Anda di halaman 1dari 9

SY A I R B U R U N G NU R I

D I SION AL TINGK AT AN 3
PUISI TRA
MAKSUD RANGKAP
Rangkap Maksud
Penyair menceritakan sebuah warkah yang ditulis oleh seorang yang dipandang hina sehinggakan
kata-kata yang ditulisnya itu mungkin dianggap salah berdasarkan buah fikirannya yang kurang
1 sempurna.

Menurut penyair, seseorang itu dianggap hina jika dia tidak berakal, bersikap kurang sopan,
berakhlak rendah, dan hidup dalam keadaan miskin.
2

Penyair juga memohon maaf sekiranya perkara yang ditulis daripada perasaan kecewanya itu
menghasilkan kata-kata yang kurang menarik dalam warkah tersebut.
3

Penyair menulis lembaran yang jelas tentang adab kepada pasangan yang sedang bercinta agar
mereka tidak kecewa dan menjadikan surat sebagai saluran meluahkan perasaan.

4
Penyair menceritakan nasib malang yang ditempuhinya secara berulang kali sehingga
boleh membawa kemudaratan dan menyebabkan dirinya sentiasa dalam keadaan sedih
dan kecewa.
5

Penyair mengisahkan kehidupannya terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak terurus


hingga melupakan makan dan minum.
6

Namun penyair tersedar bahawa tiada guna hidup dalam kekecewaan sehingga boleh
menyebabkan kehidupannya menjadi hancur.
7

Penyair sedar apabila berada dalam keadaan yang sangat kecewa boleh menyebabkan
fikirannya tidak waras. Sekiranya dituruti perasaan kecewa itu, penyair berfikir lebih baik
mati daripada hidup dalam keadaan sebegitu.
8
Tema Tema dan Persoalan
Adab dalam kehidupan seseorang.
 
Persoalan
a. Kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan
berakhlak mulia.
b. Kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan
seseorang.
c. Kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika
bercinta.
d. Rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
 
Bentuk dan Ciri-ciri Syair
(a)    Terdiri daripada lapan rangkap.
(b)    Berisi empat baris dalam setiap rangkap.
(c)     Semua baris merupakan maksud.
(d)    Bilangan katanya tiga hingga enam patah kata
sebaris.
(e)    Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata
sebaris.
(f)      Bentuknya terikat.
Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi

(a)    Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.


(b)    Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c)     Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d)    Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana. (perulangan vokal a).
(f) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).
Nilai

(a)    Kesedaran.
(b)    Merendah diri.
(c)     Rasional.
(d)    Hemah tinggi.
Pengajaran

(a)    Kita sepatutnya bersikap merendah diri .


(b)    Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c)     Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d)    Kita tidak boleh berputus asa.
(e)    Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.
SEKIAN…

Anda mungkin juga menyukai