Anda di halaman 1dari 3

PUISI TRADISIONAL: 

 PANTUN NASIHAT

Pantun Maksud Pantun


Tanam balik buah peria, Rangkap 1   Jika hendak
Buah peria mahal sekali; membuat pekerjaan yang baik,
Buat baik berpada-pada, janganlah berlebih- lebihan
Buat jahat jangan sekali. sehingga tidak kena pada
tempatnya, dan pekerjaan yang
jahat hendaklah dihindarkan
sama sekali.
Ketua-ketua raja duduk, Rangkap 2 Sesuatu yang haram
Jangan ditimpa pagan; dan memabukkan hendaklah
Diketahui ganja itu mabuk, tidak diambil sama sekali.
Apakah sebab maka dimakan?
Meninjau berpadi masak, Rangkap 3 Jangan dibiarkan
Batang kapas bertimbul jalan; perasaan sedih dan risau
Hati risau dibawa gelak, berpanjangan.
Bagai panas mengandung hujan.
Pulau di balik Pulau Gosong, Pandan Rangkap 4 tutur kata haruslah
di Jawa diranggungkan; Jangan kata sentiasa dijaga agar kita tidak
terdorong-dorong, Badan dan nyawa menanggung sengsara.
menanggungkan.
Hangus bertih berwarna merah, Rangkap 5 Seseorang isteri
Mari dituang ke dalam kain; hendaklah mengelakkan diri
Suami yang letih usah dimarah, daripada memarahi suami yang
Kelak terbang ke bunga lain. sedang letih kerana dikhuatiri
dia akan mencari perempuan
lain.
Anak Cina membawa surat, Rangkap 6 hendaklah beradat
Dari Perak langsung ke Deli; ketika hidup di dunia dan
Hidup di dunia biar beradat, bahasa itu tidak dapat dijual
Bahasa tidak dijual beli. beli.
Pisang kelat digonggong helang, Rangkap 7 para perantau
Jatuh ke lubuk lnderagiri; dinasihatkan agar pandai
Jikalau berdagang ke rantau orang, membawa diri di tempat orang.
Baik-baik membawa diri.

Dipetik daripada antologi Baik


Budi, Indah Bahasa, Tingkatan 2,
1.   Tema
Nasihat yang dijadikan panduan hidup kepada masyarakat agar
sentiasa melakukan kebaikan. Pelanggaran norma dalam
masyarakat akan membawa keburukan dalam kehidupan.

2.   Persoalan
a.   Sentiasa melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan.
b.   Melakukan perbuatan haram akan membawa kemudaratan.
c.   Perasaan sedih dan risau tidak boleh dibiarkan berpanjangan.
d.   Berhati-hati mengucapkan tutur kata kerana jika tersilap
berkata-kata buruk padahnya.
e.   Persefahaman antara suami dengan isteri mampu menjamin
kebahagiaan rumah tangga.
f.     Budi bahasa amat penting dalam hidup bermasyarakat.
g.   Adat orang merantau mestilah pandai membawa diri di tempat
orang.

3.   Bentuk
a.   Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b.   Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama iaitu empat
baris satu rangkap.
c.   Ada pembayang dan maksudnya.
d.   Jumlah suku kata dalam pantun ini antara tujuh hingga sebelas
suku kata.
e.   Pantun ini berbentuk terikat.

4.   Unsur Bunyi
(a)  Asonansi.
Contohnya, • Batang kapas bertimbal jalan  (perulangan vokal a);
• Hangus bertih berwarna (perulangan vokal e);
(b)  Aliterasi.
Contohnya, • Buat baik berpada-pada   (perulangan konsonan b);
• Hidup di dunia biar beradat  (perulangan konsonan d).
  

 5.   Gaya Bahasa
Anafora (perulangan kata pada Buat baik berpada-
awal baris). pada, Buat jahat jangan sekali.
Inversi. Buat jahat jangan sekali;
Penggunaan unsur alam. buah peria; padi; kapas; panas;
hujan; pulau;
Repetisi. buah peria (rangkap 1, baris 1
dan 2)
Simile. Bagai panas mengandung hujan.

    6.   Nilai dan Pengajaran

Nilai Pengajaran
Nilai baik hati. Kita hendaklah sentiasa
melakukan kebaikan dan menjauhkan diri
daripada melakukan kemungkaran.
Nilai rasional. Kita mestilah mengelakkan diri daripada
melakukan perkara yang haram supaya hidup
kita tidak binasa.
Nilai ketabahan Kita hendaklah tidak terlalu bersedih dengan
dugaan yang menimpa diri kerana perbuatan
tersebut akan memudaratkan diri sendiri.
Nilai berhati-hati. Kita mestilah berhati-hati dengan tutur kata
supaya diri kita terhindar daripada sebarang
bencana.

Anda mungkin juga menyukai