Anda di halaman 1dari 12

PENDAHULUAN

Solat merupakan syariat Allah yang diturunkan kepada umat manusia. Ia digelar sebagai tiang
agama. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Pangkal semua urusan
adalah Islam, tiangnya ialah solat dan puncak tertingginya ialah jihad ( Riwayat Tarmizi )
Solat adalah ibadah yang amat penting dalam Islam, ia diletakkan sebagai Rukun Islam yang
kedua, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. : ( maksudnya ) Islam itu dibina atas lima
perkara, persaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad Rasullullah,
menunaikan solat.. ( Riwayat Bukhari dan Muslim ).
Ia merupakan amalan pertama yang akan dihisab di akhirat : ( maksudnya ) Amalan yang mulamula dihisab dari seorang hamba pada hari kiamat ialah solat, Jika solatnya baik, baiklah
keseluruhannya. Tetapi jika solatnya buruk, buruk semua umatnya. ( Riwayat Tarmizi dan Abu
Daud )
Solat merupakan ibadah yang sempurna dan mempunyai berbagai hikmah, baik dari sudut
kerohanian, emosi dan fizikal. Antara yang disebut oleh Allah di dalam Al-quran ialah solat
sebagai pembentuk akhlak yang baik. Firman Allah s.w.t. :



Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.
( Surah al-Ankabut, 29 : 45 )
Solat merupakan ibadah didikan Allah s.w.t. dalam membentuk akhlak seseorang muslim.
Setiap orang Islam yang menghayati ibadah solat akan mempunyai keperibadian yang tinggi.
Kerana didikan sempurna melalui solat oleh Allah s.w.t..
Tugasan yang saya lakukan ini adalah bertujuan mengenalpasti beberapa kaedah Allah s.w.t.
mendidik akhlak manusia melalui solat bermula daripada syarat sahnya sehinggalah sesudah
solat. Kerana sememangnya Nabi Muhammad s.a.w. itu telah diutuskan untuk
menyempurnakan akhlak umat manusia. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. ( maksudnya )
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak ( Riwayat Ahmad )
Takrif
Solat merupakan perkataan Bahasa Arab yang bermaksud sembahyang. Dari sudut Bahasa
Arab bermaksud doa, dalam Al-Quran, perkataan As-Solah juga disebut dengan nama ini
sepertimana Firman Allah s.w.t. :



Dan mintalah pertolongan tuhanmu dengan cara sabar dan doa ( as-solah )
( Surah Al-Baqarah, 2 :45 )
solat mana

Menurut istilah ialah suatu ibadah kerana Allah yang dimulai dengan takbiratul ihram dan
disertai perbuatan dan perkataan tertentu dan diakhiri dengan salam.
Dr Shalih bin Ghanim bin Abdillah As-Sadlani mentakrifkan solat sebagai :
Makna solat dari Allah ialah Rahmat, sedangkan makna solat beerti rukun-rukun yang
dikhususkan dan zikir-zikir yang telah dimaklumi dengan syarat-syarat yang dibatasi dengan
waktu tertentu atau perkara yang diawali dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam.
( Shalat Jamaah : Panduan, Hukum, Hikmah, Sunnah, dan Peringatan Penting Tentang
Pelaksanaan Shalat Jamaah )
Akhlak ialah perkataan Arab yang berasal dari kata khuluq yang bermaksud tabiat, kelakuan
atau tingkah laku (al-tabi`ah), perangai (al-sajiyah), maruah (al-Muruah), kelaziman atau
kebiasaan (al-`adah). Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran:

Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. (AlQalam:4)
Takrif akhlak menurut Imam Ghazali dalam Ihya Ulumuddin ialah :
suatu keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengan
senang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar itu baik
dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya
apabila terkeluar perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.solat-di-mana-jua
1. Solat Mendidik Aqidah Muslim
Solat sangat menekankan akidah, solat perlu dilakukan semata-mata kerada Allah, barulah
diterima olehNya. Ianya merupakan lambang pengabdian kita kepada Allah s.w.t.. Ketika solat,
kita disunatkan membaca doa iftitah, dalam doa iftitah kita sering mengucapkan bahawa solat
kita adalah kerana Allah s.w.t.. Sebagaimana Firman Allah :

162. Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
163. Tiada sekutu bagiNya, dan Dengan Yang demikian sahaja Aku diperintahkan, dan Aku (di
antara seluruh umatku) adalah orang Islam Yang awal pertama - (yang berserah diri kepada
Allah dan mematuhi perintahNya)".
Didikan akidah merupakan asas terpenting dalam membina akhlak manusia. Seorang yang
bersolat dengan penuh keyakinan bahawa dia sedang berhadapan dengan Allah s.w.t. akan
membawa sifat itu dalam kehidupan, iaitu menyedari bahawa setiap saat Allat

memerhatikannya. Oleh itu mereka mempunyai kekuatan yang tersendiri untuk menjaga akhlak
mereka daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah.
Manusia yang sentiasa mengingati Allah inilah yang dikatakan sebagai orang yang berakhlak
paling mulia, mengingati Allah dalam setiap tindak-tanduk sebagaimana Firman Allah s.w.t. :


191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan
duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian
langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan bendabenda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Dalam sebuah hadis, diriwayatkan :
Seorang penzina tidak akan berzina ketika dirinya beriman, seorang peminum arak tidak akan
meminumnya padahal dia beriman, seorang perompak yang hanya akan membuatkan
mangsanya melihat sahaja perbuatannya tidak akan melakukannya ketiaka dirinya ada iman
2. Membuang Sifat Mazmumah
Setiap gerakan solat mempunyai falsafahnya yang tersendiri, kerana pergerakan dan kaifiyat itu
adalah susunanNya untuk kekasihNya Nabi Muhammad s.a.w. dan seluruh umat
manusia.Ketika rukuk dan sujud, perlulah digambarkan dalam hati bahawa Zat Allah adalah Zat
Yang Maha Sempurna. Ketika sujud, sayugialah menyedari betapa Agung Allah s.w.t. dan
kerdilnya diri, Kayanya Allah dan fakirnya hamba, Alimnya Allah dan jahilnya hamba, Gagah
Perkasanya Allah dan lemahnya kita. Apabila memasukkan kedalam hati sifat kesempurnaan
Allah, maka dengan sendirinya tubuh seseorang itu akan membongkok menghinakan diri.
Jika mahu dibandingkan dari sudut kebijaksanaan dengan Allah :



284. Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. dan jika kamu
melahirkan apa Yang ada di Dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah
akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. kemudian ia mengampunkan bagi sesiapa

Yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa Yang dikehendakiNya (menurut undang-undang


peraturanNya) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Sifat perhambaan ini akan melahirkan individu yang bersih hati dan ikhlas amalnya. Individu
yang solat dengan penuh penghayatan akan menyedari walau siapapun mereka, mereka
adalah hamba Allah yang hina dihadapannya. Tiada siapa yang mengetahui siapa lebih mulia
daripada siapa dalam kalangan muslim, kerana tiada nilaian harta, pangkat, keturunan dan
keilmuan di hadapan Allah selain daripada taqwa. Firman Allah s.w.t. :


Sesungguhnya orang paling mulia disisi Allah adalah orang paling bertaqwa
( Surah al-Hujurat, 49 :13 )
Apabila seseorang individu itu menyedari betapa hinanya diri disisi Ilahi, maka dalam hatinya
akan terbuang dengan sendirinya sifat takabbur yang membesarkan diri, kerana dia menyedari
bahawa semua kelebihannya adalah daripada Allah. Begitu juga dengan sifat riak atau
menunjuk-nunjuk kerana semua amalan hanyalah kerana Allah, membuang sifat ujub atau
merasa diri hebat, bijak dan berkemampuan kerana menyedari semuanya pemberian Allah.
Begitu juga sifat-sifat mazmumah lain. Dengan itu akan masuklah kedalam hati sifah al-khayr,
ihsan, taqwa, amanah, benar dan sabar serta sifat-sifat mahmudah.
3. Mendidik Sifat Sabar
Allah s.w.t. juga mendidik muslimin untuk bersifat sabar melalui solat. Solat merupakan ibaadah
yang wajib dilakukan oleh Muslimin yang tiada uzur syari pada waktunya. Keadaan manusia
yang bermacam-macam seperti susah untuk bangun pagi, sibuk dengan urusan, keletihan
dalam urusan dan sebagainya merupakan cabaran yang besar untuk melakukan ibadah solat.
Justeru, hanya mereka yang mempunyai kesabaran yang tinggi sahaja mampu
melaksanakannya. Sebagaimana Firman Allah s.w.t.:




Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan cara solat dan sabar,
sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar ( Surah Al-Baqarah, 2 : 153 )
Dan juga Firman Allah s.w.t. :



Dan mintalah pertolongan Allah dengan solat dan sabar, sesungguhnya solat itu sangat berat
kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. ( Surah Al-Baqarah, 2 : 53 )
Dalam solat juga perlu ada kesabaran, dalam masa lima hingga lapan minit kebiasaannya kita
mengerjakan solat, pelbagai cobaan dan gangguan samada zahir dan batin hadir. Justeru,
seseorang Muslim itu perlulah sabar untuk menolak semua cobaan dan ganguan tersebut.
Sabar sangat perlu dalam kehidupan manusia, kerana dengan sifat sabarlah seseorang muslim
mempunyai sesuatu asbab bagi kekuatan untuk melakukan ibadah dan meninggalkan amalan

yang dimurkai Allah s.w.t.. Sifat sabar melahirkan individu yang istiqamah, gigih, teliti dan
berhati-hati dalam kehidupan.
Sifat sabar dalam melaksanakan solat perlulah diaplikasikan di luar solat, kerana dalam
menghadapi kehidupan manusia berdepan dengan pelbagai cabaran yang menggugat iman
seperti kesibukan, tekanan, musibah, nikmat dan godaan, maka kesabaran yang dididik oleh
Allah s.w.t. adalah memainkan peranan utama bagi menjaga iman dan diri pengamalnya Jika
kita sanggup bersabar untuk mengerjakan solat, kerana ia merupakan kewajipan dari Allah
s.w.t., maka adakah kita tidak sanggup bersabar daripada melakukan maksiat kepada Allah
s.w.t..
4. Mendidik Muslim Menjaga pandangan dan Kehormatan
Antara syarat sah solat ialah pelakunya diwajibkan menutup aurat. Aurat bagi lelaki dalam solat
menurut jumhur ulama ialah antara pusat hingga lutut. Manakala bagi perempuan pula ialah
seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Ia merupakan satu cara Allah mendidik kita
supaya menjaga kehormatan diri samada dari sudut berpakaian dan perlakuan. Ini
melambangkan orang muslim adalah manusia yang bermaruah.
Sebagaimana dalam solat, begitu jugalah seseorang muslim wajib menutup aurat daripada
pandangan golongan bukan mahram. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. :

31. Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat


pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka;
dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir
daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala
mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau
anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka
Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuanperempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang
telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti
lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui
orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian
kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.
Seorang muslim perlu memelihara aurat dan kehormatannya sebagai mematuhi perintah Allah
s.w.t. supaya mereka tidak mudah diganggu dan supaya menunjukkan akhlak yang baik dan
sopan-santun dengan bukan mahram tidak pernah memisahkan cara berpakaian yang
diwajibkan dalam solat, itulah juga cara berpakaian muslimin dan muslimat yang diwajibkan
ketika berhadapan dengan bukan mahram. Cuma sesetengah muslim yang hanya sempurna
menutup aurat ketika bersolat tetapi kemudian membuangnya adalah kerana tidak mengikut
nilai akhlak yang diamalkan.
Perintah menutup aurat oleh Allah s.w.t. ini tidak lain hanyalah bagi menjaga kehormatan dan
mengelakkan gangguan sebagaimana firman Allah s.w.t. :




59. Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuanperempuan Yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai
perempuan Yang baik-baik) maka Dengan itu mereka tidak diganggu. dan (ingatlah) Allah
adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Selain didikan menutup aurat, Allah juga mengajar kita melalui solat tentang penjagaan maruah
dan kemaluan. Salah satu ciri manusia yang berjaya dan dituntut Islam ialah memelihar maruah
dan kemaluan. Firman Allah s.w.t. :




1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. Dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
4. Dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. Dan mereka Yang menjaga kehormatannya, 5. Mendidik Muslim Mementingkan Kebersihan
Syarat sah solat lagi ialah bersih pakaian, diri dan tempat solat daripada sebarang najis. Segala
baik apabila kita hendak mengerjakan solat, Firman Allah s.w.t. :

