Anda di halaman 1dari 4

NOTA REVISI: PANTUN DUA KERAT (NASIHAT)

TINGKATAN 1

ASPEK PERKARA
KAJIAN
MAKSUD RANGKAP 1 Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.

Penampilan zahir seseorang itu dapat menggambarkan sikap yang


dimiliki, kerena segala perbuatan atau tingkah laku tidak dapat lari
jauh daripada cara seseorang itu berfikir dan membuat keputusan.
Lutut di hadapan pelipat, manakala pelipat di belakang lutut.

RANGKAP 2 Sarang semut dalam gelap,


Orang selimut selalu lelap.

Orang yang tidak berbuat sebarang kerja (yang produktif) akan


selalu ketinggalan, leka dan panjang angan-angan.

RANGKAP 3 Hitam-hitam pucuk kawa,


Sungguh hitam dipandang lawa.

Kekurangan dari segi paras rupa boleh ditutup dengan kebolehan


tertentu, misalnya bijak dan sikap terpuji. Dalam bidang psikologi
disebut sebagai kecantikan sosial. Orang-orang yang berjaya dan
berilmu dipandang tinggi kerana status yang dimiliki.

RANGKAP 4 Emas, perak, tembaga, suasa,


Malas bergerak tidak merasa.

Orang yang malas berbuat sesuatu tidak akan mengecapi kejayaan


yang hakiki. Mereka kekal di takuk lama.

RANGKAP 5 Buah sintang buah senikul,


Satu memegang satu memikul.

Orang yang cekap dan tangkas mampu melakukan banyak kerja


secara serentak. Mereka tidak menunggu peluang yang sempurna
untuk mula bertindak, sebaliknya menggembleng segala sumber
yang ada.

TEMA Nasihat tentang keperluan memupuk sikap yang baik, serta menghindari sikap yang
buruk.

PERSOALAN Kerajinan dalam usaha.


Kebijaksanaan dalam melakukan pekerjaan.
Kekurangan diri bukan penghalang untuk mencapai kejayaan.

BENTUK 5 rangkap
Dua baris setiap rangkap
Rima akhir sama: a-a
GAYA Imej Alam: Pucuk kawa, buah sintang dan buah senikul.
BAHASA Bahasa Arab: Wujud dan Sifat.
Repetisi: Rangkap 5 perkataan buah dan satu.

NILAI Berhati-hati.
Kerajinan.
Keredaan.

PENGAJARAN Kita haruslah berhati-hati dalam setiap tindakan dan perbuatan kita.
Kita tidak harus meratapi kekurangan diri sebaliknya berusahalah bersungguh-
sungguh demi mencapai kejayaan.
Kita perlulah menghindari sikap pemalas.
NOTA REVISI: CERPEN HADIAH
(TINGKATAN 1)

ASPEK PERKARA
KAJIAN
SINOPSIS Mengisahkan sekumpulan murid yang sedang bercakap-cakap mengenai hadiah
yang akan diberikan kepada guru kesayangan mereka sewaktu sambutan Hari Guru
yang akan tiba tidak lama lagi. Setiap murid masing-masing menceritakan mengenai
kehebatan hadiah yang akan diberikan. Azizah seorang pelajar yang miskin tidak
mampu untuk membelikan hadiah kepada guru kesayangannya, Cikgu Zaleha.
Azizah berasa risau dan sedih kerana dia tidak mampu untuk membeli hadiah untuk
gurunya.

Azizah cuba meminta duit daripada emaknya namun hampa kerana emaknya
menyatakan bahawa dia tidak mempunyai duit untuk diberikan kepada Azizah.
Sekali lagi Azizah cuba meminta duit tetapi kali ini dia cuba meminta duit daripada
bapanya pula. Namun, Azizah sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa
keluarganya tidak mampu untuk memberikan duit kepadanya.

Akhirnya, Azizah berasa lega kerana emaknya telah mencadangkan agar Azizah
membuat tudung saji untuk dijadikan sebagai hadiah kepada Cikgu Zaleha. Setelah
mempelajari cara menganyam daripada emaknya, Azizah berusaha untuk
menyiapkan tudung saji yang cantik untuk diberikan kepada Cikgu Zaleha. Apabila
Hari Guru tiba, Azizah terlalu gembira untuk menyerahkan hadiah kepada cikgu
kesayangannya. Setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha, Azizah
dikejutkan dengan tawaran oleh Cikgu Zaleha kepadanya mengenai satu
pertandingan.

Setelah menerima tawaran tersebut, Azizah telah berusaha sedaya upayanya untuk
menghasilkan pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Azizah telah berjaya
memenangi Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat
negeri. Sehinggalah dia ahkirnya telah berjaya menambat hati juri dan hakim di
peringkat kebangsaan. Hakikatnya usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan
Azizah adalah satu kejayaan terbesar Cikgu Azizah.

TEMA Kegigihan seorang murid miskin yang akhirnya memperoleh kejayaan.

PERSOALAN Persoalan menghargai jasa guru.


Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid.
Persoalan kemahiran menghasilkan kraftangan tradisional.

WATAK DAN Azizah Seorang murid yang miskin.


PERWATAKAN Murid kesayangan Cikgu Zaleha.
Seorang yang terlalu merendah diri.
Seorang murid yang rajin.

Cikgu Zaleha Cikgu kepada Azizah.


Seorang guru yang berdedikasi.
Seorang guru yang disayangi oleh anak didiknya.
Seorang guru yang mampu menilai bakat muridnya.
LATAR MASA Waktu pagi, waktu petang dan hari guru.
TEMPAT Kelas, rumah Azizah, bilik guru dan tapak perhimpunan.
MASYARAKAT Masyarakat Pelajar
Masyarakat yang miskin
Masyarakat Guru

GAYA SINKOPE - "Tak payahlah Zizah, menyusahkan kamu saja."


BAHASA SIMILE Hanya orang yang bersikap seperti Profesor Azizahlah
KATA GANDA Mahal-mahal, terkebil-kebil dan mengata-ngata.

NILAI Ketabahan
Kasih sayang
Kerajinan

PENGAJARAN Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan hidup.


Kita mestilah rajin dalam melakukan sesuatu kerja.
Kita perlulah menanam sifat kasih sayang dengan guru.

Anda mungkin juga menyukai