Anda di halaman 1dari 2

TAJUK CERITA : HATI YANG MULIA

Selamat pagi dan salam sejahtera bertaut tangan salam dihulurkan terima kasih peneraju
majlis, para hakim yang bijak berkarisma, penjaga masa yang begitu peka dengan edaran
jam, guru-guru dan rakan rakan yang dihormati sekalian. Izinkan saya memperdengarkan
cerita yang bertajuk “Hati yang mulia”.
Sinar Mentari menyilau mata
Tidak dihirau tekad berusaha
Walau rintangan datang melanda
Azik hadapi dengan bijaksana
Azik merupakan seorang murid yang istimewa dalam Kelas 5 Mawar. Dia dilahirkan dengan
kaki kiri yang tidak sempurna. Azik terpaksa menggunakan bantuan tongkat untuk berjalan.
Tetapi dia tidak pernah menyesali akan keadaan dirinya malah dia bersyukur kerana masih
dikurniakan akal fikiran yang normal. Walaupun Azik agak pendiam tetapi dia seorang murid
yang cemerlang. Azik sering membantu murid-murid lain menyelesaikan masalah dalam
matapelajaran yang tidak difahami. Ini membuatkan guru-guru bertambah sayang akan Azik
yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya. Walaubagaimanapun tidak semua murid
dapat menerima Azik. Ada segelintir yang berasa benci dengan kehadiran Azik di sekolah
itu. Mereka merasakan Azik tidak setaraf untuk berkawan dan belajar bersama-sama
mereka. Salah seorang murid tersebut bernama Afiq. Afiq belajar di kelas yang sama
dengan Azik. Afiq tidak suka berkawan dengan Azik yang tidak sempurna sepertinya. Afiq
memandang rendah terhadap Azik. Bagi Afik biarlah enggang sama enggang pipit sama
pipit, janganlah pula pipit nak jadi enggang. Perasaan benci dan dendam terhadap Azik
semakin hari semakin menebal. Afiq dan rakan-rakannya sering mengejek Azik. Mereka
menjadikan kecacatan Azik sebagai usikan tanpa memikirkan perasaan Azik. Kadangkala
Afiq bertindak lebih jauh dengan menuduh Azik melakukan kesalahan yang tidak
dilakukannya. Afiq juga menghasut murid-murid lain agak menyisihkan Azik. Walaupun
hatinya terluka, perasaannya tercalar Azik tak mampu bersabar ejekan Afiq dan rakan-
rakannya. Malah dugaan yang dilalui menjadikan dia seorang yang matang dan tabah. Azik
menganggap semua ini sebahagian daripada ujian Tuhan terhadap hambanya. Dia teringat
kata-kata seorang Ustaz bahawa Allah sering menguji hambanya yang tabah dan mampu
menghadapi dugaan. Tiba-tiba terlintas di fikirannya bahawa dia merupakan insan pilihan
Tuhan kerana dirinya tabah, cekal dan hebat. Azik menjadi semakin kuat. Azik berazam
untuk belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi peperiksaan akhir tahun yang bakal
tiba tidak lama lagi. Dia ingin membuktikan kepada masyarakat bahawa dirinya juga boleh
Berjaya seperti murid-murid lain yang sempurna. Azik tidak mahu menjadikan kekurangan
diri sebagai alasan gagal dalam peperiksaan. Pada suatu petang hujan turun agak lebat.
Pada ketika itu, Azik baru dalam perjalanan pulang dari sekolah selepas selesai menduduki
kertas terakhir peperiksaan. Azik melindungi badannya dengan baju hujan yang sentiasa
dibawanya. Azik berjalan dengan berhati-hati menggunakan bantuan tongkat. Pada masa
itu, keadaan jalan agak licin. Semasa sedang berjalan, menyusuri tepi sebuah longkang
yang besar, Azik terdengar suara orang meminta tolong. Azik mengamati suara tersebut dan
terus mencari arah datangnya suara itu. Terkejutnya Azik apabila mendapati Afiq sedang
berpaut pada tebing sebuah longkang yang besar. Dia sedang berusaha untuk
menyelamatkan dirinya daripada dihanyutkan oleh arus deras air longkang. Azik
memandang sekeliling untuk meminta bantuan. Malangnya, tiada sesiapa di situ. Hahhh…
tentu kawan-kawan ingin tahu apa yang berlaku seterusnya. Sedang memikirkan cara untuk
menyelamatkan Afiq terpandang tongkatnya…Tanpa membuang masa, Azik menghulurkan
tongkatnya kepada Afiq. Dia menggunakan sepenuh tenaga untuk menarik Afiq dari dalam
longkang tersebut. Akhirnya Azik berjaya menyelamatkan Afiq. Pada masa itu, Afiq masih
dalam keadaan terkejut dan trauma. Dengan suara yang terketar-ketar, Afiq berterimakasih
kepada Azik kerana telah menyelamatkan nyawanya. Dia berasa sungguh malu kerana
selama ini dia memperkecil akan Azik. Afiq kesal akan sikap sombongnya yang suka
memandang rendah terhadap orang lain. Afiq meminta maaf kepada Azik. Afiq berjanji tidak
akan mengulangi sikap buruk dan akan sentiasa menghormati setiap orang tanpa mengira
taraf dan rupa. Kini Afiq sedar bahawa kesempurnaan dan kemuliaan seseorang terletak
pada hati. Jadi kawan-kawan ambillah pengajaran daripada cerita ini. Jangan sesekali
menilai seseorang berdasarkan fizikalnya kerana di sebalik kelemahan dan kekurangan diri
tersimpan hati emas yang tiada nilainya. Di samping itu orang yang tabah, gigih dan cekal
pasti akan memperoleh kejayaan. Jangan mengeluh apabila Tuhan sering menguji kita
dengan pelbagai dugaan kerana Tuhan pasti akan mengurniakan pelangi yang indah
sebagai ganjaran bagi orang yang sabar. Saya akhiri cerita ini dengan serangkap pantun.
Dengar ya
Daun melebar ke tengah laman
Dahannya redup ke arah barat
Banyak bersabar kuatkan iman
Bahagia Hidup Dunia Akhirat

Sekian Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai