Anda di halaman 1dari 15

7 Petua Memikat Hati Guru

  Pembuka kata  

  Pernahkah anda dengar pelajar merungut, “Cikgu tu tah


apa-apa tah….. pilih kasih…. kalau si Leman tu, apa dia
  buat semua ok…. kalau aku ni, ada je benda tak kena…..
pilih kasih betul…….”
 
Rungutan begini selalunya datang daripada pelajar yang
  iri hati melihat sesetengah pelajar lain rapat hubungan

  dengan guru mereka. Adakah anda juga begini?

  Katakan memang?ada guru yang pilih kasih dan melebih-


lebihkan sesetengah pelajar, adakah anda akan merungut
  jika anda yang menjadi anak murid kesayangan guru itu?
Tentu tidak bukan? Apa yang ingin saya katakan ialah,
  guru pilih kasih adalah perkara biasa. Ia tidak bermaksud
guru itu pilih kasih pada sesetengah pelajar hingga
  menganiaya pelajar lain. Saya percaya semua guru
sayangkan anak muridnya. Cuma, disebabkan guru juga
  adalah manusia biasa, mereka akan lebih menyayangi
beberapa anak murid yang memenuhi beberapa kriteria
pilihan mereka.

Pentingkah anda memikat hati guru anda? Apa untungnya


jika guru anda mengasihi anda? Saya beri satu contoh
mudah. Katakan anda diminta mengajar dua anak saudara
anda yang beberapa tahun lebih muda. Anak saudara yang
pertama suka mendengar kata anda. Dia membuat apa
yang anda suruh semasa sesi pembelajaran dan memberi
sepenuh perhatian kepada anda semasa anda mengajar.

Anak saudara yang kedua pula tidak boleh duduk diam


semasa sesi pembelajaran. Semasa anda sibuk mengajar,
dia sibuk mengasah pensel, mencari buku, melukis kartun
dan sebagainya. Apabila anda suruh buat latihan, dia
merungut dengan mengatakan bahawa dia tidak faham
apa yang anda ajarkan.

Soalan saya, anak saudara mana yang anda akan lebih


suka? Mudah bukan? Soalan saya lagi, jika anda rasa
anak saudara anda suka mendengar apa yang anda ajar,
apakah anda akan semakin bersemangat untuk
mengajarnya? Sudah tentu bukan?

Jadi, anda perlu tau serba sedikit bagaimana mahu


mengambil hati atau memikat hati seorang guru. Ini tidak
bermaksud anda mahu mempermainkan mereka. Memikat
hati guru bertujuan agar ilmu anda lebih diberkati dan
anda akan lebih mudah faham apa yang diajarkan. Inilah
objektif utama mengapa anda perlu tahu beberapa petua
untuk memikat hati seorang guru. Kita akan mulakan

dengan petua yang pertama esok.

  Petua 1  

  Petua pertama adalah petua yang paling penting. Untuk


memikat hati guru anda, anda perlu belajar dalam keadaan
  ‘Gelas yang kosong‘. Apakah maksud saya ini?

  Belajar dalam keadaan gelas yang kosong ialah anda


perlu rasa rendah diri dan buka minda anda untuk
  menerima apa yang diajarkan oleh guru anda. Banyak
ketikanya saya lihat pelajar datang ke sekolah, kolej,
  universiti, seminar atau bengkel dalam keadaan gelas
yang penuh. Ini bermaksud, mereka rasa mereka tahu
  banyak perkara berbanding kawan-kawan sebaya mereka
malah mereka juga rasa mereka lebih tahu daripada guru
  mereka.
  Apa akan jadi jika air dituangkan ke dalam gelas yang
penuh? Ya….. air yang dituang itu akan tumpah. Malah,
  air yang ada di dalam gelas yang penuh itu juga akan turut
mengalir keluar. Jika anda tidak percaya, cuba isikan air
  sirap kedalam sebiji gelas hingga penuh. Tuangkan air
masak ke dalam gelas itu. Biarkan air yang melimpah
keluar. Lama-kelamaan, anda akan lihat gelas yang
berwarna merah disebabkan air sirap itu akan lama
kelamaan menjadi putih.

