Anda di halaman 1dari 12

1.

Syair Burung Nuri

Syair Burung Nuri Maksud


Bermula warkah surat rencana, Penyair menceritakan warkah yang ditulis oleh
Ikatan fakir yang sangat hina, orang hina banyak kekurangan berdasarkan
Sajak dan nazam banyak tak kena, pendapatnya yang tidak sempurna.
Daripada pendapat kurang sempurna.
Gerangan sungguh amatlah leta, Penyair menyatakan bahawa dia dipandang hina,
 Perinya akal gelap-gelita, pemikirannya yang tidak luas dan hidup dalam
Hemat pun rendah daif berserta, keadaan miskin.
Tambahan badan miskin dan nista.
Beribu ampun kiranya tuan, Penyair memohon maaf atas coretan kata-katanya
Atasnya hulu fakir nistawan, yang ditulis dalam perasaan sedih.
Daripada masyghul gundah merawan,
Terperilah madah patik nin tuan.
Dituliskan sahifah supaya nyata, Penyair menulis surat untuk meluahkan perasaan
Barang yang ghairah di dalam cinta, cinta kepada pasangannya.
Terfikir-fikir bukan menderita,
Dakwat dan kertas tempat berkata.
Sudahlah nasib untung yang malang, Penyair menceritakan perjalanan hidupnya yang
Mengambah lautan berulang-ulang, sering dirundung malang dan terpaksa
Mudaratnya bukan lagi kepalang, menghadapi pelbagai cabaran.
Senantiasa di dalam nasib dan walang.
Hanyutlah badan ke sana ke mari, Penyair menceritakan kehidupannya yang tiada
Segenap pesisir desa negeri, hala tuju dan terumbang-ambing hinggakan tidak
 Bertambahlah pula sopan dan negeri, makan dan minum.
Santap nan tidak minum pun kari.
Bangun terjunun badan suatu, Penyair tersedar bahawa kesedihan dan
Gundahlah fikir tiada tertentu, kekecewaan boleh mengakibatkan hidupnya
Laksana cermin jatuh ke batu, musnah.
Remuk dan redam hancur di situ.
Remuk dan redam rasanya hati, Penyair sedar kekecewaan boleh menyebabkan
Lenyaplah fikir budi pekerti, seseorang itu bertindak di luar kawalan fikiran
Jikalau kiranya hamba turuti, yang waras dan rasional. Jika penyair menurut
Daripada hidup sebaiknya mati. perasaannya lebih baik dia memilih mati daripada
hidup.

1.    Tema
Adab dalam kehidupan seseorang yang sering ditempuhi.
Persoalan Nilai Pengajaran
Persoalan kebijaksanaan menyusun Kebijaksanaan Kita hendaklah bijak menyusun
perancangan bagi memiliki orang perancangan demi memikat orang
yang kita cintai yang kita cintai.
Persoalan sikap merendah diri Merendah diri Kita hendaklah mengamalkan sikap
dalam kehidupan. merendah diri supaya orang lain
tidak membenci diri kita.

farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
Persoalan keburukan sikap menurut Rasional Kita hendaklah rasional dalam
perasaan membuat sesuatu tindakan agar tidak
menyesal pada kemudian hari.
Persoalan ketabahan dalam Ketabahan Kita hendaklah tabah dalam
menghadapi dugaan hidup menghadapi sikap dugaan dalam
kehidupan
Persoalan keperitan hidup orang kegigihan Kita hendaklah gigih dan tidak
yang serba kekurangan berputus asa demi mendapat sesuatu
yang kita inginkan

Bentuk
1.    Syair ini terdiri daripada 8 rangkap dan semua baris sama iaitu 4 baris dalam satu rangkap
2.    Rima akhir : a,a,a,a
3.    Bilangan suku kata dalam setiap baris antara 10 hingga 13 suku kata.
4.    Bilangan perkataan dalam setiap baris antara 3 hingga 6 suku perkataan.

