Anda di halaman 1dari 42

Tips tips PEMBELAJARAN BERKESAN Berikut ini di perturunkan beberapa tips tips pembelajaran berkesan yang mungkin berguna

na untuk anda semua khususnya para pelajar 1. Jadual belajar seharusnya ada 2 jadual belajar iaitu jadual pembelajaran bagi menghabiskan sukatan dan jadual belajar harian.kegunaan jadual belajar adalah agar mendorong motivasi belajar di samping pembelajaran tersusun.pun demikian jadual sahaja tidak berguna jika tidak di ikutso dispilin diri sangat penting.. 2. Disiplin diri disiplin diri amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang dalam pembelajaran tanpa disiplin diri peratusan untuk cemerlang dalam pelajaran adalah kurang.disiplin asas kejayaan.pun demikian selalunya manusia amat sukar mengawal disiplin diri.untuk mengatasi masalah ini maka kita seharusnya pandai memotivasikan diri sendiri.cth.ingat kesusahan keluargaingat cita-cita dan sebagainya 3. Motivasi belajar selalunya motivasi belajar yang kurang amat berkait rapat dengan disiplin diri disamping pengaruh pelbagai faktor seperti masalah peribadi, masalah keluarga dan sebagainya. Untuk mengatasi masalah ini jumpalah kounselor atau cuba memotivasikan diri sendiri. 4. Teknik menjawab peperiksaan hal ini amat penting bagi kita mengetahui cara yang terbaik untuk menjawab satu satu kertas peperiksaan.kadangkala jawapan kita menjadi salah atau kita lambat menjawab akibat ketiadaan pengetahuan dalam hal ini.seminar teknik menjawab ini selalunya akan diadakan oleh pihak sekolah.guru-guru mata pelajaran anda juga tahu tentang perkara ini. 5. Latih tubi menjawab soalan peperiksaan sebenar tahun tahun lepas perkara ini pun sangat penting bagi mendedahkan kepada kita corak soalan dan tahap kesusahan soalan sebanar. Bonuslah bagi kita kalau ada soalan berulang.buku buku soalan peperiksaan sebenar tahun tahun lepas boleh dibeli di kedai2 bukujom belitak ada peruntukan cuaba cari di perpustakaanjom pinjam. 6. Buku teks dan buku rujukan kedua-dua perkara tersebut adalah sangat penting sebagai sumber ilmu pengetahuan kita. Tambahan pula bagi setengah pelajaran skema jawapan yang dibuat oleh lembaga peperiksaan adalah bulat bulat daripada buku teks. Sekarang buku teks dah freebuku rujukan boleh dibelikalau tak mampupinjam saja di perpustakaan .. 7. Tumpuan semasa guru mengajar para pelajar sekelian penumpuan semasa guru mengajar adalah sangat penting bagi menjamin kita memahami topik pembelajaran.sekiranya anda tidak faham semasa guru mengajar beranikan diri untuk bertanyapembelajaran akan lebih berkesan sekiranya anda susuli pengajaran seseorang guru itu denganmembuat latihan latihan berkaitan pembelajaran tersebut. 8. Pelajari dahulu satu satu topik itu sebelum guru mengajarnya di kelas sebaik mungkin anda sepatutnya mempelajari dahulu satu satu topik pembelajaran sebelum guru mengajarnya di kelas.rasionalnya ..ialah apabila guru mengajar kelak anda akan senang memahai topik tersebut dan anda akan tahu bertanya perkara yang anda tidak fahamsila amalkan 9. Masalah mengantuk semasa belajar adakah anda tergolong dalam golongan yang mengantuk ketika baru mentelaah pelajaran?kalau ya maka anda perlu membuat senaman

ringan,belajar ditempat yang terang pencahayaannya,membasuh muka dan membasahkan kepala,kalau dah tak tahan sangat tidurlah sekejap barang 10, 20 minit. 10. Jangan amalkan budaya menangguh budaya menangguh akan menyebabkan pembelajaran kita tertangguhnya akhirnya kita ketinggalan lalu wujud perasaan malas dan putus asadisiplinkanlah diri anda demii masa depan yang lebih baik 11. Budaya malu bertanya sekiranya anda seorang yang malu bertanya tentang pelajaran yang anda tidak fahami makaanda haruslah membuang tabiat tersebut dan mulalah bertanyakepada kawan2 yang pandai 12. Daya ingatan lemah jika daya ingatan anda lemah maka bacalah berulang2 sehingga ingat dengan cara membuat nota nota ringkas..dan carta carta aliran, peta minda dan sebagainya 13. Nota ringkas nota ringkas ini adalah isi -isi penting pembelajaran yang telah anda fahami.membantu memengingati fakta pembeljaran dan mempercepatkan pembelajaran anda. 14. Masalah peribadi dan keluarga sesungguhnya kedua dua masalah tersebut boleh menjejaskan pencapaian kita dalam akademik. Oleh itu carilah penyelasaian terbaik untuk mengatasinya.berjumpalah kaunselor atau minta pandangan kawan2 atau berbincang dengan pihak keluarga.. 15. Memilih kawan tindakan anda bijak sekiranya anda memilih kawan2 yang rajin belajar dan pandai dalam pembelajaran.walau pun anda mungkin sederhana sahaja dalam pembelajaran tetapi mudah mudahan kawan2 anda akan dapat membantu anda 16. Membuat target keputusan peperiksaan anda buatlah target untuk keputusan peperiksaan yang akan anda hadapi.tujuannya agar mendorong anda berusaha gigih untuk mencapainya 17. Study smart dan study hard kedua dua prinsip pembelajaran ini seharusnya dipegang sekiranya anda ingin mencapai keputusan yang cemerlang. 18. Masalah benci guru matapelajaran dan benci dengan mata pelajaran jika anda mengalami masalah ini maka usakan agar anda tidak terus terjerumus dalam masalah ini kerana anda akhirnya yang akan menanggung kerugian. 19. Kesesuaian masa belajar dengan mata pelajaran yang hendak dipelajari sekiranya anda dalam keadaan agak mengantuk pelajarilah mata pelajaran yang melibatkan proses kira mengira dan sebaliknya. 20. Berdisiplin, berusaha, berdoa dan bertawakkal adalah kunci kejayaan andatq. Sumber : http://lohanranau.blogspot.com

10 Tips Membina Keyakinan Diri Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

* Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain. * Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? * Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. * Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif * Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. * Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang. * Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. * Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. * Jangan terlalu kaku. * Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut. * Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.

TIPS CERIA DI AWAL PAGI BERSYUKUR Bangun je dari tido, setiap dari kita harus bersyukur kerana masih diberi peluang untuk hidup dan meneruskan apa yang tertangguh pada waktu semalam. Nyatakan kesyukuran anda tue dengan reaksi sungguh terharu (ala2x dapat jumpa idola kesayangan gitu :) ) MOTIVASIKAN DIRI SENDIRI Pasang niat dalam hati dan diri anda yang hari nie anda nak jadi bersemangat sepenuhnya, yakin seolah-olah tiada apa yang dapat halang anda dari bersemangat dan melakukan semua aktiviti hari ni dengan jayanya. Kalau boleh baca sedikit artikel -artikel pendek berunsur motivasi, baca gosip-gosip, kalau ada kawan2x yang duk mengumpat atau bergossiping tuh, hah! join dorang, interaksi dengan kawan2x waktu pagi pun dapat bantu anda bersemangat. UCAPKAN SELAMAT SEJAHTERA Tidak semestinya kena bagi salam Assalamualaikum, dalam ayat lain pun boleh kan..Macam saya kalau nak meningkatkan mood ceria saya akan sapa ramai orang and say Selamat Pagi @ Good Morning atau kadangkala agak nakal sedikit = Awak cumil lah ari nih Ikut kesesuaian yer. TENGOK WARNA CERAH Warna amat memainkan peranan dalam meningkatkan mood seseorang individu, warna cerah dapat jadikan anda energetik, ceria dan penuh dengan idea-idea yang bernas. Antara warna-warna cerah ialah merah, biru, kuning dan hijau, cara nie amat berkesan pada saya sebab tue saya sukakan warna yang cerah, such as = RED

BREAKFAST Mengambil makanan yang seimbang amat penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan oleh badan kita bagi melakukan segala macam aktiviti, makanan yang mengandungi karbohidrat dan protien dapat bekalkan tenaga sehingga time luch atau makan petang. Contohnya oatmeal, roti, nikmati bersama tea atau coffe yea. COKLAT PANAS Wah, saya amat gemari coklat, dan kalau ada, anda boleh nikmatinya pada waktu pagi juga. Dengan minum minuman yang mengandungi coklat dapat membaiki mood kita waktu pagi. nikmati coklat panas yang rendah lemak atau susu skim dan coklat hitam.

