Anda di halaman 1dari 11

Kepentingan Solat

1. Solat Mendidik Aqidah Muslim


Solat sangat menekankan akidah, solat perlu dilakukan semata-mata kerada Allah, barulah diterima
olehNya. Ianya merupakan lambang pengabdian kita kepada Allah s.w.t.. Ketika solat, kita
disunatkan membaca doa iftitah, dalam doa iftitah kita sering mengucapkan bahawa solat kita
adalah kerana Allah s.w.t.. Sebagaimana Firman Allah :
()
( )

Katakanlah, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku kerana Allah tuhan sekalian alam,
Tiada sesuatu melainkannya dan dengan itulah aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang
terawal Islam ( berserah diri ) ( Surah al-Anam, 6 : 162 163 )
Didikan akidah merupakan asas terpenting dalam membina akhlak manusia. Seorang yang bersolat
dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah s.w.t. akan membawa sifat
itu dalam kehidupan, iaitu menyedari bahawa setiap saat Allat memerhatikannya. Oleh itu mereka
mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menjaga akhlak mereka daripada melakukan perkara
yang dimurkai Allah.
Manusia yang sentiasa mengingati Allah inilah yang dikatakan sebagai orang yang berakhlak paling
mulia, mengingati Allah dalam setiap tindak-tanduk sebagaimana Firman Allah s.w.t. :












()
Orang-orang yang mengingati Allah ketika berdiri, duduk dan berbaringnya dan memikirkan
kejadian langit dan bumi, ( lalu berkata ), Wahai Tuhan kami, sesungguhnya engkau jadikan ini siasia, Maha Suci Allah, jauhkan kami dari azab api neraka
( Surah Ali Imran, 3 : 191 )
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan :
Seorang penzina tidak akan berzina ketika dirinya beriman, seorang peminum arak tidak akan
meminumnya padahal dia beriman, seorang perompak yang hanya akan membuatkan mangsanya
melihat sahaja perbuatannya tidak akan melakukannya ketiaka dirinya ada iman
2. Membuang Sifat Mazmumah

Setiap gerakan solat mempunyai falsafahnya yang tersendiri, kerana pergerakan dan kaifiyat itu
adalah susunanNya untuk kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh umat manusia.Ketika
rukuk dan sujud, perlulah digambarkan dalam hati bahawa Zat Allah adalah Zat Yang Maha
Sempurna. Ketika sujud, sayugialah menyedari betapa Agung Allah s.w.t. dan kerdilnya diri, Kayanya
Allah dan fakirnya hamba, Alimnya Allah dan jahilnya hamba, Gagah Perkasanya Allah dan
lemahnya kita. Apabila memasukkan kedalam hati sifat kesempurnaan Allah, maka dengan
sendirinya tubuh seseorang itu akan membongkok menghinakan diri.
Jika mahu dibandingkan dari sudut kebijaksanaan dengan Allah :







()

Kepunyaan Allah segala yang ada dilangit dan di bumi, dan jika kamu melahirkan atau
menyembunyikan semuanya dalam perhintungan Allah. Allah mengampunkan orang yang
dikehendaki dan mengazab orang yang dikehendaki ( Surah Al-Baqarah, 2 : 284 )
Sifat perhambaan ini akan melahirkan individu yang bersih hati dan ikhlas amalnya. Individu yang
solat dengan penuh penghayatan akan menyedari walau siapapun mereka, mereka adalah hamba
Allah yang hina dihadapannya. Tiada siapa yang mengetahui siapa lebih mulia daripada siapa dalam
kalangan muslim, kerana tiada nilaian harta, pangkat, keturunan dan keilmuan di hadapan Allah
selain daripada taqwa. Firman Allah s.w.t. :



