawa mereka membunuh diri.

6. Memiliki hati dan pendirian yang teguh


lman kepada Allah mendidik manusia dengan kekuatan-yang besar, bulat, tekad,
berani, sabar, tabah dan tawakkal ketika menghadapi perkara besar di dunia demi
mengharapkan keredaan Allah. Dia yakin kekuatan Allah yang memiliki langit dan bumi
menyokongnya dan membimbingnya dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu hatinya
menjadi lebih teguh, tabah dan keras daripada keteguhan, ketabahan dan kekerasan
gunung. Hampir tidak ada suatu musibah dalam dunia yang dapat melawan tekad yang
telah dibuatnya. Bagaimanakah syirik, kufur dan mulhid dapat menentang kekuatan dan
ketabahan seperti ini?
7. Berani dan tabah
lman kepada Allah menjadikan manusia berani dan mengisi hatinya dengan ketabahan.
Ada dua perkara yang menjadikan seseorang manusia itu pengecut dan lemah
semangat. Pertama, cinta pada diri, harta dan keluarganya. Kedua, percaya bahawa
ada yang lain daripada Allah yang dapat mematikan manusia dan dia tidak dapat
menolak kematian itu dengan sebarang tipu daya. Bagaimanapun iman kepada Allah
dapat mencabut kedua-dua perkara itu daripada hati manusia dan membersihkannya
daripada daki-dakinya dengan sebersih-bersihnya. lman dapat mencabut yang pertama
dengan menjadikan dia yakin bahawa Allah adalah satu-satunya Pemilik diri, harta dan
keluarganya. lman menjadikan dia sedia berkorban untuk jalan dan keredhaan Allah.
Dia sedia berkorban dengan segala sesuatu yang ada padanya sama ada yang mahal
mahupun murah. lman juga dapat mencabut perkara kedua dengan menanamkan ke
dalam iiwa manusia bahawa tidak ada seorang manusia atau seekor binatang pun yang
dapat merampas hidupnya, tidak juga bom atau meriam, pedang, batu atau kayu,
sebaliknya hanya Allah yang berkuasa berbuat demikian. Allah telah menetapkan waktu
bagi kematiannya. Tidak ada satu kekuatan pun dalam dunia ini yang dapat
mempercepatkannya. Oleh itu, tidak ada orang di dalam dunia yang lebih berani
daripada orang yong beriman kepada Allah. Satu bala tentera sekalipun tidak dapat
menakutkan atau menggentarkannya kerana ketika dia maju untuk beriihad dia dapat
menghancurkan suatu kekuatan yang melebihi sepuluh kali ganda. Oleh itu,
bagaimanakah orang kafir, musyrik dan mulhid menganggap jiwa mereka adalah
barang paling berharga bagi diri mereka dan yakin bahawa mati itu datang bersama
kedatangan musuh dan pergi dengan pemergian musuh?

8. Menjauhi perbuatan hina, berpada dengan yang ada


Iman kepada Allah mengangkat darjat manusia dan menimbulkan dalam dirinya sifat
menjauhkan diri daripada perbuatan yang rendah martabatnya. Dia juga berasa cukup
dengan apa yang ada dan tidak memerlukan pemberian orang, menyucikan hatinya
daripada sifat tamak, rakus, dengki, rendah diri dan segala sifat buruk serta
kecenderungan yang hina. Tidak terlintas dalam hatinya memilih jalan yang keji untuk
mencapai kejayaan kerana dia yakin rezeki berada di tangan Allah. Dia yakin Allah
melimpahkan rezeki kepada orang yang dikehendaki-Nya dan menentukan kepada
orang yang dikehendaki-Nya. Tidak ada kemuliaan, kekuatan, kemasyhuran,
kekuasaan, pengaruh dan kemenangan melainkan di tangan Allah. Manusia wajib
berusaha dengan cara yang mulia menurut kemampuannya. Kejayaan atau kegagalan
bergantung kepada Allah. Tidak ada yang dapat menahan apa yang diberi-Nya dan
tidak ada yang dapat memberi apa yang ditahan-Nya. Orang kafir, musyrik dan mulhid
menyangka bahawa kejayaan mereka atau kegagalan bergantung kepada bantuan
kekuatan duniawi atau halangannya. Mereka adalah hamba kepada keserakahan dan
kerakusan. Untuk mencapai kejayaan mereka tidak segan menerima rasuah,
mengampu, bersekongkol dan melakukan pelbagai lagi cara yang keji. Mereka
menggigit jari kerana dengki melihat kejayaan orang lain. Mereka menggunakan tipu
daya untuk menjatuhkan orang lain atau orang yang menentang mereka.

9. Terikat dan patuh pada peraturan Allah


Perkara paling penting dalam hubungan ini ialah iman kepada Allah menjadikan
manusia terikat dan patuh kepada undang-undang Allah. Orang yang beriman yakin
Allah mengetahui segala sesuatu. Malah Allah lebih dekat kepada diri mereka daripada
urat leher mereka sendiri. Orang beriman yakin apabila mereka melakukan sesuatu
perbuatan di dalam gelap ataupun bersendirian, Allah tetap mengetahui. Apabila
terlintas dalam hatinya sesuatu yang tidak baik, Allah tetap mengetahui. Walaupun dia
dapat menyembunyikan perbuatannya daripada orang lain, dia tidak dapat
menyembunyikannya daripada Allah. Walaupun dia dapat melepaskan dirinya daripada
sebarang kekuatan, dia tidak dapat melepaskan dirinya daripada Allah. Oleh itu
semakin kukuh iman ini melekat dalam jiwa seseorang, semakin tekun ia mengikuti
hukum Allah dan menjauhi larangan-Nya. la bergegas menuju kebajikan dan
mengerjakan apa yang diperintah oleh Allah sekalipun di dalam gelap mahupun
bersendirian. Di hadapan matanya sentiasa terbayang pengadilan tinggi yang hampir
dan tidak ada orang yang dapat melepaskan diri daripada pemeriksaan-Nya. Iman
kepada Allah menjadi syarat pertama dan paling utama untuk menjadikan seseorang
manusia itu Muslim kerana seorang Muslim ialah hamba yang taat dan patuh hanya
kepada Allah SWT.

Anda mungkin juga menyukai