Apa yang ingin saya katakan ialah jika anda datang ke


majlis ilmu dengan perasaan anda lebih mengetahui, anda
tidak akan pelajari sesuatu yang baru. Malah ilmu yang
ada pada anda juga akan jadi semakin susut dan tidak
bernilai. Apa kena-mengena petua ini dengan memikat
hati guru?

Guru sangat mudah mengesan jika anda datang kepada


mereka dengan gelas yang penuh. Orang yang datang
dengan gelas yang penuh boleh dikesan melalui
percakapannya, soalannya dan juga cara mereka duduk
dalam sesuatu majlis ilmu itu. Apabila seorang guru dapat
mengesan orang-orang begini, selalunya guru akan cuba
mengalihkan perhatian kepada anak murid yang lain. Ini
adalah supaya guru dapat mengekalkan semangat mereka
untuk mengajar dan emosi mereka tidak terganggu
dengan pelajar gelas penuh ini. (Jika anda rasa kurang
yakin bahawa seorang guru boleh mengesan pelajar gelas
penuh ini, cuba tanya kepada mana-mana guru atau

trainer yang anda kenal. ?)

Sebaliknya, jika anda datang dengan gelas yang kosong,


guru akan dapat mengesan bahawa anda datang dengan
niat mahu belajar. Saya sendiri, saya sangat suka melayan
pelajar yang ada niat mahu belajar. Mereka ini selalunya
bersedia untuk mendengar nasihat bagaimana mahu
memajukan pelajaran mereka. Untuk pelajar begini,
seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga untuk
membantu.

Apa yang perlu anda lakukan sekarang? Ada beberapa


perkara:

 Betulkan niat anda untuk betul-betul belajar. Anda


perlu ingat, orang yang bijak adalah orang yang
mempunyai kebolehan untuk mempelajari sesuatu
dengan baik, bukan orang yang suka menunjukkan
kepandaian mereka.
 Elakkan daripada memalukan guru anda dengan
menunjukkan kepandaian anda. Contohnya, ada
kalanya guru membuat kesilapan seperti membuat
kiraan yang salah di depan kelas. Jika anda mahu
betulkan kesalahan itu, betulkan dengan cara yang
sopan agar tidak menjatuhkan air muka guru
tersebut.
 Dengar nasihat dan cadangan guru anda tentang
bagaimana cara untuk memajukan diri anda.

Selamat mencuba.

  Petua 2  

  Petua kedua untuk memikat hati guru anda ialah,


tawarkan bantuan anda apabila mereka memerlukannya.
  Sebagai contoh, disekolah selalunya anda dapat lihat guru
terpaksa bawa banyak buku ke bilik mereka. Ada
ketikanya, guru akan meminta pertolongan pelajar. Ada
ketikanya, guru tidak meminta dan cuba membawa
sendiri.

Peranan anda disini ialah menawarkan bantuan tanpa


disuruh. Kebanyakan pelajar akan menolong guru mereka
tetapi mereka menunggu hingga disuruh. Jika guru
mereka tidak berkata apa-apa, mereka juga akan
mendiamkan diri dan melihat sahaja guru mereka
bersusah payah membawa buku-buku tersebut.

 
Apabila anda tawarkan pertolongan kepada guru anda,
  hati mereka akan jadi lembut kepada anda. Bayangkan,
ketika anda dalam kesusahan dan seseorang menawarkan
  pertolongan tanpa diminta, apakah yang akan anda rasa?

 
Budaya dan cara pemikiran kita di Malaysia
terutamanya, kita mudah rasa rapat kepada seseorang
yang suka menolong kita. Tentu anda pernah mendengar
ungkapan ini, ‘Orang berbudi kita berbahasa, orang
memberi kita merasa’.

Mulai hari ini, jangan menunggu disuruh untuk


membantu. Bantuan anda ini adalah satu cara yang sangat

berkesan untuk memikat hati guru anda.

 
  Petua 3  

  Petua ketiga untuk memikat hati guru ialah ‘timbulkan


minat untuk belajar’. Jika saya tanya anda, apakah fungsi
  dan peranan seorang guru?…….. tentulah untuk mengajar
bukan? Jika anda mempunyai minat untuk belajar, anda
  akan membuat guru anda mampu memenuhi peranan
mereka.
 
Saya banyak mendengar rungutan pelajar mengatakan
  bahawa kebanyakan guru lebih suka mengajar di kelas-
kelas elit atau kelas utama di sesebuah sekolah. Kata
  pelajar ini, guru suka mengajar mereka kerana mereka
sudah pandai dan senang diajar. Saya percaya tanggapan
  ini kurang tepat.

  Saya boleh percaya bahawa guru lebih suka mengajar


kelas elit namun ia bukan kerana?pelajar itu semua?sudah
  pandai dan memudahkan kerja guru. Sebab utamanya
ialah pelajar di kelas elit selalunya menunjukkan
  semangat dan keinginan untuk belajar yang tinggi.
Mereka begitu berminat untuk belajar dan dengar dengan
bersungguh-sungguh apa yang guru mereka ajarkan.
Apabila pelajar menunjukkan rasa minat untuk belajar,
guru akan bertambah minat untuk mengajar.

Susahkah untuk menunjukkan minat untuk belajar?


Hmmm…. mungkin susah jika anda langsung tidak
berminat untuk belajar. Soal diri anda sendiri, mengapa
anda perlu belajar dan mengapa anda perlu kuasai apa
yang mahu anda pelajari? Jika anda tidak boleh minat
kepada apa yang guru anda ajarkan, anda tidak boleh
memikat hati mereka.

Mulai hari ini, timbulkan rasa minat anda pada apa yang
anda pelajari. Cari sebab mengapa anda perlu suka apa
yang anda pelajari. Fikirkan bagaimana anda boleh
gunakan apa yang anda pelajari sekarang dan di masa
hadapan. Buat semua kerja dan latihan?yang guru anda
suruh. Ini dapat menunjukkan kesungguhan dan minat
anda.

Selamat mencuba.

  Petua 4  

  Petua keempat untuk memikat hati guru ialah ‘tumpukan


sepenuh perhatian’ semasa guru sedang mengajar.
  Hmmm… saya percaya anda tentu pernah mendengar
tentang petua ini. Namun, tahukah anda bagaimana
  caranya untuk memberi sepenuh tumpuan? Tahukah anda
tumpuan bagaimanakah yang akan membuat hati guru
  terpikat kepada anda?

  1. Perkara yang paling penting untuk anda amalkan mulai


hari ini ialah, apabila guru anda mula mengajar, berhenti
  daripada melakukan perkara lain. Bila saya kata
berhenti, maksudnya berhenti semua sekali aktiviti yang
  boleh mengganggu konsentrasi anda semasa belajar.
Berhenti daripada mencari pen atau pensil, berhenti
  mencari buku, berhenti mengalihkan kedudukan meja,
berhenti bercakap dengan kawan di sebelah, berhenti
  membetulkan kedudukan rambut anda, berhenti makan
gula-gula dan sebagainya. Pendek kata, 100% perhatian
 
anda mesti diberikan kepada guru anda.

Kesan utama amalan ini ialah anda tidak akan terlepas


apa-apa penerangan daripada guru anda. Selalunya, 5
hingga 10 minit pertama dalam sesi pembelajaran adalah
yang paling penting. Ini kerana, jika anda terlepas
penerangan awal, anda akan terus tidak faham hingga ke
akhirnya. Sama seperti apabila anda menonton tayangan
gambar, apa akan jadi jika anda terlepas permulaan cerita
itu? Adakah anda akan faham cerita itu?

Menurut pengalaman saya sendiri sebagai guru, saya akan


merasa marah apabila pelajar sibuk dengan perkara lain
semasa saya mula mengajar. Ini kerana, apabila tiba masa
membuat latihan nanti, pelajar-pelajar inilah yang akan
merungut dengan perkataan ’susah’, ‘pening’, ‘tak
faham’, ‘ tak boleh buat’ dan sebagainya. Apa yang
membuat saya marah ialah, mereka tidak faham bukan
kerana mereka tidak ada kebolehan untuk memahami
tetapi kerana mereka mempunyai tabiat yang tidak mahu
memberikan tumpuan. Pelajar-pelajar ini selalunya akan
mengganggu konsentrasi pelajar lain pula.