SENTIASA MEMAAFKAN ORANG Better sebelum tido pun lakukan juga, after dah bangun pagi ni, juga maafkan orang yang melakukan kesalahan dekat diri kita, samada kesilapan orang tue dah lama atau baru jer. Maafkan kesalahannya dari dulu sampai sekarang. Jika emosi negatif ada dalam diri, ia akan menghalang mood kita dari ceria. SENTIASA SENYUM Senyum..tak perlu kata apa-apa.. Bila jumpa orang, kita senyum, bila kita rasa bosan, kita senyum, bila kita tak mampu untuk ketawa, kita senyum, senyum adalah satu ways untuk kita kelihatan ceria, even tak ceria tapi at least dapat tunjukkan yang kita ni happy, dengan sendirinya mood ceria akan datang.

TIPS INDAHNYA ISLAM.... Dont Dont Dont Dont Dont Dont say say say say say say HELLO Say ASSALAMUALAIKUM THANKS Say SHUKRAN GREAT Say MASHAALLAH OK Say INSHAALLAH IAM FINE Say ALHAMDULILLAH WOW Say SUBHANALLAH

TIPS HIKMAH BERPUASA 1. Puasa menyempitkan aliran makanan dan darah. Aliran yang sama digunakan syaitan. Maka bisikan syaitan menjadi lemah. 2. Puasa melemahkan nafsu, hasrat jahat dan keinginan berbuat maksiat. Ini membuatkan roh menjadi tidak ternoda dan kembali suci. 3. Puasa mengingatkan pelakunya perihal kewujudan saudara-saudaranya yang kelaparan, memerlukan bantuan dan yang fakir serta miskin. Kesedaran ini menyebabkan orang yang berpuasa mahu mengasihi, menyayangi dan menolong mereka. 4. Puasa juga adalah pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan dan menjaga anggota tubuh daripada dosa. 5. Puasa juga adalah rahsia antara hamba dengan Tuhannya. Hal ini ditegaskan dalam hadis Qudsi. Allah berkata, "Setiap amal anak Adam untuk dirinya kecuali puasa. Puasa untukKu dan Aku sendiri yang membalasnya." 6. Puasa adalah alat penyatuan kaum muslimin. Mereka berpuasa pada waktu yang sama dan berbuka puasa pada waktu yang sama. Mereka merasa lapar bersama dengan penuh persaudaraan. Penyatuan membuatkan mereka diliputi rasa cinta dan setiakawan. 7. Puasa adalah penghapus kesalahan dan kejahatan. Muslim merekodkan Rasulullah berkata "Dari Jumaat ke Jumaat yang lain, daripada umrah kepada umrah yang lain dan dari Ramadan ke Ramadan yang lain adalah penghapus dosa. Ini selagi dosa itu tidak termasuk dosa besat." 8. Puasa menyihatkan badan kerana ia mengosongkan perut daripada semua bahan yang merosakkan. Ia juga merehatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan fungsi ginjal, hati dan jantung. 9. Apabila orang itu berpuasa, dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah tersentuh dan rasa tamak menipis. Nafsunya terkawal sehingga dengan demikian doanya dikabulkan kerana dekat dengan Allah. 10. Dalam puasa terdapat rahsia agung iaitu ketaatan menyembah Allah. Muslim patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada agamaNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh hanya demi mencari keredhaan Allah. 11. Puasa adalah kemenangan muslim mengalahkan hawa nafsunya. Ia kemenangan muslim ke atas dirinya dan ia bukti kesabaran. Orang yang tidak berpuasa tanpa sebab yang dibenarkan, ia tidak mampu mengendalikan dirinya dan tidak dapat mengalahkan hawa nafsunya. 12. Puasa adalah latihan luar biasa jiwa supaya ia berada dalam keadaan bersedia 100 peratus. Jiwa yang tersedia ini mampu menanggung beban hidup sehingga Ramadan juga digelar sekolah istimewa. Selain itu dengan puasa, kita

bersedia dan agung seperti jihad, mendermakan harta di jalan Allah dan berkorban. TIPS MEMILIH SAHABAT Rasulullah saw pernah berpesan: "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat. # Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; # Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; # Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; # Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; # Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; # Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; # Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; # Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; # Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; # Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; # Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan # Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TIPS MENGAWAL RASA MARAH 1. Tarik nafas dalam-dalam, kemudian hembuskannya perlahan-lahan. Kaedah ini dah ramai motivator bagi. Saya sekadar mahu ulanginya semula. Buatlah, anda pasti akan dapat rasai kelegaannya. Kita jadi tak stabil sebab kita tengah gagal untuk kawal emosi kita. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembuskannya perlahan-lahan. 2. Minum air masak sekerap yang mungkin. Cuba bila anda marah-marah, kemudian anda ambil air masak, minum seteguk. Tak payah banyak-banyak, kak. Seteguk pun jadi. Cuba tengok hasilnya. Kalau tak jadi okey, kalau marahnya tak kurang-kurang juga, baru cari saya. Wah, macam berani sangat saja. Betul kak, cara ni saya sendiri sudah selalu buat. Ramai pun yang saya lihat mengamalkan kaedah ni berjaya mendapat hasilnya. 3. Ambil wuduk. Saya suka yang ini. Dalam banyak-banyak petua, yang nombor tiga ni yang paling saya suka. Bang, kak, dik, dalam kita marah-marah, syaitan tu sebenarnya yang sedang berada di dalam hati dan pemikiran kita. Jadi, tak ada lain yang dapat mengusir ia daripada tubuh kita, melainkan Dia juga. Ambil wuduk. Anda pasti mendapat kembali ketenangan. 4. Mandi. Kalau rasa dah ambil wuduk tak kurang-kurang juga marahnya, cuba pula mandi. Macam saya sebut sebelum ni, air ni ada aura dan elemen ketenangannya yang tersendiri. Bila anda mandi, bila anda mengenakan air pada keseluruhan tubuh anda, secara tidak langsung elemen ketenangan itu akan masuk ke tubuh anda dan akan memberikan suatu suntikan kesegaran yang baru buat anda. 5. Baca Al-Quran. Nombor lima ni nampak macam payah. Baca Quran pun payah? Ya, maksud saya sukar ni ialah macam mana nak baca Quran kalau hati tengah marah-marah. Betul? Jadi, ambil wuduk dulu. Amalkan dulu petua nombor tiga kat atas tu. Dah rasa okey, ambil mushaf, dan baca Quran. Kali ini anda akan mendapat ketenangan yang sebenar-benarnya, percayalah!

TIPS MENGAWAL NAFSU MAKAN-HINDARKAN OBESITI 1. Makan setiap 3-4 jam! Ini adalah tip mengatasi nafsu makan yang paling penting. Kenapa? Sekiranya anda makan dengan kerap, nafsu makan tiada chance untuk bergelora. 2. Minum air sepanjang hari. Secara semulajadi, air dapat mengurangkan selera anda untuk makanan bergula. Also, air tidak mengandungi apa2 kalori jadi tak kira banyak mana anda minum, ia tidak dapat meningkatkan berat badan anda! 3. Senaman memang berkesan. Senaman mengeluarkan endorphins yang dapat suppress selera makan anda. Aktiviti senaman juga umpama reminder kepada komitmen anda untuk stay in shape. 4. Adakah anda stress? Stress atau tekanan hidup memainkan peranan besar dalam mempengaruhi nafsu makan. Ramai sering mencari makanan ketika stress. My adice: carilah hobby alternatif yang bole berperanan sebagai stress buster! Lawan stress jangan layan!

5. Elakkan gula substitute Walaupun artificial sweeteners tidak mengandungi apa2 kalori, ia sebenarnya boleh meningkatkan keinginan anda untuk gula biasa. Jadi berhati-hati. 6. Adakah anda bosan? Perasaan bosan biasanya punca nafsu makan yang tidak terkawal. So jangan biarkan hidup anda bosan hahah sertai aktiviti-aktiviti yang anda gemari. Tidak semestinya bersukan atau bersenam. Buatlah apa yang mengembirakan anda. Yang pasti, tiada sesiapa suka kehidupan yang membosankan!

7. Adalah anda cukup tidur? Terdapat satu kajian mengatkan bahawa kurang tidur meningkatkan nafsu makansan bergula seseorang. Betul ataupun tidak, ia adalah satu lagi sebab untuk pastikan anda memenuhi tidur lapan jam sehari.

8. Buah Epal Sebiji epal besar mengandungi 5g serat (fiber). Also, gula buahbuahan seperti epal tidak mempengaruhi blood sugar levels seperti gula biasa .. and sekiranya anda mempunyai pilihan, pilihlah epal hijau kerana ia kurang gula berbanding epal merah.

