Anda di halaman 1dari 2

Tanggungjawab Pelajar

Terhadap Gurunya

BAGAIMANA besarnya tanggungjawab guru terhadap murid,


begitu jugalah besarnya tanggungjawab murid terhadap gurunya.
Jika tidak ada guru, maka tidak ada murid. Guru juga seperti ibu
bapa yang patut dihormati dan dipatuhi segala ajarannya yang
baik. Jika di rumah anda harus menurut segala perintah dan
ajaran ibu bapa dengan taat, tetapi di sekolah anda harus pula
mentaati guru dan segala ajarannya harus disematkan di hati.

Jangan sekali-kali membantah atau mencela guru kerana guru


adalah merupakan orang yang sentiasa membimbing anda untuk
mencapai cita-cita.

Antara Adab-adab Murid Terhadap Gurunya

1. Memberi hormat ketika guru masuk ke kelas dengan memberi


salam kepada guru kelas anda. Jika guru terdahulu memberi
salam hendaklah segera dijawab.

2. Tunjukkan muka yang manis ketika menyambut guru masuk


ke bilik darjah anda.

3. Perhatikan guru anda dengan tenang dan mula membuka buku


untuk pelajaran hari itu jika diperintahkan oleh guru.

4. Tumpukan perhatian ketika guru mengajar. Jika kurang faham


bolehlah bertanya kepada guru anda dengan sopan.

5. Catatkan apa yang disampaikan oleh guru jika dia menyuruh


anda berbuat demikian.
6. Jangan berkata-kata atau berbual dengan rakan-rakan ketika
guru sedang mengajar.

7. Tumpukan perhatian sepenuhnya ketika guru sedang memberi


penerangan. Sematkan di hati anda apa yang diajarkan ketika
itu.

8. Ucapkan terima kasih kepada guru anda sebaik sahaja guru itu
selesai mengajar.

Seorang murid harus peka dengan apa yang disampaikan oleh


guru mereka, dengan cara ini anda akan dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajaran anda. Anda jangan menyalahkan
guru anda jika anda kurang faham apa yang diajari oleh guru
anda, sebaiknya anda harus banyak bertanya dari banyak
merungut untuk mendapatkan kefahaman.

Jika anda ingin menjadi seorang murid / pelajar yang berjaya,


anda harus berusaha sendiri untuk mencapai kejayaan itu, jangan
cuma berharap pada guru sahaja. Guru hanya boleh mengajar
untuk menyampaikan ilmu, sedangkan anda adalah seorang
murid yang harus tahu membuat sesuatu untuk mencapai
kejayaan itu.

Seorang murid harus menghormati gurunya sebagaimana dia


menghormati ibu bapanya juga. Rasa hormat kepada guru
membuatkan anda dapat mengikuti pelajaran dengan baik dan
sudah tentu lebih keberkatan ilmu yang anda pelajari itu. Di
samping berusaha anda harus berdoa, agar segala usaha anda itu
akan beroleh kejayaan cemerlang.

INGAT!!! Seorang pelajar itu adalah bakal pemimpin masa


hadapan, oleh itu tidak ada sebab anda tidak mahu berusaha
untuk terus mencapai kejayaan. Kerana mundur atau majunya
sesebuah negara itu bergantung kepada para belia dan
remajanya yang rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai