Anda di halaman 1dari 4

Malaysia ,tanahairku tercinta.

Senyuman manis buat Pengacara majlis ,kombinasi kehakiman yang berintegriti dan
pastinya menegakkan keadilan, Dif-dif kehormat,guru-guru dan rakan–rakan yang
dihormati.

Adakah kamu sayang Malaysia ?

Adakah kamu cinta Malaysia ?

Kata orang,tak kenal maka tak cinta. Oleh itu,untuk santapan ilmiah kita bersama saya
titipkan sebuah syarahan bertajuk ‘Malaysia, tanahairku tercinta’. Menurut kamus
dewan , cinta bermaksud perasaan sayang dan kasih kepada individu atau negara.

Warga dewan yang di hormati,

Bagaimana untuk kita menzahirkan rasa kecintaan kepada negara?

Pertama, kita harus menjunjung tinggi dan menghayati prinsip Rukun Negara iaitu :-

Kepercayaan kepada Tuhan,

kesetiaan kepada Raja dan Negara,

Keluhuran perlembagaan,

Kedaulatan undang-undang,

Kesopanan dan kesusilaan,

Wah ,begitu gah rukun negara digarap dan diolah . Generasi muda harus memahami
dan menghayatinya supaya warganegara yang berkualiti, setia dan cinta kepada
negara dapat dilahirkan.
Sidang hadirin yang dikasihi,

Kedua, Sejarah merupakan guru yang terhebat. Nama– nama gah yang terpahat
kukuh di tugu peringatan dan buku sejarah,bukan sekadar untuk tatapan tetapi untuk
dihayati erti sebenar semangat cintakan negara. Sanggupkah kita lihat segala
pergorbanan mereka menjadi sia-sia?.Saya ulangi, sanggupkah ?

Hadirin yang di hormati,

Ketiga, Anak-anak umpama tiang seri dan aset terpenting negara .Akhlak mereka
perlu diasuh, bakat perlu digilap ,minda perlu disemai dan ditanamkan dengan
kisahkisah sejarah . Dengan itu, pasti akan tumbuh dan suburlah semangat cintakan
negara.

Sebelum mengundur diri, saya ingin menyeru generasi muda. Wahai ,anak-anak
muda,bangunlah! Hei, anak-anak muda, bangkitlah !.

Marilah ,kita satukan hati-hati kita agar menjadi satu bangsa yang cintakan negara.

‘Malaysia, tanahairku tercinta’

Sekian, terima kasih .


Anjing Yang Tamak
Selamat pagi saya ucapkan kepada Guru Besar, guru-guru dan rakan-rakan
sekalian. Saya _______________ dari Tahun Satu akan menyampaikan cerita
bertajuk ‘Anjing Yang Tamak’.

Pada suatu pagi, Sang Anjing pergi mencari makanan. Sang Anjing terjumpa
seketul tulang. Hatinya sangat gembira. Sang Anjing lalu di atas sebatang titi.

Tiba-tiba Sang Anjing terpandang bayangnya sendiri di dalam air. Sang


Anjing menyangka ada anjing lain yang menggonggong tulang. Sang Anjing ingin
merampas tulang itu.

Sewaktu Sang Anjing membuka mulutnya, tulang yang digonggongnya jatuh


ke dalam air. Sang Anjing berasa sangat menyesal.

Bayang-bayang itu rupa-rupanya ialah bayang-bayangnya sendiri. Itulah


akibatnya jika tamak.

Nilai murni yang terdapat dalam cerita ini ialah janganlah sekali-kali
mengamalkan sikap tamak. Sikap tamak boleh membawa kerugian.
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai