Anda di halaman 1dari 121

KONSEP KETUHANAN YANG DITEGAH KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM DEFINISI ISLAM PADA BAHASA DAN SYARAK RUKUN ISLAM

ISLAM AGAMA FITRAH ISLAM AGAMA PALING INDAH DAN MULIA

KONSEP KETUHANAN YANG DITEGAH

1. Islam Menolak Konsep Penyembahan Apa yang disembah itu berada di hadapan orang yg.menyembah dan ianya boleh dilihat dengan mata secara jelas sepeti orang-orang Buddha yang mengukir patung Budha lalu disembah mereka patung tersebut. 2. Islam Menolak Konsep Pendewaan Konsep pendewaan yang diada-adakan dan direka cipta untuk dijadikan suatu konsep kepercayaan dalam kehidupan manusia sebagaimana yang dibawa di dalam ajaran Hindu yang percaya dengan wujudnya dewa-dewa untuk memberi kebahagiaan dan sakti kepada kehidupan.

3. Islam Menolak Konsep Pemujaan Islam juga tidak pernah mewujudkan konsep pemujaan yang biasa dilakukan dan diamalkan oleh para nujum atau bomoh atau dukun-dukun terhadap hantu syaitan di dalam jampi-serapah mereka untuk mendapat rahsia, kuasa, kekuatan dan ramalan yang tepat. 4. Islam menolak Konsep Penyekutuan Islam juga menolak konsep penyekutuan sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Kristian bahawa Nabi Isa adalah anak Allah.


1.

KEISTIMEWAAN AGAMA ISLAM


Agama Islam dari Allah dan bersifat Ketuhanan (RABBANIYAH) Ajaran Islam adalah lengkap Islam adalah agama Universal Ajaran progresif dan dinamik Ajarannya senang tidak susah Tidak ada paksaan Islam melindungi hak semua golongan wanita dan kanak-kanak orang tua dan orang uzur

2. 3. 4. 5. 6. 7.

DEFINISI ISLAM PADA BAHASA DAN SYARAK

Islam berasal dari bahasa arab iaitu aslama. Dari segi bahasa : Taat, patuh, berserah diri, selamat dan sejahtera. Dari segi istilah syarak:
Tunduk dan patuh serta menyerah diri kepada Allah s.w.t dengan beriman kepadaNya dan mengamalkan segala ajaran yang dibawa oleh Rasulnya.

RUKUN ISLAM

1.
2. 3. 4. 5.

Mengucap Dua Kalimah Syahadah


Sembahyang Lima Waktu Puasa Di Bulan Ramadhan Zakat Haji Jika Mampu

ISLAM AGAMA FITRAH

Islam tegak di atas dasar tauhid yang selari dengan fitrah manusia. Fitrah manusia mempunyai perasaan semulajadi yang diciptakan Allah, dapat menanggapi tiada tuhan yang berhak disembah sebenar-benarnya melainkan Allah.

1. 2. 3. 4.

5. 6.

7.

ISLAM AGAMA PALING INDAH DAN MULIA Islam Mengatur Hubungan Manusia Islam Membawa Rahmat Kepada Manusia Islam Mengajar Cara Ibadah Yang Betul Islam Mengeratkan Persaudaraan Sesama Manusia Islam Membina Tamadun Manusia Islam Menegak Kebenaran Dan Mencegah Kemungkaran Islam Menjamin Hak Asasi

KONSEP AQIDAH ISLAM

DEFINISI AQIDAH PADA BAHASA DAN SYARAK KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM MAKSUD MENSYIRIKKAN ALLAH RUKUN IMAN MALAIKAT DAN TUGASNYA KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN SIFAT-SIFAT RASUL

KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN


PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

DEFINISI AQIDAH PADA BAHASA DAN SYARAK

Aqidah dari segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati Dari segi istilah Syarak: Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah SWT serta sifat kesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan aqli.

KEDUDUKAN AQIDAH DALAM ISLAM

Asas sesuatu amalan. Amalan sesorang tidak akan diterima oleh Allah kecuali yang dilakukan oleh orang yang beriman yang berlandaskan aqidah.
Membentuk diri manusia di dunia dan akhirat, Dalam perkara-perkara batin, iaitu mempercayai Allah, malaikatNya, KitabNya, rasulNya, hari Akhirat, takdir baik dan jahat. Dan perkara-perkara zahir iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat fardu lima waktu , berpuasa di bulan Ramadhan, berzakat dan mengerjakan haji.

Hubungan dengan Allah dan sesama manusia Hubungan manusia dengan Allah SWT diikat oleh aqidah melalui kalimah tauhid dan menghubungkan antara manusia dengan manusia dengan ikrar yang sama iaitu dua kalimah syahadah. Mengukuhkan keyakinan manusia kepada beragama Aqidah menjadi asas utama untuk mengukuhkan keyakinan manusia kepada agama. Islam agama yang sesuai dengan fitrah manusia perlu di pandu oleh aqidah, agar manusia benar-benar menjadi insan yang kamil yang berasaskan aqidah.

RUKUN IMAN

a. Beriman kepada Allah swt


b. Beriman kepada malaikat

c. Beriman kedapa kitab-kitab Allah


d. Beriman kepada para rasul e. Beriman kepada hari kiamat f. Beriman kepada Qada dan Qadar

MALAIKAT DAN TUGASNYA

i. Jibril : menyampaikan wahyu dan perintah Allah kepada nabi-nabi dan rasulrasulnya ii. Mikail : mengawal cakerawala termasuk matahari,bulan bintang- bintang. iii. Izrail : Mengambil nyawa seluruh makhluk yang bernyawa apabila sudah sampai waktu iv. Israfil : Meniup sangkakala apabila tiba masanya. v. Raqib : Mencatit amalan baik vi. Atid : Mencatit amalan jahat vii. Mungkar dan nakir : Menyoal manusia didalam kubur. viii. Ridwan : Menjaga syurga ix. Malik : Menjaga neraka

KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN

Kitab kitab yanag diturunkan oleh Allah yang wajib diketahui oleh setiap orang islam itu ialah :

i. Zabur : Nabi Daud ( dalam bahasa Qibti) ii. Taurat : Nabi Musa ( dalam bahasa Ibrani ) iii. Injil : Nabi Isa ( dalam bahasa Suryani ) iv. Al -Quran : Nabi Muhammad SAW ( dalam

bahasa Arab)

SIFAT-SIFAT RASUL

Sifat yang wajib bagi rasul ada empat iaitu :

i. Siddiq Benar pada segala percakapan, perkhabaran dan perbuatan.

ii. Amanah Jujur dan tidak membuat kesalahan.


iii. Tabligh menyampaiakn semua perintah Allah

kepada manusia.
iv. Fathonah Bijaksana

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

KESAN AQIDAH DALAM KEHIDUPAN


Pasti akan mentauhidkan Allah Memberi ketenangan jiwa Tawadhuk (merendah diri) Membersihkan diri dan beramal soleh Tidak berputus asa dan bertawakal kepada Allah Berani mempertahankan kebenaran Memelihara undang-undang Allah

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

Pertama : Iktiqad, kepercayaan yang bertentangan dengan dasar islam ,contohnya: iktikad bahawa hukum- hukum islam ialah hukumhukum yang lapuk dan tidak sesuai untuk digunakan pada zaman moden.