Sesungguhnya orang paling mulia disisi Allah adalah orang paling bertaqwa
( Surah al-Hujurat, 49 :13 )
Apabila seseorang individu itu menyedari betapa hinanya diri disisi Ilahi, maka dalam hatinya akan
terbuang dengan sendirinya sifat takabbur yang membesarkan diri, kerana dia menyedari bahawa
semua kelebihannya adalah daripada Allah. Begitu juga dengan sifat riak atau menunjuk-nunjuk
kerana semua amalan hanyalah kerana Allah, membuang sifat ujub atau merasa diri hebat, bijak
dan berkemampuan kerana menyedari semuanya pemberian Allah. Begitu juga sifat-sifat
mazmumah lain. Dengan itu akan masuklah kedalam hati sifah al-khayr, ihsan, taqwa, amanah,
benar dan sabar serta sifat-sifat mahmudah.
3. Mendidik Muslim Menjaga Masa
Masa adalah suatu ciptaan Allah yang sangat penting bagi umat manusia. Hinggakan Allah s.w.t.
sendiri bersumpah dengan masa. Firman Allah s.w.t.:


Maksudnya : Demi masa
( Surah Al-Asr, 103 : 1 )
Dalam peribahasa Melayu, wujud peribahasa Masa itu emas, dalam Bahasa Arab pula masa
diibaratkan sebagai pedang. Ini menunjukkan kepentingan masa. Ia tidak dianggap sebagai sesuatu
yang remeh kerana masa yang berlalu tidak akan kembali lagi.
Solat adalah suatu ibadah yang ditetapkan pada waktunya. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang
bermaksud :


Maka dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu difardhukan kepada orang-orang beriman mengikut
ketetapan waktunya ( Surah An-Nisa, 4:103)
Sebelum mensyariatkan solat kepada manusia, Allah s.w.t. telah menetapkan waktu-waktu tertentu
bagi muslimin melakukan solat. Solat Zuhur contohnya bermula apabila gelincirnya matahari ke
sebelah barat, dan ianya tamat apabila bayang-bayang sesuatu objek dibawah sinaran matahari
lebih panjang dari ukuran asalnya. Ini bermakna ibadah solat perlulah dilakukan dalam waktu
tersebut, bukan lebih awal atau lebih lewat daripada waktu yang ditetapkan. Begitu juga solat fardhu
yang lain, semuanya ada had masanya.
Begitulah Allah s.w.t. membentuk akhlak menjaga waktu melalui ibadah solat. Seseorang Muslim
perlu menepati masa dalam kehidupannya. Baik dalam melaksanakan tugas, menunaikan amanah,
tanggungjawab sesama manusia dan sebagainya, ia perlulah dilakukan dalam konteks masa yang
telah ditetapkan.
Falsafah yang dibawa oleh Allah s.w.t. melalui ibadah solat tentang masa ialah sesuatu tugasan
perlu disiapkan pada masanya, biarpun apa halangannya, selagi ianya bukan halangan yang
dibenarkan oleh syara, maka ianya perlu disiapkan biarpun sebesar mana sekalipun urusan lain
kita.
4. Mendidik Sifat Sabar
Allah s.w.t. juga mendidik muslimin untuk bersifat sabar melalui solat. Solat merupakan ibaadah
yang wajib dilakukan oleh Muslimin yang tiada uzur syari pada waktunya. Keadaan manusia yang
bermacam-macam seperti susah untuk bangun pagi, sibuk dengan urusan, keletihan dalam urusan
dan sebagainya merupakan cabaran yang besar untuk melakukan ibadah solat. Justeru, hanya

mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja mampu melaksanakannya. Sebagaimana
Firman Allah s.w.t.:

Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan cara solat dan sabar,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar ( Surah Al-Baqarah, 2 : 153 )
Dan juga Firman Allah s.w.t. :



Dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar, sesungguhnya solat itu sangat berat
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ( Surah Al-Baqarah, 2 : 53 )
Dalam solat juga perlu ada kesabaran, dalam masa lima hingga lapan minit kebiasaannya kita
mengerjakan solat, pelbagai cobaan dan gangguan samada zahir dan batin hadir. Justeru,
seseorang Muslim itu perlulah sabar untuk menolak semua cobaan dan ganguan tersebut.
Sabar sangat perlu dalam kehidupan manusia, kerana dengan sifat sabarlah seseorang muslim
mempunyai sesuatu asbab bagi kekuatan untuk melakukan ibadah dan meninggalkan amalan yang
dimurkai Allah s.w.t.. Sifat sabar melahirkan individu yang istiqamah, gigih, teliti dan berhati-hati
dalam kehidupan.
Sifat sabar dalam melaksanakan solat perlulah diaplikasikan di luar solat, kerana dalam menghadapi
kehidupan manusia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menggugat iman seperti kesibukan,
tekanan, musibah, nikmat dan godaan, maka kesabaran yang dididik oleh Allah s.w.t. adalah
memainkan peranan utama bagi menjaga iman dan diri pengamalnya Jika kita sanggup bersabar
untuk mengerjakan solat, kerana ia merupakan kewajipan dari Allah s.w.t., maka adakah kita tidak
sanggup bersabar daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t..
5. Mendidik Muslim Menjaga Kehormatan
Antara syarat sah solat ialah pelakunya diwajibkan menutup aurat. Aurat bagi lelaki dalam solat
menurut jumhur ulama ialah antara pusat hingga lutut. Manakala bagi perempuan pula ialah seluruh
badan kecuali muka dan tapak tangan. Ia merupakan satu cara Allah mendidik kita supaya menjaga
kehormatan diri samada dari sudut berpakaian dan perlakuan. Ini melambangkan orang muslim
adalah manusia yang bermaruah.
Sebagaimana dalam solat, begitu jugalah seseorang muslim wajib menutup aurat daripada
pandangan golongan bukan mahram. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. :


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka
memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau
bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara
mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara
mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang
gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanakkanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan
kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah
kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. ( Surah AnNuur, 24 : 31 )
Seorang muslim perlu memelihara aurat dan kehormatannya sebagai mematuhi perintah Allah s.w.t.
supaya mereka tidak mudah diganggu dan supaya menunjukkan akhlak yang baik dan sopan-santun
dengan bukan mahram tidak pernah memisahkan cara berpakaian yang diwajibkan dalam solat,
itulah juga cara berpakaian muslimin dan muslimat yang diwajibkan ketika berhadapan dengan
bukan mahram. Cuma sesetengah muslim yang hanya sempurna menutup aurat ketika bersolat
tetapi kemudian membuangnya adalah kerana tidak mengikut nilai akhlak yang diamalkan.
Perintah menutup aurat oleh Allah s.w.t. ini tidak lain hanyalah bagi menjaga kehormatan dan
mengelakkan gangguan sebagaimana firman Allah s.w.t. :








Wahai Nabi, perintahkanlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan kamudandan perempuanperempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian mereka menutupi seluruh tubuh mereka
( kecuali muka dan tapak tangan ), cara sedemikian adalah lebih sesuai untuk mereka dikenal dan
maka dengan itu mereka tidak akan diganggu. Dan ingatlah Allah Maha Pengampun dan Maha
Penyayang. ( Surah Al-Ahzab, 33 :59 )
Selain didikan menutup aurat, Allah juga mengajar kita melalui solat tentang penjagaan maruah dan
kemaluan. Salah satu ciri manusia yang berjaya dan dituntut Islam ialah memelihar maruah dan
kemaluan. Firman Allah s.w.t. :

()
( )
()


( )
Sesungguhnya berjayalah orang-orang beriman, mereka yang khusuk dalam solatnya,. Dan
orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri dan hamba sahaya mereka. ( Surah
Al-Mukminun, 23 : 1-2 dan 5-6 )
Ini bermakna, Islam apabila melarang sesuatu, ia merupakan hanya salah satu juzuk daripada
banyak lagi yang masih halal. Contohnya apabila mengharamkan zina bagi kemaluan muslim, Islam
menetapkan peraturan kahwin yang ternyata lebih efektif dan praktikal.
6. Mendidik Muslim Mementingkan Kebersihan
Syarat sah solat lagi ialah bersih pakaian, diri dan tempat solat daripada sebarang najis. Segala baik
apabila kita hendak mengerjakan solat, Firman Allah s.w.t. :