9. Kosongkan peti sejuk. Ketahuilah trigger nafsu makan anda. Sekiranya anda gemar coklat, jangan penuhi peti sejuk anda dengan pemangkin nafsu anda. Buang apa yang tidak membantu dan hanya simpan makanan di rumah yang baik untuk anda.

10. Tunggu! Yup kadang-kadang anda hanya perlu menunggu dan nafsu makan dan bereder. Macam pada bulan puasa di mana nafsu makan datang dan hilang sepanjang hari

TIPS SUPAYA KITA SENTIASA DISUKAI ORANG 1. Seringlah memuji lawan bicara Anda : orang pada umumnya suka dipuji. usahakan memuji dengan tulus dan sewajarnya. Memuji bukan berarti menjilat. 2. Buat orang lain merasa dirinya penting : hargai orang lain dalam semua hal. contohnya ketika anda terlambat datang, maka minta maaflah. menepati janji juga termasuk cara menghargai orang lain. 3. Jadilah pendengar yang baik : kalau bicara itu perak maka diam adalah emas. Sebuah pepatah yang sungguh mendalam. Berilah kesempatan bagi lawan bicara untuk mengutarakan pendapatnya. 4. Usahakan untuk selalu menyebut nama orang dengan benar : jangan sampai salah melafal nama orang, karena nama orang merupakan milik yang berharga bagi seseorang. Jika anda tidak yakin, maka anda bisa menanyakan ke orang tersebut bagaimana pelafalannya. 5. Bersikap Ramah : keramah tamahan penduduk indonesia sudah terbukti mampu mendatangkan banyak turis manca negara. 6. Bermurah hati : sama seperti berbuat baik atau amal kepada orang lain. bantulah orang yang kesusahaan. 7. Hindari kebiasaan mengkritik, mencela atau menganggap remeh : orang tidak suka jika kelemahannya diketahui apalagi disinggung. 8. Bersifat asertif : memiliki perbedaan pendapat adalah biasa, namun jangan memaksakan kehendak kita kepada orang lain. 9. Bayangkan apa yang orang lain inginkan dari Anda untuk dilakukan : mendahulukan kepentingan orang lain kdang memberikan efek yang baik bagi pergaulan Anda. walaupun tidak harus selalu begitu. 10. Cintailah diri sendiri : jelas jika anda bisa mencintai diri sendiri maka Anda pun seharusnya mengerti mengapa orang lain ingin dicintai.

TIPS PEMAKANAN SIHAT Kebanyakan penyakit berpunya daripada makan.Cuba ikuti tips berikut untuk kesihatan anda. 1. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu sejuk / penggunaan ais batu sangat tidak digalakkan. 2. Kurangkan makan makanan bergoreng, berlemak dan berkolestrol. 3. Kurangkan makan makanan mengandungi garam dan gula yang tinggi. 4. Kurangkan minuman manis, mengandungi kafein dan gas. 5. Elakkan makan makanan mengandungi bahan perasa, bahan pengawet, MSG, dan bahan pewarna. 6. Amalkan minum jus buah atau makan buah-buahan 7. Kurangkan pengambilan nasi / sekali sehari sudah memadai. 8. Cubalah berpuasa sekali seminggu utk merehatkan badan,perut dan minda

TIPS MENGHILANGKAN RUNSING Sebagai Muslim, kita hendaklah melazimkan zikir dan membaca beberapa kalimah Allah untuk menghilangkan rasa runsing, antaranya: 1. Ucapkan " La ilaha illallah " agar bibir kita sentiasa dibasahi dengan zikrullah siang dan malam. 2. Membaca " Bismillah " apabila hendak memulakan sesuatu pekerjaan. 3. Membaca " Alhamdulillah " apabila kita selesai melakukan sesuatu pekerjaan. 4. Apabila terbuat kesalahan atau terserempak dengan dosa, kita harus membaca " Astaghfirullah hal azim " 5. Apabila menghadapi kesukaran, bacalah " Lahaula walaquwata illa billahil aliyil a'zim " 6. Apabila kerunsingan bacalah " La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin " (doa nabi yunus) 7. Apabila ditimpa musibah ucapkan " Inna lillahi wainna ilaihi raji'un "

TIPS BERSAHABAT 1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik untuk anda. 2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain, orang lain akan menghormati anda juga. 3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifatsifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik. 4. Hargai pendapat satu sama lain. 5. Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan anda mempunyai minat-minat yang lain juga. 6. Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda, beritahulah. 7. Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan (stress) menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan, dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula. 8. Belajar daripada satu sama lain. 9. Jangan mengata di belakang kawan anda. 10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali. 11. Jadikan Diri Anda lebih ringan untuk diangkat, maksudnya jadilah orang yang menyenangkan. Biasakan menjadi jenis orang yang di sukai orang dapat selalu diingat dan dibicarakan orang dalam hal positif. 12. Ambil inisiatif dalam membina persahabatan, Perkenalkan diri anda kepada orang lain pada setiap kesempatan. Pastikan anda mendapatkan nama orang bersangkutan dengan benar dan pastinya orang tersebut akan melakukan hal yang sama ke kita. Atau yang dapat membina lebih dekat kirimkan pesan pribadi kepada teman baru anda yang ingin anda kenal lebih baik. 13. Terima Perbedaan dan keterbatasan manusia. Jangan mengharapkan semua orang sempurna. Ingat, orang lain mempunyai hak untuk berbeda, dan jangan menjadi orang yang ingin mengubah sifat seseorang. Karena di dunia tidak ada orang yang sempurna. 14. Jadilah pendengar yan baik, temukan kwalitas tentang apa yang disukainya dan dikagumi pada diri orang yang anda dengarkan , bukan hal-hal yang tidak disukai. dan jangan biarkan orang membuat pikiran berprasangka tentang orang ketiga . berpikirlah positif terhadap orang lain dan dapatkan hasil yang positif memlalui percakapan tersebut.

15. Praktekan kemurahan hati dalam berbicara, jadilah orang yang sukses. Dorong orang lain untuk berbicara, biarkan dia berbicara tentang pandangan, opininya, prestasinya, dll 16. Praktekan kebaikan hati selalu , ini membuat orang lain merasa lebih baik, dan merasa kita juga lebih baik. 17. Jangan menyalahkan orang lain jika anda mengalami masalah bagaimana anda berpikir ketika anda kalah menetukan beberapa kekalahan itu berlangsung sebelum anda menang. 18.Fikirkanlah apa yang dapat kita berikan kepada sahabat bukan apa yang dapat kita perolehi dari persahabatan. Jangan bersahabat hanya demi memperoleh kesenangan, karena jika demikian, kita bukanlah sahabat sejati. Hargailah sahabatmu seperti kamu ingin dihargai 19.Sahabat sejati selalu saling mendorong supaya mereka bersama- sama dapat menjadi yang terbaik bukannya saling menjatuhkan. Ia turut berbahagia ketika sahabatnya dapat mencapai apa yang diinginkannya dan tidak merasa iri hati. 20. Bersedia memaafkan. Jangan biarkan rasa kecil hati berkembang menjadi kepahitan karena hal ini akan menghancurkan persahabatan yang ada. Maafkan kesalahanan yang dilakukan oleh sahabatmu .. 21.Jangan memandang kesalahan yang dibuatnya. Ini adalah suatu cara untuk menunjukkan betapa kita peduli terhadap dia. Jangan tinggalkan sahabatmu ketika dia berbuat kesalahan. Bersabarlah dan bimbing dia untuk berubah. Sadarilah bahwa tidak ada orang yang sempurna. 22.Jadilah sahabat yang sentiasa membantu dan tepatilah janji yang telah kamu ucapkan . 23.Jangansukaa mengontrol sahabatmu. Bersahabat bukan berarti harus selalu bersama-sama. Memang akan sangat menyenangkan bila dapat selalu bersama dengan orang yang kita kasihi. Namun ingat, sahabat kita itu bukan monopoli kita sendiri karena ia juga mempunyai teman lain selain kita. Untuk itu jangan merasa dikhianati ketika temanmu bergaul dengan yang lain, sebaliknya usahakan kamu juga dapat bersahabat dengan mereka. Hal ini akan membuat kita dan sahabat kita lebih menghargai satu sama lain. 24.Selalu berada disaat senang maupun susah. Bergembiralah bersama mereka saat mereka sedang bergembira namun jangan ada hanya pada saat senang saja. Ketika sahabatmu sedang bersedih, berikan mereka perhatian. Yang paling diperlukan dari seorang sahabat adalah sepasang telinga yang peka dan yang mahu memahami perasaan mereka. 25. Menerima kekurangan sahabat kita. Jangan menuntut sahabat kita untuk bereaksi dengan cara yang sama seperti yang biasa kita lakukan. Hargailah dia apa adanya termasuk juga keputusan yang dia ambil yang mungkin tidak sesuai dengan kehendak kita. 26. Jangan jadi ?Ember? (mulut bocor). Belajarlah untuk menjaga rahasia

sahabatmu. 27. Jangan biarkan perbedaan pendapat menghancurkan persahabatanmu. Misalkan kamu sedang berbincang dengan sahabatmu dan waktu kamu mengemukakan pendapat yang menurut kamu benar ternyata ia tidak setuju. Bila itu terjadi, jangan terus berdebat yang hanya akan membuat kamu rugi. Elakkan hasrat untuk menang sendiri daripada persahabatanmu rosak karenanya. 28.Jika mempunyai sahabat yang berlawanan jantina. Jangan sampai jatuh cinta kepada sahabat . Sangat berbahaya jika bertepuk sebelah tangan.

