Anda di halaman 1dari 15

PUISI TRADISIONAL

(SYAIR)
PENGENALAN KEPADA SYAIR:
SYAIR BURUNG NURI
PENGENALAN KEPADA SYAIR
• Merupakan satu puisi tradisional.
• Merupakan karangan berangkap dan setiap rangkap terdiri daripada 4 baris.
• Setiap baris merupakan maksud.
• Setiap rangkap syair tidak boleh berdiri sendiri kerana saling kait dengan
rangkap lain.
• Keseluruhan rangkap syair mengungkap sesuatu maksud.
• Mengandungi 4 patah kata, berjumlah 8-12 suku kata.
• Syair membawa isi berkaitan kias ibarat, sindiran, nasihat, pengajaran, agama
dan cerita yang berunsur sejarah/dongeng.
SYAIR BURUNG NURI
(Rangkap 1) (Rangkap 3)
Bermula warkah surat rencana, Beribu ampun kiranya tuan,
Ikatan fakir yang sangat hina, Atasnya hulu fakir nistawan,
Sajak dan nazam banyak tak kena, Daripada masyghul gundah merawan,
Daripada pendapat kurang sempurna. Terperilah madah patik nin tuan.

(Rangkap 2) (Rangkap 4)
Gerangan sungguh amatlah leta, Dituliskan sahifah supaya nyata,
Perinya akal gelap-gelita, Barang yang ghairah di dalam cinta,
Hemat pun rendah daif berserta, Terfikir-fikir bukan menderita,
Tambahan badan miskin dan nista. Dakwat dan kertas tempat berkata.
SYAIR BURUNG NURI
(Rangkap 5) (Rangkap 7)
Sudahlah nasib untung yang malang, Bangun terjunun badan suatu,
Mengambah lautan berulang-ulang, Gundahlah fikir tiada tertentu,
Mudaratnya bukan lagi kepalang, Laksana cermin jatuh ke batu,
Senantiasa di dalam nasib dan walang. Remuk dan redam hancur di situ.

(Rangkap 6) (Rangkap 8)
Hanyutlah badan ke sana ke mari, Remuk dan redam rasanya hati,
Segenap pesisir desa negeri, Lenyaplah fikir budi pekerti,
Bertambahlah pula sopan dan negeri, Jikalau kiranya hamba turuti,
Santap nan tidak minum pun kari. Daripada hidup sebaiknya mati.
MAKSUD SYAIR
Rangkap 1
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina
sehinggakan kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah
fikirannya yang kurang sempurna.

Rangkap 2
Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika tidak berakal, bersikap kurang sopan,
berakhlak rendah dan hidup dalam keadaan miskin.

Rangkap 3
Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu
menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
MAKSUD SYAIR
Rangkap 4
Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar
mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran untuk meluahkan perasaan.

Rangkap 5
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang-ulang kali sehingga
boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih dan
kecewa.

Rangkap 6
Penyair mengisahkan kehidupannya yang terumbang-ambing tanpa arah tuju, serta tidak
terurus hingga melupakan makan dan minum.
MAKSUD SYAIR
Rangkap 7
Namun penyair tersedar bahawa tiada gunanya hidup dalam kekecewaan sehingga boleh
menyebabkan kehidupannya hancur.

Rangkap 8
Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan
fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik
mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.
TEMA
Apakah itu TEMA?

Tema ialah idea dasar atau persoalan pokok yang diungkapkan


oleh pencerita bagi mendasari karyanya.
TEMA
Adab dalam kehidupan seseorang.

Penyair menceritakan adab dalam kehidupan yang sering


ditempuhi oleh seseorang seperti masalah kekecewaan dalam
perhubungan, masalah kehidupan yang terumbang-ambing, dan
masalah kegagalan berfikir secara rasional yang akan
memusnahkan kehidupan seseorang.
PERSOALAN
Apakah itu PERSOALAN?

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang


ada hubungannya dengan tema.

Tujuannya adalah untuk menghidupkan dan memperkukuh tema


yang cuba diketengahkan oleh pengkarya.
PERSOALAN
(a)Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.

(b)Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.

(c) Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.

(d) Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.

(e) Kesederhanaan dalam percintaan.


NILAI
(a)Kesedaran.
Penyair sedar akan kesilapan yang dilakukannya akibat terlalu menurut perasaan.

(b)Merendah diri.
Penyair meminta maaf terlebih dahulu sebelum meneruskan bicara dalam lembarannya itu.

(c) Rasional.
Penyair menyarankan agar seseorang itu bertindak secara rasional.

(d) Hemah Tinggi.


Penyair menasihati agar pasangan yang bercinta menjaga adab masing-masing.

(e) Kebijaksanaan
Penyair menyarankan agar setiap pasangan bijak mengurus percintaan mereka.
PENGAJARAN
(a)Kita sepatutnya bersikap merendah diri agar dapat menjaga perasaan orang lain.

(b)Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan untuk mengelakkan
perkara tersebut berulang lagi.

(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan kerana boleh


mengakibatkan seseorang itu merana apabila kecewa.

(d) Kita tidak boleh berputus asa kerana tindakan ini akan merugikan diri sendiri.

(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati kerana tindakan ini akan
menyebabkan perkara buruk berlaku.
GAYA BAHASA
GAYA BAHASA MAKSUD
Paradoks Sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum.

Metafora Perbandingan atau kiasan yang mengandungi dua kata; konkrit atau
abstrak. Untuk menyatakan maksud yang mendalam dan menarik
perhatian pembaca.
• Dedaun – bersifat konkrit (dapat dilihat)
• Resah – bersifat abstrak (tidak dapat dilihat)

Inversi Pembalikan susunan kata-kata dalam ayat (contohnya; ia makan nasi


menjadi makan nasi ia).

Hiperbola Sejenis bahasa kiasan yang digunakan untuk menyatakan


sesuatu secara berlebih-lebihan daripada maksud yang
sebenarnya.
MAKSUD PERKATAAN
PERKATAAN MAKSUD
FAKIR Ar (orang yang) berpendapatan kurang daripada pendapatan orang
miskin (tidak mencukupi keperluan asas)

LETA Hina atau keji (orang, perbuatan), cacat cela.

SAHIFAH Ar lembaran yang bertulis, muka surat (buku dan lain-lain), naskah
bertulis, dokumen; suhuf. (Suhuf – Kitab suci yang diturunkan oleh
Tuhan kepada beberapa rasul.)

WARKAH Juga dikenali sebagai warkat.


Ar 1. surat. 2. kandungan (isi) surat.

NISTA 1. aib, cacat, cela, rasa malu.


2. kata-kata menghina (mencemar), makian, penghinaan.

Anda mungkin juga menyukai