Anda di halaman 1dari 6

PUISI TRADITIONAL: 

 PANTUN NASIHAT

CIRI-CIRI PANTUN NASIHAT:


(a) Jenis pantun: 4 kerat
(b) Bilangan rangkap: 7 rangkap
(c) Bilangan baris dalam setiap rangkap: 4 baris dalam setiap rangkap
(d) Bilangan kata dalam setiap baris: 3 hingga 5 kata dalam setiap baris
(e) Bilangan suku kata bagi setiap baris: 1 hingga 4 suku kata.

MAKSUD PANTUN NASIHAT:


Pantun Maksud Pantun
Tanam balik buah peria, Rangkap 1   Jika hendak membuat
Buah peria mahal sekali; pekerjaan yang baik, janganlah berlebih-
Buat baik berpada-pada, lebihan sehingga tidak kena pada
Buat jahat jangan sekali. tempatnya, dan pekerjaan yang jahat
hendaklah dihindarkan sama sekali.

Ketua-ketua raja duduk, Rangkap 2 Sesuatu yang haram dan


Jangan ditimpa pagan; memabukkan hendaklah tidak diambil
Diketahui ganja itu mabuk, sama sekali.
Apakah sebab maka dimakan?

Meninjau berpadi masak, Rangkap 3 Jangan dibiarkan perasaan


Batang kapas bertimbul jalan; sedih dan risau berpanjangan.
Hati risau dibawa gelak,
Bagai panas mengandung hujan.

Pulau di balik Pulau Gosong, Rangkap 4 tutur kata haruslah sentiasa


Pandan di Jawa diranggungkan; dijaga agar kita tidak menanggung
Jangan kata terdorong-dorong, sengsara.
Badan dan nyawa menanggungkan.

Hangus bertih berwarna merah, Rangkap 5 Seseorang isteri hendaklah


Mari dituang ke dalam kain; mengelakkan diri daripada memarahi
Suami yang letih usah dimarah, suami yang sedang letih kerana
Kelak terbang ke bunga lain. dikhuatiri dia akan mencari perempuan
lain.
Anak Cina membawa surat, Rangkap 6 hendaklah beradat ketika
Dari Perak langsung ke Deli; hidup di dunia dan bahasa itu tidak dapat
Hidup di dunia biar beradat, dijual beli.
Bahasa tidak dijual beli.

Pisang kelat digonggong helang, Rangkap 7 para perantau dinasihatkan


Jatuh ke lubuk lnderagiri; agar pandai membawa diri di tempat
Jikalau berdagang ke rantau orang, orang.
Baik-baik membawa diri.

(Dipetik daripada antologi Baik Budi,


Indah Bahasa, Tingkatan 2, Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.)
1.   Tema
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar
sentiasa melakukan kebaikan. Pelanggaran norma dalam masyarakat
akan membawa keburukan dalam kehidupan.

2.   Persoalan
a.   Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
b.   Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan.
c.   Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
d.   Berhati-hati mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap berkata-kata
buruk padahnya.
e.   Persefahaman antara suami dengan isteri mampu menjamin
kebahagiaan rumah tangga.
f.     Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.
g.   Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat orang.

3.   Bentuk
a.   Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b.   Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama iaitu empat baris satu
rangkap.
c.   Ada pembayang dan maksudnya.
d.   Jumlah suku kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas suku
kata.
e.   Pantun ini berbentuk terikat.
4.   Unsur Bunyi
(a)  Asonansi.
Contohnya, • Batang kapas bertimbal jalan  (perulangan vokal a);
• Hangus bertih berwarna (perulangan vokal e);
(b)  Aliterasi.
Contohnya, • Buat baik berpada-pada   (perulangan konsonan b);
• Hidup di dunia biar beradat  (perulangan konsonan d).
5.   Gaya Bahasa
Anafora (perulangan kata pada Buat baik berpada-pada, 
awal baris). Buat jahat jangan sekali.
Penggunaan unsur alam. buah peria; padi; kapas; panas;
hujan; pulau;
Repetisi. (perulangan) buah peria (rangkap 1, baris 1 dan
2)
Simile. (singkatan)- nak. Mau, Bagai panas mengandung hujan.
bagai, seperti, umpama

6.   Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai baik hati. Kita hendaklah sentiasa melakukan kebaikan dan
menjauhkan diri daripada melakukan
kemungkaran.
Nilai rasional. Kita mestilah mengelakkan diri daripada
melakukan perkara yang haram supaya hidup kita
tidak binasa.
Nilai ketabahan Kita hendaklah tabah tidak terlalu bersedih
dengan dugaan yang menimpa diri kerana
perbuatan tersebut akan memudaratkan diri
sendiri.
Nilai berhati-hati. Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata
supaya diri kita terhindar daripada sebarang
bencana.

LATIHAN:

1. Berdasarkan pantun di atas, apakah perkara yang dilarang oleh penulis untuk kita lakukan? [3
markah]
Berdasarkan pantun di atas, perkara yang dilarang oleh penulis untuk kita lakukan ialah kita tidak
harus mengeluarkan tutur kata yang tidak baik. Selain itu, kita tidak harus melakukan perkara yang
mendatangkan keburukan kepada diri kita

2. Nyatakan 3 nilai murni yang terdapat dalam pantun nasihat di atas. [3 markah]
3 nilai murni yang terdapat dalam pantun nasihat di atas ialah rasional, baik hati dan ketabahan.

3. Berdasarkan pantun nasihat, nyatakan dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut.
[2 markah]

Berdasarkan pantun nasihat, dua gaya bahasa yang terdapat dalam pantun tersebut ialah repetis
dan simile.
4. Nyatakan dua pengajaran yang dapat diperoleh berdasarkan pantun di atas. [3 markah]
Dua pengajaran yang dapat diperoleh berdasarkan pantun di atas ialah Kita
hendaklah
sentiasa melakukan kebaikan dan menjauhkan diri daripada melakukan
kemungkaran. Selain itu, Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata
supaya diri kita terhindar daripada sebarang bencana.

5. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam
gejala dadah?
[4 markah]
Pada pendapat saya, langkah-langkah untuk mengelakkan diri daripada terlibat dalam gejala dadah
ialah melibatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah. Selain itu, kita perlu bijak dalam memilih kawan.
Jangan berkawan dengan kawan yang mengambil dadah.

Anda mungkin juga menyukai