TIPS MUDAH MENGINGAT - UNTUK PELAJAR Mula untuk belajar awal. Kebanyakkan daripada kita hanya tunggu apabila dekat dengan exam barulah kita nak mula belajar atau ulangkaji. Kenapa tidak mahu mula awal-awal lagi, seawal bermulanya semester? Saya yakin banyak yang perlu dibaca dan diulangkaji, oleh itu masa yang diperlukan untuk menghadam dan mengingati satu-persatu isi-isi penting juga panjang dan lama. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum exam bukanlah masa yang ideal untuk mengingat ilmu-ilmu baru, pada tahapan stress yang kemuncak ditambah lagi beberapa assignments yang akan due, tidak mustahil tetapi adalah sangat susah untuk mengingat ilmuilmu baru pada masa ini. Masa ini adalah masa yang sebenarnya sesuai untuk mengulangkaji ilmu-ilmu yang sememangnya anda sudah hafal atau tahu. Mulalah belajar daripada sekarang. Jangan ditunggu sehingga last minute, baru kita nak mula belajar. Biarpun sedikit demi sedikit atau semuka-surat kita belajar setiap hari daripada sekarang, nanti lama-lama jadi bukit, daripada kita memerah otak kita untuk mengingat sebuah buku seminggu sebelum tarikhexam. Mengulangkaji sedikit-sedikit. Daya mengingat manusia adalah terhad. Otak manusia tidak mampu untuk memproses dan mengingat banyak maklumat yang datang kepadanya dengan sekaligus pada satu masa. Ia perlukan masa untuk memproses dan juga untuk mengingat. Cubalah untuk fokus kepada beberapa topik-topik kecil ketika mengulangkaji. Buatlah satu jadual belajar. Cubalah untuk habiskan ulangkaji hanya pada beberapa topik kecil setiap hari. Contohnya: Isnin Pneumonia, Selasa COPD, Rabu Asthma, Khamis Pulmonary Embolism, Jumaat Pneumothorax dan sebagainya, daripada terus untuk cuba menghabiskan satu bab Diseases of the Respiratory System sekaligus dalam masa sehari kemudian bertukar kepadasystem yang lain hari berikutnya. Dengan cara begini lebih mudah untuk kita memahami dan menghafal isi-isi penting berkaitan setiap topik-topik yang dibaca. Cuba untuk faham, bukan hanya sekadar hafal. Kajian telah menunjukkan bahawa apabila kita faham sesuatu perkara atau mekanisma, ianya akan lebih lama kita ingati daripada hanya menghafalnya sahaja. Sebagai contoh, sekiranya kita membaca bagaimana

TIPS ADAB BERJIRAN Maksud Jiran menurut Kitab Bimbingan Mukmin iaitu bermula dari 40 rumah ke hadapan, belakang, kiri dan kanan rumah kita. Oleh itu, kita sewajarnya mengenali semua jiran kita dengan sebaiknya Kepentingan menghormati dan memuliakan jiran ini dapat dilihat dalam sabda junjungan besar kita, Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia memuliakan jirannya. Imam Al-Ghazali di dalam kitabnya, Ihya Ulumuddin mencatatkan tentang beberapa adab yang perlu kita halusi dan fahami serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita iaitu, Mula-mula hendaklah engkau memberi salam kepadanya setiap kali bertemu dengannya. Bila ia mengundangmu, hendaklah engkau mengabulkannya. Bila ia bersin hendaklah engkau mendoakannya dengan Yarhammukallah. Bila ia sakit, engkau menziarahinya, bila mati engkau hadiri jenazahnya, bila bersumpah engkau tunaikan sumpahnya. Bila ia meminta nasihat engkau menasihatinya, bila ia tiada engkau pelihara nama baiknya. Secara ringkasnya, dapatlah digariskan antara adab-adab berjiran ialah :1. Mendahulukan memberi salam apabila bertemu. 2. Tidak banyak bertanya akan hal ehwalnya / terlalu busy body. 3. Menziarahnya apabila ia sakit. 4. Menerima undangannya sama ada majlis kesyukuran atau majlis keramaian. 5. Membantu sedaya mungkin semasa ia dalam kesusahan. 6. Memaafkan kesalahan mereka. 7. Tidak mudah percaya dengan kata-kata fitnah terhadap mereka. 8. Memberi nasihat dan tunjuk ajar tentang hal-hal dunia dan akhirat. 9. Bercakap dengan lemah lembut. 10. Elakkan menyinggung perasaan mereka.

11. Tidak masuk ke rumah mereka tanpa kebenaran, bertepatan dengan pesanan Imam Al-Ghazali iaitu, Hendaklah engkau tidak memasuki rumah seseorang melainkan sesudah engkau diizinkan masuk. Engkau boleh meminta izin sampai tiga kali sahaja, jika masih belum diberi izin, maka hendaklah engkau pulang.

Allah s.w.t. melarang umat-Nya berlaku tidak sopan terhadap sesama jiran kerana akan membawa kepada kesan negatif antaranya;1. Kehidupan harian tidak tenteram. 2. Keharmonian terjejas. 3. Terpinggir dan disisih oleh masyarakat. Sebaliknya, jika kita mengamalkan adab berjiran dengan baik sudah pastilah akan mendatangkan kesan positif seperti :1. Hidup sentiasa diberkati Allah. 2. Masyarakat akan menjadi lebih harmoni. 3. Kemungkaran dapat dibasmi dan dielakkan.

10 Tip Bagaimana Untuk Gembira Di Tempat Kerja 1. Saudara perlu menyukai bos saudara, setidak-tidaknya hormatilah beliau. 2.Saudara harus suka dan menghormati pekerja lain. 3.Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya. 4.Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri. 5.Senaraikan langkah-langkah yang saudara boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA. 6.Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain. 7.Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama. 8.Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja. 9.Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang. 10.Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana saudara mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan

TIPS ELAKKAN BORING 1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi. Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika Anda tiada apa nak dilakukan, fikirkan sesuatu yang Anda rasa seronok melakukannya supaya tak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa boring cari sesuatu disekeling yang boleh Anda lakukan. 2. Jadi Workaholik. Orang workaholik (kata asalnya adalah workaholic) adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila Anda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa boring, Anda boleh bentuk diri Anda menjadi seorang workaholic sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas, sikap workaholic tak sesuai untuk orang dah kawin. Jika Anda suami, nanti isteri Anda saman Anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika Anda seorang isteri, nanti suami Anda makan megi tiap hari. 3. Set matlamat, azam, cita-cita dan impian. Selepas itu berusahalah mencapainya! Orang yang selalu merasa boring adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu, lepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas tu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan Anda akan perasan Anda dapat mengelak rasa boring sebab Anda sudah tidak ada masa untuk merasa boring. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita Anda. 4. Rajinkan Diri Beribadah.

Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa boring dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri. Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti Anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan Anda macam tak mahu berhenti

SELAMAT HARI GURU-TERIMA KASIH CIKGU Tips Adab Berguru mengikut Imam Ghazali 1. Apabila bertemu dengan guru hendaklah memberi salam. 2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru. 3. Jangan bercakap sebelum guru bertanya. 4. Jangan bertanya sebelum meminta izin dan dizinkan. 5. Jangan menyangkal (tunjuk rasa tidak puas hati) terhadap guru. 6. Jangan mengisyaratkan kepada guru dengan menyalahi pendapatnya. 7. Jangan berbisik dengan rakan di sebelah ketika guru mengajar. 8. Jangan berpaling ke kiri dan ke kanan (bermain) di hadapan guru. 9. Jangan bertanya banyak soalan kepada guru ketika guru letih. 10. Apabila guru berdiri hendaklah kita berdiri sebagai menghormatinya. 11. Jangan mengikuti guru dengan pelbagai pertanyaan setelah guru meninggalkan majlis. 12. Jangan bertanyakan guru di tengah perjalanan sehingga dia sampai ke rumahnya atau ke tempat duduknya. 13. Jangan bersikap buruk sangka terhadap pekerjaan guru

TIPS BERBAKTI KEPADA IBU BAPA Antara adab/tanggungjawab seorang anak terhadap ibubapanya adalah seperti berikut: 1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. Sesuai dengan perintah Allah swt supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa. 2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa. Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT . 3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa. 4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka, kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt. 5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka, sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa' " Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah keduaduanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil" 6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka. 7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka, kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka. 9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa, hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabt-sahabat mereka. 10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mentetenteramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati. 11. Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah, banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah swt. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi

TIPS HILANGKAN MENGANTUK SEMASA STUDY 1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah. 2. Lakukanlah dengan minat Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar. 3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah! 4. Dapatkan tidur yang cukup Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai

yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi. Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran. 5. Minum air kosong Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian. 6. Ingat emak ayah Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila jiwa mereka sentiasa bersama anda

TIPS RAJIN BEKERJA 1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja. Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda. Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali? Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk. Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai booster motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya. 2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu. Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.