Wahai orang-orang beriman, pakaikanlah dirimu dengan pakaian indah pada setiap kali menghadiri
masjid ( untuk solat ) ( Surah Al-Araf, 7 : 31 )
Solat mengajar muslim agar menjaga dan mengambil berat soal kebersihan. Kebersihan sangat
digalakkan dalam agama. Umat Islam digalakkan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan
seharian. Al-Jamil yang bermaksud Maha Cantik merupakan salah satu nama Allah s.w.t..
Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan ( Riwayat Tarmizi )
Kebersihan merupakan aspek zahir penilaian seseorang yang lain terhadap umat Islam. Jika umat
islam tidak mengamalkan kebersihan, golongan yang tidak faham tentang agama Islam akan
mendakwa Islam sebagai agama yang pengotor, tidak syumul dan dilabel negatif.
Justeru individu muslim yang tidak mengamalkan kebersihan secara tidak langsung telah
memburukkan agama Islam. Padahal Islam agama yang mementingkan kebersihan, syumul dan
sesuai sepanjang zaman. Melalui solat, umat Islam diajar mengamalkan kebersihan.
Kebersihan yang dididik di dalam solat bukanlah terhad kepada aspek lahiriah semata, ia termasuk
juga aspek batiniah. Seorang muslim perlulah membersihkan dirinya daripada sifat riak, takabbur,
ujub, hubbul jah, hasad, bakhil, ghurur dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
7. Mendidik Muslim Menyucikan Diri Dari Dosa

Apabila mahu mengerjakan solat, kita mestilah ada wudhu, dan jika kita berhadas, perlulah mandi
sebelum mengerjakan solat. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. :




Wahai orang-orang beriman, apabila kamu ingin solat, hendaklah kamu membersihkan wajahmu
dan tanganmu hingga ke siku, basuhlah kepalamu dan kakimu hingga ke buku lali, dan jika kamu
berjunub, maka mandilah (Surah Al-Maidah, 5 : 6 )
Wudhu dan mandi adalah lambang penyucian diri. Setelah berjam-jam dengan urusan dunia, apabila
hendak mengerjakan solat, kita disyaratkan mengambil wudhu sebagai lambang penyucian lahir dan
batin kita. Dari sudut lahir, kita membersihkan muka, tangan, kepala dan kaki. Dari sudut batin ialah
membasuh muka sebagai isyarat menyucikan diri daripada dosa mata dan lidah, membasuh tangan
adalah menyucikan dosa-dosa di tangan, membasuh kepala adalah menyucikan diri dari dosa-dosa
fikiran dan membasuh kaki adalah membersihkan diri dari dosa kaki.
Justeru, solat juga mendidik manusia mempunyai akhlak yang baik iaitu menyucikan diri daripada
dosa dengan bertaubat. Akhlak taubat ini ialah menyesali segala perbuatan negatif yang dilakukan
dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Akhlak taubat akan melahirkan akhlak-akhlak yang
lain lagi.
Solat mengajar kita untuk bermuhasah tentang akhlak kita sepanjang hari dalam tempoh masa
tertentu. Apakah sepanjang masa tersebut kita melakukan akhlak yang diredhai Allah, samada
percakapan, penglihatan, pemikiran, tangan dan kaki kita.
8. Mendidik Muslim Menjaga Tingkah Laku
Seseorang muslim yang solat perlu menjaga tingkah lakunya agar tidak membatalkan solat. Mereka
tidak boleh terlalu banyak melakukan gerakan yang tidak perlu kerana dikhuatiri boleh membatalkan
solat. Orang-orang muslim yang melakukan solat cukup berhati-hati dalam setiap gerakan solatnya.
Mereka melakukan sesuatu gerakan seperti qiam, rukuk, itidal, sujud, duduk antara dua sujud dan
tahiyat dengan sesempurna mungkin.



