Anda di halaman 1dari 8

Petua Harian Kemahiran Belajar SmartStudy

Teknik Belajar Osman Affan


 Rumah
 Osman Affan

Mutiara Kata
Oktober 1, 2006

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu
bayar kemudian. Memburu kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan.
Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan

Jika diberi peluang, semua pelajar mahu menjadi cemerlang. Jika diberi peluang,
semua pelajar mahu berjaya dalam hidup. Namun, anda perlu ingat bahawa, jika
anda tidak faham konsep di atas, anda akan jadi tidak sabar untuk mengecap
sesuatu yang menyeronokkan. Benar, kejayaan adalah menyeronokkan, tetapi
bolehkah anda bersabar dan berusaha untuk mengecapinya?

Pelajar yang gagal biasanya tidak sabar untuk mengecapi sesuatu yang
menyeronokkan. Lambat sangat nak tunggu seronok dapat keputusan cemerlang,
penat pulak tu kena belajar. Jadi, macam mana nak seronok cepat? –> Melepak…
seronok cepat….. ponteng sekolah…seronok cepat……. ikut kawan hisap rokok…
seronok cepat…… main-main dalam kelas…seronok cepat…..

Malangnya, apa yang cepat menyeronokkan ini selalunya akan menjadi sesuatu
yang sangat-sangat menyakitkan dalam jangka masa panjang…..

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara kata
September 21, 2006

Fungsi membaca kepada minda adalah umpama fungsi senaman kepada tubuh badan kita. ~Joseph
Addison 
Saya kagum melihat sahabat-sahabat dan kenalan saya yang berjaya menimba ilmu melalui
pembacaan. Saya juga kagum melihat orang-orang yang berjaya yang benar-benar suka membaca.
Benar pepatah melayu mengatakan bahawa membaca jambatan ilmu. Jika anda tidak dapat
mencapai ilmu, membaca umpama membina jambatan yang menyambungkan anda dan ilmu.

Membaca membuat minda anda lebih cergas. Membaca membuat anda lebih yakin untuk berbicara.
Membaca juga membuat fikiran anda lebih terbuka kerana anda telah terdedah kepada pelbagai idea,
cerita kehidupan dan budaya yang berlainan.

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
September 15, 2006

Matlamat tanpa usaha adalah angan-angan. Usaha tanpa matlamat umpama berjalan tanpa tujuan.
Matlamat beserta usaha pasti menghasilkan kejayaan.~Osman Affan
Saya percaya anda ada matlamat, sebab itulah anda membaca petua harian ini untuk membantu
usaha anda. Tips-tips motivasi diri menjelang peperiksaan sepanjang minggu ini  menekankan
tentang usaha anda untuk mencapai kejayaan. Walaupun ia mungkin kelihatan mudah, ia tidak begitu
mudah untuk dipraktikkan. Saya sendiri juga sentiasa perlu mengingatkan diri saya supaya sentiasa
mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan bersama anda di sini. Saya percaya anda tidak
semestinya perlu baca 1000 petua untuk mencapai kejayaan. Selalunya, hanya dengan satu petua
sahaja yang benar-benar dipraktikkan dan diamalkan, apa yang anda ingin kecapi selama ini akan
tercapai. Persoalannya, sanggupkah anda anda berubah daripada tabiat lama kepada tabiat yang

boleh membawa anda ke arah kejayaan?

 2 komen |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
September 3, 2006

Bagi setiap usaha yang disertai dengan disiplin, pasti akan ada ganjaran yang berganda. ~Jim Rohn

Semasa menjalankan sesi kaunseling, saya dengar banyak cerita daripada ibu bapa tentang anak-anak mereka yang mulanya cemerlang di dalam

darjah 1,2 dan 3 tetapi kemudian semakin merosot apabila masuk darjah 4 ke atas. Apakah puncanya? Jika saya tanya ibu bapa apakah puncanya,

apa agaknya jawapan mereka?

Majoriti ibu bapa meneka puncanya ialah cikgu yang mengajar dan juga keadaan sekolah yang tidak terkawal. Apa pendapat anda?

Perkara terbaik yang harus kita buat ialah elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Tuding jari ke arah kita dahulu.   Saya akan kongsikan

sedikit pemerhatian saya terhadap perkara ini.

JIka anda cemerlang diperingkat bawahan dan kemudian semakin menurun, besar kemungkinannya anda mempunyai potensi kelebihan intelek.

Maksud saya, anda mempunyai kelebihan untuk belajar sesuatu dengan mudah. Jadi, anda berpeluang untuk menjadi pelajar yang sangat

cemerlang. Tetapi kenapa prestasi anda semakin menurun?

Ia berlaku kerana anda tidak mempunyai disiplin belajar. Pada peringkat bawahan, anda boleh menjawab dengan baik dalam peperiksaan kerana

anda mudah ingat apa yang cikgu anda ajar di dalam kelas. Jadi, walaupun tanpa ulangkaji, anda boleh menjawab dengan baik. Selepas darjah 3 ke

atas, pembelajaran bukan sahaja anda perlu faham apa yang cikgu ajar di dalam kelas, tetapi anda perlu buat latihan tubi supaya ilmu itu sebati

dengan anda.

Mungkin di sinilah kurangnya anda. Anda mungkin terasa yang menjawab peperiksaan tidak semudah dulu. Sebabnya, dulu anda tidak perlu

mengulangkaji, tetapi kini disiplin untuk mengulangkaji dan membuat latihan adalah sangat penting.
Jadi, jangan risau jika prestasi anda semakin merosot. Anda bukan semakin bodoh. Apa yang perlu anda lakukan? Disiplinkan diri untuk

mengulangkaji setiap hari dan membuat latihan matapelajaran anda. Insyallah, anda akan lihat prestasi anda meningkat semula. Inilah yang Jim

Rohn maksudkan dengan ganjaran yang berganda.  

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
Ogos 18, 2006

Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein

Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang.

Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa

hendak belajar.

Begitu juga sebaliknya jika imaginasi pelajar menunjukkan bahawa belajar itu mudah dan menyeronokkan, ia akan menjadi nyata.

Jadi, jika anda belajar itu susah, periksa semula apakah imaginasi anda terhadap pelajaran?

 2 komen |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
Ogos 12, 2006

Bodoh adalah apabila anda merasa terlalu pandai dan tidak mahu mendengar nasihat orang lain. ~Osman Affan

Saya tidak suka bercakap tentang perkataan bodoh sebenarnya kerana ia amat sensitif dan kalau disalah guna akan mendatangkan akibat yang

tidak baik dalam jangka masa panjang. Saya selalu ingatkan sahabat-sahabat saya agar jangan sekali-kali menggunakan perkataan ‘bodoh’ kepada

pelajar kerana kesannya sangatlah tidak baik.


Apa yang kita perlu ingat ialah, bodoh ini bukan satu sifat. Maksudnya, kalau tak tau jawab soalan, itu bukan bodoh. Kalau gagal dalam peperiksaan

itu bukan bodoh. Bodoh ini ialah satu sikap. Ia adalah satu sikap anda bila anda merasa terlalu pandai dan mula tidak mahu mendengar nasihat

atau pendapat orang lain.

Disekolah, saya pernah bertemu dengan murid sebegini. mereka ini selalu mencari kesalahan guru dan mentertawakan guru jika guru ada membuat

kesilapan. Elakkan sejauh-jauhnya daripada menjadi pelajar sebegini.  

Osman Affan

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
Ogos 8, 2006

Jangan bazirkan tenaga anda untuk mencari alasan. Sebaliknya, gunakan segala keupayaan anda untuk mencari dan mencipta jalan

penyelesaian. ~Osman Affan

Kenapa kerja sekolah tak siap? “Rumah saya ada kenduri semalam cikgu.”

Kenapa tak datang kelas tambahan semalam? “Kawan-kawan tak beritahu saya ada kelas cikgu.”

Kenapa gagal dalam ujian ni? “Cikgu ajar tak jelas. Lagi pun saya memang lemah sikit subjek ni.”

Semakin banyak kita gunakan keupayaan kita untuk mencipta alasan, semakin kurang keupayaan kita untuk mencari jalan penyelesaian. Akhirnya,

kita akan sentiasa tersekat di takuk lama.

Setiap kali ada masalah, elakkan dari menuding jari ke arah orang lain. Cari kesilapan dari dalam diri sendiri dahulu kerana di situlah selalunya

punya kebanyakan masalah kita. Bila kita sudah akui kesilapan kita, lebih mudahlah untuk kita perbaiki dan majukan diri kita sehingga berjaya.

Osman Affan

 3 komen |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan
Mutiara Kata
Ogos 1, 2006

Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu
kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman
Affan~

Ada masanya kita terlalu tidak sabar untuk mengecap kejayaan. Hari ini kita belajar, esok lusa kita sudah mahu
berjaya dengan cemerlang. Ada yang lebih malang lagi, mahu berjaya dahulu dengan cemerlang baru mahu ada
semangat untuk berusaha.