Gaya Bahasa Contoh


Inversi Dituliskan sahifah supaya nyata,
(ayat songsang) Sepatutnya: sahifah dituliskan supaya nyata.
Anafora (perulangan perkataan di awal Remuk dan redam hancur di situ.
baris)        Remuk dan redam rasanya hati,
Epifora (perulangan perkataan di akhir Negeri
baris)
Simile Laksana cermin jatuh ke batu,
Sinkope Sajak dan nazam banyak tak kena,
Kata ganda Perinya akal gelap-gelita,

2. Seloka Seloka Santap Istiadat (Za’ba)


Seloka Santap Istiadat Maksud
Santap beradat, santap istiadat, Santap beradat merupakan istiadat santap raja dalam
Santap raja di majlis kebesaran, majlis kebesaran. Istiadat ini bertujuan menghormati
Santap merai, hormat-menghormat; dan meraikan tetamu. Majlis ini juga mengajar tetamu
Bukan santap hendakkan kenyang, yang hadir makan secara beradab dan bukanlah
Santap santun dengan aturan. sekadar untuk mengenyangkan perut.
Nasi disuap di tangan kanan, Berdasarkan adab dan tertib semasa makan , menyuap
Lauk dibinjat sopan siuman, nasi mestilah menggunakan tangan kanan dan ambillah
Sampai ke mulut mamah perlahan, lauk dengan sopan. Makanan hendaklah dikunyah
Tanda tidak gelojoh makan. perlahan-lahan. Selesai makan nasi, barulah minum
Selesai santap nasi — air.
Diiringkan seteguk minuman, Isyarat
menghormat, mulia-memuliakan
Santap nasi suap pertama, Pengarang memberikan peringatan agar makan nasi
Berturut dengan suap kedua; sekadar tiga suapan sebelum membasuh tangan.
Dua suap, ketiga sudah, Kemudian, makanlah kuih-muih dan buah-buahan
farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
Keempatnya basuh tangan;
Kelima halwa juadah,
Keenam mengiring buah-buahan.
Ketujuh berkumur-kumur, Selepas makan hendaklah berkumur-kumur.
Ke delapan makan sirih; Kemudian, makanlah sirih agar wajah kelihatan
Kelat jatuh ke rengkungan, berseri-seri.
Seri naik ke peroman.

Itulah santap beradat kebesaran Pengarang menjelaskan bahawa adab dan tatacara
Di dalam riwayat zaman yang silam. makan secara beradat dalam sesuatu majlis  telah
diamalkan sejak zaman dahulu.

Tema: Adab dan tatacara makan dalam sesuatu majlis mengikut adat generasi zaman dahulu.

Persoalan Nilai Pengajaran


Persoalan adab sopan ketika Sopan -santun Kita hendaklah bersikap sopan dan
makan beradab ketika sedang makan.
Persoalaan keutamaan tatacara dan Kepatuhan Tetamu yang hadir hendaklah
tertib semasa menjamu selera patuh dengan tatacara dan adab
ketika makan
Persoalan kesederhanaan ketika kesederhanaan Kita mestilah bersederhana ketika
menjamu selera makan dengan tidak mengambil
makanan secara berlebihan atau
hawa nafsu.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora Santap beradat,
santap  istiadat,
Santap raja di majlis kebesaran,
Santap merai, hormat-menghormat;

Repetisi Santap beradat,santap istiadat,

Bahasa Istana santap


Inversi Bukan santap hendakkan kenyang,
Sepatutnya: santap bukan hendakkan kenyang
Metafora Di dalam riwayat zaman yang silam.

Unsur Bunyi
Asonansi
(a)                       Perulangan vokal “a” Kelima halwa juadah,

Aliterasi
(b)                      Perulangan konsonan Sampai ke mulutmamah perlahan,
“m”
Rima akhir Rangkap 1: abacb
Rangkap 2: aaaabaa
Rangkap 3:aabcbc

farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
Rangkap 5: ab

Seloka Santap Istiadat berbentuk bebas atau tidak terikat.