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

Kedua : Perkataan ,perkataan yang mencaci ,merendah-rendah, mengejek dan mempermain-mainkan nama Allah,sifatNya,malaikatmalaikatNya, rasul-rasulNya,kitab-kitabNya dan hukum-hukumNya serta hukumhukum yang diterangkan oleh rasulNya.

PERKARA YANG MEMBATALKAN AQIDAH

Ketiga : Perbuatan, iaitu tiap perbuatan dilakukan untuk menghormati mengangungkan makhluk dengan cara yang ditentukan hanya untuk membesar Allah,seperti sujud kepada makhluk.

KONSEP IBADAH DALAM ISLAM

DEFINISI IBADAH PADA BAHASA DAN ISTILAH

SKOP IBADAH DALAM ISLAM


PANDANGAN IBN TAIMIYAH TENTANG IBADAH

KESAN-KESAN IBADAH
SYARAT-SYARAT IBADAH

DEFINISI IBADAH PADA BAHASA DAN ISTILAH

Ibadah dari segi bahasa :


Berasal dari perkataan "Abada" iaitu bererti patuh, taat, setia, tunduk, sembah, menghambakan diri dan seumpamanya.

Dari segi istilah Syarak:


Tindakan tunduk dan menurut segala perkara yang telah disyariatkan Allah swt atau tindakan memperhambakan diri dengan mematuhi segala ajaran yang dibawa oleh Rasulullah saw .

SKOP IBADAH DALAM ISLAM

Ulama telah membahagikan ibadah kepada dua bahagian iaitu :


a. Ibadah 'Ammah (Umum) b. Ibadah Khassah (Khusus)

Ibadah 'Ammah (Umum)


Pengabdian diri secara tidak langsung (indirect) kepada Allah menerusi semua urusan kehidupan duniawi yang mengikat hubungan sesama manusia dan makhluk lain yang berlandaskan aqidah dan syariat Islam. Contohnya

menuntut ilmu, berbuat baik pada jiran tetangga

Ibadah Khassah (Khusus)


Pengabdian diri seorang hamba kepada Tuhannya secara langsung (direct) untuk mendapatkan keredhaanNya. Ibadat tertentu yang telah ditentukan oleh Allah swt samada wajib atau sunat dilaksanakan.

Contohnya sembahyang, puasa, zakat dan

mengerjakan haji.

PANDANGAN IBN TAIMIYAH TENTANG IBADAH

i) Ibadah adalah semua perkara yang disukai dan diredhai oleh Allah s.w.t sama ada perkataan, zahir dan batin.

Oleh itu sembahyang, puasa, zakat, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, berbakti kepada orang tua,menghubungkan silaturahim, menyuruh yang maaruf, mencegah yang mungkar, berdoa, berzikir, membaca al-Quran dan seumpamanya adalah ibadah.

ii) Ibadah adalah kepatuhan atau ketundukan yang terbit dari hati yang mencintai Allah kerana tiada yang lebih layak dicintai melainkan Allah s.w.t.

Oleh itu, kasih kepada Allah dan RasulNya, takut kepadanya, taubat, ikhlas, sabar terhadap ketentuan Allah, bersyukur terhadap nikmatnya,redha kepada qadha' dan qadar, bertawakkal kepadanya dan takut terhadap azab Allah juga termasuk dalam skop ibadah.

KESAN-KESAN IBADAH/PERANAN

1. Pembentukan Individu Islam - mendekatkan diri kepada Allah - bebas daripada sebarang perhambaan kepada selain Allah - membentuk akhlak dan jiwa - tidak mudah berputus asa - mencegah melakukan kemungkaran - sanggup berkorban demi kerana agama

KESAN-KESAN IBADAH/PERANAN

2. Pembentukan

Keluarga Islam

- bahagia dan harmoni.

- saling bertolongan dalam perkara yang baik dan mencegah kemungkaran. - dapat mendidik dan melahirkan anakanak yang soleh dan solehah.

KESAN-KESAN IBADAH/PERANAN

3. Pembentukan Masyarakat Islam


- melahirkan kesatuan matlamat individu dan masyarakat. - asas perpaduan umat Islam seluruh dunia. - melahirkan masyarakat yang hidup berlandaskan undang-undang Islam. - melahirkan masyarakat yang akan saling berkasih sayang. - melahirkan masyarakat yang akan hidup aman dan bersatu padu.

KESAN-KESAN IBADAH/PERANAN

4. Pembentukan Negara Islam


- Melahirkan

negara bertamadun yang berteraskan Islam - Membentuk negara yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah swt.

SYARAT-SYARAT IBADAH

Syarat-syarat Ibadah Umum:


- Beragama Islam. - Niat yang baik, bersih dan ikhlas. - Tidak becanggah dengan hukum syarak. - Mengikut peraturan yang ditentukan.

- Ibadah Khusus tidak diabaikan.

SYARAT-SYARAT IBADAH

Syarat-syarat Ibadah Khusus:


Ibadah

khusus hanya akan diterima sekiranya ibadah tersebut mengandungi dua perkara iaitu :
a) Niat yang ikhlas kerana Allah swt. b) Melakukannya dalam bentuk yang ditentukan untuk ibadah tersebut.

UNDANG2 JENAYAH DALAM ISLAM

DEFINISI JENAYAH PADA BAHASA ,AHLI

FEKAH DAN SYARIAT


BAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM

KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD
HUKUMAN BAGI KESALAHAN HUDUD QISAS DAN DIYAT TAKZIR

DEFINISI JENAYAH PADA BAHASA ,AHLI FEKAH DAN SYARIAT


ialah dosa. Dalam bahasa arab pula disebut dengan perkataan Al Jinayah atau Al Jarimah. Perkataan Al Jinayah ditakrifkan sebagai bentuk tindakan yang dilarang dan merosakkan, samada tindakan itu ke atas badan, harta dan sebagainya.

Pada Bahasa:

DEFINISI JENAYAH PADA BAHASA ,AHLI FEKAH DAN SYARIAT


ialah larangan-larangan syarak yang dilarang melakukannya dan pelakunya dikenakan hukuman hudud atau tazir. ialah merupakan larangan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t dan jika larangan ini diingkari, hukuman akan dikenakan.

Di sisi Ahli Fekah:

Pada Syariat:

i.

BAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM Tiga bahagian : Hudud iaitu hukuman yang ditentukan oleh syarak. yang berkaitan dengan hak Allah yang telah ditetapkan dengan jelas dalam Al Quran dan As-Sunnah. Ia tidak mempunyai kadar maksima atau minima, dan ia juga tidak menerima pengampunan daripada individu atau juga daripada mana-mana kumpulan.

BAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM

ii. Qisas dan Diyat ialah hukuman yang berkaitan dengan hak individu atauwalinya. Umapamanya setelah hakim mendapati seseorang itu bersalah kerana membunuh, wali mereka boleh memilih samada untuk meneruskan hukuman qisas atau mengantikanya dengan diyat atau memaafkannya.

BAHAGIAN JENAYAH DALAM ISLAM

iii. Tazir iaiatu jenayah yang ditinggalkan oleh pemerintah untuk menentukan hukuman berdasarkan prinsip menolak kefasadan dan menghalang kejahatan daripada manusia sesuai dengan suasana, penjenayah, kesalahan dan faktor lain. Ia merupakan hukuman selain dari hudud dan qisas.

KESALAHAN-KESALAHAN HUDUD

1. Zina 2. Qazaf (menuduh seseorang melakukan zina dengan membuat tuduhan palsu tanpa saksi) 3. Mencuri 4. Hirabah ( rompakan ) 5. Shurb Al Khamr iaitu meminum arak 6. Murtad iaitu keluar dari Islam.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN HUDUD


ZINA:

i. Zina Muhsan : Penzina lelaki atau perempuan yang telah berkahwin secara sah dan telah menikmati persetubuhan dalam perkahwinan, hukumannya adalah rejam dengan batu sederhana besar sehingga mati. Hukuman yang dilakukan secara terbuka dan disaksikan oleh orang-orang Islam. ii. Zina Ghairu Muhsan : Penzina lelaki dan perempuan yang belum berkahwin,hukumnya hendaklah disebat seratus kali sebatan dan dibuang negeri selama setahun.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN HUDUD


QAZAF: disebat sebanyak lapan puluh kali dan tidak boleh menjadi saksi lagi. MENCURI: Potong tangan kanan iaitu dibahagian pergelangan tangan pada sendi yang menyambungkan tapak tangan dengan lengan. Bagi kesalahan kedua, dikenakan hukuman potong kaki kiri di pergelangan buku lali iaitu di bahagian tengah kaki, manakala tumit kaki masih boleh digunakan untuk berdiri atau berjalan.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN HUDUD


HIRABAH: Dihukum bunuh dan selepas itu disalibkan jika mangsa jenayah itu dibunuh dan hartanya atau harta orang lain diambil Dihukum bunuh sahaja jika mangsa jenayah itu dibunuh dengan tiada sebarang harta diambil Dihukum potong tangan kanan dan kaki kiri jika harta diambil tanpa menyebabkan kematian atau kecederaan mangsa Hukuman buang negeri bagi pesalah yang hanya menggangu lalulintas sahaja.

HUKUMAN BAGI KESALAHAN HUDUD


MINUM ARAK:

samada dia mabuk ataupun tidak, wajib ke atasnya dikenakan hukuman sebat tidak lebih daripada 80 kali sebatan dan tidak kurang daripada 40 kali sebatan.

MURTAD:

Hukuman bagi jenayah murtad adalah diberi tempoh selama 3 hari untuk bertaubat dan seterusnya dijatuhkan hukuman bunuh.

QISAS DAN DIYAT


Qisas bermaksud pembalasan yang serupa atas kejahatan yang dilakukan oleh penjenayah. Contohnya bagi kesalahan bunuh dibalas dengan hukuman mati, bagi kesalahan membutakan mata dibalas dengan hukuman membutakan mata dan seumpamanya. Diyat ialah hukuman gantirugi atau denda yang dikenakan sebagai gantirugi ke atas anggota badan yang dipotong atau dilakukuan oleh oleh penjenayah.

Jenayah membunuh :
Pembunuhan sengaja

Sekiranya sabit kesalahan maka hukumnya adalah qisas.(DIBALAS


BUNUH)

Tetapi jika mendapat kemaafan daripada wali mangsa dan tidak menghendaki qisas itu dilaksanakan, maka ditukar dengan diyat berat yang telah ditetapkan oleh syarak.

Jenayah membunuh :
Pembunuhan serupa sengaja Pembunuhan tidak sengaja
Kesalahan di atas dikenakan hukum diyat iaitu harta

yang wajib dibayar dan diberikan oleh penjenayah kepada wali atau waris mangsanya sebagai gantirugi disebabkan jenayah yang dilakukan oleh penjenayah ke atas mangsanya.

TAKZIR

Hukuman ta`zir adalah dera ke atas penjenayah-penjenayah yang telah sabit kesalahannya dalam mahkamah dan hukumannya tidak dikenakan hukuman hudud atau qisas kerana kesalahan yang dilakukan itu tidak termasuk di bawah kes yang membolehkannya dijatuhkan hukuman hudud atau qisas. Jenis, kadar dan bentuk hukuman ta`zir itu adalah terserah kepada kearifan hakim

AKHLAK DALAM ISLAM

PENGERTIAN AKHLAK PADA BAHASA DAN

PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI


BAHAGIAN AKHLAK DALAM ISLAM

AKHLAK MULIA AL-GHAZALI 4 PERKARA


SKOP AKHLAK-ALLAH,RASUL,QURAN,ORG. ISLAM.ORG KAFIR DAN MAKHLUK

JALAN/CARA PEMBENTUKAKAN AKHLAK

PENGERTIAN AKHLAK PADA BAHASA DAN PANDANGAN IMAM AL-GHAZALI

Akhlak Pada bahasa:

moral, tabiat, perangai, budi, adab, sifat semulajadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang. Pandangan Imam Al-Ghazali: sesuatu yang mengambarkan tentang perilaku seseorang yg. terdapat dalam jiwa yg. baik, yg. darinya keluar perbuatan secara mudah, tanpa disengajakan dan tanpa terfikir sebelumnya.