3. Komited. Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan. 4. Bijak Menyelit. Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit politik. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda. Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat! 5. Belajar Tanpa Henti. Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan. Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat. Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step. 6. Hormat Semua Orang. Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya. Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda. Takde gunanya Anda jadi bising maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplainkomplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja. 7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur. Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan first impression orang lain amat penting dalam suasana kerja. Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu. Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang

TIPS RAHSIA KECEMERLANGAN 1. Tenang - Sikap tenang boleh menjernihkan fikiran dan membulatkan tindakan yang lebih tepat. Berbanding dengan orang yang tidak tenang fikirannya kusut dan ragu-ragu dalam melakukan sesuatu tindakan. 2. Berhemat - Sikap berhemat menjamin kesinambungan hidup yang lebih teratur berbanding dengan orang yang boros. Orang yang boros selalu ditimbuni hutang atau kesusahan. 3. Pandai Merancang - Orang yang pandai merancang kehidupan akan sentiasa meletakkan perkara penting sebagai keutamaan dalam hidup berbanding dengan orang yang tidak pandai merancang mereka selalu meletakkan perkara remeh sebagai keutamaan.

4. Sentiasa ingin belajar - Kemampuan seseorang manusia bukan berasal dari pembawaannya sejak dilahirkan, tetapi merupakan hasil dari proses pembelajaran yang dilakukannya secara konsisten sejak dari kecil. Oleh sebab itu jangan berhenti belajar sampai bila-bilapun. Di samping itu, dalam proses pembelajaran kita setiap hari kerendahan hati amat membantu kita untuk menyerap dengan mudah semua ilmu pengetahuan yang diinginkan. 5. Suka memberi - Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya belajar menerima sesuatu dari orang lain. Kita Seharusnya belajar memberi yang terbaik kepada orang lain kerana ini akan membuatkan orang lain lebih menghargai kita. 6. Tidak berlengah - Sifat suka menunda atau melewat-lewatkan sesuatu usaha boleh melambatkan pencapaian sesuatu matlamat. Oleh itu, kita mesti sentiasa cepat bertindak kerana waktu itu adalah amat berharga. 7. Personaliti cemerlang - Perwatakan utuh itu adalah nadi kehormatan dan kegemilangan sesuatu bangsa. Seperti dalam pepatah orang Tionghoa, " Waktu yang diperlukan untuk menanam dan memelihara sebatang pohon adalah 10 tahun, tapi untuk membentuk watak yang utuh untuk sesuatu bangsa memerlukan waktu paling sedikit 100 tahun." 8. Berpandangan jauh - Hal ini juga pernah diucapkan oleh Albert Einstein, "Imagination is everything. It is the preview of life's coming attractions." Imiginasi adalah segalanya. 9. Bersedarhana - "Success is the sum of small efforts, repeated day in and day out." - Kejayaan adalah hasil dari tindakan-tindakan sederhana yang diulang terus-menerus setiap hari. Inilah beberapa inti pesan dalam surat-surat Zhuge Liang, yang ditujukan kepada anaknya agar anaknya mampu berfikir, bersikap dan bertindak lebih baik dalam hidup. Kita boleh menyerap pemikirannya untuk menjadi yang terbaik. Insya'allah

TIPS PENAMPILAN DIRI 1. Jaga penampilan diri. Pemakaian yang kemas, bersih dan segak dapat membina keyakinan diri dan orang lain yang melihat Anda yakin dengan penampilan Anda nampak kemas, dengan pujian mereka, keyakinan diri Anda terbina. 2. Jasa kecergasan diri. Selalu bersukan atau melakukan pergerakan yang sama dengan bersukan seperti speed walking atau soft stretching. Dalam masa yang sama, kawal pemakanan Anda.

Kecergasan fizikal meningkatkan keyakinan diri, rasa berani dan membina sikap optimis di dalam minda. 3. Rajin Berbual-bual dan berkomunikasi secara tak formal. Maksudnya, jaga perhubungan Anda dengan ahli keluarga, rakan sekerja dan luaskan pergaulan dengan kawan-kawan lain. Jangan hanya memikirkan tentang kerja dan masalah. Dengan pergaulan meluas, dapat meningkatkan keyakinan diri Anda. Tapi, awas dengan cakapan-cakapan negatif. 4. Buat aktiviti yang Anda benar-benar suka. Mungkin ada hobi di masa lapang yang menjadi minat Anda, tapi terabai kerana kesibukan. Apa kata kalau Anda kembali pada hobi tu, lama kelamaan, Anda akan jadi bertambah yakin bila skill Anda semakin bertambah. 5. Niatkan di dalam hati. Sebelum Anda tidur, maafakan semua orang dan dalam masa yang sama, simpan mindset mahu menjadi yakin dengan diri sendiri. Sebab, orang yang ada self confidence, dia ada sikap pemaaf.

TIPS MENGURUS MASA BELAJAR 1. Pastikan waktu mengulangkaji anda lebih daripada 3 jam sehari. Malah semakin hampir dengan peperiksaan anda perlu belajar sehingga 5 - 7 jam sehari. Jangan pula salah faham, maksud 5 - 7 jam ini bukanlah belajar secara berterusan. Anda mungkin belajar 1 jam di waktu subuh, 2 jam diwaktu petang dan 3 jam diwaktu malam. Ini menjadikan masa belajar anda 6 jam sehari. 2. Tahap konsentrasi atau tumpuan belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang hanya bertahan selama 20 minit. Jangan paksa diri anda. Sekiranya anda rasakan tumpuan anda mula terganggu, ambillah rehat seketika. Iaitu lebih kurang 5 minit. Selepas itu sambung semula belajar. Sebelum anda sambung belajar, cuba imbas kembali apa yang telah

anda ketahui sebelumnya. 3. Dalam satu sessi belajar, pelbagaikan aktiviti belajar anda supaya tidak jemu. Selang selikan aktiviti membaca dengan membuat nota, menceritakan semula apa yang telah dipelajari, membuat peta minda atau peta konsep, menjawab soalan-soalan, melakar rajah dan sebagainya. 4. Jangan letakkan matlamat membaca yang terlalu besar. Jumlah bahan yang mahu diulangkaji mestilah anda tahu yang anda mampu menghabiskannya dalam masa belajar yang telah ditetapkan. Misalnya, meletakkan matlamat untuk membaca 100 muka surat dalam masa 1 jam adalah tidak realistik. Sebaliknya, matlamat untuk menghabiskan dan memahami 20 mukasurat lebih munasabah dan boleh dicapai. 5. Sediakan jadual belajar atau perancangan mingguan tetang bahan-bahan yang mahu diulangkaji. Dengan adanya jadual belajar ini maka anda tahu berapa banyak bahan yang perlu dihabiskan setiap minggu bagi membolehkan anda bersedia sebelum peperiksaan. 6. Sediakan senarai tugas harian ("TO DO" lists) pada malam sebelumnya. Maknanya anda tahu apa yang mahu disiapkan esok hari. Tentukan tahap keutamaan dan kepentingan setiap butiran tugas yang telah disenaraikan. Seperti yang dikatakan oleh Stephen Covey "Put first things first". 7. Rekodkan progress anda pada sehelai kertas. Setakat mana telah anda jayakan perancangan anda? Pangkah setiap tugas yang telah diselesaikan dengan jayanya dalam senarai to do anda. 8. Ganjari diri anda setiap kali anda berjaya mencapai setiap perancangan yang telah anda senaraikan. 9. Gunakan teknik membaca yang berkesan. Membaca 1 jam penuh tumpuan lebih baik dari membaca 3 jam dengan fikiran melayang. 10. Fokus sekurang-kurangnya 50% daripada masa belajar anda terhadap proses RECALL. Iaitu proses memanggil semula maklumat. 11. Gunakan Kad Kecil untuk memenuhi pecahan masa yang kecil-kecil diantara kelas, ketika menunggu, selepas rehat sebelum masuk kelas, dan lain-lain. Sekiranya anda hitung pecahan masa yang kecil-kecil ini anda akan dapati jumlahnya 1 - 2 jam dalam sehari. Oleh itu manfaatkan pecahan masa ini dengan mengimbas Kad Kecil. 12. Tahukah anda sekiranya anda belajar konsisten 1 jam sehari, ini bermakna anda hanya belajar selama 15 hari sahaja dalam setahun? Kemana perginya lagi 350 hari masa anda?

