Anda di halaman 1dari 2

Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Seloka Santap Istiadat

PUISI TRADISIONAL - SELOKA SANTAP ISTIADAT

BIL SELOKA MAKSUD


1 Santap beradat, santap istiadat, Santap beradat merupakan istiadat santap raja di majlis
Santap raja di majlis kebesaran, kebesaran. Santap tersebut bertujuan untuk meraikan
Santap merai, hormat-menghormat; dan menghormati tetamu. Majlis santapan ini bukanlah
Bukan santap hendakkan kenyang, sekadar untuk mengenyangkan perut tetapi merupakan
Santap santun dengan aturan. majlis santapan yang mengajar si penjamu selera agar
makan secara sopan dan mengikut tatacara yang tepat.

2 Nasi disuap di tangan kanan, Berdasarkan tatacara dan ketertiban sewaktu makan,
Lauk dibinjat sopan siuman, nasi hendaklah disuap menggunakan tangan kanan
Sampai ke mulut mamah perlahan, manakala lauk perlulah diangkat secara sopan. Ketika
Tanda tidak gelojoh makan. nasi sampai ke mulut hendaklah dikunyah dengan
Selesai santap nasi — perlahan-lahan sebagai tanda tertib dan tidak gelojoh
Diiringkan seteguk minuman, sewaktu makan. Setelah selesai makan nasi barulah
Isyarat menghormat, mulia-memuliakan diambil seteguk air minuman sebagai isyarat hormat
dan beradab sopan ketika berada dalam majlis
santapan itu.

3 Santap nasi suap pertama, Dalam aturan dan cara-cara makan dan minum, suapan
Berturut dengan suap kedua; nasinya bermula daripada suapan pertama hingga
Dua suap, ketiga sudah, ketiga sahaja. Selepas itu, si penjamu selera perlu
Keempatnya basuh tangan; membasuh tangan, sebelum diikuti dengan menjamah
Kelima halwa juadah, juadah halwa dan memakan buah-buahan.
Keenam mengiring buah-buahan.

4 Ketujuh berkumur-kumur, Cara-cara makan dan minum yang berikutnya ialah


Ke delapan makan sirih; ketujuhnya, orang yang menjamu selera perlu
Kelat jatuh ke rengkungan, berkumur-kumur untuk membersihkan mulut dan
Seri naik ke peroman. diakhiri dengan memakan sirih. Air sirih kelat yang
masuk ke kerongkong si penjamu selera akan
menambahkan seri pada wajah mereka.

5 Itulah santap beradat kebesaran Tatacara dan peraturan santapan ini merupakan majlis
Di dalam riwayat zaman yang silam. santap beradat kebesaran yang diajarkan oleh generasi
terdahulu.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh


Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Seloka Santap Istiadat

TEMA
Ajaran beradab sopan dan tatacara makan dan minum dalam majlis mengikut tertib berpandukan didikan generasi
zaman dahulu.

PERSOALAN
(a) Persoalan adab sopan dan tertib ketika menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(b) Persoalan cara-cara menjamu selera dalam sesuatu majlis.
(c) Persoalan masyarakat Melayu yang mengutamakan nilai kesopanan ketika makan dan minum.
(d) Persoalan kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selera.
(e) Persoalan hormat-menghormati tetamu dalam sesuatu majlis.

BENTUK DAN CIRI-CIRI SELOKA


(a) Terdiri daripada lima rangkap.
(b) Setiap rangkap mempunyai bilangan baris yang tidak sama, iaitu rangkap pertama mempunyai lima baris,
rangkap kedua mempunyai tujuh baris, rangkap ketiga mempunyai enam baris, rangkap keempat mempunyai
empat baris, dan rangkap kelima mempunyai dua baris.
(c) Bilangan katanya dua hingga enam patah kata.
(d) Terdiri daripada tujuh hingga empat belas suku kata.
(e) Berbentuk bebas.

GAYA BAHASA DAN KEINDAHAN BUNYI


(a) Anafora. Contohnya,
Santap beradat, santap istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;
(b) Repetisi. Contohnya, Santap beradat, santap istiadat.
(c) Bahasa klasik. Contohnya, peroman.
(d) Kata ganda. Contohnya, hormat-menghormat, mulia-memuliakan, buah-buahan dan berkumur-kumur.
(e) Personifikasi. Contohnya, Kelat jatuh ke rengkungan.
(f) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abacb, rima akhir bagi rangkap kedua ialah aaaabaa, rima akhir bagi
rangkap ketiga ialah aabcbc, rima akhir bagi rangkap keempat ialah abcc dan rima akhir bagi rangkap kelima
ialah ab.

UNSUR BUNYI
(a) Asonansi. Contohnya, Berturut dengan suap kedua (perulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan. (perulangan konsonan m).

NILAI
(a) Kesopanan.
(b) Kepatuhan.
(c) Hormat-menghormati.
(d) Kesederhanaan.
(e) Hemah tinggi.

PENGAJARAN
(a) Kita hendaklah bersikap sopan dan beradab ketika sedang menjamu selera.
(b) Kita mestilah hormat-menghormati antara satu dengan yang lain ketika sedang menjamu selera di dalam sesuatu
majlis.
(c) Kita hendaklah mengikut peraturan ketika makan dengan mendahului perkara yang utama kemudian diikuti
dengan perkara-perkara yang berikutnya.
(d) Kita mestilah bersederhana ketika makan dengan tidak mengambil makanan secara berlebihan.
(e) Kita mestilah makan makanan yang seimbang.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh

Anda mungkin juga menyukai