BAHAGIAN AKHLAK DALAM ISLAM

Akhlak Mahmudah-Terpuji Akhlak Mazmumah-Tercela Sifat Mahmudah; sabar, syukur, khauf (takutkan kemurkaan Allah), roja (mengharapkan keredhaan Allah), benar, jujur, pemaaf, pemalu, tawadhu (merendahkan diri sesama Islam) dan bertawakkal (meletakkan pergantungan kepada Allah).

Sifat Mazmumah; tergesa-gesa, riya, hasad, takabbur, ujub, bakhil, tamak, pemarah, buruk sangka, sumah (melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mendapatkan kemasyhuran)

AKHLAK MULIA AL-GHAZALI 4 PERKARA

Menurut Imam Ghazali, akhlak yang mulia mempunyai empat perkara iaitu: Bijaksana Memelihara diri dari sesuatu yang tidak baik Keberanian (menundukkan hawa nafsu) Bersifat adil

SKOP AKHLAK-ALLAH,RASUL,QURAN,ORG. ISLAM.ORG KAFIR DAN MAKHLUK

i.

Akhlak kepada Allah SWT dengan cara menunaikan segala perintah-Nya dengan meletakan keutamaan-Nya dari perkara yang lain, mencintai-Nya, mensyukuri nikmat-Nya, malu kepada-Nya untuk berbuat maksiat, selalu bertaubat, bertawakkal, takut akan azab-Nya dan senantiasa berharap akan rahmat-Nya.

ii. Akhlak kepada Rasulullah SAW

dengan cara menyakini, mencintai dan menghidupkan sunnah-sunnah, menerima seluruh ajaran dan menyambung usaha Rasulullah SAW. iii. Akhlak kepada Al Qur`an dengan cara menghormati al-quran sebagai kalam Allah SWT dan mukjizat Nabi SAW dengan mempelajari, membaca atau menghafal dan memahami kehendak ayat-ayat al-quran serta mengamalkannya dalam kehidupan.

iv. Akhlak kepada orang Islam

dengan mentaati ketua, memuliakan orang alim, menghormati orang lebih tua, mengasihi orang lebih muda, bersikap baik dengan jiran tetangga dan sesama mukmin sesuai dengan tuntutan Islam.

v. Akhlak kepada orang kafir dengan menyemai rasa simpati kepada mereka kerana golongan kafir ini juga umat Nabi SAW tetapi benci kepada kekafiran mereka dengan tetap berbuat adil kepada mereka dan berbuat baik kepada mereka secara manusiawi selama hal itu tidak bertentangan dengan syariat Islam dan mempamerkan akhlak yang baik kepada mereka supaya tertarik dengan Islam.

vi. Akhlak kepada makhluk lain termasuk menyayangi binatang yang tidak mengganggu, menjaga tanaman dan tumbuh-tumbuhan dan menghargai makhlukmakhluk ciptaan Allah SWT yang lain.

JALAN/CARA PEMBENTUKAKAN AKHLAK

a. Ilmu pengetahuan Setiap mukmin perlu mempelajari apakah akhlak yang terpuji (akhlak mahmudah) dan apakah akhlak yang dikeji (akhlak mazmumah). al-Quran telah menggariskan akhlak yang utama yang mesti dihayati oleh setiap orang mukmin. Sunnah Rasulullah S.A.W. pula telah memperincikan serta telah menterjemahkannya ke dalam kehidupan sebenar.

JALAN/CARA PEMBENTUKAKAN AKHLAK

b. Menyedari kepentingan akhlak yang diamalkan Akhlak adalah cermin bagi individu Muslim itu sendiri, malah daya tarikan Islam juga bergantung kepada akhlak yang mulia.

c. Keazaman yang tinggi Melalui keazaman yang kuat sahaja jiwa dapat diperkukuhkan untuk benar-benar menghayati sifat yang mulia.

JALAN/CARA PEMBENTUKAKAN AKHLAK

d. Ibadah yang kuat dan ikhlas Ketekunan dan keikhlasan melakukan ibadah mampu menangkis serangan mazmumah terutamanya bisikan hawa nafsu. e. Bergaul dengan orang yang baik akhlak Ini adalah kerana manusia cepat meniru orang lain. Dalam masa yang sama menjauhi orangorang yang melakukan maksiat dalam erti kata uzlah syuuriyah (pengasingan jiwa) yang mana kita tetap meneruskan usaha untuk membawa mereka kembali ke jalan yang benar.

JALAN/CARA PEMBENTUKAKAN AKHLAK

f. Membiasakan diri dengan kebaikan Menggantikan akhlak mazmumah dengan akhlak mahmudah serta senantiasa membiasakan diri dengannya agar ia tetap kekal di dalam jiwa.

g. Sentiasa berlapang dada untuk menerima nasihat seseorang itu tidak menyedari kekurangan dan kelemahan yg. ada pada diri sendiri. Oleh itu ia perlu berlapang dada dan menerima nasihat2 yg. bertujuan untuk membaiki dirinya.

DAKWAH DALAM ISLAM

PENGERTIAN DAKWAH

PANDANGAN IBN TAIMIYAH


RUKUN-RUKUN DAKWAH

KEDUDUKAN/KEPENTINGAN DAKWAH
DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM

FAKTOR DAKWAH DITINGGALKAN

PENGERTIAN DAKWAH

panggilan, seruan atau ajakan. Maksud ajakan di sini ialah menyeru manusia mengakui kebesaran Allah Yang Maha Kuasa serta perlunya manusia hidup berlandaskan peraturan yang ditetapkan berteraskan alQuran dan as- Sunnah. Perkara itu adalah inti pati dakwah bagi membina manusia yang bertakwa kepada Allah dalam erti kata yang sebenar dan seluas-luasnya.

PANDANGAN IBN TAIMIYAH

Ibnu Taimiyah telah menerangkan definisi dakwah dengan katanya: Dakwah kepada Allah ialah menyeru

manusia agar beriman dengan Allah serta beriman dengan apa yang telah dibawa oleh para RasulNya, membenarkan apa yang telah diberitakan oleh mereka dan taat kepada perintah mereka.