TIPS MAKAN MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH 1. Membaca Bismillah ketika hendak makan, dan mengakhirinya dengan membaca Alhamdulillah. Barangkali hikmah membaca Bismillah dan Alhamdulillah bagi seorang muslim selalu mengingat bahawa makanan yang hendak dimakan adalah nikmat,rezeki dan anugerah dari Allah Taala. Ini secara langsung akan terhindar sikap berlebih-

lebihan dan membazir. Seorang muslim juga sepatutnya sedar bahawa makan bukan tujuan utama, tapi sebagai menambah kekuatan untuk menuju ketaatan kepada Allah dan memakmurkan bumi. 2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan. Nabi Muhammad SAW jika hendak makan selalu mencuci tangan terlebih dahulu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis yang diriwayatkan Nasai dari Aisyah ra. 3. Menjauhi sikap berlebihan dan gelojoh. Makan adalah kewajipan. Dengan makan seorang muslim memperoleh kekuatan untuk beribadat. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abdullah ibn Umar: Sesungguhnya tubuhmu mempunyai hak yang harus kamu penuhi. Namun demikian kita harus ingat batasan dalam makanan, iaitu menjauhi sikap berlebihan dan rakus. Banyak sekali dalil yang menekankan hal ini. Allah dalam surat al-Araf ayat 31 berfirman: Makan dan minumlah, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Dan juga di surat Thaha ayat 81: Makanlah diantara rezeki yang baik yang telah Kami berikan pada kalian, dan janganlah melampaui batas padanya. Sementara Rasulullah saw sendiri telah memerintahkan untuk mengatur waktu makan dan berpegang teguh pada etika, sebagaimana sabda Beliau: Kami adalah orang-orang yang tidak makan kecuali setelah lapar, dan bila makan kami tidak sampai kenyang. Beliau juga bersabda: Tidaklah anak cucu Adam mengisi wadah yang lebih buruk dari perutnya. Sebenarnya beberapa suap saja sudah cukup untuk menegakkan tulang rusuknya. Kalau dia harus mengisinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman, dan sepertiga lagi untuk bernafas. (HR. Turmudzi, Ibnu Majah, dan Muslim) Maksudnya sebenarnya makanan dalam minima pun sudah cukup baginya untuk memenuhi keperluan asas . Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Darimi, Rasulullah saw juga bersabda: Makanan seorang cukup untuk dua orang, makanan dua orang cukup untuk empat orang, dan makanan empat orang sebenarnya cukup untuk lapan orang. Dalam hadis lain disebutkan: Sesungguhnya termasuk sikap berlebih-lebihan bila kamu memakan segala sesuatu yang kamu inginkan. (HR Ibnu Majah) Beliau pun bersabda: Seorang mukmin makan dengan satu usus, sementara orang kafir makan dengan tujuh usus. (HR. Muslim, Turmudzi, Ahmad, dan Ibnu Majah) 4. Makan dengan tiga jari.

Dengan tiga jari berarti kita telah bersikap seimbang. Sebagaimana dikatakan bahwa makan dengan lima jari menunjukkan kerakusan, sedangkan makan dengan satu atau dua jari menunjukkan kesombongan dan keangkuhan. 5. Duduk tegak semasa makan dan tidak bersandar. Rasulullah melarang seseorang makan sambil bersandar kerana membahayakan kesihatan dan mengganggu pencernaan usus. 6. Minum dengan tiga kali tegukan. Dilakukan sambil duduk dan tidak bernafas dalam gelas. Nabi mengajarkan minum air dengan menempelkan bibir ke air, bernafas di luar gelas serta tidak minum dengan cara menunggang. Maksudnya adalah mencegah masuknya udara ke dalam perut. Ubay bin Kaab berkata: Nabi saw tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman. Nabi saw biasa minum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di antara tiga kali tegukan di luar gelas dan bukan di dalamnya. Diriwayatkan dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bernafas tiga kali saat minum. Beliau bersabda: Sungguh, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan, dan menyegarkan. (HR Bukhari dan Muslim) Anas juga berkata: Rasulullah saw telah melarang minum sambil berdiri. (HR Muslim) Ibnu Abbas menambahkan: Rasulullah saw telah melarang minum dari mulut teko. (HR Bukhori dan Ibnu Majah) 7. Mendahulukan makan buah-buahan sebelum makan daging (makanan utama). Hal ini sebagai upaya untuk mengikuti apa yang dilakukan para penghuni surga. Dalilnya adalah Quran surat al-Waqiah ayat 20-21: Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan. 8. Menutup makanan dan minuman di atas meja. Nabi mewajibkan menutup makanan untuk melindunginya dari pencemaran, sebagaimana dinyatakan dalam hadis Nabi saw.: Dalam riwayat Bukhari disebutkan: Tutuplah makanan dan minuman. 9. Mencuci mulut (berkumur) sebelum dan setelah makan. Hal ini dimaksudkan untuk membersihkan gigi dari sisa makanan dan bakteria. Secara Rasulullah SAW beliau menekankan pentingnya berkumur setelah minum susu: Berkumurlah kalian setelah minum susu, kerana di dalamnya mengandung lemak. (HR. Ibnu Majah) 10. Suplemen makanan terbaik adalah madu. Rumah Nabi tidak pernah kehabisan madu. Nabi juga menganjurkan untuk

meminum madu secara teratur. Nabi bersabda: Hendaklah kalian meminum madu. Adapun Nabi mengajarkan bahwa cara terbaik meminum madu adalah dengan melarutkan satu senduk madu dengan air yang tidak dingin dan diaduk dengan baik. 11. Tidak memasukkan makanan pada makanan. Ada dua pendapat mengenai maksud dari memasukkan makanan pada makanan. Pendapat pertama adalah kita dilarang makan kecuali setelah dua jam dari waktu makan berat. Pendapat kedua adalah kita dilarang menyuap makanan ke dalam mulut pada saat masih ada makanan di dalamnya. Para doktor moden membuktikan bahwa kedua hal tersebut memang nampak negatif pada kesihatan. 12. Menjilat jari. Menjilati tempat bekas makan akan sangat membantu pencernaan. Rasulullah saw sendiri menjilat jari-jemari beliau setelah makan. Beliau bersabda: Apabila salah seorang di antara kalian selesai makan, hendaklah dia tidak membersihkan tangannya sehingga menjilatinya. (HR. Bukhori, Muslim, Ahmad, Tabrani) 13. Nabi melarang menggabungkan antara susu dan ikan, cuka dan susu, cuka dan ikan, buah dan susu, cuka dan nasi, delima dengan tepung, kobis dengan ikan, bawang putih dengan bawang merah, makanan lama dengan makanan baru, makanan asam dengan makanan pedas, makanan panas dengan makanan dingin. 14. Tidak tidur setelah makan. Nabi menganjurkan seseorang berjalan-jalan setelah makan malam. Tapi boleh juga digantikan oleh solat. Hal ini dimaksudkan agar makanan masuk ke perut dengan tepat sehingga boleh dicerna dengan baik. Diriwayatkan dari Aisyah bahwa Nabi saw bersabda: Cairkan makanan kalian dengan berzikir kepada Allah yang Mahatinggi dan solat, serta janganlah kalian tidur setelah makan, kerana dapat membuat hati kalian menjadi keras. (HR. Abu Naim dengan sanad dhaif) 15. Makan bersama-sama dan tidak sendiri-sendiri. Hal ini menyebarkan sekaligus menciptakan perasaan penuh kasih sayang dan rasa saling mencintai yang tentunya akan memberi nilai positif bagi selera makan. 16. Makan sambil berbincang dan tidak diam. Hal ini dimaksudkan untuk menciptakan suasana rileks dan menyenangkan saat makan. 17. Menghormati budaya dan tradisi makan yang ada di tempat kita makan. Dilarang menghina atau membenci makanan, sekalipun makanan itu di luar kebiasaan kita.