3. Sajak  Kijang yang Lelah

Sajak  Kijang yang Lelah Maksud

Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema Kehidupan kijang tua yang semakin hilang
Ketika temulang kudratnya bergetar di tengah kekuasaan dan berasa dipinggirkan.
rimba
Dia tidak lagi mampu menobat takhta
Mengorak telapak di tanah menghijau.
Saat itu Pada masa itu, sang kijang berasa sedih dan risau.
Sebak menyentap dahan kalbu Sang kijang yang uzur masih mempunyai harapan
Dedaun resah mula berguguran untuk menjadi ketua kembali.
Pepohon batin akhirnya tumbang
Akarya menguncup di perdu harap.
Hari ini Kini, sang kijang berusaha menjadi ketua
Dia cuba bangkit dengan kekuatan kaki walaupun lelah dan tidak berdaya sementara
Menghambat waktu yang bersisa mempunyai kesempatan pada sisa-sisa usianya.
Walau dalam jera lelah
Seakan dibelenggu setiap inci jiwa raga.
Bimbang tersadung akar dan jerat Sang kijang berjalan berhati-hati bagi
Sang kijang lebih berhati-hati menapak mengelakkan dirinya terkena jerat dan tersandung
Meski dalam peribadi yang keruh akar. Sang kijang tetap meneruskan perjalanannya
Diredah belantara yang mula teduh ke dalam hutan walaupun kudratnya lemah. Sang
Nun jauh di batas nuraninya kijang berazam akan meneruskan perjalanan
Dia tetap menjinjing tekad dan tabah walau terpaksa menempuhi pelbagai rintangan dan
terus mengorak penuh berhemah cabaran. Setiap cabaran yang dihadapinya akan
dengan akal dan hati diselesaikan dengan fikiran dan akal yang waras .
dia tidak lagi gundah
menyusun gerak dan langkah.

Tema: Kesukaran hidup seekor kijang tua yang berazam untuk meneruskan kehidupannya.

Persoalan Nilai Pengajaran


Ketabahan hidup dalam  Ketabahan Kita hendaklah tabah menghadapi
meneruskan kehidupan dugaan hidup
Sikap berhati-hati dalam Berhati-hati/ Berwaspada Kita hendaklah berhati-hati dalam
melakukan tindakan. melakukan sesuatu perkara
Kewarasan berfikir dalam Berhamah tinggi Kita hendaklah menggunakan akal
menempuhi cabaran dan rintangan. yang waras ketika membuat
keputusan.
Keupayaan yang lemah bukan Bersemangat tinggi Kita hendaklah bersemangat tinggi
penghalang mencapai sesuatu yang untuk mengubah kehidupan yang
diinginkan. lebih baik.

farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Metafora Dedaun resah mula berguguran
Pepohon batin akhirnya tumbang
Personifikasi
Sebak menyentap dahan kalbu
Responsi Suara nyaringnya tidak lagi gah bergema
(perulangan perkataan di tengah baris)
Dia tidak lagi mampu menobat takhta

Asonansi (e) Diredah belantara yang mula teduh

Aliterasi (h) Sang kijang lebih berhati-hati menapak

Rima akhir Baris 1: aaab


Baris 2: aabcd
Baris 3: aabcd
Baris 4: abccdeefee

Nada: melankolik

4. Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu


Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu Maksud
Kita ada ibu Penyajak menyatakan bahawa setiap anak
ibu kita satu mempunyai seorang ibu namun seorang ibu
pesanannya beribu-ribu. banyak memberi pesanan dan nasihat kepada
anak-anak
Setiap langkah kita diiringi pesanan ibu Ibu sentiasa memberi nasihat kepada anak-
"Buat begini jangan begitu anaknya. Ibu berpesan agar anaknya rajin
bacalah buku selalu membaca buku dan menuntut ilmu. Ibu juga
kukuhkan diri dengan ilmu berpesan supaya pilih kawan yang berakhlak
pilihlah kawan yang mulia hati mulia dan mempunyai jati diri, elakkan daripada
tolaklah kawan pementing diri memilih kawan yang mempunyai sifat
pilihlah kawan yang punya petunjuk pentingkan diri dan beperangai tidak baik.
tolaklah kawan bertabiat buruk."
 Ibu yang satu menyekat kita di pintu Ibu sentiasa mengingatkan anaknya supaya
bertanya ke mana arah tuju berhati-hati semasa keluar rumah kerana
"Jagalah diri selalu bimbang akan bahaya yang berlaku.
di luar sana mungkin bencana menunggu."
Kita menjadi jemu Anaknya berasa jemu mendengar nasihat ibu
mendengar pesanan beribu-ribu yang semakin bertambah.
tapi ibu tetap ibu
pesanan bertambah satu dan satu Ibu juga berpesan agar anaknya menjaga
"Jangan dibiar kepala berkutu penampilan diri dan kesihatan.
carilah ubat jerawat batu."
Suatu senja Pada suatu hari kawan anaknya bersedih kerana
seorang temanku merintih ditinggalkan kekasihnya. Dia baru menyedari
farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
kerana kehilangan kekasih bahawa kekasihnya itu seorang penipu dan telah
kini baru disedarinya ditangkap serta dilokap.
pilihan musang berbulu arnab
biarpun menyamar cekap
ada masa termasuk perangkap
Si Bedul sudah ditangkap
Si Bedul di dalam lokap.
Dia menyatakan kesalnya Anaknya berasa menyesal kerana melupakan
kerana dia alpa pesanan ibu yang sering mengingatkan agar
ibunya berpesan sejak dulu memilih kawan dengan betul. Selepas kejadian
"Pilihlah kawan yang bermutu itu, anaknya mula menerima  kebenaran pesanan
Jangan dipilih kawan berhantu." Mengenangkan ibunya. Dia juga merindui pesanan-pesanan
nasib temanku itu ibunya.  
aku merindui pesanan ibu.
Ya, pesanan ibu.
Ibu, Penyajak menerangkan bahawa dia sangat yakin
kuyakini kau mengenali dengan pesanan ibunya  yang arif dalam menilai
yang mana permata, yang mana kaca perkara baik dan buruk. Penyajak berjanji tidak
yang mana budaya, yang mana buaya akan  jemu dan patuh akan nasihat ibunya. 
berilah pesanan beribu-ribu Tanggungjawab ibu sempurna apabila telah
malah berpuluh ribu memberi nasihat kepada anak-anaknya.
aku tidak akan jemu
ini janjiku kerana aku tahu
sempurna seorang ibu
dengan pesanan beribu-ribu.

Tema:
Tanggungjawab seorang ibu memberi nasihat kepada anaknya supaya tidak tersalah memilih
jalan hidup.
Persoalan Nilai Pengajaran
Keperihatinan seorang ibu Prihatin Ibu sentiasa prihatin akan keselamatan
anaknya.
Kasih sayang seorang ibu Kasih sayang Anak- anak hendaklah menyayangi ibu
yang memberi nasihat
Sikap berhati-hati dalam memilih Berhati-hati Kita hendaklah berhati-hati dalam
kawan memilih kawan.
Kepentingan menuntut ilmu Rajin Kita hendaklah rajin menuntut ilmu
pengetahuan pengetahuan.
Tanggungjawab seorang ibu Tanggungjawab Seorang ibu hendaklah sentiasa memberi
membimbing dan menasihati nasihat atau pesanan kepada anak agar
anaknya mereka tidak terpengaruh dengan perkara
negatif

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Repetisi tapi ibu tetap  ibu
farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
Anafora Si Bedul  sudah ditangkap
(perulangan perkataan pada awal baris) Si Bedul di dalam lokap.
Epifora aku merindui pesanan ibu.
(perulangan perkataan pada akhir baris) Ya, pesanan ibu.
Responsi pilihlah  kawan yang mulia hati
(perulangan perkataan di tengah baris) tolaklah kawan pementing diri
pilihlah kawan yang punya petunjuk
tolaklah  kawan  bertabiat buruk."
Sinkope tapi  ibu tetap ibu
Hiperbola Jangan dipilih kawan berhantu."
Asonansi (i) kini baru disedarinya
Aliterasi (h) Mengenangkan nasib temanku itu
Rima akhir Baris 1: aaa
Baris 2: aaaabbccaaaaaaaaaa
Baris 3: abbaacdddd
Baris 4: aabbbbbb
Baris 5: abccaaaaaa