Peliharalah akan solat kamu dan solat wusta, dan kerjakanlah dengan hati yang khusyu
( Surah Al-Baqarah, 2 : 238 )
Akhlak dalam solat ini perlulah juga dilaksanakan oleh orang muslim diluar solatnya.Seorang muslim
yang mengerjakan solat perlulah melaksanakan urusan kehidupannya dengan sempurna. Mereka

perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan atas bahu mereka. Sesuatu
pekerjaan perlu dilakukan dengan penuh berkualiti dan bersungguh. Mereka juga perlu menghormati
ibu bapa, sesama manusia dan menjaga tingkah laku dalam kehidupan seharian.
Sebagaimana di dalam solat seorang muslim itu meninggalkan perbuatan yang boleh membatalkan
solatnya atau membuatkan solatnya tidak sempurna, begitulah mereka perlu menjaga tingkah laku
mereka daripada melakukan perkara yang menyebabkan kemurkaan Allah s.w.t.. Seorang muslim
yang menghayati falsafah solat sentiasa berhati-hati dalam tindakannya agar sentiasa diredhai Allah
s.w.t. dan tidak menimbulkan fitnah sesama manusia.
Seorang muslim perlu meninggalkan perkara yang dilarang Allah seperti mengambil barang orang
lain tanpa hak, mengkhianati amanah dan mendekati zina. Mereka tidak boleh melanggar batas
yang Allah telah tetapkan. Kerana setiap kesalahan akan dicatatkan sebagai dosa atas pelakunya
dan akan dipersoalkan dihari kiamat. Sepertimana Firman Allah s.w.t. :



Pada hari itu kami kunci mulut mereka lalu berkatalah tangan mereka dan bersaksilah kaki mereka
akan segala perbuatan mereka ( semasa di dunia ) ( Surah Yaa Siin, 36 : 65 )
9. Mendidik Muslim Menjaga Lisan
Sebagaimana perbuatan, dalam solat, seseorang muslim itu juga hanya boleh menyebut ayat quran,
bacaan wajib dan sunat, doa dan zikir dalam bahasa Arab sahaja. Jika bertutur selain daripada itu
dengan sengaja dan tanpa sebab yang diizinkan, maka solatnya akan terbatal.Sabda Nabi s.a.w. :
Sesungguhnya tidak patut ada sedikitpun perkataan manusia dalam solat
( Riwayat Muslim )
Selain daripada larangan bercakap urusan lain, seorang muslim itu juga berhati-hati dengan
bacaannya ketika mengerjakan solat agar tidak tersalah sebut atau tertukar maksudnya bagi bacaan
wajib yang boleh menyebabkan batal solat seseorang itu. Bagi bacaan ayat al-Quran yang sunat
perlulah berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan yang boleh memberikan dosa kepada seseorang
didalam solat.
Aplikasi akhlak yang dididik kepada muslim oleh Allah melalui solat ialah menjaga lisan agaterhindar
daripada melakukan dosa, perkara sia-sia dan menimbulkan fitnah. Solat mengajar kita agar hanya
mengucapkan perkara yang bermanfaat seperti berpesan-pesan kearah kebaikan dan mencegah
kejahatan, memperkatakan kebenaran, berzikir dan membaca Al-Quran. Manusia yang
memperkatakan perkara selain itu dikira berada dalam kerugian Firman Allah s.w.t. :



( )
( )


Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman
dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada
kesabaran ( Surah Al-Asr, 103: 1-3 )
Seorang muslim berkualiti perlu menjaga lidahnya daripada melakukan perkara yang dilarang Allah.
Mereka perlulah berhati-hati dalam setiap ucapan agar tidak dimurkai Allah. Seorang muslim
perlulah menjauhi ucapan-ucapan seperti mengumpat, menabur fitnah dan hasut-menghasut.
Firman Allah s.w.t. :











( )








Wahai orang-orang beriman, janganlah segolongan kamu mengutuk segolongan lain kerana
mungkin yang dikutuk itu lebih baik daripada kamu, dan janganlah segolongan perempuan kamu
mengutuk segolongan perempuan yang lain kerana mungkin mereka lebih baik daripada yang
mengutuk. Janganlah segolongan kamu mendedahkan aib segolongan yang lain dan janganlah
kamu memanggil segolongan yang lain dengan hinaan. Seburuk-buruk perkataan ialah kufur setelah
beriman, sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka golongan yang zalim. Wahai orang-orang
beriman jauhkanlah kamu daripada bersangka kerana sebahagian sangka itu berdosa, dan
janganlah kamu mengumpat sesame kamu, sudikah kiranya kamu makan daging saudara kamu
yang telah mati, sudah tentu kamu jijik, bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Surah Al-Hujurat, 49 : 11-12 )
Justeru solat mengajar kita supaya berhati-hati dalam ucapan bagi mengelakkan dosa dan kesan
buruk kepada umat. Orang yang berakhlak pada perkataannya akan dirahmati Allah dan disanjungi
manusia.
10. Mendidik Muslim Menundukkan Pandangan
Dalam melaksanakan ibadah solat, kita disunatkan untuk sentiasa melihat kepada tempat sujud
ketika solat. Adalah makruh seseorang itu berpaling ke hulu dan ke hilir dalam solatnya. Firman
Allah s.w.t. :



Dan luruskanlah wajahmu ( dan hatimu ) pada setiap solat dan ikhlaskan niatmu terhadap
ketaatan. ( Surah al-Araff, 7 : 29 )

Falsafah daripada perbuatan tersebut antaranya ialah didikan Allah kepada hambanya supaya
menundukkan atau menjaga pandangan. Ini bermaksud, seseorang Muslim itu perlu menjaga
pandangan daripada melihat perkara yang tidak diredhai Allah s.w.t.. Contohnya ialah melihat
kepada perkara yang memberahikan, maksiat dan sebagainya. Firman Allah :
( )



Katakanlah kepada orang-orang beriman lelaki : Tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah
kemaluanmu, itu lebih baik bagi kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mendalam pengetahuanNya
tentang apa yang kamu kerjakan. Dan katakanlah kepada orang-orang beriman perempuan :
Tundukkanlah pandangan kamu. ( Surah An-Nuur, 24 : 30-31)
Seseorang muslim hanya boleh melihat perkara-perkara yang harus dan sunat. Orang muslim
disunatkan untuk melihat kepada kejadian alam, mushaf Al-Quran dan perkara-perkara bermanfaat.
11. Mendidik Muslim Bertertib dan Bertamaninah
Dalam solat mesti ada tertibnya dan ia termasuk dalam rukun solat. Tertib bermaksud berurutan.
Contohnya bermula dengan takbiratul ihram, diikuti dengan membaca fatihah, rukuk, Itidal dan
sujud, ianya perlu dilakukan secara berturutan dan tidak boleh melangkaui rukun atau menyusunnya
dengan susunan lain.
Tamaninah pula bermaksud bertenang untuk sementara. Ianya merupakan rukun solat menurut
sebahagian besar ulama. Ia bermaksud dalam sesuatu rukun solat seperti rukuk, sujud, duduk
antara dua sujud dan iktidal, perlu ada tempoh bertenang untuk seseorang itu berada dalam rukun
tersebut.
Tertib dan tamaninah ini juga perlu ada dalam kehidupan seseorang muslim. Dalam kehidupan
seseorang muslim itu, perlu melakukan sesuatu dengan tenang, bertahap dan terancang. Seorang
Muslim perlu berhati-hati dalam tindakannya, tidak boleh tergopoh-gapah dan bertindak melulu,
mereka perlulah berstategis dan bertenang dalam setiap tindakan, firman Allah s.w.t. :




Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dengan barisan yang teratur
sepertimana satu bangunan yang kukuh. ( Surah As-Saff, 61 : 3 )
Inilah yang dididik oleh Allah s.w.t. dalam solat setiap Muslim, Islam tidak pernah mendidik umatnya
menjadi pelampau, penggopoh dan bersifat negatif.
Penutup

Sememangnya solat merupakan agen utama pembentukan akhlak muslim. Tetapi, jika amalan itu
masih tidak mampu menjadikan seseorang itu seorang muslim yang baik, maka yang salah dan
tidak sempurna ialah individu tersebut. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Sesiapa yang solatnya tidak menghalang seseorang itu daripada perkara keji dan mungkar, maka
ia semakin jauh dari Allah ( Riwayat Abi Haitam dan At- Tabarani )

Anda mungkin juga menyukai