18. Bersikap lembut terhadap orang sakit dengan tidak memaksa makan makanan tertentu. 19. Menjaga perasaan orang lain dengan tidak membelakangkan posisi mereka. Hal ini boleh menyebabkan terganggunya selera makan orang tersebut. 20. Tidak mencampurkan makanan yang terlalu panas dan minuman yang terlalu dingin. 21. Tidak memakan daging setiap hari, melainkan berselang hari. Diriwayatkan oleh Imam Turmudzi dari Aisyah ra, dia mengatakan bahwa bahagian lengan atas adalah daging yang paling disukai Nabi. Namun beliau tidak memakan daging setiap hari. 22. Tidak memakan buah semasa baru sembuh dari sakit. Diriwayatkan dari Ummu Al-Mundzir binti Qais, seorang wanita Anshar, dia mengatakan: Rasul datang kepadaku bersama Ali yang waktu itu baru sembuh dari sakit. Kebetulan waktu itu kami punya buah yang masih tergantung di pohonnya. Rasul pun berdiri dan dan memetik buah dan memakannya. Ali juga ikut memetik, namun ketika akan memakannya, Rasul mencegah seraya berkata: Jangan Ali, kamu baru sembuh dari sakit. Ali pun menyimpam niatnya. Maka aku membuat roti dan makanan yang direbus dan membawakannya pada mereka. Maka Rasul pun berkata pada Ali: Makanlah ini. Ini lebih baik untukmu. (HR. Abu Dawud) 23. Tidak pernah menolak undangan makan, bahkan jika yang dihidangkan nilainya sangat murah. Rasul tidak pernah menolak undangan makan selagi makanan yang dihidangkan itu halal, meskipun makanan itu sangat murah. Beliau berkata: Jika kalian diundang untuk menghadiri jamuan makan, maka hadirilah. Kalau suka makanlah, kalau tidak, tinggalkan. (HR. Abu Dawud).

TIPS MENGATASI SIKAP RENDAH DIRI 1. Ubah penampilan diri anda Ya, penampilan memainkan peranan dalam meningkatkan keyakinan didalam diri anda. Penampilan disini bermaksud penampilan luaran yang orang lain boleh nampak anda. Biasanya anda akan merasa rendah diri sebab anda rasa anda tak lawa la, anda tak pandai bergaya la dan macam-macam lagi. Jadi anda kena ubah penampilan anda dulu ye. Ubah gaya anda berpakaian biar kemas. Ni kalau pakaian pun selekeh macam mana orang lain nak yakin dengan kita betul tak? Jadi anda pun mula la rasa rendah diri dan malu..hehe. Ubahlah penampilan anda bagi meningkatkan keyakinan dalam diri anda. 2. Banyakkan bergaul dengan orang lain Biasanya orang yang merasa rendah diri ini jarang untuk bergaul dengan orang lain mungkin sebab malu agaknya. Apa yang nak dimalukan orang lain pun manusia sama macam kita juga. Disebabkan kurang pergaulan inilah yang menyebabkan anda rasa mudah tidak yakin untuk berdepan dengan orang lain. Pergaulan disini bukannya pergaulan bebas ye. Jangan salah faham pulak..hehe. Maksud saya jangan duduk sorang-sorang pergi cari kawan-kawan boleh borakborak dengan mereka keluar jalan-jalan makan-makan ke. Pergaulan yang saya maksudkan juga adalah anda kena belajar hidup bermasyarakat. Kalau jumpa siapa kat tepi rumah tu tegur-tegur la bagi salam pun cukup. Kalau boleh tolong dia wat kerja apa-apa lagi baik. 3. Jangan pandang orang lain terlalu hebat Bila anda selalu melihat yang seseorang tu terlalu hebat maka anda akan merasa rendah diri jika dibandingkan dengan diri anda yang mungkin. Percayalah cakap saya. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Contohnya di dalam pelajaran ke anda tengok kawan anda terlalu bijak dan hebat dan anda akan mula membandingkan dia dengan diri anda. Dan selepas tu anda merasa tertekan dan merungut didalam hati kenapa la aku tak sehebat dia.. Disitu anda dah mula rasa rendah diri dengan kawan anda. Tak pun jika kawan anda tu terlalu macho sangat kalah artis-artis kat malaysia ni kot dan anda nak jugak membandingkan dia dengan diri anda. Anda akan merasa rendah diri disitu..hehe. Jadi jangan terlalu memandang orang lain terlalu hebat. Sikit-sikit boleh la kot. 4. Kurangkan sifat malu yang berlebihan Saya tak dapat nak menafikan didalam diri setiap orang itu ada rasa malu. Kalau nak malu tu memang boleh kerana malu ni pun sebahagian daripada iman. Yang

jadi tak bagusnya malu tak bertempat ni. Nak jumpa orang tu malu, nak jumpa orang ni malu, habis nak jumpa semua orang nak malu-malu kot. Jadi malu keterlaluan ni adalah sebab tak biasa bergaul dengan orang lain. Asyik dok sorang-sorang je. Ada yang lagi teruk bila buat dosa tak rasa malu pulak. Jadikan malu itu sebagai pelindung untuk anda dari melakukan dosa. Bila anda dapat mengurangkan rasa malu yang keterlaluan di dalam diri anda insyaallah rasa rendah diri didalam diri anda akan dapat dikurangkan. Dn an ianya akan meningkatkan keyakinan didalam diri anda untuk berdepan dengan orang lain. 5. Banyakkan berdoa kepada Allah Sebagai seorang hamba yang banyak melakukan dosa kita hendaklah selalu berdoa kepada Allah agar diberikan keampunan olehNya. Sentiasalah berdoalah supaya diberikan kekuatan didalam diri kita ini supaya tidak merasa rendah diri bila bedepan dengan orang lain. Dengan doa ini ia dapat meningkat keyakinan kita dalam menghadapi hidup ini. Jangan jadikan rasa rendah diri itu sebagai satu kelemahan didalam diri anda kerana anda juga yang akan rugi kerana anda memerlukan satu keyakinan didalam diri bagi menghadapi kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran ini. Jadi adalah diharapkan dengan perkongsian ini saya dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada anda semua tentang cara mengatasi rasa rendah diri didalam diri anda. Saya tahu anda boleh meningkatkan keyakinan didalam diri anda!!! Sama-samalah kita jadi orang yang berani dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi.

TIPS MENINGKATKAN KEYAKINAN DIRI 1. Berkonsentrasi pada kekuatan bukan pada kelemahan. Keyakinan berasal dari dalam. Anda harus berkonsentrasi pada hal-hal positif tentang diri anda. Menulis sepuluh hal positif tentang diri anda. Memusatkan perhatian pada potensi. Ini adalah alasan Anda harus mencintai diri sendiri dan memiliki kepercayaan diri sendiri. Memberikan penghargaan sendiri untuk setiap hal positif yang Anda tulis tentang diri anda. Ingat, Anda seseorang spesial. 2. Mencoba hal baru Pengalaman baru dapat memberikan keyakinan dengan membantu Anda tumbuh sebagai orang. Anda tidak perlu mengambil skydiving atau apapun drastis seperti itu. Memulai hobi baru atau mengambil kelas yang lebih besar untuk membantu Anda mengembangkan keterampilan abadi anyway. Pendekatan pengalaman baru sebagai kesempatan untuk belajar, bukan kesempatan untuk menang atau kalah. Melakukan hal tersebut akan membawa Anda peluang baru dan dapat meningkatkan rasa penerimaan diri. 3. Menggunakan citra positif Jalan untuk diri sendiri terutama adalah sebuah latihan mental. Visualisasi sendiri sebagai orang yang percaya diri adalah salah satu cara untuk membuat yakin mentalitas. Citra Positif adalah cara lain untuk membangun kepercayaan diri. Dan jangan memberikan ruang untuk berkembangnya pikiran negatif. 4. Meningkatkan skill percakapan Meningkatkan kemampuan bicara dapat membantu Anda merasa lebih nyaman dan percaya diri dalam situasi sosial yang lebih besar akan mengakibatkan keyakinan secara keseluruhan. Jika Anda memelihara kontak mata dan menjadi pendengar yang baik, Anda juga akan mengeluarkan aura yang lebih percaya diri. 5. Jadilah diri sendiri Dasar memiliki sikap positif terhadap diri sendiri adalah kunci untuk mendapatkan kepercayaan diri. Anda harus percaya dengan diri anda, dari kepribadian Anda, agar dapat benar-benar yakin bahwa anda bisa dan mampu