Nada: melankolik

5. SAJAK di PALANG BESI 


SAJAK di PALANG BESI MAKSUD
Senja mula menangis Penyajak berasa sedih dan menyesal apabila
remang membongkar sendu tinggal di dalam sel penjara. Penyajak hanya
mengutus kuntum-kuntum serakan cahaya berlari di dapat melihat melalui celah-celah tirai besi
celah jambangan bunga dedawai menari mengikat penjara.
ramah kekosongan
dalam kotak tidur sepi nan pedar hati.
Pilu wajahmu sang senja Sebelum ini, penyajak begitu bahagia dan kini
yang dulu melakar bahagia bertukar sayu tatkala terpaksa hidup di dalam
kini merayap sayu membelai jemari malam dalam penjara yang dipinggirkan,terbuang dan
keterbuangan yang merangkum menyakitkan.
dalam keterasingan yang mencengkam
dalam kesakitan yang membungkam.
Tanpa pasir pantai atau silir angin Suasana penjara yang sunyi, dipagari dengan
rentet susun bibir palang besi dingin itu menjerut resah palang besi, tiada tilam yang selesa dan
berteleku dalam hening bernyanyi rakus dalam kelu pendingin hawa menyebabkan jiwanya semakin
rasa keterkongkongan sunyi. Penyajak sedar bahawa inilah hukuman
menghantar pergi erti keriuhan yang terpaksa ditempuhi.
jauh di balik redup senja yang mula mengundurkan
diri
bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
hukuman terhebat hikayat kemanusiaan.

Tema:
Kesengsaraan dan kesunyian hidup seorang banduan di dalam penjara.
farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
Persoalan Nilai Pengajaran
Keredaan seorang banduan Keredaan Kita hendaklah reda dan tabah menempuhi
menjalani hukuman penjara ujian dalam hidup ini.
Hidup bebas membawa erti Kebebasan Kita hendaklah bersyukur dengan menghargai
kebahagian hidup di dunia ini.
Insaf dengan kesilapan yang Keinsafan Janganlah kita terlibat dalam gejala jenayah
dilakukan. yang boleh mengakibatkan seseorang itu
dihumban ke dalam penjara.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora dalam keterasingan yang  mencengkam
(perulangan perkataan pada awal baris) dalam  kesakitan yang membungkam.
Responsi dalam keterasingan yang  mencengkam
(perulangan perkataan di tengah baris) dalam kesakitan yang membungkam.
Sinkope Pilu wajahmu sang senja
Metafora bersama riak samudera jiwa bernama kesunyian
rentet susun bibir palang besi dingin itu
Inversi Pilu wajahmu sang senja
Sepatutnya:Wajahmu pilu sang senja

Asonansi (i) Tanpa pasir pantai atau silir angin


Aliterasi (m) kini merayap sayu membelai jemarimalam
Rima akhir Baris 1: abcdef
Baris 2: aabcbb
Baris 3: abcddedd
Nada: melankolik

6. SAJAK BINTANG

SAJAK BINTANG MAKSUD


Suatu malam aku duduk Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman
di halaman rumah rumah sambil melihat keliauan bintang-bintang di
kulihat cantiknya bintang-bintang menghias langit langit. Penyajak ingin terbang ke sana dan mengutip
yang terbentang aku ingin terbang ke sana bintang-bintang itu untuk dibawa pulang ke rumah
membawa pulang bintang-bintang tentu ibu agar cahaya bintang itu dapat menggembirakan ibu
gembira dan membahagiakan ayah.
tentu ayah bahagia
melihat rumah ini
penuh dengan cahaya.