RUKUN-RUKUN DAKWAH

Dr.Abd Karim Zaidan ada menyebut bahawa rukun dakwah itu terdiri dari: Dai - pendakwah Mad'uu - atau sasaran dakwah,penerima dakwah Maudhu - apa yang didakwahkan Uslubud Dakwah - teknik atau cara berdakwah Wasilah- media yang digunakan dalam berdakwah

KEDUDUKAN/KEPENTINGAN DAKWAH

Dengan dakwah, dapat disampaikan serta dijelaskan mengenai ajaran Islam kepada masyarakat dan umat sehingga umat ini dapat mengetahui perkara yang haq atau perkara yang batil.

DAKWAH KEPADA BUKAN ISLAM

Lipatan sejarah telah membuktikan,


dakwah yang paling berkesan kepada golongan bukan Islam ialah dengan menunjukkan dan melayani mereka dengan akhlak yang baik. Bilal R.hu perempuan Yahudi dan ramai yang lain lagi tertarik dengan Islam hanyalah melalui akhlak Nabi SAW. Ketulusan budi pekerti Nabi SAW telah melembutkan hati orangorang musyrikin dan telah menjadi asbab mereka mendapat hidayat.

FAKTOR DAKWAH DITINGGALKAN

a)

Kita telah mengkhususkan kerja dakwah ini hanyalah untuk ulama sahaja. Kita merasakan tidak perlu dijalankan kerja dakwah kerana kesesatan orang lain tidak akan memudharatkan kita.

b)

c)

Kita tidak megamalkan amalan dakwah dan merasakan kita bukan ahli dalam bidang ini, itu tidak layak untuk menjalankan kerja ini.

FAKTOR DAKWAH DITINGGALKAN

d)

Mempunyai tanggapan yang silap dengan adanya institusi agama seperti madrasah, masjid dan sebagainya yang dikendali oleh pihak-pihak yang tertentu, bermakna kewajipan kerja dakwah telah ditunaikan. Tidak mempunyai keyakinan pada kerja dakwah sebagai wasilah untuk memperbaiki umat.

e)

FAKTOR DAKWAH DITINGGALKAN

f)

Mendapat tindak balas negatif daripada keluarga atau masyarakat dan tidak mempunyai ketahanan untuk menghadapi kesusahan dalam meneruskan usaha Tidak tahu maksud hidup dan maksud sebagai umat kepada Khatamman Nabiyyin.

g)

Pentadbiran Secara Am

Pentadbiran ialah satu kegiatan terpimpin yang dijalankan oleh satu kumpulan manusia yang bersifat istimewa dan tertentu.

Pentadbiran Dari Sudut Islam

Pemikiran pentadbiran Islam telah mula terbentuk semenjak Allah S.W.T. menurunkan wahyuNya kepada Nabi muhammad s.a.w. serta memerintahkannya supaya disampaikan kepada seluruh manusia. Firman Allah S.W.T. Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya) maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya. (Al Maidah:67) Pentadbiran Islam berasaskan nas Al Quran dan Sunnah Rasulullah.

Pentadbiran Dari Sudut Pemikiran Barat

Stanley Vance (1959) Pentadbiran ialah proses pengambilan keputusan serta pengawasan terhadap kerja-kerja usaha manusia dengan tujuan bagi mencapai matlamat yang telah ditentukan. Frost (Teach Yourself management) Pentadbiran ialah satu seni yang memimpin kegiatan kemanusiaan.

Konsep Pendidikan, Kepimpinan dan Pengurusan menurut Ibni Khaldun (732 808H)

Ibni Khaldun ialah Abu Zaid Wali Addin Abdul Rahman.

Lahir di Tunisia pada tahun 1332 M (732H)


Ia merupakan seorang ahli falsafah, tasawwuf dan pendidik

Pendapat beliau mengenai pendidikan: - Pendidikan bertujuan menyedia dan menjadikan manusia supaya boleh memimpin kepada kehidupan yang baik dan gembira. - Pendidikan kepada manusia adalah suatu perkara penting dan yang bersifat semulajadi untuk mengetahui sesuatu yang tidak mudah difahami dan disedari, tetapi tercapainya ilmu atau kebenaran adalah tidak lari daripada pengajaran dan didikan.

Pendapat beliau mengenai pentadbiran: - Pentadbiran sebagai satu kegiatan kemasyarakatan bagi menguruskan usaha-usaha kemanusiaan, berkumpulan serta bermatlamat (sesuatu yang sama). - Teorinya: kerja sebagai sumber penghargaan

- Seseorang patut mengkaji proses kemajuan dalam sesuatu organisasi, dengan itu ia boleh menjangka apa yang akan berlaku ke atas pemprosesan itu pada masa hadapan .
- Pekerjaan adalah sumber asas nilai serta kekayaan dan pertanian, perkilangan dan perniagaan sahaja yang merupakan pekerjaan-pekerjaan pengeluaran yang mempunyai nilai,

Konsep Pendidikan, Kepimpinan dan Pengurusan menurut Al Ghazali ( 450H 555H )

Pendapat beliau mengenai pendidikan: - Beliau berkata bahawa fadzilat merupakan kesederhanaan dan pertengahan di antara keempat-empat sudut jiwa: 1. Kekuatan kemarahan: kesederhanaannya ialah keberanian. 2. Kekuatan syahwat kesederhanaannya ialah sifat suci (menjauhkan diri dari perkara-perkara haram) 3. Kekuatan hikmat dan jika ia melampau membawa mudarat 4. Kekuatan keadilan dan jika ia melampau juga membawa mudarat

Pendapat beliau mengenai pentadbiran: - Usul-usul keadilan dan keinsafan: 1. Pentadbir perlu mengetahui pentingnya tugas sebagai pentadbir serta tanggungjawabnya bagi dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. 2. Pentadbir patut selalu berbincang serta mendengar nasihat dan tunjuk ajar dari ulama-ulama yang berwibawa dan ikhlas 3. Pentadbir dikehendaki jangan melakukan kezaliman, bahkan menjaga dan mengawas pegawai bawahannya serta menegah mereka melakukan kezaliman terhadap rakyat 4. Menjauhkan diri dari perasaan marah serta sombong 5. Sanggup menimbang suasana dan keadaan orang lain

6. Cepat melaksanakan kehendak rakyat 7. Jauhkan serta jangan tenggelam dalam syahwat yang boleh melekakan dari menunaikan tanggungjawab 8. menggunakan cara yang lembut dalam melayani rakyat 9. Berusaha mencari keredhaan rakyat jika tidak bertentangan dengan hukum syarak 10. Jangan mencari keredhaan sesiapa dalam hal yang berlawanan dengan syarak

Kelahiran Pemikiran Islam


Pemikiran Islam ialah usaha-usaha akliah ulama Islam bagi menjelaskan agama Islam menurut sumber aslnya Al Quran dan Sunnah. Semasa hayat Rasulullah dan pemerintahan Khulafa Rasyidin, kelahiran pemikiran Islam tidak ada lagi kerana mengamalkan pengajaran Al Quran dan Sunnah. Pemikiran Islam bermula pada akhir kurun pertama hijrah dengan terbuka luasnya negara Islam dan telah merangkumi kawasan-kawasan yang mempunyai tamadun bersejarah dan penuh dengan gerakan pemikiran dan kepercayaan yang pelbagai.

