Anda di halaman 1dari 2

PUISI TRADISIONAL:

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP (KARYA: ZA’BA)

GURINDAM MAKSUD SETIAP RANGKAP


Fikir dan Kata
Rangkap 1
Kurang fikir, kurang siasat, Peringatan kepada pembaca sekiranya kurang berfikir
Tentu dirimu kelak tersesat. dan kurang menyelidik terlebih dahulu, pasti akan
menyebabkan hidup menjadi sesat.
Fikir dahulu sebelum berkata,
Supaya terelak silang sengketa. Rangkap 2
Saranan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata
Perkataan tajam jika dilepas, untuk mengelakkan sebarang salah faham dan
Ibarat beringin, racun dan upas. sengketa sesama manusia.

Kalau mulut tajam dan kasar, Rangkap 3


Boleh ditimpa bahaya besar. Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika dituturkan
boleh memudaratkan hidup masyarakat.

Rangkap 4
Sekiranya seseorang berbicara dengan kata-kata yang
pedas dan kurang sopan boleh menyebabkan dia
mengalami masalah yang besar.

Silang Sengketa Rangkap 5


Seseorang yang gemar hidup bermusuh akan sentiasa
Siapa menggemari silang sengketa, bermasalah
Kelaknya pasti berdukacita.
Rangkap 6
Silang selisih jangan dicari, Saranan agar pembaca tidak menimbulkan
Jika tersua janganlah lari. persengketaan tetapi jika perkara itu berlaku perlulah
diterima dengan tabah.

Ilmu Rangkap 7
Ilmu yang tidak dipelajari dengan sempurna kurang
Jikalau ilmu tiada sempurna, lengkap dan kurang sesuai untuk diamalkan.
Tiada berapa ia berguna.
Rangkap 8
Ilmu kepandaian boleh dikejar, Ilmu pengetahuan dan kemahiran boleh dituntut selagi
Asal mahu rajin belajar. rajin untuk menuntut ilmu.

Dunia Pergaulan Rangkap 9


Saranan agar bijak memilih sahabat dan taulan di
Dunia ini taman pergaulan, dunia yang di dalamnya mengandungi berbagai-bagai
Hendaklah pilih sahabat dan taulan. kerenah dan sifat manusia.

Manusia dikenal sifat budinya, Rangkap 10


Dengan dilihat siapa kawannya. Sifat budi pekerti seseorang boleh dikenal melalui
rakan taulan yang didampinginya.
Burung yang sama corak dan bulu, Rangkap 11
Selalu sekumpul ke hilir ke hulu. Lazimnya, seseorang akan memilih dan mencari
kawan yang sama sifat dan fiilnya untuk memudahkan
mereka bekerjasama dan bergaul mesra.

Sifat-sifat yang baik Rangkap 12


Seseorang yang bersifat budiman akan sentiasa
Jikalau kamu bersifat budiman, dipandang dan disanjung tinggi.
Dipandang sebagai bonda di taman.
Rangkap 13
Jikalau kamu bersifat dermawan, Seseorang yang bersifat dermawan akan dapat
Segala orang dapat kautawan. melawan hati orang di sekelilingnya.

Jikalau kamu bersifat pemurah, Rangkap 14


Segala manusia datang menyerah. Seseorang yang bersifat pemurah akan
memudahkannya untuk mendapat bantuan dan
pertolongan.

Perbuatan yang baik Rangkap 15


Nama seseorang yang membuat jasa akan disanjung
Barang siapa berbuat jasa, pada setiap masa.
Mulia namanya segenap masa.
Rangkap 16
Menolong sesama wajib dan perlu, Saranan agar pembaca memperbaik kelemahan diri
Tetapi tolonglah dirimu dahulu. terlebih dahulu sebelum menolong sesama manusia

Perbuatan yang jahat Rangkap 17


Perbuatan mengadu domba dan membuat fitnah boleh
Telunjuk lurus kelengkeng berkait, menyebabkan hubungan sesama manusia tidak
Hati sesama menjadi pahit. harmoni.

Barang siapa berbuat khianat, Rangkap 18


Tuhan kelak memberi laknat. Peringatan agar tidak melakukan perbuatan khianat
sesama manusia kerana Tuhan pasti akan melaknati
orang yang berbiat demikian.

Anda mungkin juga menyukai