Wahai orang-orang beriman, pakaikanlah dirimu dengan pakaian indah pada setiap kali
menghadiri masjid ( untuk solat ) ( Surah Al-Araf, 7 : 31 )
Solat mengajar muslim agar menjaga dan mengambil berat soal kebersihan. Kebersihan sangat
digalakkan dalam agama. Umat Islam digalakkan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan
seharian. Al-Jamil yang bermaksud Maha Cantik merupakan salah satu nama Allah s.w.t..
Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan ( Riwayat Tarmizi )
Kebersihan merupakan aspek zahir penilaian seseorang yang lain terhadap umat Islam. Jika
umat islam tidak mengamalkan kebersihan, golongan yang tidak faham tentang agama Islam
akan mendakwa Islam sebagai agama yang pengotor, tidak syumul dan dilabel negatif.
Justeru individu muslim yang tidak mengamalkan kebersihan secara tidak langsung telah
memburukkan agama Islam. Padahal Islam agama yang mementingkan kebersihan, syumul
dan sesuai sepanjang zaman. Melalui solat, umat Islam diajar mengamalkan kebersihan.
Kebersihan yang dididik di dalam solat bukanlah terhad kepada aspek lahiriah semata, ia
termasuk juga aspek batiniah. Seorang muslim perlulah membersihkan dirinya daripada sifat
riak, takabbur, ujub, hubbul jah, hasad, bakhil, ghurur dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
6. Mendidik Muslim Menyucikan Diri Dari Dosa
Apabila mahu mengerjakan solat, kita mestilah ada wudhu, dan jika kita berhadas, perlulah
mandi sebelum mengerjakan solat. Sebagaimana Firman Allah s.w.t. :



Wahai orang-orang beriman, apabila kamu ingin solat, hendaklah kamu membersihkan
wajahmu dan tanganmu hingga ke siku, basuhlah kepalamu dan kakimu hingga ke buku lali,
dan jika kamu berjunub, maka mandilah (Surah Al-Maidah, 5 : 6 )

Wudhu dan mandi adalah lambang penyucian diri. Setelah berjam-jam dengan urusan dunia,
apabila hendak mengerjakan solat, kita disyaratkan mengambil wudhu sebagai lambang
penyucian lahir dan batin kita. Dari sudut lahir, kita membersihkan muka, tangan, kepala dan
kaki. Dari sudut batin ialah membasuh muka sebagai isyarat menyucikan diri daripada dosa
mata dan lidah, membasuh tangan adalah menyucikan dosa-dosa di tangan, membasuh kepala
adalah menyucikan diri dari dosa-dosa fikiran dan membasuh kaki adalah membersihkan diri
dari dosa kaki.
Justeru, solat juga mendidik manusia mempunyai akhlak yang baik iaitu menyucikan diri
daripada dosa dengan bertaubat. Akhlak taubat ini ialah menyesali segala perbuatan negatif
yang dilakukan dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Akhlak taubat akan melahirkan
akhlak-akhlak yang lain lagi.
Solat mengajar kita untuk bermuhasah tentang akhlak kita sepanjang hari dalam tempoh masa
tertentu. Apakah sepanjang masa tersebut kita melakukan akhlak yang diredhai Allah, samada
percakapan, penglihatan, pemikiran, tangan dan kaki kita.
7. Mendidik Muslim Menjaga Tingkah Laku
Seseorang muslim yang solat perlu menjaga tingkah lakunya agar tidak membatalkan solat.
Mereka tidak boleh terlalu banyak melakukan gerakan yang tidak perlu kerana dikhuatiri boleh
membatalkan solat. Orang-orang muslim yang melakukan solat cukup berhati-hati dalam setiap
gerakan solatnya. Mereka melakukan sesuatu gerakan seperti qiam, rukuk, itidal, sujud, duduk
antara dua sujud dan tahiyat dengan sesempurna mungkin.