Ulama Islam telah bergiat cergas menggunkan fikiran mereka bagi menjelaskan nilai-nilai Islam yang tepat dan jelas dalam ajaran-ajaran Al Quran dan Hadis bagi menjamin pemikiran dan tingkahlaku dalam lingkungan kedua-dua sumber itu. Ajaran-ajaran dan panduan yang berasaskan Al Quran dan Hadis dinamakan zikr ( peringatan ). Firman Allah S.W.T.


Al Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh penduduk alam. ( Al Takwir:27)

Sejarah Pemikiran Pengurusan dan Pentadbiran di Negara-negara Islam


1.

Pemerintahan Abu Bakar r.a. - Semenanjung Arab dibahagikan kepada beberapa wilayah: 1. Al Hijaz Mekah, madinah dan Thaif 2. Al Yamen Sanaa, Hadramaut, Hulan, Zubaid, Rama, Al Jund, Najeran, Geresh 3. Al Bahrain - Setiap wilayah mempunyai pemerintah (amir) khas yang berkuasa dalam dua bidang iaitu perlaksanaan dan kehakiman.

Pengurusan pusat diterajui oleh khalifah yang melaksanakan keadilan di antara rakyat, menjamin keamanan dan ketahanan, melantik amil-amil dan membahagikan kerja antara sahabat serta bermesyuarat dengan mereka. Umar dilantik memegang tampuk kehakiman tetapi tiada siapa yang datang mengadu kerana setiap orang mengetahui hak-hak dan kewajipan masingmasing disebabkan bertakwa kepada Allah.

2. Pemerintahan Umar r.a.


- Memisahkan antara kuasa kehakiman dan kuasa perlaksanaan.

- Melantik kadi-kadi bagi menyelesaikan kes-kes orang ramai.


- Mengasaskan usul-usul dan prinsip-prinsip sistem kehakiman.

- Bagi memelihara rakyat dari kezaliman dari pegawai perkhidmatan awam, beliau membentuk pemikiran penjagaan ( pemeriksaan dan pemerhataian ) ke atas pentadbiran dan beliau sendiri menerajuinya.

- Sisitem ini berubah menjadi satu Dewan Khas mempunyai seorang yang bertanggungjawab dinamakan sahibul Mazalim pada zaman pemerinatahan Abasi. - Organisasi pentadbiran dibahagikan kepada 3 iaitu: 1. Dewan askar-askar ( tentera ) 2. Dewan Al Kharaj ( kewangan ) 3. Dewan Perutusan ( Insya ) - Beliau memisahkan pengumpulan harta dari sistem kehakiman.Pegawai kewangan menjalankan tugas perbelanjaan kepada tentera dan perbelanjaan yang diperintah oleh khalifah. Kemudian mengirimkan baki kewangan kepada Baitul Mal.

3. Pemerintahan Uthman Ibni Affan r.a. - Mengekalkan keadaan semasa pemerintahan Umar r.a. - Mengumpul seluruh umat Islam dengan satu mushaf iaitu Mushaf Al Uthmani. 4. Pentadbiran Ali Ibni Abi Talib r.a. - Mengekalkan keadaan semasa pemerintahan Umar r.a. juga kerana beranggapan Umar amat mengetahui keadaan. - Mengembalikan cara Abu Bakar r.a. dalam pemberian dari baitul Mal iaitu memberikan sahabat sama rata sahaja.

5. Pentadbiran Zaman Umawi


- Pentadbiran bertambah perlahan disebabkan pergolakan politik dan perebutan kuasa telah menghapuskan prinsip syura dan pemilihan. - Pemberontakan terhadap pemerintahan Umawi telah dilakukan oleh puak Khawarij.

- Perluasan organisasi iaitu : 1. Dewan Tentera 2. Dewan Kewangan 3. Dewan Surat menyurat 4. Dewan Al Khatim 5. Dewan Pos

Islam menggalakkan Pemikiran Ilmiah dan Dinamik.

Islam telah mengarahkan manusia berfikir dan meneliti segala kejadian sekeliling dari langit, bumi, air dan pada diri sendiri hinggalah kepada penghidupan yang lain. Firman Aallah S.W.T.

.
Dan Dialah yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung ganang ( berdiri kukuh ) serta sungai-sungai ( yang mengalir ). Dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan. Ia juga melindung siang dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semua itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang ( mahu ) berfikir. ( Ar Raad:3)

Al Quran mengajak manusia menggunakan akal bagi memikirkan kekuasaan Allah dan juga bagi mengelakkan dari terjerumus ke dalam keburukan di samping memberi petunjuk ke jalan kebenaran dan kebaikan.
Firman Allah S.W.T.

.
Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang menentukan pertukaran malam dan siang. Maka tidakkah kamu berfikir ( menggunkan akal ). ( Al Mukminun:80 )

Allah menggalakkan hambaNya menuntut ilmu. Firaman Allah S.W.T.


dan berdoalah dengan berkata: Wahai Tuhanku tambahkanlah ilmuku. ( Thaha:114 )

Sifat-sifat Syumul Ajaran Islam

Al Quran telah merangkumi tunjuk ajar umum secara syumul tanpa menjelaskan cara-cara perlaksanaan yang terperinci. Oleh itu Allah telah memerintahkan manusia supaya merujuk kepada ahliahli ilmu dan pengkhususan. Firman Allah S.W.T.


Oleh itu, bertanyalah kamu kepada orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui. ( An Nahl:43 )

Sumber-sumber Pemikiran Islam

Sumber pemikiran Islam ialah: 1. Al Quran - Kalamullah yang telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dengan bahasa Arab . - Bermula dengan Al Fatihah dan diakhiri dengan surah An Nas. - Merangkumi 114 surah dalam 30 juzuk. 2. Hadis Rasulullah s.a.w. - Segala apa yang dilakukan atau diakui dan disetujui oleh Nabi Muhammad s.a.w. - Rasulullah melarang menulis Hadis. - Apabila negara Islam telah meluas, Khalifah Umar Abdul Aziz telah mengarahkan hadis-hadis dicatat dan dikumpulkan.

3. Ijmak - Setelah Rasulullah wafat, para ulama telah berijtihad. - Telah muncul mazhab iaitu mazhab Hanafi, mazhab Maliki, mazhab Hanbali dan mazhab Syafii.
4. Qias - Mengukur sesuatu yang tidak mempunyai nas dengan sesuatu yang mempunyai nas. - Dalam hukum syarak, ia berkongsi dalam asal sebabnya.

Pengurusan Pentadbiran Organisasi dan Tabiat Bentuknya

Organisasi rasmi : - Terdapat bentuk penyusunan bagi organisasi, berasaskan kerja, tugastugas dan peringkat hierakinya. Organisasi tidak rasmi: - Pembentukan kemasyarakatan yang berasaskan unsur kemanusiaan ( para pekerja ) iaitu interaksi sosial di antara mereka dan perhubungan yang rapat menurut apa yang terlihat dari hakikat organisasi itu.

Pemikiran Islam dalam Pembentukan Organisasi

Pembentukan semulajadi sesuatu kumpulan berasaskan sistem hieraki yang boleh menentukan kesatuan kepimpinan dan bimbingan.Firman Allah S.W.T.


Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana ia hendak menguji kamu pada apa bahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya. ( Al Anam:165 )

Asas hieraki dalam organisasi ialah tingkat-tingkat kerja.Firman Allah S.W.T.


Dan bagi tiap-tiap seseorang ( dari manusia atau jin ) beberapa darjat ( tingkatan balasan ) disebabkan ( amal baik atau jahat ) yang mereka telah kerjakan dan ( ingatlah ) Tuhanmu tiada lalai dari apa yang mereka lakukan. ( Al Anam:132 )

Islam memandang kerja sebagai sumber pendapatan individu, maka pembayaran serta gaji akan berbeza mengikut kerja. Firman Allah S.W.T.


Dan Allah telah melebihkan sebahagian dari kamu atas sebahagian yang lain pada rezeki yang dikurniakanNya. ( An Nahl:71 )

Kerja berasaskan ilmu. Oleh itu wajib membuka peluang menuntut ilmu kepada seluruh manusia. Firman Allah S.W.T.


Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama ( dari kalangan kamu ) beberapa darjat. Dan ( ingatlah ) Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan. ( Al Mujadalah:11)

Orang-orang yang berkuasa ( Uli Al Amri ) wajib ditaati selepas ketaatan kepada Allah dan rasulNya. Firman Allah S.W.T.


Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ulil amri ( orang-orang yang berkuasa ) dari kalangan kamu. ( An Nisa:59 )

Kuasa berhubung rapat dengan tanggungjawab, Setiap individu bertanggungjawab ke atas apa yang ia sendiri lakukan. Firman Allah S.W.T.


Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada ( balasan buruk bagi amal jahat ) yang dikerjakannya. ( Al Muddatsir:38 )

Islam menggalakkan hubungan persaudaraan di antara anggota sesuatu kumpulan bagi meningkatkan perasaan kesatuan. Firman Allah S.W.T.


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikan antara dua saudara kamu ( yang bertelagah )itu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. ( Al Hujurat:10 )

Islam boleh mencapai hubungan pemikiran yang amat rapat dengan mengamalkan sistem syura di antara ketua dan pekerja-pekerja. Firman Allah S.W.T.


Dan bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan soal-soal keduniaan ) itu. ( Al Imran:159 )

Pemikiran Islam menegaskan pemeliharaan dan penjagaan peribadi yang berasaskan cara bertukar-tukar nasihat, menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran. Firman Allah S.W.T.


Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan. ( Al Taubah:71 )

Pengurusan Rasulullah s.a.w.

Apabila Islam tersebar luas, Rasulullah telah melantik amil-amil untuk mengajar orang-orang Arab. Rasulullah memilih amil-amil di kalangan orang yang soleh serta yang awal memeluk Islam. Rasulullah juga mengamalkan sistem syura. Majlis syura terdiri daripada kaum muhajirin dan kaum ansar. Baitul Mal tidak wujud di zaman Rasulullah kerana Rasulullah sendiri membahagikan harta rampasan perang.

Pengurusan Personal dalam Islam

Ialah satu kumpulan kaedah-kaedah dan cara-cara tertentu bagi menyusun dan melayan para pekerja untuk mencapai keupayaan maksimum dalam menjalankan tugas individu dan kumpulan bagi mencapai matlamat kerja secara umum. Memilih orang yang lebih layak daripada yang layak perlu diamalkan supaya jentera kerajaan dijalankan oleh mereka yang dipercayai, berkeupayaan dan bersifat amanah.

Pengurusan jawatan dan Pegawai dalam Islam

Islam menganggap jawatan sebagai tanggungjawab yang tidak boleh diminta atau dipohon tetapi dilaksanakan mengikut pemilihan kepada orang yang paling layak bukan disebabkan keturunan atau keadaan tertentu. Pegawai yang dilantik adalah yang beriman dan bertakwa kerana ia amat memahami dan mengetahui ajaran Islam.

Konsepsi Ilmiah kepimpinan, Pengertian dan Teori-teorinya

Kepimpinan boleh dianggap sebagai satu proses memberi kesan ke atas orang supaya mereka berusaha dan berjuang dengan kehendak yang mendalam dan jujur bagi mencapai matlamat kumpulan. Beberapa teori kepimpinan: 1. Teori pemimpin agung ( pemimpin khayalan ): mengandaikan bahawa perubahan-perubahan dalam kehidupan bermasyarakat boleh tercapai menerusi individu yang mempunyai sifat dan keupayaan luar biasa.

2. Teori sifat-sifat: memberi perhatian kepada sifat-sifat pemimpin samada sifat-sifat jasmani atau pemikiran.
3. Teori keadaan: berasaskan keadaan sekeliling iaitu suasana masyarakat yang amat mendesak sehingga ia boleh memajukan kemahiran dan keupayaannya dalam mencapai cita-cita.

