Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN

SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

KERTAS KONSEP UTAMA PERTANDINGAN SYARAHAN


PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI
BAHASA MELAYU SJKC DAN SJKT
PERINGKAT KEBANGSAAN

(EDISI SEMAKAN 2021)


PENGENALAN
Syarahan ialah pengucapan umum yang memerlukan seseorang pengucap menyampaikan
idea-idea melalui pemikiran logik, menaakul, menganalisis dan berhujah dengan baik untuk
menjelaskan, menerangkan dan menghuraikan topik. Penyampaian yang menarik semasa
bersyarah memerlukan penguasaan nada suara dan intonasi yang sesuai. Contohnya nada
tegas dan bersemangat untuk menarik perhatian, nada perlahan untuk merayu dan memujuk.
Selain itu, gaya persembahan yang matang, bersantun, bersahaja dan gaya bahasa yang
menarik, dapat difahami, memberikan kesan dan mampu menghuraikan dengan baik.

1.0 NAMA PERTANDINGAN


1.1 Pertandingan Syarahan Perpaduan, Piala Pusingan Perdana Menteri untuk
Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil) Kempen Bahasa Melayu
(KBM), peringkat kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Menggalakkan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil menguasai serta
mempertingkatkan taraf penggunaan Bahasa Melayu.

2.2 Menggalakkan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil bertutur dalam bahasa Melayu.

2.3 Merapatkan hubungan antara guru serta murid SJK Cina dan SJK Tamil di Malaysia.

2.4 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah.

2.5 Menanamkan semangat ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’

2.6 Membiasakan murid-murid SJK Cina dan SJK Tamil menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pertuturan harian mereka.

2.7 Membina elemen kebudayaan masyarakat Malaysia melalui pertandingan syarahan.

2.8 Membentuk watak murid abad ke-21 yang berketerampilan, yakin dan berani.

1
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

3.0 KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT


3.1. Semua murid Tahap 2 warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu di SJK Cina dan
SJK Tamil dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu layak mengambil bahagian.

3.2. Peserta-peserta yang telah berjaya memenangi johan dan naib johan peringkat
kebangsaan pada tahun-tahun sebelumnya tidak dibenarkan menyertai pertandingan
ini.

3.3. Setiap murid hanya boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja.

4.0 PERINGKAT PERTANDINGAN


Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :

4.1 Peringkat Sekolah

4.1.1 Pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan ini bermula pada peringkat sekolah
yang merupakan aktiviti sokongan kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa
Melayu.

4.2 Peringkat Daerah dan Negeri

4.2.1 Pertandingan Peringkat Daerah dan Negeri perlu dikendalikan berpandukan


Kertas Konsep Utama Pertandingan Syarahan Piala Perpaduan Perdana
Menteri Edisi 2021.
4.2.2 Urusan Teknikal Pertandingan Syarahan perlulah dirujuk dan dapatkan bantuan
daripada Pegawai Teknik Negeri yang telah dilantik oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia akan bekerjasama dan membantu pihak penganjur
pertandingan dalam aspek teknikal di peringkat negeri masing-masing.

4.3 Peringkat Kebangsaan

4.3.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa Pertandingan


Peringkat Kebangsaan. (Rujuk Perkara 17 & Perkara 18)
4.3.2 Dua orang peserta syarahan dari setiap negeri akan mewakili negeri masing-
masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

2
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

5.0 FORMAT PERTANDINGAN SYARAHAN


5.1 Format pertandingan dijalankan dalam DUA bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut.

5.2 Giliran peserta setiap bahagian ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan
oleh jawatankuasa pertandingan.

5.3 Pengacara majlis dan peserta syarahan TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri,
sekolah dan negeri masing-masing.

6.0 TAJUK SYARAHAN


6.1 Tajuk Syarahan Bahagian Pertama bertemakan PERPADUAN dan diperluas kepada
isu-isu semasa tetapi masih mempunyai nilai-nilai yang berkaitan dengan:

i. Perpaduan dan muhibah


ii. Kesopanan dan kesusilaan

iii. Integrasi kaum

iv. Patriotisme

v. Kebudayaan kaum-kaum di Malaysia

6.2 Peserta yang tidak menggunakan tajuk bertemakan PERPADUAN maka pihak
juri/hakim hanya boleh memberi markah paling maksimum 30 markah daripada
markah keseluruhan.