238. Peliharalah kamu (kerjakanlah Dengan tetap dan sempurna pada waktunya) Segala
sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana
Allah (dalam sembahyang kamu) Dengan taat dan khusyuk.
Akhlak dalam solat ini perlulah juga dilaksanakan oleh orang muslim diluar solatnya. Seorang
muslim yang mengerjakan solat perlulah melaksanakan urusan kehidupannya dengan
sempurna. Mereka perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikulkan atas bahu
mereka. Sesuatu pekerjaan perlu dilakukan dengan penuh berkualiti dan bersungguh. Mereka
juga perlu menghormati ibu bapa, sesama manusia dan menjaga tingkah laku dalam kehidupan
seharian.
Sebagaimana di dalam solat seorang muslim itu meninggalkan perbuatan yang boleh
membatalkan solatnya atau membuatkan solatnya tidak sempurna, begitulah mereka perlu
menjaga tingkah laku mereka daripada melakukan perkara yang menyebabkan kemurkaan
Allah s.w.t.. Seorang muslim yang menghayati falsafah solat sentiasa berhati-hati dalam
tindakannya agar sentiasa diredhai Allah s.w.t. dan tidak menimbulkan fitnah sesama manusia.
Seorang muslim perlu meninggalkan perkara yang dilarang Allah seperti mengambil barang
orang lain tanpa hak, mengkhianati amanah dan mendekati zina. Mereka tidak boleh melanggar
batas yang Allah telah tetapkan. Kerana setiap kesalahan akan dicatatkan sebagai dosa atas
pelakunya dan akan dipersoalkan dihari kiamat. Sepertimana Firman Allah s.w.t. :


Pada hari itu kami kunci mulut mereka lalu berkatalah tangan mereka dan bersaksilah kaki
mereka akan segala perbuatan mereka ( semasa di dunia ) ( Surah Yaa Siin, 36 : 65 )
8. Mendidik Muslim Menjaga Lisan
Sebagaimana perbuatan, dalam solat, seseorang muslim itu juga hanya boleh menyebut ayat
quran, bacaan wajib dan sunat, doa dan zikir dalam bahasa Arab sahaja. Jika bertutur selain
daripada itu dengan sengaja dan tanpa sebab yang diizinkan, maka solatnya akan
terbatal.Sabda Nabi s.a.w. :
Sesungguhnya tidak patut ada sedikitpun perkataan manusia dalam solat
( Riwayat Muslim )
Selain daripada larangan bercakap urusan lain, seorang muslim itu juga berhati-hati dengan
bacaannya ketika mengerjakan solat agar tidak tersalah sebut atau tertukar maksudnya bagi
bacaan wajib yang boleh menyebabkan batal solat seseorang itu. Bagi bacaan ayat al-Quran
yang sunat perlulah berhati-hati bagi mengelakkan kesilapan yang boleh memberikan dosa
kepada seseorang didalam solat.
Aplikasi akhlak yang dididik kepada muslim oleh Allah melalui solat ialah menjaga lisan agar
terhindar daripada melakukan dosa, perkara sia-sia dan menimbulkan fitnah. Solat mengajar
kita agar hanya mengucapkan perkara yang bermanfaat seperti berpesan-pesan kearah
kebaikan dan mencegah kejahatan, memperkatakan kebenaran, berzikir dan membaca AlQuran. Manusia yang memperkatakan perkara selain itu dikira berada dalam kerugian Firman
Allah s.w.t. :


( ) ( )


Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan
kepada kesabaran ( Surah Al-Asr, 103: 1-3 )
Seorang muslim berkualiti perlu menjaga lidahnya daripada melakukan perkara yang dilarang
Allah. Mereka perlulah berhati-hati dalam setiap ucapan agar tidak dimurkai Allah. Seorang
muslim perlulah menjauhi ucapan-ucapan seperti mengumpat, menabur fitnah dan hasutmenghasut. Firman Allah s.w.t. :



11. Wahai orang-orang Yang beriman! janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh
dan merendah-rendahkan puak lelaki Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu lebih
baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan Yang lain, (kerana) harus puak Yang dicemuhkan itu
lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya
Yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu Dengan Yang lain Dengan
gelaran Yang buruk. (Larangan-larangan Yang tersebut menyebabkan orang Yang
melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang)
sesudah ia beriman. dan (ingatlah),
12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak
menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu
adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang;
dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari
kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut)
dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
Mengasihani.
Justeru solat mengajar kita supaya berhati-hati dalam ucapan bagi mengelakkan dosa dan
kesan buruk kepada umat. Orang yang berakhlak pada perkataannya akan dirahmati Allah dan
disanjungi manusia.
11. Mendidik Muslim Bertertib dan Bertamaninah
Dalam solat mesti ada tertibnya dan ia termasuk dalam rukun solat. Tertib bermaksud
berurutan. Contohnya bermula dengan takbiratul ihram, diikuti dengan membaca fatihah, rukuk,
Itidal dan sujud, ianya perlu dilakukan secara berturutan dan tidak boleh melangkaui rukun atau
menyusunnya dengan susunan lain.
Tamaninah pula bermaksud bertenang untuk sementara. Ianya merupakan rukun solat menurut
sebahagian besar ulama. Ia bermaksud dalam sesuatu rukun solat seperti rukuk, sujud, duduk
antara dua sujud dan iktidal, perlu ada tempoh bertenang untuk seseorang itu berada dalam
rukun tersebut.
Tertib dan tamaninah ini juga perlu ada dalam kehidupan seseorang muslim. Dalam kehidupan
seseorang muslim itu, perlu melakukan sesuatu dengan tenang, bertahap dan terancang.
Seorang Muslim perlu berhati-hati dalam tindakannya, tidak boleh tergopoh-gapah dan
bertindak melulu, mereka perlulah bertenang dalam setiap tindakan