Kepimpinan dalam Ajaran Islam dan Ciri-ciri yang menentukan Tugas-tugas kepimpinan

Kepimpinan telah difardhukan olaeh agama Islam bagi menjamin kewujudan dan kesatuan sesuatu kumpulan dan bagi meneruskan usahanya untuk mencapai matlamat dalam memuaskan kehendak-kehendak kumpulan serta individu. Ciri-ciri kepimpinan: 1. Kemahiran politik / pemikiran 2. Kemahiran kemanusiaan. 3. Kemahiran profesionalisme

Pemimpin-pemimpin Pemikiran Islam

Al Mawardi - Abu Al Hassan Ali Ibni Muhammad Ibni Habib Al Basri - Dilahirkan di Basrah tahun 957M / 364H - Membesar di Baghdad - Ulama terkemuka dari mazhab Syafie dan memegang tampuk kehakiman di beberapa buah negeri. - Menulis kitab mengenai pentadbiran antaranya Al Ahkam As Sultaniah, Qanun Al Wizarah dan Siasat Al Mulk - Meninggal di Baghdad pada tahun 1058 M / 450H

Al Mawardi telah menentukan sifat-sifat yang perlu ada pada seseorang pemimpin: 1. Keadilan 2. Ilmu yang boleh membawa ijtihad dalam perimbangan dan hukum-hukum 3. Selamat pancaindera 4. Selamat anggota dari apa-apa kekurangan 5. Berupaya memberi pendapat bagi menguruskan hal-hal rakyat 6. Keberanian dan sifat cepat menolong serta mempertahankan sesiapa yang memerlukan disamping berjihad menghadapi musuh 7. Keturunan mesti dari Quraish kerana terdapat nas

Ibni Taimiah - Ahmad Ibni Abdul Halim Ibni Taimiah. - Dilahirkan di Bahran Asyam tahun 661H. - Meninggal di penjara Damsyik pada tahun 728H. - Berpegang dengan prinsip tingkahlaku manusia dalam mencapai kemajuan pentadbiran. - Ciri-ciri pemimpin yang dilantik: 1. melantik orang yang paling layak dan meletakkan orang yang paling sesuai di jawatan yang sesuai. 2. Dua unsur kepimpinan iaitu kekuatan dan amanah. 3. Memilih yang lebih sempurna dan lebih layak. 4. Mengenali siapa yang lebih layak dan dengan mengetahui tujuan sesuatu jawatan.

Bagaimana memilih Pemimpin dan Menyediakannya

Sifat-sifat pemimpin yang berjaya ( B.Stogdill (1948) ) : 1. Kesanggupan untuk memikul tanggungjawab. 2. Memberi perhatian untuk mengadakan barisan pelapis. 3. Mempunyai sifat amanah dan boleh dipercayai. 4. Berupaya membuat keputusan tepat. 5. Mempunyai kemahiran dalam pengurusan dan penyusunan.

Sifat kesempurnaan serta amanah. - Firman Allah S.W.T.


Dan tatkala Musa sampai ke peringkat umurnya yang cukup kekuatannya dan sempurna, kami beri kepadanya kebijaksanaan dan ilmu pengetahuan, dan demikian kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. ( Al Qasas:14 )

Tanggungjawab. - Firman Allah S.W.T.

)93( (29)
Demi Tuhanmu, kami akan menyoal mereka semuanya mengenai apa yang mereka telah lakukan. ( Al Hijr:92-93)

Keadilan mutlak di antara manusia. - Firman Allah S.W.T.


dan apabila kamu menghukum di antara manusia supaya kamu menghukum dengan asil. ( An Nisa:58)

Menjamin kebebasan dan kemuliaan kemanusiaan bagi seluruh rakyat. - Firman Allah S.W.T.


Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam, dan kami telah beri mereka menggunkan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik dan kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan. ( Al Isra:70 )

Seluruh manusia sama rata. - Firman Allah S.W.T.


Wahai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari pasangannya ( isterinya hawa ) dan juga membiakkan dari keduanya zuriat keturunan lelaki dan perempuan yang ramai. ( An Nisa:1)

Kemudahan bukan kesusahan. - Firman Allah S.W.T.


Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya dan Kami akan perintahkan padanya perintahperintah yang tidak akan memberati. ( Al Kahfi:88 )

Kepimpinan yang sempurna dan ciri-cirinya


o

Setiap pemimpin mempunyai tanggungjawab yang perlu dijalankan: 1. Bermusyawarah sebelum membuat keputusan. 2. Menjadi contoh teladan yang baik dari segi fikiran dan tingkahlaku. 3. Menjaga kepentingan dan maslahah kumpulannya. 4. Wajib memberi nasihat kepada yang dipimpin untuk mencapai matlamat kumpulan serta memberi latihan supaya mereka memainkan peranan yang berkesan. 5. Berupaya memuaskan hati orang-orang yang dipimpin secara baik dan berkesan.

Pemimpin patut ditaati dengan mengikut arahan serta larangannya. Sesiapa yang mentaati pemimpin maka ia wajib menerima jagaan yang sempurna.


Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. ( As Syara:215 )

Kesimpulan

Kepimpinan dalam Islam merupakan kepimpinan sempurna yang sederhana tidak terlepas tanpa panduan atau demokratik sepanjang masa. Menggambarkan unsul keadilan dan keinsafan secara asas menurut akidah yang mencerminkan panduan serta aturan tingkahlaku pentadbiran Islam yang sempurna. Kepimpinan pengurusan ialah kebolehan untuk mengatur memberi tunjuk ajar kepada pekerja bagi mencapai matlamat yang dikehendaki.

Pemikiran Islam berasaskan Al Quran dan Sunnah nabi Muhammad s.a.w.


Pemimpin tidak berbeza dari orang yang dipimpin kecuali dengan beban tanggungjawab. Kepimpinan Islam merupakan kepimpinan politik yang mempunyai kemahiran boleh berurus dengan segala kesan suasana sekeliling. Kepimpinan dalam Islam adalah kepimpinan yang beriman dengan matlamat dan berpegang teguh dengannya. Rasulullah merupakan contoh teladan yang mulia dalam bidang kepimpinan, politik, kemasyarakatan, pentadbiran dan ketenteraan.

Rujukan
Datin Sohair Abdel Moneim Sery. 1990. Konsep Pengurusan Pentadbiran Menurut Ajaran Islam : Satu kajian perbandingan dengan Penekanan Ke atas Konsepsi Kepimpinan Dalam Islam. Pustaka Antara, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai