Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum....

yg berusaha tn hj razali bin Saadan, Guru Besar Sk Palong 4(f),


Yg dihormati En Mazli bin Musa, Guru Penolong kanan Hem, Pn Waromlah binti Hj Abd
Rasid Guru Penolong kanan Kokurikulum, guru-guru dan murid-murid yang di kasihi...

Minggu ini merupakan minggu bertugas untuk saya dan Ustazah Umi Yuhaniz buat kali
pertama tahun 2014. Sekiranya ada sebarang masalah boleh berjumpa dengan saya
atau ustazah Umi.

Murid-murid yang saya sayangi...siapa di hadapan cikgu yang dia mengaku dengan
ikhlas hati bahawa sememangnya dia seorang murid yang rajin. Pernah dengar tak
salah satu kata-kata hikmah rajin dan usaha tangga kejayaan..

Sebenarnya, setiap kejayaan yang kita kecapi bertitik tolak daripada daya usaha dan
kerajinan hidup bak kata rajin berusaha tangga kejayaan!

Ketepatan maksud kata-kata hikmat ini bersinonim dengan makna peribahasa Melayu,
iaitu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Maksudnya kalau kita
tidak berusaha mana akan dapat hasilnya.

Jelas di sini bahawa kejayaan seseorang berpunca daripada kerajinan biarpun aspek
kecerdasan dan kebestarian akal tidak boleh diketepikan. Jangan biarkan sikap malas
menjadi penghalang kepada kemajuan dan kesejahteraan hidup kita. Tidak mustahil
sekiranya murid yang memperoleh tempat ke 20 boleh mendapat tempat pertama pada
tahun ini. Sekiranya ada usaha...

Kamu semua mesti ingat bahawa murid yang rajin, gigih berusaha akan maju ke
depan sedangkan yang malas akan ketinggalan dan mandur.

Oleh itu kamu mesti berlumba-lumba menimba ilmu. Sebabnya ialah ilmu menjadi
ukuran kepada kemajuan dan kejayaan seseorang. Orang yang tidak berilmu ialah
orang yang tidak berjaya.

Jadi, setiap murid haruslah menyemaikan prinsip hidup yang terkandung di sebalik
maksud kata-kata hikmat tersebut. Bakat semula jadi dan ilmu yang ditimba semasa ber
sekolah perlulah digilap dan diasah dengan kesungguhan, kecekalan dan kerajinan
sebelum kejayaan dan kecemerlangan dapat kita kecapi bak kata peribahasa belakang
parang, kalau diasah lagikan tajam. Ada murid yang miskin dan ada juga murid yang
sakit hanya mampu terlantar di atas katil....sehingga xmampu untuk belajar. Semua
yang ada di tapak perhimpunan ini seharusnya bersyukur kerana masih ada peluang
untuk belajar di sekolah.

Oleh itu, kita haruslah senantiasa bersikap rajin untuk mengejar cita-cita dan
merealisasikan impian kita. berazamlah dalam diri kita mulai pada hari ini untuk bersikap
rajin kerana rajin dan usaha adalah tangga kepada kejayaan.....

Anda mungkin juga menyukai