2. Memberikan tumpuan tidak bermakna anda hanya


duduk diam tidak bersuara. Anda boleh bertanya jika anda
kurang faham. Angkat tangan dan tanya dengan sopan
tentang apa yanganda tidak faham. Seorang guru yang
baik akan menjawab soalan anda dengan sopan juga dan
bantu anda untuk memahami apa yang sedang diajarkan.

3. Beri tumpuan dengan cara duduk yang betul.


Bayangkan bagaimana cara seorang yang malas duduk
belajar. Tentu dia kelihatan tidak selesa bergerak ke sana
ke sini dan menyandar di kerusi seperti sedang letih dan
mengantuk bukan? Jika guru melihat anda duduk dengan
cara ini semasa belajar, guru akan rasa ada tidak berminat
dan tidak menumpukan perhatian kepada apa yang
diajarkan. Jadi, jangan duduk begini. Bayangkan cara
duduk seorang pelajar cemerlang. Mereka selalu duduk
dengan selesa, tegak dan tubuh mereka ke depan sedikit
(tidak menyandar). Bayangkan.

Hanya dengan mengubah cara anda duduk sebenarnya


sudah boleh memikat hati guru anda kerana anda
kelihatan benar-benar mahu belajar. Adapelajar yang
bertanya saya mengapa guru tidak suka mengajar pelajar
yang tidak pandai? Sebabnya bukan kerana pelajar itu
susuah diajar tetapi ada kemungkinan pelajar itu tidak
menunjukkan rasa minat dan tidak menunjukkan yang dia
menumpukan perhatian kepada apa yang diajarkan.
Selamat mencuba.

p/s Saya pernah lihat pelajar yang bersandar ke kerusi


(seperti seorang bos sedang menemuramah pekerja)
semasa bertanya soalan kepada cikgunya. Cara duduk
begini semasa mengajukan soalan membuat pelajar itu
kelihatan seperti seorang yang sombong dan berlagak di
depan gurunya, walaupun saya percaya pelajar itu tidak
bermaksud begitu. Jika anda mahu tanya soalan semasa
duduk, tegakkan badan, gerakkan tubuh anda kedepan
sedikit (lean forward) dan tanya soalan dengan sopan.

Selamat mencuba.

 
Petua 5
 
Petua kelima untuk memikat hati guru anda ialah elakkan
daripada melakukan sesuatu yang guru anda larang. Guru
 
anda sudah pasti lebih banyak pengalaman berbanding
anda terutamanya dalam bidang yang diajarinya. Apabila
 
guru anda melarang anda daripada melakukan sesuatu,  
ikut nasihatnya.
 
Contoh paling mudah, jika guru anda suruh anda diam
 
semasa dia mengajar, anda perlu diam. Mengapa? Jika
anda tidak diam, tentu susah untuknya mengajar. Apabila
 
dia rasa susah untuk mengajar, tentu susah juga baginya
untuk membuat anda faham.

Kadangkala ada pelajar yang suka bergurau dengan


melawan cakap gurunya. Guru kata jangan sentuh benda
ini, pelajar itu akan semakin seronok untuk
menyentuhnya. Semakin guru marah, semakin dia
mempersendakan gru dengan cuba menyentuh benda
tersebut. Jika anda yang jadi guru ketika itu, apakah
perasaan anda?

 
Untuk pengetahuan anda, apa yang guru anda larang
  selalunya adalah bertujuan baik untuk anda. Jika anda
mahu memikat hati guru anda supaya anda rapat
  dengannya dan mudah untuk memahami apa yang
diajarnya, elakkan daripada melakukan perkara yang
  dilarangnya.

Bagi saya, petua ini adalah petua yang paling mudah


difahami tetapi ia juga petua yang paling susah diamalkan
oleh pelajar. Ini adalah kerana apa yang pelajar suka
selalunya adalah apa yang guru tidak suka. Contohnya
guru tidak suka pelajar bising dalam kelas, tetapi pelajar
sangat suka membuat bising di dalam kelas. Guru sangat
melarang pelajarnya daripada meniru tetapi pelajar sangat
suka meniru kerana ia kerja mudah bagi mereka.

Jadi, mulai hari ini, lihat semula, adakah anda suka


melakukan sesuatu yang dilarang oleh guru anda? Jika
ada, berhenti lakukannya serta-merta jika anda berniat
untuk memikat hati guru anda.