Rasulullah S.a.w. bersabda: Gopoh-gapah itu dari amalan syaitan dan sifat tenang itu adalah
dari Allah Taala Riwayat Abu Yala dan Al-Baihaqi daripada Anas r.a.. Sanadnya hasan
Rasulullah S.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya sesiapa yang memiliki dua sifat,
nescaya dikasihi oleh ALLAH iaitu lemah lembut dan tenang. Hadith Riwayat Muslim.
Sifat terburu-buru yang tidak elok ialah apabila ianya mengundang kesusahan dan keburukan
kepada diri sendiri dan orang lain. Biasanya ia disebabkan oleh sifat tidak sabar, emosi, lekas
marah, malas, tamak dan seumpamanya.


37. Jenis manusia dijadikan bertabiat terburu-buru Dalam Segala halya; Aku (Allah) akan
perlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanKu; maka janganlah kamu meminta
disegerakan (kedatangannya).
Walaubagaimana pun, bersikap tenang tidak semestinya sehingga menjadi terlalu lambat dan
lembab dalam membuat sesuatu. Tetapi kadar pertengahan itu adalah yang terbaik, sesuai
dengan hadith nabi yang bermaksud , Sebaik-baik perkara adalah pertengahannya. Hadith
Riwayat AlBaihaqi
Inilah yang dididik oleh Allah s.w.t. dalam solat setiap Muslim, Islam tidak pernah mendidik
umatnya menjadi pelampau, penggopoh dan bersifat negatif.
Penutup
Sememangnya solat merupakan agen utama pembentukan akhlak muslim. Tetapi, jika amalan
itu masih tidak mampu menjadikan seseorang itu seorang muslim yang baik, maka yang salah
dan tidak sempurna ialah individu tersebut. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
Sesiapa yang solatnya tidak menghalang seseorang itu daripada perkara keji dan mungkar,
maka ia semakin jauh dari Allah ( Riwayat Abi Haitam dan At- Tabarani )
Sedih sekali apabila kita melihat generasi masa depan kita tidak sujud kepada penciptanya.
Sebenarnya isu inilah yang lebih bahaya bagi Umat Islam di bumi Malaysia daripada isu dadah,
mat rempit, gejala sosial dan sebagainya. Kerana solatlah punca segala masalah tersebut.

Kisah :
Maulana Umar sewaktu berada di dalam kapal terbang bersama seorang Atheis dari Eropah.
Antara perbualan yang terjadi adalah:
Atheis: Bagaimanakah tuan boleh mempercayai pembalasan selepas kematian sedangkan ia
tidak pernah kelihatan langsung?
Maulana: Saya meyakini adanya balasan selepas kematian. Dengan sebab itu saya
menunaikan solat sebagai persediaan.

Atheis: Bagaimanakah sekiranya selepas tuan mati nanti, tuan dapati tiada pembalasan selepas
kematian? Tidakkah sia-sia sahaja segala solat dan persediaan tuan selama ini?
Maulana: Okbaiklah. Sekiranya selepas saya mati nanti tiada sebarang pembalasan, maka
saya tidak akan rugi apa-apa pun. Persoalannyabagaimanakah sekiranya saya mati nanti,
benar-benar adanya hari pembalasan? Sudah semestinya saya untung sebab sudah bersedia
menghadapinya. Dan tuan yang tidak mempercayainya begitu juga langsung tidak membuat
persediaan menghadapinya berada dalam keadaan bahaya.
YaTuan sekarang berada dalam keadaan yang amat bahaya!
Itulah sebahagian kisah seorang Maulana yang mengibaratkan bahawa meninggalkan solat itu
mendekatkan diri kita dalam jurang yang bahaya.

Anda mungkin juga menyukai