Tetapi kata ibu Ibu penyajak tidak bersetuju dengan tindakan


itu tidak perlu penyajak yang ingin membawa bintang itu. Ibu  dan
ayah sudah ada bintang penyajak meluahkan bahawa penyajak merupakan
begitu juga ibu bintang hati yang menerangi hidup dan jiwa mereka.
rumah sudah bercahaya
begitu juga jiwa mereka

farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

Tema:
Kasih sayang antara anak dan ibu bapa.
Persoalan Nilai Pengajaran
Tanggungjawab anak kepada Bertanggungjawab Kita hendaklah bertanggungjawab
ibu bapa membahagiakan ibu dan ayah.
Kasih sayang antara ahli Kasih sayang Kita hendaklah memupuk nilai kasih
keluarga sayang dalam kalangan ahli keluarga kita.
Mengagumi keindahan Rendah diri Kita mestilah merendah diri dengan
ciptaan tuhan keagungan dan kehebatan tuhan mencipta
alam semesta ini.

Gaya Bahasa
Gaya Bahasa Contoh
Anafora tentu  ibu gembira
(perulangan perkataan pada awal baris) tentu ayah bahagia

begitu juga ibu
begitu juga jiwa mereka
Epifora Tetapi kata ibu
(perulangan perkataan pada akhir baris) begitu juga ibu
Responsi tentu ayah bahagia
(perulangan perkataan di tengah baris) bintang hati ayah dan ibu.
Sinkope kulihat cantiknya bintang-bintang
Simpulan  bahasa bintang hati  ayah dan ibu.
Metafora bintang hati ayah dan ibu.

Inversi tentu ibu gembira


Sepatutnya:Ibu tentu gembira

tentu ayah bahagia
Sepatutnya:ayah tentu  bahagia
Asonansi (u) begitu  juga ibu
Aliterasi (h) di halaman rumah
Rima akhir Baris 1: abccdcdded
Baris 2: aabaccaa
Nada:
Romantis
Latihan 1 : Syair Burung Nuri
(i) Berikan maksud rangkap kelima Syair Burung Nuri. [3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut.
[3 markah]

farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(iii) Kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada dilanda cabaran pada zaman
yang moden dan maju ini.
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh kita lakukan untuk
menghadapi cabaran tersebut? [4 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Latihan 2 : Seloka Santap Istiadat


(i) Berdasarkan rangkap kedua seloka Santap Istiadat, apakah adab yang perlu
diikuti oleh seseorang ketika makan? [3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(ii) Nyatakan dua unsur bunyi yang terdapat dalam seloka tersebut.
[3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa dalam
memastikan anak-anak menjaga tatatertib sewaktu makan?
[4 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Latihan 3 : Sajak Kijang yang Lelah


(i) Berdasarkan rangkap pertama sajak Kijang yang Lelah, bagaimanakah keadaan
kijang pada masa ini, berbanding sebelumnya?
[3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(ii) Nyatakan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
[3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah penyajak memilih kijang sebagai simbol dalam
sajaknya? [4 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Latihan 4 : Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu


(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak Pesan Ibu Beribu-ribu, apakah yang
menyebabkan kawan penyajak berasa sedih? [3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
______________________________
(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(iii) Ibu dikatakan mengetahui “yang mana permata, yang mana kaca”. Pada
pendapat anda, mengapakah ibu boleh dianggap seorang yang serba tahu?
[4 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Latihan 5 : Sajak Senja di Palang Besi


(i) Berdasarkan rangkap kedua sajak Senja di Palang Besi, apakah yang memilukan
banduan itu? [3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018
(ii) Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah sikap lepas tangan ibu bapa dalam mendidik
anak boleh menyebabkan anak terlibat dalam jenayah?
[4 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

Latihan 6 : Sajak Bintang


(i) Berdasarkan sajak Bintang, apakah yang menyebabkan penyajak berasa begitu
gembira? [3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(ii) Nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(iii) Wang ringgit yang diberikan oleh anak-anak kepada ibu bapanya bukanlah
jaminan orang tua mereka akan gembira.
Pada pendapat anda, apakah yang patut dilakukan oleh anak-anak perantau
supaya ibu bapa mereka gembira? [4 markah]
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________

farheida2010@gmail.com
#cikgufarah2018

Anda mungkin juga menyukai