Selamat mencuba.

 
  Petua 6  

  Petua keenam dalam memikat hati guru anda ialah satu


petua yang selalu anda dengar, ‘hormati guru anda’.
  Namun, berapa ramaikah anak murid yang benar-benar
menghormati guru mereka?
 
Kebanyakan pelajar yang saya temui agak kurang pasti
  apa maksudnya menghormati guru ini. Adakah ia
bermaksud anda mesti dengar semua cakap guru anda
  walaupun ia tidak betul? Adakah anda perlu menerima
bulat-bulat apa yang mereka katakan? Adakah anda mesti
  setuju dengan semua tindakan mereka dan jangan sekali-
kali mempersoalkan apa yang mereka lakukan?
 
Begini, kita perlu lihat petua ini dari satu sudut yang
  mudah. Kita perlu menghormati guru kita seperti kita
menghormati seseorang yang pernah terhutang budi. Jika
  ada seseorang yang pernah menolong anda ketika anda
benar-benar dalam keadaan susah, bagaimanakah cara
  anda melayan orang itu? Tentu dengan baik sekali bukan?

Begitu juga dengan guru. Selain daripada ibu bapa, guru


adalah insan yang utama yang paling berbudi kepada kita.
Kalau guru saya tidak mengajar saya matematik dengan
betul sewaktu saya dalam darjah satu dahulu, sudah tentu
saya masih tidak pandai mengira sekarang. Tentu anda
setuju.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk menunjukkan


rasa hormat kepada guru anda?

 Paling mudah, beri perhatian apabila guru anda


bercakap sama ada di dalam kelas atau semasa dia
sedang bercakap dengan anda. Jangan ambil hati
teguran mereka walaupun ia mungkin berbunyi
kasar dan menyakitkan hati. Saya percaya guru
anda tidak ada langsung niat buruk dengan kata-
kata mereka.
 Ceriakan diri anda semasa guru anda sedang
mengajar dalam kelas. Duduk seperti seorang
pelajar ceria yang seronok berada dalam kelas.
Jika anda kelihatan, guru anda akan rasa anda
tidak suka kepadanya atau tidak suka apa yang
diajarnya. Ini juga akan membuat mereka rasa
anda tidak hormat kepadanya. Bayangkan
rungutan guru yang berbunyi?begini, “Huh, budak
tu, bila saya masuk kelas nak mengajar je mula la
dia tunjuk muka bosan. Buat tak tahu je bila saya
masuk kelas. Tak ada rasa hormat langsung!’.
 Latih gunakan suara dan intonasi yang berbunyi
mesra. Kadangkala pelajar tidak sedar bahawa
gaya mereka bercakap berbunyi agak biadab dan
tidak sopan. Ini disebabkan oleh tabiat bercakap
yang tidak baik setiap hari. Tanya kawan anda
sama ada cara anda bercakap berbunyi sopan atau
biadab. lebih baik lagi, tanya guru anda sendiri
sama anda pernah bercakap dengan nada yang
tidak sesuai dengan mereka.
 Tanya soalan jika anda tidak faham. Jika selepas
bertanya soalan di dalam kelas dan anda masih
tidak faham, cari peluang untuk berjumpa dengan
guru anda secara bersemuka. Selalunya, anda akan
belajar dengan lebih baik apabila mendapat
perhatian penuh daripada guru anda. Dalam masa
yang sama, guru anda akan rasa anda benar-benar
mahu belajar dan suka belajar daripadanya.
 Jangan bergurau berlebihan dengan guru anda.
Tidak salah bergurau dengan seorang guru tetapi
anda tidak boleh samakan bergurau dengan guru
dan bergurau dengan kawan. Ia akan kelihatan
biadab dan mungkin menjatuhkan air muka guru
atau membuat mereka tersinggung.

Satu kelebihan jika anda menghormati orang lain tidak


kira mereka guru atau tidak. Ingat, jika anda hormat orang
lain, orang lain juga akan hormati anda. Jika anda mahu
dihormati, anda mesti menghormati orang terlebih dahulu.

 
  Petua 7  

  Petua yang terakhir ini mungkin berbunyi agak pelik


sedikit. Jika petua kedua menyatakan bahawa anda perlu
  tawarkan bantuan kepada guru anda untuk memikat hati
mereka, petua ke tujuh ini mengatakan bahawa anda perlu
  ‘minta bantuan’ daripada guru anda untuk memikat hati
mereka.
 