6.3 Tajuk Syarahan Bahagian Kedua (spontan) akan disediakan oleh pihak urus setia
pertandingan di sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan. Tajuk hendaklah
berdasarkan tema yang terkandung dalam sukatan pelajaran (DSKP) BM SJKC dan
SJKT serta boleh diolah mengikut tema-tema tersebut.

6.4 Tajuk syarahan spontan mestilah tiada bertemakan perpaduan seperti syarahan
bahagian pertama.

6.5 Kupasan Syarahan Bahagian Pertama dan Syarahan Bahagian Kedua TIDAK BOLEH
menyentuh, membangkitkan, mengaibkan, menyebarkan, menyerang isu-isu sensitiviti
berkaitan politik, agama, bahasa, budaya, adat, sastera, individu, bangsa, negeri,
negara, nilai murni sejagat, dan hal-hal perkauman yang agresif, negatif dan sensitif.

3
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

7.0 PENYUSUNAN FORMAT TEKS SYARAHAN


7.1 Pengenalan Syarahan

7.1.1 Syarahan yang baik mestilah mengandungi pengenalan (introduction), isi (body) dan
penutup (conclusion).

7.1.2 Syarahan harus dimulakan dengan pembuka kata yang mengandungi perkara-
perkara yang berkaitan dengan kaedah memberikan hormat dan mengucapkan
salam kepada khalayak mengikut protokol dan pangkat mereka. Ucapan yang biasa
digunakan seperti “Selamat Pagi”, “Selamat Sejahtera” dan sebagainya.

7.1.3 Selepas pembuka kata, peserta harus memperkenal dan mendefinisikan tajuk
secara KONSEPTUAL SAHAJA dan bukan secara literal (perkataan demi
perkataan).

7.2 Idea /Isi Syarahan

7.2.1 Susunan idea atau syarahan hendaklah disusun dengan rapi bagi memudahkan
khalayak mengikutinya.

7.2.2 Setiap isi perlu disertakan contoh, petikan, statistik dan bukti yang berfungsi untuk
menyokong dan menguatkan sesuatu syarahan.

7.2.3 Sebelum memulakan isi-isi yang baharu, peserta-peserta hendaklah melafazkan


kata-kata berbentuk meraikan atau menghormati seperti “Hadirin yang dihormati”,
“Hadirin sekalian”, “Hadirin yang dimuliakan” atau yang seumpamanya.

7.3 Penutupan Syarahan


7.3.1 Penutupan syarahan merupakan bahagian akhir sebuah syarahan. Perlu diingat
bahawa penutupan syarahan sama pentingnya dengan bahagian pengenalan
syarahan. Jika pengenalan bertujuan menarik perhatian khalayak, penutupan
syarahan adalah untuk mewujudkan kesan yang mendalam kepada khalayak.

7.3.2 Langkah yang perlu dititikberatkan semasa mengakhiri syarahan seperti membuat
rumusan pada keseluruhan isi secara ringkas untuk mengembalikan tumpuan
khalayak agar mereka mengingati fakta utama semula yang telah disampaikan.
Penggunaan bahasa berirama / frasa, ungkapan menarik / peribahasa / pantun dan
lain-lain mengikut kreativiti amat digalakkan. Mengakhiri syarahan dengan lafaz
lafaz ucapan terima kasih.

4
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

8.0 HAD MASA


8.1 Setiap peserta diberi masa LIMA (5) minit sahaja.
8.2 Sekiranya peserta mengambil masa melebihi lima minit, markah akan ditolak. Setiap 30
saat selepas minit yang diperuntukan SATU (1) MARKAH akan DITOLAK daripada
markah yang diperoleh.

8.3 Loceng akan dibunyikan sekali seminit sebelum masa sebenar tamat.
8.4 Loceng akan dibunyikan DUA kali apabila masa sebenar tamat.

9.0 FORMAT PERTANDINGAN


9.1 Format pertandingan dijalankan dalam DUA bahagian iaitu Bahagian Pertama (Hafalan)
dan Bahagian Kedua (Spontan).

9.2 Syarahan Bahagian Pertama (5 minit)


Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing dengan tajuk yang telah
disediakan oleh pihak sekolah yang mengambil bahagian. Tema tajuk mestilah
berdasarkan tema Perpaduan berdasarkan perkara 6.1.

9.3 Peserta yang menyampaikan syarahan tidak menggunakan tajuk bertemakan


PERPADUAN hanya akan mendapat markah maksimum 30 markah.

9.4 Syarahan Bahagian Kedua (3 minit)

9.4.1 Pertandingan syarahan secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan syarahan bahagian pertama.

9.4.2 Masa penyampaian syarahan spontan 3 minit sahaja.

9.4.3 Selepas 3 minit para hakim tidak akan menilai dan memberi markah
persembahan peserta.

9.4.4 Juruacara pertandingan berhak memberhentikan peserta jika peserta


menyampaikan syarahan spontan melebihi 4 minit.

9.4.5 Peserta akan menyampaikan syarahan masing-masing secara spontan


berdasarkan tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.

9.4.6 Peserta dikehendaki memilih sampul yang mengandungi tajuk spontan yang
disediakan oleh jawatankuasa pertandingan.

5
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

9.4.7 Juruacara akan membacakan tajuk tersebut (DUA KALI) apabila peserta telah
bersedia berada di atas pentas.

9.4.8 Masa persediaan (1) satu minit bermula sebaik sahaja juruacara selesai
membaca tajuk syarahan spontan. Semasa persediaan di pentas, peserta tidak
dibenarkan mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, alat tulis, kertas
catatan, alat komunikasi dan alat elektronik.

9.4.9 Loceng akan dibunyikan SEKALI menandakan bermulanya masa persediaan


dan DUA KALI menandakan tamatnya masa persediaan.

9.4.10 Peserta akan memulakan syarahan spontan sebaik sahaja masa persediaan
telah tamat.

9.4.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan syarahan spontan sebelum tamatnya masa
persediaan.

9.4.12 Permintaan bacaan tajuk semula oleh peserta selepas loceng persediaan tamat
dibunyikan tidak dibenarkan.

10.0 PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN PERTAMA


10.1 Idea/Isi (20 markah)
Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi. Isi/idea
hendaklah bernas yang disokong oleh data/bahan yang tepat/logik sebagai
peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan:
Idea/Isi tepat - 2 markah
Huraian - 3 markah
Data/Contoh - 1 markah
Markah penuh bagi setiap isi / idea ialah 6 markah (6 markah x 3 isi =18 markah
+ 2 markah takrifan tajuk [konseptual] = 20 markah).

6
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

10.2 Bahasa (30 markah)


Peserta syarahan akan diadili dari segi jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya
bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Panduan Pemarkahan:
Tatabahasa - 10 markah
Gaya Bahasa - 10 markah
Sebutan baku - 10 markah

10.3 Gaya Persembahan (50 markah)


10.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan
menyakinkan, gaya yang menarik, matang, bersederhana, bersahaja,
santun dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang
keterlaluan akan MENJEJASKAN markah persembahan).

10.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit,
menyanyi, berlakon, dialog, bersyair, tidak dibenarkan dan akan
menjejaskan markah persembahan).

10.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberikan ucap selamat dan kata alu- aluan
sebelum memulakan syarahan.

10.3.4 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat membuat
kesimpulan TIDAK LAYAK untuk diumumkan sebagai pemenang
pertama, kedua, dan ketiga pada semua peringkat pertandingan.

10.3.5 Lima markah maksimum AKAN DIPOTONG jika peserta menyentuh isu
sensitif/menunjukkan perlakuan/ tutur kata yang kurang sopan.

