Anda di halaman 1dari 15

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang dan dengan izin-Nya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat-Nya, diberikan kesihatan yang baik,kelapangan masa dan dimudahkan segala urusan bagi meyempurnakan tugasan ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah yang tidak jemu-jemu mencurahkan ilmu pengetahuan, banyak membantu dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar.Tidak dilupakan rakan-rakan sekuliah dan rakan-rakan sejawat yang banyak berkongsi ilmu dan bekerjasama bagi menyempurnakan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan buat suami,anak-anak dan keluarga tersayang yang banyak membantu dan memahami situasi saya bagi menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada merekamereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

Sekian,terima kasih.

1. Pengenalan Beriman kepada hari kiamat adalah salah satu daripada Rukun Iman. Perkataan kiamat berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu qaama-yauumu-qaiyam atau qiyaamah, yang bererti berdiri. Dikatakan berdiri kerana pada saat itu manusia bangun (berdiri) dari kuburnya;atau semua manusia berdiri untuk menghadap Allah s.w.t atau para malaikat dan roh (Malaikat Jibril) berdiri dalam safsaf. Dalam bahasa Melayu,perkataan qiyamah berubah pengucapannya menjadi qiamat (kiamat),iaitu hari akhir zaman (yang pada saat itu dunia seisinya rosak binasa dan lenyap).

2. Tanda-tanda Hari Kiamat Sebagai orang yang beragama Islam,sudah tentu dalam memahami sesuatu tidak hanya menggunakan akal sahaja,lebih-lebih lagi mengenai berlakunya hari kiamat. Oleh kerana itu,untuk membicarakan tanda-tanda hari kiamat kita juga harus berlandaskan kepada dua perkara iaitu,pertama al-Quran dan hadis;dan kedua fenomena alam. Apabila membicarakan tentang tanda-tanda datangnya hari kiamat,memang merupakan suatu hal yang sulit. Namun pada waktu sekarang ini,sebahagian tandatanda kiamat kecil dan besar telah kelihatan (terbukti). Sebagai contoh,kiamat akan dimulai dengan rosaknya alam seperti gempa bumi,badai,tsunami,gunung meletus,terbakarnya hutan,baik disengajakan oleh manusia ataupun tidak dan tanda-tanda lain. Juga sering berlakunya badai yang
2

merobohkan bangunan-bangunan,pohon-pohon dan hilangnya nyawa manusia. Memandangkan sudah banyaknya tercemar lautan sehingga mengakibatkan banyaknya makhluk hidup yang mati. Cairnya ais di kutub (utara dan selatan) disebabkan kepanasan suhu global yang meningkat secara mendadak dari tahun ke tahun, yang mengakibatkan udara semakin panas dan berbahang

tinggi,pencemaran udara yang terjadi secara terus-menerus dan tanda-tanda lainnya. Khusus yang berkaitan dengan gempa bumi,sehingga saat ini sudah terjadi ribuan kali gempa bumi,baik berskala besar mahupun kecil. Juga munculnya

tsunami,akibat berlakunya gegaran di dasar laut,sepertimana yang berlaku di Acheh dua tahun yang lalu. Demikian juga yang terjadi di belahan dunia lainnya. Secara ilmiah,peristiwa-peristiwa seperti itu menunjukkan adanya tanda-tanda kerosakan alam,yang suatu saat nanti alam ini akan berakhir/hancur (kiamat).

Demikian juga dengan adanya tanda-tanda lain seperti terasanya waktu yang semakin singkat sehinggakan komunikasi antara bandar,kepulauan dan negara dapat ditempuh dalam waktu yang singkat dan cepat, jumlah wanita yang lebih banyak, banyaknya pendusta/pembohong, banyaknya pecah amanah, merebaknya penzinaan dan sebagainya. Mengenai pembahagian tanda-tanda akan terjadinya kiamat,para ulama berbeza pendapat. Misalnya,ada ulama yang membahagikan tanda-tanda kiamat terbahagi kepada tiga bahagian ,iaitu:tanda-tanda yang telah terjadi,tanda-tanda yang telah terjadi dan terus-menerus terjadinya,seperti zina;dan tanda-tanda yang akan terjadi. Juga ada yang membahagi kepada dua , iaitu tanda-tanda kiamat sughraa (kiamat kecil) dan kiamat kubraa (kiamat besar).

2.1 :Tanda-tanda Kiamat kecil 1. Diutusnya Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasul/Nabi terakhir. Dengan diutusnya beliau,bererti tidak ada nabi lagi setelahnya,yang benar-benar menjadi
3

rasul/pesuruh Allah s.w.t.Hal itu telah disyaratkan oleh Rasullullah s.a.w dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari,Imam Muslim dan Imam Tirmidzi yang ertinya seperti berikut: Saya diutus (oleh Allah)dan jaraknya dengan hari kiamat seperti dua jari. Tatkala bersabda,beliau menunjukkan dua jarinya,iaitu jari telunjuk dan jari tengahnya. Hal itu menunjukkan bahawa antara peristiwa diutusnya Nabi dengan hari kiamat sangat dekat.

2. Apabila yang menjadi penguasa (raja,menteri,amir dan sebagainya) adalah anak-anak wanita tawanan atau golongan dari rendah,bukan dari keturunan orang yang mulia. Seperti pendidikannya,akhlaknya dan keperwiraannya yang rendah yang akan mengakibatkan kacau dan rosaknya pemerintah yang jujur.

3. Manusia yang terdiri dari fakir dan miskin dan pengembala kambing berlumbalumba dalam kemegahan (mencari kekayaan). Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu syaibah,pada suatu hari Rasulullah didatangi oleh Malaikat Jibril menanyakan, Wahai Rasullullah,bilakah datangnya hari kiamat? Rasulullah menjawab: Tidakkah yang bertanya lebih mengerti daripada yang bertanya. Akan tetapi saya hendak memberitahukan padamu tentang tanda-tandanya,iaitu di

antaranya apabila hamba sahaya wanita telah melahirkan tuannya. Demikian juga,apabila orang-orang tidak beralas kaki dan telanjang(fakir miskin) serta pengembala kambing telah menjadi pemimpin-pemimpin manusia. Juga apabila para pengembala kambing sudah bermegah-megahan dalam bangunanbangunan yang menjulang tinggi.

Hadis tersebut sekaligus menyokong keterangan nombor dua di atas. Terjadinya peperangan antara dua kelompok dakwah (sesama umat Islam). Sememangnya

peristiwa itu telah terjadi tatkala peperangan antara Khalifah Ali dengan Gabenor Syam,Khalifah Muawiyah dan pengikutnya.

4. Lenyapnya ilmu pengetahuan dan luasnya kebodohan. Dimaksudkan lenyapnya ilmu pengetahuan adalah wafatnya alim ulama, cendekiawan muslim dan para mubaligh. Padahal mereka adalah para pendakwah Islam yang jujur dan tidak mengenal lelah dalam menyampaikan dakwah.

5. Terjadinya gempa bumi yang berulang kali. Kejadian ini banyak berlaku di negara jiran seperti di Indonesia dan Filipina. Semenjak gempa bumi di wilayah Aceh,Daerah Istimewa Yogjakarta dan di Jawa Barat,serta muntahan gunung berapi Mayon di Filipina,telah diikuti oleh gegaran kecil yang lain. Hal ini telah menunjukkan tanda-tanda telah rosaknya dunia. 6. Waktu terasa sangat pendek. Dengan munculnya teknologi tinggi sehingga banyaknya negara maju membuat pesawat supersonic,challenger dan

sebagainya,jarak antara satu kota ke kota lain;antara satu pulau ke pulau lain;antara satu negara ke negara lain;dan antara satu benua ke benua lain adalah sangat dekat. Contoh-contoh tersebut menunjukkan bahawa hal-hal yang ghaib telah diberitahukan sebelumnya oleh Allah s.w.t kepada RasulNya mengenai hal-hal yang akan terjadi di kemudian hari. 7. Muncul pelbagai bentuk fitnah. Seperti, munculnya pelbagai mazhab dan dalam aliran Islam,yang menyebabkan kehancuran dalam agama,politik,ekonomi dan sebagainya. 8. Kemunculan fitnah tersebut mengakibatkan munculnya perselisihan,bahkan sampai terjadinya pembunuhan.