Adakah anda boleh lihat mengapa perlu minta bantuan
  untuk memikat hati guru? Begini,?secara umumnya?guru
datang ke sekolah dengan niat untuk membantu anak-
  anak muridnya mencapai kejayaan dalam bidang
akademik dan kejayaan dalam hidup. Bagi saya tidak ada
  guru yang mahu anak muridnya gagal. (Kalau ada, saya
tidak panggil orang itu dengan nama guru). Jadi, apabila
  anda minta bantuan mereka, mereka akan sedia
membantu. Dan apabila mereka membantu anda,
  hubungan anda dengan guru tersebut akan jadi semakin
rapat.
 
Bantuan tidak semestinya dalam bidang akademik. Jika
anda ada masalah peribadi dan perlukan nasihat guru
anda, saya percaya guru anda pasti bersedia untuk
memberi nasihat.

Namun anda perlu ingat, minta bantuan hanya untuk


memajukan diri anda dan tidak terlalu menyusahkan guru
anda. Bila saya kata minta bantuan guru anda, jangan pula
anda bersiap sedia untuk meminta duit pula daripada guru

anda. ? Ada permintaan pelajar yang bersifat terlalu


peribadi dan menyusahkan guru mereka. Ada yang minta
guru mereka menghantar mereka ke sana ke mari dengan
kereta guru tersebut.

Ada pelajar yang meminta guru membelikan mereka


sesuatu sedangkan mereka tahu tempat tinggal guru itu
jauh daripada tempat barang tersebut. Ringkasnya, jangan
jadikan petua in sebagai alasan untuk mengambil
kesempatan ke atas guru anda. Jika anda lakukan ini,
bukan sahaja anda akan gagal memikat hati guru anda,
malah anda akan semakin dijauhi.

Mulai hari ini, jangan merasa segan untuk meminta


bantuan daripada guru anda berkenaan pelajaran atau
nasihat untuk masa depan anda. hargai segala pertolongan
yang guru anda berikan. Jangan mengeluh atau
memandang rendah kepada apa sahaja pertolongan yang
mereka berikan walaupun kecil.

Selamat mencuba.

  Kesimpulan

  Alhamdulillah. Saya telah kongsikan bersama anda 7 petua untuk


memikat hati guru anda. Mungkin anda ada tertanya-tanya, adakah
  cuma ada 7 petua sahaja untuk memikat hati guru?

  Hmm…. sebenarnya banyak lagi. Namun, tidak ada gunanya kalau


kita pelajari semuanya jika kita tidak mampu mengamalkan 7 petua
  yang mudah ini. Satu perkara lagi yang anda mungkin terfikir, adakah
7 petua yang begitu mudah ini, dan mungkin orang semua sudah tahu
  ini, boleh membantu anda memikat hati guru anda?

  Jika anda tanya saya, saya akan kata Ya, ia boleh memikat hati guru
anda. Mari kita ulang kembali mengapa kita perlu memikat hati guru
kita. Jika kita boleh memikat hati mereka,

 Guru akan lebih bersemangat untuk membantu kita mencapai


kejayaan.
 Guru akan dapat rasa kesungguhan kita untuk belajar lalu
mereka akan bantu kita dengan sepenuh hati mereka.
 Guru juga juga manusia biasa. Jika jauh hati mereka daripada
  kita, jauh jugalah peluang kita untuk mendapat sebanyak
manfaat daripada apa yang mereka ajarkan.
   Kita akan mendapat lebih berkat daripada ilmu yang guru
ajarkan. Petua ini semua menekankan agar kita hormat dan
  dengar nasihat guru. Jika kita lakukan itu semua, peluang
untuk kita ingat apa yang diajarkan adalah lebih besar.
   Kita akan pandai menyesuaikan diri dalam suasan majls ilmu.
Jika anda pandai memikat hati guru, anda akan mudah pelajari
sesuatu dengan sangat cepat tidak kira di mana sahaja anda
menuntut ilmu.

Selamat mencuba petua-petua ini dan selamat berjaya!

Anda mungkin juga menyukai