7
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

11.0 PERATURAN PEMARKAHAN BAHAGIAN KEDUA (Spontan)

11.1 Isi ( 40 markah )


Peserta syarahan akan diadili dari segi pengutaraan dua idea/isi. Idea/isi hendaklah
bernas/logik dan dihuraikan dengan jelas.

Panduan Pemarkahan
Idea/ si – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data/contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2= 38 markah +
2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

11.2 Bahasa ( 30 markah )


Peserta syarahan akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan baku (struktur dan
sebutan) gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak
disampaikan.

11.3 Gaya Persembahan ( 30 markah )


11.3.1 Peserta syarahan akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan
meyakinkan, gaya yang menarik, matang, sederhana, bersantun,
bersahaja dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan yang keterlaluan
akan menjejaskan markah persembahan).

11.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi,
berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah
persembahan).

11.3.3 Peserta syarahan WAJIB memberi ucap selamat dan kata-kata aluan
sebelum memulakan syarahan. Markah keseluruhan akan terjejas sekiranya
peserta tidak memberi ucap selamat terlebih dahulu. Lima markah
maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/menunjukkan
perlakuan/tutur kata yang kurang sopan.

8
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

12.0 Bagi peserta yang mendapat markah yang sama kedudukannya akan ditentukan
berdasarkan MARKAH SPONTAN yang lebih tinggi mengikut susunan kriteria seperti di
bawah:

i. Idea (40%)
ii. Bahasa (30%)
Iii. Persembahan (30%)

13.0 PENENTUAN JUARA PERPADUAN ATAU JUARA KESELURUHAN

Kedua-dua markah peserta syarahan dari setiap negeri ini akan digabungkan dengan
markah peserta-peserta bertulis negeri masing-masing untuk menentukan Juara
Perpaduan atau Juara Keseluruhan.

14.0 PANDUAN KEPADA PANEL JURI/HAKIM


14.1 Peserta syarahan setiap bahagian akan diadili daripada segi isi/idea, bahasa dan
persembahan.

14.2 Panel juri/hakim tidak boleh terpengaruh oleh reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

14.3 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta syarahan yang membaca
nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang sopan dan
tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu
daripadanya) sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga.

14.4 Juri atau Panel Hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
MARKAH. (Rujuk Perkara 12.0)

14.5 Keputusan panel Juri/Hakim MUKTAMAD.

15.0 PAKAIAN PESERTA


15.1 Peserta hendaklah memakai blazer berwarna gelap yang tidak menunjukkan identiti
sekolah.

15.2 Peserta lelaki juga dikehendaki memakai tali leher, kemeja putih dan berseluar
panjang berwarna gelap.

15.3 Peserta perempuan dikehendaki memakai tali leher, kemeja putih dan skirt berwarna
gelap.

9
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

15.4 Peserta turut digalakkan berpakaian tradisional masyarakat Malaysia sebagai imej
perpaduan dan kebudayaan negara.

16.0 HADIAH-HADIAH
16.1 Hadiah Perseorangan:
Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat Ketiga : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Piala dan Sijil Pencapaian

16.2 Hadiah Berpasangan:


Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Naib Johan : Piala dan Sijil Pencapaian
Tempat Ketiga : Piala dan Sijil Pencapaian

16.3 Semua peserta yang mengambil bahagian akan mendapat Sijil Penyertaan.

17.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN


17.1 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh Pengarah
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ahli Jawatankuasa terdiri daripada Jawatankuasa Teknikal Syarahan
Kebangsaan dan semua Jabatan Pendidikan Negeri.

17.2 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan


yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan.

10
KERTAS KONSEP SYARAHAN PIALA PERPADUAN PERDANA MENTERI KEMPEN
SJKC & SJKT PERINGKAT KEBANGSAAN BAHASA MELAYU

18.0 HAL - HAL LAIN


18.1 Segala peraturan ini tertakluk kepada perubahan oleh Jawatankuasa Teknikal
Syarahan Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

18.2 Maklumat lanjut, sila hubungi Pegawai-Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri dan
Pegawai Teknik Syarahan negeri masing-masing.

19.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Sukan, Kokurikulum dan
Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia.

11

Anda mungkin juga menyukai