9. Banyaknya harta yang melimpah ruah sehingga orang tidak memerlukan harta lagi. Orang kaya sukar untuk menyalurkan zakatnya,kerana harta sudah tidak diperlukan lagi. 10. Banyaknya orang menjual dan meminum minuman keras sehingga timbulnya kekacauan di mana-mana keranamabuk atau hilang akal akibat dari minuman itu tadi. 11. Munculnya penzinaan secara terang-terangan,bahkan secara terancang dan berpersatuan. 12. Sedikitnya kaum lelaki dan banyaknya kaum wanita,di samping banyak terjadi permasalahan mengenal identiti antara lelaki dan perempuan. 13. Keluarnya asap,baik yang disengaja ataupun tidak disengaja. Hal itu dapat

dilihat dari gedung-gedung industry ,pengilangan minyak,mahupun dibakar (terbakar) hutan-hutan yang terjadi di mana-mana. a. : Tanda-tanda Kiamat Besar

Ketika hampirnya berlaku hari kiamat, banyak sekali tanda-tanda perubahan yang sangat besar dalam susunan alam semesta sehingga terjadinya peristiwaperistiwa yang jarang dilihat. Oleh kerana itu,muncullah peristiwa-peristiwa seperti:

1. Terbitnya matahari dari arah barat yang bergerak berlawanan dari putaran asalnya, iaitu matahari terbit dari timur. Padahal telah ribuan tahun matahari tunduk kepada hukum Allah s.w.t, sebagaimana diterangkan di dalam alQuran:

(83)

Dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Yaasin:ayat 38)

Berkaitan dengan hal itu,Imam Bukhari,Imam Muslim dan Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda, yang ertinya: Tidaklah datang hari kiamat Apabila matahari telah sehingga matahari keluar dari arah barat. berimanlah seluruh manusia.

terbit,maka

Namun,beriman pada saat itu tidak ada gunanya bagi diri mereka yang tadinya belum beriman (orang-orang kafir). Demikian juga bagi mereka yang tadinya belum pernah berbuat baik dalam beriman kepadaNya

2. Keluarnya bermacam jenis binatang yang dapat bercakap-cakap dengan manusia. Allah berfirman:

)72(
Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka,Kami keluarkan sejenis

binatang melata dari bumi yangb akan mengatakan kepada mereka,bahawa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada ayat-ayat Kami. (surah an-Naml:ayat 82)

Hal itu diperkuat oleh sabda Rasulullah, sebagaimana dimaklumkan oleh Abdullah bin Amr bin Ash dan diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam Abu Daud yang ertinya:

Sesungguhnya,tanda-tanda awal yang keluar (yang menunjukkan datngnya hari kiamat) adalah terbitnya matahari dari arah barat daan juga keluarnya semacam binatang di hadapan orang ramai di waktu dhuha (kira-kira pukul 6.30-11.00). di mana di antara tanda kedua ini keluar terlebih dahulusebelum yang satunya,maka yang satunya akan menyusul dalam waktu yang sangat dekat sesudah terjadinya yang pertama. Hadis ini juga untuk menguatkan tanda yang pertama.

3. Munculnya Imam al-Mahdi.

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Imam Tirmidzi,beliau adalah berketurunan ahlul-bait (Rasulullah s.a.w),iaitu anak cucu Fatimah binti Muhammad s.a.w. Akhlaknya menyerupai akhlak rasulullah,bentuk tubuhnya berbeza. Kemunculannya adalah untuk

menegakkan agama Islam,kerana pada akhir-akhir ini agama Islam sudah tidakk diamalkan lagi oleh umatnya. Saat iau,agama Islam akan terangkat lagi sehingga menjadi kukuh.

4. Munculnya Dajjal

Dajjal iaitu seorang yang mengaku sebagai Tuhan, yang menabur fitnah di kalangan umat manusia agar meninggalkan agama Islam. Ia menginginkan dasar sekular (pemisahan agama dengan dunia) di kalangan umat manusia. Caranya adalah dengan menunjukkan peristiwa-peristiwa luar biasa,yang dapat menakjubkan umat manusia sehingga sebahagian umat manusia ada
8

yang terpikat,tetapi bagi yang imannya kuat,sulit untuk mengikutinya. Rasulullah s.a.w sebagaimana dalam hadisnya juga mengingatkan akan datangnya Dajjal,sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim,yang ertinya:

Tidak

seorang

nabi

pun

yang

diutus

oleh

Allah,

melainkan

ia

memperingatkan kepada umatnya tentang kedatangan Dajjal. Dajjal akan keluar dari kalangan kamu semua,maka tidak samar lagi bagimu tentang hal ehwalnya. Tidak samar pula bahawa Tuhanmu tidak buta sebelah matanya. Sesungguhnya dajjal buta mata kanannya, seolah-olah matanya adalah sebuah mata yang menonjol. Dajjal yang sering difahami sebagai pendusta/pembohong besar,yang menurut keterangan Rasulullah berjumlah 30 orang,mereka semua mengaku sebagai rasullullah (para utusan Allah). Di samping ciri-ciri seperti yang telah disebutkan di tas,masih ada ciri-ciri lain,iaitu satu matanya pecah/buta.,buruk rupa,cerdikdan penipu. Dia mempunyai tanda kekafiran pada keningnya dan amat mahir dalam ilmu pengetahuan alam. Orang banyak tertipu kerana kecanggihan ilmunya sehingga disangka dia adalah Tuhan. Beberapa ulama Islam menyebutkan,di antara Dajjal akan adanya kelompok Qaddiyan dan Bahai. Oleh kerana itu,jika melihat ciri-ciri tersebut di atas sebenarnya pada saat sekarang ini,telah banyak di antara manusia yang mengaku sebangai rasul. 5. Turunnya nabiyullah Isa a.s Dalam beberapa riwayat dijelaskan bahawa setelah munculnya Dajjal,akan muncul Nabi Isa a.s. Turunnya Isa a.s adalah untuk memerintah dengan adil sekali dan menerapkan syariat islam. Demikian juga akan menerapkan hokumhukum agama yang telah ditinggalkan oleh ramai orang,kemudian akan dihidupka kembali. Di sdamping itu,Nabi Isa juga yang akan membunuh Dajjal. Kemudian terjadilah angina yang bertiup kencang,yang membawa tugas untuk
9

mencabut seluruh nyawa kaum muslimin. Dengan demikian,yang tertinggal adalah orang-orang bukan islam. Akhirnya terjadilah kehancuran dan

kemusnahan. Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w pernah bersabda yang ertinya: Demi zat yang jiwaku dalam kekuasaannya,pasti hampirlah putra Maryam (isa al-Masih)akan diturunkan di kalangan kamu sekalian dan menjadi seorang pemegang pemerintahan yang adil. Ia akan mematahkan palang

salib,membunah babi dan melenyapkan jual beli. Saat itu harta meluap ruah sehingga tidak seorang pun yang suka menerimanya,sehingga sekali bersujud lebih baik daripada dunia dan seisinya. 6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj Yakjuj dan Makjuj (bangsa yang pernah hidup pada zaman raja Iskandar Zulkarnain). Mereka gemar membuat kerosakan dan kekecohan sehingga pemerintah pada ketika itu mengalami kekacauan. Akhirnya raja Iskandar Zulkarnaian dengan dibantu oleh rakyat tempatan membuat dinding dari besi dengan ukuran besar sebagai penjara bagi mereka. Namun,menjelang kiamat tembok itu akan hancur rata dengan tanah atas izin Allah. 7. Robohnya Kaabah Kaabah adalah kiblat umat islam dalam beribadah sehingga ia dikenali sebagai tempat suci umat Islam. Selama ini allah telah menjaganya dari segala hal-hal yang buruk,yang dapat menganggu keberadaan dan kesuciaan kaabah. Hal itu pernah dilakukan oleh pasukan Abrahah yang akhirnya menjelang mereka dapat dihancurkan. akan Menurut dihancurkan Imam Ahmad,apabila perbuatan kiamat,kabah oleh

Dzusuwaqatain,seorang laki-laki dari Habsyi

dan akan menaggalkan

kaswahnya. Hal itu telah diterangkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,yang ertinya : Kabah akan dirosak oleh seorang lelaki dari habsyah yang memiliki dua pergelangan kaki yang bengkok,dia akan menghancurkan kabah dengan pemukul dan linggisnya.
10

8. Hilangnya ayat-ayat al-Quran dari muka bumi,dan tidak tertinggal hurufnya walaupun satu kecuali tinggal kertas putih. Pada situasi seperti ini,tidak seorang pun yang mampu mengingatinya walupun satu ayat dari firman Allah yang terdapat di dalamnya.

9. Seluruh manusia di muka bumi menjadi kafir sehingga tidak ada lagi yang melakukan amar maruf nahi munkar. Kemudian,atas perintah

Allah,malaikat Israfil meniup sangkakala sebagai tanda datangnya hari kiamat.

10. Fenomena Alam Sebagaimana yang diketahui,usis alam ini semakin hari senakin tua. Dengan usianya yang tua,maka secara langsung telah banyak organ-organnya yang rosak. Dahulu,alam ini sangat tenang tetapi sekarang telah berubah. Hal itu menyebabkan alam mengalami kerosakan juga kerana alam dirosakkan oleh makhluknyaterutama umat manusia.