TIPS MENCARI SAHABAT 1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu; 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu; 3. Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; 4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik; 5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu; 6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya; 7. Jka engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya; 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu; 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu; 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu; 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu; dan 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TIPS KOMUNIKASI BERKESAN 1. Sahkan Kewujudan Seseorang Berkomunikasi dgn cara memberikan perhatian kepada orang yang menjadi teman komunikasi kita. Antara perhatian yang paling besar ialah memandang dan berhadapan dengannya apabila berkomunikasi. Seseorang manusia secara fitrahnya mahu dia tidak disisihkan oleh orang lain. 2. Menyebut Untuk Menyatakan Penghargaan Sekiranya ada orang yang menanam budi kepada kita, haruslah kita menyebut kebaikan dia kepada dirinya supaya dia merasa budinya @ usahanya dihargai. Ini penting bagi para kepimpinan. Pekerja bawahan akan merasa dihargai apabila kerjanya dipuji oleh ketuanya. 3. Bahasa Penggunaan bahasa yang bersesuaian adalah amat penting supaya sesuatu komunikasi itu dapat berlaku dengan berkesan. Adalah rugi apabila bahasa yang indah tidak digunakan di dalam komunikasi setiap hari. Gunalah bahasa yang terbaik di dalam komunikasi. Seimbangkan di antara bahasa yang formal dengan bahasa yang tidak formal. 4. Meyakinkan Orang Lain Terhadap Diri Kita Untuk meyakinkan orang lain terhadap diri kita, perlulah kita membentuk diri menjadi modus operandi @ suri teladan sehingga orang menkagumi dan yakin pada diri kita. Pembentukan akhlak, perangai dan sikap adalah amat penting. Seseorang yang berakhlak baik sebenarnya mempunyai peluang diyakini oleh orang lain. 5. Menghargai Orang Lain Banyak cara untuk menghargai orang lain. Di antaranya dengan memberi hadiah, kad ucapan, membalas pemberian, mengucapkan tahniah, memuji kejayaan, menunaikan janji dan sebagainya. Dengan menghargai orang lain,

anda telah menanam kasih sayang dia terhadap anda. Kepercayaan dia terhadap anda terbina sedikit demi sedikit

TIPS TO BE THE GREAT TEACHER 1. Sense of Humor A sense of humor can help you become a successful teacher. Your sense of humor can relieve tense classroom situations before they become disruptions. A sense of humor will also make class more enjoyable for your students and possibly make students look forward to attending and paying attention. Most importantly, a sense of humor will allow you to see the joy in life and make you a happier person as you progress through this sometimes stressful career. 2. A Positive Attitutude A positive attitude is a great asset in life. You will be thrown many curve balls in life and especially in the teaching profession. A positive attitude will help you cope with these in the best way. For example, you may find out the first day of school that you are teaching Algebra 2 instead of Algebra 1. This would not be an ideal situation, but a teacher with the right attitude would try to focus on getting through the first day without negatively impacting the students. 3. High Expectations An effective teacher must have high expectations. You should strive to raise the bar for your students. If you expect less effort you will receive less effort. You should work on an attitude that says that you know students can achieve to your level of expectations, thereby giving them a sense of confidence too. This is not to say that you should create unrealistic expectations. However, your expectations will be one of the key factors in helping students learn and achieve. 4. Consistency In order to create a positive learning environment your students should know what to expect from you each day. You need to be consistent. This will create a safe learning environment for the students and they will be more likely to succeed. It is amazing that students can adapt to teachers throughout the day that range from strict to easy. However, they will dislike an environment in which the rules are constantly changing. 5. Fairness Many people confuse fairness and consistency. A consistent teacher is the same

person from day to day. A fair teacher treats students equally in the same situation. For example, students complain of unfairness when teachers treat one gender or group of students differently. It would be terribly unfair to go easier on the football players in a class than on the cheerleaders. Students pick up on this so quickly, so be careful of being labelled unfair. 6. Flexibility One of the tenets of teaching should be that everything is in a constant state of change. Interruptions and disruptions are the norm and very few days are typical. Therefore, a flexible attitude is important not only for your stress level but also for your students who expect you to be in charge and take control of any situation.

TIPS MENGELAKKAN PEMIKIRAN NEGATIF 1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur. Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi. 2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas. Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai passion Anda. Jangan membantu kerana ada udang disebalik batu. 3. Hormati sesiapa saja. Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang. 4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak perfect. Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan. 5. Elak dari menyertai perbincangan negatif. Orang berjaya suka bercaka pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa. 6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci. Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang. 7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati. Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!. Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat. Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit

TIPS MENJAGA FIKIRAN POSITIF 1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel. 2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu. Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat maintain berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem! 3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman. Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan. Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita

dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda. 4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya. Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat aku mahu ubah sikap bertangguh. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis. Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh. Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina

TIPS MEMBINA AZAM DI TAHUN BARU Ada banyak cara bagaimana untuk menetapkan azam tahun baru. Ada yang kata ia perlu sesuai dengan aliran semasa, perlu ngam dengan kapasiti Anda. Ada orang kata, azam kena realitik, bukan sekadar fantasi. Bagi kita yang beragama Islam, wajarlah kiranya kita menetapkan azam sesuai dengan ajaran Islam. Berikut adalah senarai 5 tips ringkas bagaimana menetapkan azam tahun baru, sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi pegangan kita. 1. Niatkan Azam Itu Kerana Allah. Niatkan azam Anda kerana Allah. Anda mahu capai azam yang Anda set kerana Allah. Tanamkan kepercayaan yang DIA mahu melihat Anda menjadi muslim serta muslimah berjaya supaya dengan kejayaan itu, Anda boleh ajak muslim dan dan muslimah lain untuk berjaya seperti Anda. Andalah menjadi bukti bahawa kejayaan adalah possible, bukan impossible. Anda menjadi bukti Allah buka jalan kepada sesiapa saja yang berusaha. 2. Anggap Kerja Keras Ke Arah Pencapaian Azam Sebagai Ibadah. Usaha memburu kejayaan sebenarnya satu ibadah, yakni ibadah sunat. Tiap kali berusaha, niatkan kerana Allah supaya apa yang Anda buat menjadi ibadah. Moga apa yang Anda lakukan di balas dengan pahala, sebab menjadi ibadah. Moga dengan itu, jalan untuk Anda berjaya dipermudahkan, tanda keredhaan Allah kepada usaha Anda. Bekerja dan berusaha untuk mencapai apa jua azam

adalah cara untuk Anda mendekati Tuhan. Tanpa niat, apa yang Anda lakukan tidak menjadi ibadah. 3. Lebihkan Hablum Minannas, Jangan Kurangkan Hamblum Minallah. Apa yang jua yang Anda capai,pastikan Anda mendahulukan Yang Maha Esa. Berbaktilah kepada orang sekeliling supaya dengan itu Anda mendapat redha Allah. Set azam untuk berbakti kepada insan di sekeliling Anda. Erti takwa yang sebenar adalah rasa terdorong untuk berbakti kepada orang sekeliling sebanyak mungkin (hablum minannas) dalam masa yang sama tetap menjaga hubungan erat dengan Tuhan (hablum minallah). Pastikan azam Anda tu mendorong Anda untuk berbakti kepada orang sekeliling, supaya jalan untuk Anda mencapai azam Anda dibuka serta dipermudahkan. 4. Set Untuk Kebaikan Bersama. Apa jua yang Anda mahu capai sebagai azam Anda, niatkan untuk kebaikan bersama bukan untuk kepentingan peribadi Anda seorang. Islam galakkan kita buat sesuatu untuk kebaikan bersama Anggap kejayaan yang Anda mahu capai adalah untuk kebaikan bersama. Jika Anda mahu menjadi suami cemerlang, niatkan untuk kebahagiaan isteri Anda dan untuk anak-anak Anda. Jika Anda mahu berjaya dalam perniagaan, niatkan kejayaan itu untuk kebaikan Anda, keluarga Anda dan untuk kebaikan pelanggan-pelanggan Anda. JIka Anda mahu berjaya dalam pekerjaan, niatkan untuk kebaikan Anda bersama rakan-rakan Anda, bukan bangga kerana Anda lebih berjaya daripada mereka. 5. Elak Dikuasai Ego, Elak Merasa Diri Lebih Bagus. Jangan set azam semata-mata untuk menunjuk-nunjuk. Jangan set azam sematamata untuk bermegah. Jangan set azam Anda pada orang simply untuk membuat mereka kagum pada Anda. Amalkan 4 tips di atas langkah demi langkah . Anda akan mempunyai dorongan motivasi untuk bergerak mencapai azam Anda. Tapi jika azam tu di set hanya untuk menunjuk-nunjuk, untuk bermegah, untuk bermewah-mewah, usaha Anda ke arah azam itu akan mengalami kesukaran. Anda tak akan ada motivasi. Anda akan hilang semangat, hilang inspirasi. Anda akan tertekan. Anda tak mencapai satu apapun, Anda akan gagal, usaha lagi, gagal lagi. Jika Anda kerap gagal, pasti ada something wrong dengan nawaitu Anda. Mungkin Anda mahu berjaya sebab Anda nak menunjuk-nunjuk kehebatan dengan rasa megah, bukan untuk berbakti

Anda mungkin juga menyukai