Kita perlu ingat, kalau kita bersifat tidak sabar dalam mengejar kejayaan, kita akan mula mencari sesuatu
aktiviti yang memberikan kepuasan dengan cepat. Contohnya, ada orang yang mahu menjadi kaya tetapi tidak
sabar kerana usaha untuk menjadi kaya akan memakan masa yang lama, mungkin bertahun-tahun. Jadi, apa
mereka lakukan? Mereka beli nombor ekor, dengan harapan, jika kena, mereka akan kaya dengan segera.

Malang juga kerana saya tahu ada orang yang bertahun-tahun habiskan masa beli nombor ekor tapi masih juga
tidak kaya. Malah, jika masa yang bertahun-tahun itu dihabiskan dengan berusaha di atas jalan yang halal dan
diberkati, sudah pasti mereka akan kaya raya sekarang. Fikirkanlah…..

Osman Affan

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
Julai 29, 2006

Pelajar tanpa kemahiran belajar umpama mekanik yang tidak tahu membaiki kereta. ~Osman Affan~

Kita selalu dengar orang mengatakan bahawa jika anda selalu gagal dalam peperiksaan, anda mungkin seorang yang bodoh. Ada juga yang

sanggup mengatakan yang otak anda lembab jika anda tidak mampu memahami apa yang cikgu anda ajarkan. benarkah begitu?

Saya tidak percaya itu semua. Saya percaya bahawa, jika anda tidak mendapat keputusan yang baik, mungkin anda masih tidak mempunyai

kemahiran yang mencukupi sebagai seorang pelajar.

Sebagai pelajar, anda perlu banyak menghafal fakta, tetapi anda tidak tahu kemahiran menghafal, jadi anda gagal. Sebagai pelajar anda perlu

banyak membaca, tetapi anda tidak boleh membaca dengan kadar yang pantas, jadi anda gagal membaca semua bahan bacaan yang perlu anda

baca.
Apa yang perlu anda sedar di sini bahawa, jika kegagalan anda disebabkan oleh kekurangan kemahiran, bolehkah anda lakukan sesuatu?? Ya,

sudah tentu anda boleh lakukan sesuatu. Kuasai semua kemahiran belajar yang boleh membantu anda.

Osman Affan

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan

Mutiara Kata
Julai 26, 2006

“Kejayaan Boleh Diramalkan”

~Brian Tracy~

Ada orang mengatakan bahawa kejayaan adalah amat sukar untuk dicapai. Jika hendak dicapai pun susah, apatah lagi hendak diramalkan.

Maksudnya, agak mustahil untuk kita meramal bahawa seseorang akan berjaya disuatu masa akan datang atau tidak.

Tetapi, menurut Brian Tracy (seorang penulis, penceramah, ahli perniagaan dan pakar motivasi terkenal) kejayaan boleh diramalkan. Maksud

beliau, kita boleh tahu seseorang akan berjaya atau tidak di masa akan datang berdasarkan apa yang mereka lakukan sekarang.

Untuk lebih mudah faham, cuba bayangkan anda melihat ibu anda memasak mi segera. Anda lihat dengan teliti setiap perkara yang ibu anda

lakukan. Kemudian, anda ikuti langkah itu semula satu persatu. Jika anda lakukan semua apa yang ibu anda lakukan dengan terperinci, bolehkah

saya ramalkan bahawa anda pasti akan berjaya memasak mi segera sebaik ibu anda? Tentu jawapannya ya bukan?

Itulah yang dimaksudkan oleh Brian Tracy. Jika anda mahu berjaya, lakukan apa yang orang telah berjaya lakukan. Jadi, jika anda masih tidak

berjaya, kaji semula apa yang anda lakukan selama ini. Mungkin ada langkah anda selama ini tidak sesuai dengan apa yang anda ingin capai.

Satu lagi pengajaran penting, jika anda masih tidak berjaya, bukan bermakna anda tidak pandai atau lemah. Ia cuma bermakna anda masih belum

melakukan sesuatu dengan betul. 

Osman Affan

 Tiada Komen » |   Mutiara Kata |   Pautan Kekal 


 Dikirim oleh Osman Affan
« Entri-entri Sebelumnya

 Anda sedang melihat arkib bagi kategori Mutiara Kata.

 ARKIB

o Oktober 2006

o September 2006

o Ogos 2006

o Julai 2006

 KATEGORI

o Berita

o Cerita

o Kemahiran Belajar

o Khas

o Mutiara Kata

o Persediaan Minda

o Psikologi Peperiksaan

Tema Contempt by Vault9.


Blog di WordPress.com.

Anda mungkin juga menyukai