3.Sangkalan Terhadap Kiamat 2012 Baru-baru ini Pertubuhan Angkasawan AS (NASA) mangatakan bahawa gambaran kiamat 2012 seperti yang digambarkan dalam filem 2012 yang ditayangkan oleh Hollywood tidak akan terjadi,setidaknya dalam waktu terdekat ini. Ini disebabkan oleh kerisauan orang ramai mengenai fenomena alam yang dikatakan akan melanda,NASA menyatakan bahawa tidak ada hal yang mengerikan yang akan terjadi pada bumi kita pada tahun 2012. Planet kita baik-baik sahaja untuk lebih 4juta tahun akan dating,dan para saintis yang berkebolehan di seluruh dunia tahu bahawa tidak ada ancaman yang berkaitan pada tahun 2012. Dalam filem 2012 digambarkan asteroid besar melanggar bumi dan

menghancurkan kesemuanya. Perkara tersebut dibantah NASA bahawa tidak ada planet asing yang sedang bergerak menuju ke bumi kita ini. NASA menganggap
11

bahawa bumi selalu menjadi sasaran komet dan asteroid. Langgaran paling dahsyat terjadi sekitar 65 juta tahun yang lalu sehingga memusnahkan makhluk dinasour.

4. Hikmah Memperhatikan Kiamat Walaupun ada di antara manusia yang tidak percaya pada kewujudan hari kiamat,namun bagi umat Islam hal itu sangat penting pada dasarnya. Lebih-lebih lagi mempercayai hari kiamat merupakan salah satu Rukun Iman yang wajib dipercayai oleh semua umat Islam. Antara hikmah-hikmah beriman dengan hari kimat ialah menyebabkan kita mempunyai satu tujuan mulia dan cita-cita yang tinggi. Adapun caranya adalah dengan mengerjakan kebaikan,meninggalkan kemungkaran dan segala bentuk

kemaksiatan,menghiasi diri,dan jiwa dengan sifat-sifat utama dan menghindarkan diri dari kehinaan dan kerendahanyang dapat membahayakan dan mencelakakan kita,agama,fikiran dan harta kita. Meskipun golongan ahlul-kitab (penganut agama Yahudi dan Nasrani) mempercayai hari akhir,namun cara penggambaran dan pemikiran mereka dapat dikatakan rosak bahkan salah sama sekali. Misalnya,penganut agama Nasrani yang berpegang teguh kepada wujudnya Jesus,penebus dosa dan penyelamat manusia. Dengan hal itu tidak ada lagi seksa-seksa yang akan dilakukan pada hari kiamat.

12

5. Penutup Sebagai umat Islam,kita haruslah bersikap istiqamah (tetap berdiri kukuh pada prinsip-prinsip keimanan dan keislaman) sehingga tidak mudah goyah,walaupun dalam keadaan bagaimanapun. Kita juga haruslah meyakini bahawa hari kiamat pasti,kerana hal itu sudah ditetapka oleh Allah sesuai dalam firmanNya di dalam surah an-Nahl:

)1(
Ketetapan Allah (hari kiamat) pasti datang,maka janganlah kamu meminta agar disegerakan (datang)Nya. Maha Suci Allah dan Maha tinggi dari apa yang mereka persekutukan. (Surah an-Nahl:ayat 1)

13

BIBLIOGRAFI 1. Al-quran al-karim 2. Al-Ghazali,abu Hamid Muhammad bin Muhammad,1996. Ihya Ulumiddin. Tahqiq Assyihat al-Tahhan,Abdullah al_mansyawi. 5 jil. Mansorah: Maktabul Iman

3. Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab.Hamid,2009. Indahnya hidup Bersyariat: Telaga Biru Sdn.Bhd.

4. Zahazan Mohamed,2006. 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran,Khasiat dan Kaifiat Beramal. Kuala Lumpur. Telaga Biru Sdn.Bhd.\

5. Al-bukhari, Muhammad bin Ismail,1999. Sahih al-Bukhari. (dicetak bersama Fath al-Bari). 3Jil. Arab Saudi: bait al-afkar al-dauliyyah.

6. Al-Zindani, Abdul Majid Aziz,2004. Kitab Tauhid. Terjemahan Pustaka Salam Sdn.Bhd Malaysia. Pustaka Salam Sdn.Bhd

7. Majalah Fardu Ain 8.

14

15

Anda mungkin juga menyukai