Anda di halaman 1dari 21

Oleh: Muhammad Ridhwan

Defenisi
 Berasal daripada bahasa Sanskrit.
Dalam puisi Melayu, gurindam mempunyai bentuknya sendiri dan
berbeza dengan gurindam bahasa Sanskrit.
Raja Ali Haji meletakkan gurindam sebagai perkataan bersajak
akhir pasangannya, sempurna perkataanya.
Sutan Takdir Alisjahbana menganggap pembentukan gurindam
terjadi daripada sebuah kalimat majmuk, yang dibahagi menjadi
dua baris bersajak.
Za’ba menganggap gurindam tidak mempunyai sukatan yang
tetap.
Za’ba juga berpendapat; Bahasa gurindam padat dan bernas
dan isinya cenderung kepada riang dan sukacita sebagai
nyanyian, jenaka, senda gurau dan sindiran. Bahasa meleret dan
lanjut dan sindirinnya sangat tajam. Isinya juga mempunyai rasa
hiba, sedih, asyik-berahi, khayal dan lain-lain.
Harun Mat Piah mendefinisikan gurindam sebagai puisi lama
yang berbentuk terikat atau tidak.

Fungsi
Untuk pendidikan dan hiburan
Sebagai dokumentasi gambaran masyarakat Melayu lama

Sebagai media komunikasi antara ahli masyarakat


Kalau suka hisap rokok,
Kalau suka duduk di tembok,
Tentu akal susah tokok,

Kalau cakap tidak cermat,


Kalau kelakuan tidak hormat,
Tentu hidup tidak selamat.

Kalau makan terlalu lekit,


Kalau minum terlalu sikit,
Tentu penyakit mudah jangkit.
Jangan suka puji diri,
Masuk bakul angkat sendiri,
Nanti kawan habis lari.

Kalau fikiran selalu tidak betul,


Kalau cakap kurang taakul,
alamatlah berat bahu memikul.

Jika benihnya molek,


Jika tanahnya cantik,
Jika bajanya baik,
Tentu pokok cepat naik.
Jika hutang sudah melekat,
Resah risau selalau menyakat,
Langkah panjang menjadi singkat,
Kaki dan tangan akan terikat,
Perjalanan anda akan tersekat.

Pabila mata sudah kabur,


Pabila kulit sudah kendur,
Pabila uban sudah bertabur,
Pabila gigi sudah gugur,
Pabila telinga tak faham ditegur,
Pabila badan terlalu uzur,
Pabila selalu disuap bubur,
Itulah tanda akan ke kubur.
Rangkap 1
 Jika suka membuang masa, akal fikiran tidak akan berkembang.

Rangkap 2
 Jika pertuturan dan kelakuan tidak baik hidup tidak akan selamat.

Rangkap 3
Jika kita makan dan minum terlalu sedikit, tentu kita akan mudah mendapat
penyakit.

Rangkap 4
Sikap suka memuji diri akan membuatkan kawan menjaiuhi diri dari kita.
Rangkap 5
 Jika fikiran terlalu runsing dan kurang membuat pertimbangan, kita akan

mendapat beban.

Rangkap 6
 Jika benih, tanah dan bajanya baik, tanaman yang ditanam akan hidup subur.

Rangkap 7
Jika suka mengamalkan sikap suka berhutang, perasaan kita tidak akan
tenteram. Ke mana sahaja pergi tidak tenang dan berasa tidak selamat.

Rangkap 8
Mata yang kabur, kulit yang kendur, uban sudah banyak dikepala, gigi sudah
mula gugur dan telinga sudah mula tidak mendengar menunjukkan seseorang itu
sudah tua. Apabila badan seseorang itu sudah uzur dan selalu makan bubur, itu
adalah tanda seseorang itu akan meninggal dunia.
Nasihat dan sindiran ke arah kebaikan
1. Sikap membuang masa
 Sikap suka membuang masa seperti melepak akan
merugikan diri sendiri, fikiran tidak berkembang.

Kalau suka hisap rokok,


Kalau suka duduk di tembok,
Tentu akal susah tokok, ( R1 : B1-3 )
2. Keburukan memuji diri
 Sikap suka memuji diri adalah sikap negatif. Orang
yang suka memuji diri akan dijauhi oleh rakan-rakan.

Jangan suka puji diri,


Masuk bakul angkat sendiri,
Nanti kawan habis lari. ( R4 : B 1-3 )
3. Kesan buruh berhutang
 Seseorang yang suka berhutang akan menyebabkan
seseorang itu berasa tidak tenang.

Jika hutang sudah melekat,


Resah risau selalau menyakat, ( R7 : B 1-2
4. Tanda usia seseorang akan berakhir
 Keadaan fizikal seseorang seperti beruban, uzur,
pandangan yang kabur adalah tanda-tanda seseorang
itu akan berakhir usianya

Pabila badan terlalu uzur,


Pabila selalu disuap bubur,
Itulah tanda akan ke kubur. ( R8 : B 6-8 )
1. Memberi nasihat tentang pentingnya kita menghargai
masa.
2. Kita dinasihati agar cuba menjauhi diri daripada
amalan berhutang kerana ia akan menyusahkan kita
3. Kita mestilah menginsafi akan ketuaan diri kita dan
menyedari akan usia kita akan berakhir
4. Kita mesti menjaga tutur kata dan kelakuan agar
hidup kita selamat
Kemanusiaan
a) Merendah diri
 Pentingnya merendah diri dan tidak memuji diri sendiri
keran ia akan membawa padah

a) Berwaspada
 Berwaspada ketika menuturkan kata-kata. Mengeluarkan
kata-kata yang kasar boleh menyusahkan hidup
Rima
R1, R2, R3, R4, R5 = a - a - a
R6 =a-a-a-a
R7 =a-a-a-a-a
R8 =a-a-a-a-a-a-a-a
Jumlah rangkap
Mempunyai 8 rangkap

Jumlah baris dalam rangkap


R1,R2, R3, R4, R5 = 3 baris
R6 = 4 baris
R7 = 5 baris
R8 = 8 baris

Jumlah kata dalam baris


 Antara 3-5 perkataan

Jumlah suku kata dalam baris


Antara 7-12 suku kata
Pengulangan
 Kalau suka hisap rokok
Kalau duduk di tembok
(R 1 : B 1 – 2)
Pabila mata sudah kabur
Pabila kulit sudah kendur
Pabila uban sudah bertabur
( R8:B1–3)
Sinkof
Sinkof bermaksud kependekan kata seperti hendak, nak, tidak, tak
dan sebagainya.

Penggunaan perkataan “tak” dan juga “pabila”.

 Contoh;
Pabila telinga tak faham ditegur,
( R8 : B5 )
Asonansi
a)‘ u ’ = Kalau suka duduk di tembok (R1 : B2)
b)‘ u ’ = Pabila selalu disuap bubur (R8 : B7)

Aliterasi
a)‘ k ’ = Kalau suka duduk di tembok (R1 : B2)
b)‘ k ’ = Masuk bakul angkat sendiri (R4 : B2)

Peribahasa
 Masuk bakul angkat sendiri (R4 : B2)
Sinis
Menyindir sesetengah masyarakat yang mengamalkan sikap
negatif seperti suka melepak, suka memuji diri, tidak
menghormati orang dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai