Anda di halaman 1dari 2

Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Syair Burung Nuri

PUISI TRADISIONAL - SYAIR BURUNG NURI

BIL SYAIR MAKSUD


1 Bermula warkah surat rencana, Penyair menceritakan warkah yang ditulis
Ikatan fakir yang sangat hina, oleh seseorang dipandang hina kerana
Sajak dan nazam banyak tak kena, menganggap kata-kata yang ditulisnya
Daripada pendapat kurang sempurna. salah.

2 Gerangan sungguh amatlah leta, Seseorang dianggap hina jika dia tidak
Perinya akal gelap-gelita, berakal, bersikap kurang sopan, berakhlak
Hemat pun rendah daif berserta, rendah dan hidup dalam keadaan miskin.
Tambahan badan miskin dan nista.

3 Beribu ampun kiranya tuan, Penyair memohon maaf jika perkara yang
Atasnya hulu fakir nistawan, ditulisnya daripada perasaan kecewa
Daripada masyghul gundah merawan, menghasilkan kata-kata yang kurang
Terperilah madah patik nin tuan. menarik dalam warkah tersebut.

4 Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis lembaran yang jelas


Barang yang ghairah di dalam cinta, tentang adab kepada pasangan bercinta
Terfikir-fikir bukan menderita, agar mereka tidak kecewa dan menjadikan
Dakwat dan kertas tempat berkata. surat sebagai saluran untuk meluahkan
perasaan.
5 Sudahlah nasib untung yang malang, Penyair menceritakan nasib malang yang
Mengambah lautan berulang-ulang, dialaminya secara berulang kali sehingga
Mudaratnya bukan lagi kepalang, membawa kemudaratan dan menyebabkan
Senantiasa di dalam nasib dan walang. dirinya berada dalam keadaan kecewa dan
sentiasa bersedih.
6 Hanyutlah badan ke sana ke mari, Penyair mengisahkan kehidupannya yang
Segenap pesisir desa negeri, terumbang-ambing tanpa arah tuju, tidak
Bertambahlah pula sopan dan negeri, terurus sehingga melupakan makan dan
Santap nan tidak minum pun kari. minum.

7 Bangun terjunun badan suatu, Namun begitu, penyair sedar bahawa tiada
Gundahlah fikir tiada tertentu, gunanya dia melayan kekecewaannya
Laksana cermin jatuh ke batu, hingga kehidupannya hancur.
Remuk dan redam hancur di situ.

8 Remuk dan redam rasanya hati, Penyair sedar bahawa apabila dia berada
Lenyaplah fikir budi pekerti, dalam keadaan yang sangat kecewa,
Jikalau kiranya hamba turuti, fikirannya menjadi tidak waras lalu dia
Daripada hidup sebaiknya mati. berpendapat lebih baik dia mati daripada
terus kecewa.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh


Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Syair Burung Nuri

TEMA
Adab dalam kehidupan seseorang.

PERSOALAN
(a) Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan dan berakhlak mulia.
(b) Persoalan kekecewaan yang boleh merosakkan kehidupan seseorang.
(c) Persoalan kebijaksanaan dalam mengawal diri ketika bercinta.
(d) Persoalan rasional dalam berfikir dan membuat tindakan.
(e) Persoalan kesedaran diri daripada terus melayan perasaan kecewa.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SYAIR


(a) Terdiri daripada lapan rangkap.
(b) Setiap rangkap mempunyai empat baris.
(c) Jumlah perkataan adalah antara tiga hingga enam patah perkataan sebaris.
(d) Terdiri daripada sepuluh hingga tiga belas suku kata sebaris.
(e) Bentuknya terikat.
(f) Rima akhir bagi setiap rangkap ialah a-a-a-a.

GAYA BAHASA
(a) Inversi. Contohnya, Dituliskan sahifah supaya nyata.
(b) Simile. Contohnya, Laksana cermin jatuh ke batu.
(c) Sinkope. Contohnya, Sajak dan nazam banyak tak kena.
(d) Repetisi. Contohnya, Hanyutlah badan ke sana ke mari.
(e) Kata ganda. Contohnya, gelap-gelita, berulang-ulang.

UNSUR BUNYI
(a) Asonansi. Contohnya, Bermula warkah surat rencana. (perulangan vokal a).
(b) Aliterasi. Contohnya, Gundahlah fikir tiada tertentu. (perulangan konsonan t).

NILAI
(a) Kesedaran.
(b) Merendah diri.
(c) Rasional.
(d) Hemah tinggi.
(e) Kebijaksanaan.

PENGAJARAN
(a) Kita sepatutnya bersikap merendah diri .
(b) Kita haruslah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan.
(c) Kita janganlah mementingkan percintaan dalam kehidupan.
(d) Kita tidak boleh berputus asa.
(e) Kita janganlah bertindak mengikut kata hati.
(f) Kita mestilah rasional dalam bertindak dan berfikir.
(g) Kita hendaklah meminta maaf andai melakukan kesalahan.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh

Anda mungkin juga menyukai