Anda di halaman 1dari 4

1.

Elakkan Diri Study Last Minit

Korang “Please jangan study last minute”. Melainkan korang memang dalam kelas jenis yang
fokus dan tumpukan perhatian sepenuhnya dalam kelas. Paling tak pun korang nie jenis yang
study sebelum masuk kelas.

Apapun setiap daripada kita mempunyai cara yang berbeza. Ada orang mungkin study
last minit tapi dalam kelas dia faham dan cepat pick up apa yang disampaikan oleh guru di
hadapan kelas. So, tak hairanlah dia boleh skor dalam exam.

Walau bagaimanapun, jangan amalkan “study last minit”. Luangkan sedikit masa untuk
mengulangkaji. Tak salah persiapkan diri lebih awal kerana kita akan lebih relaks dan
kurang tekanan menghadapi peperiksaan yang akan datang.

2. Two Head Is Better Than One

“Dua kepala lebih baik daripada seorang”. Cuba ajak kawan buat study group atau
belajar secara berkumpulan tentang topik yang korang kurang mahir. Ada sesetengah
orang dia mungkin kurang mahir bab matematik tetapi bab sejarah dia paling POWER! 

Dengan adanya “Study Group” korang boleh berbincang tentang sesuatu topik yang mana korang
lemah. Belajar berkumpulan ini bukan sahaja dapat bantu mereka yang kurang mahir
dalam sesuatu subjek malah korang juga boleh meningkatkan pemahaman dan daya
ingatan dengan mengajar orang lain.

Jangan kedekut ilmu tau! Insya’Allah, kita mudahkan urusan orang lain, Allah mudahkan urusan
kita pula.

3. Sediakan Nota Ringkas & Padat

Hah ini penting tau! Kalau boleh elakkan daripada copy paste ayat dalam buku
teks. Cukuplah korang senaraikan point penting dan cuba untuk memahami dan meringkaskan
point tersebut dalam bentuk yang korang sendiri boleh ingat.

Menurut kajian psikologi, nota yang berwarna-warni dapat membantu meningkatkan


daya ingatan serta merangsang mood pelajar. Be kreatif dalam menulis nota. Tetapi tips ini
tidak semestinya di aplikasikan kepada semua orang. Ada yang jenis tak suka tengok nota warna
pelangi. Ada pelajar yang suka conteng buku. Ada juga yang tak tulis nota langsung. Hahaha
depends on you.

4. Jaga Pemakanan & Kesihatan

Selain daripada persediaan dari segi akademik. Jangan sampai abaikan pemakanan dan juga
kesihatan korang. Amalkan diet yang seimbang dan kurangkan makan makanan ringan dan
kurang sihat. Makanan memainkan peranan yang sangat penting untuk mengekalkan tumpuan
dan tenaga kita. 

Rajinkan diri untuk bersenam kerana otak juga memerlukan rehat yang cukup setelah penat
menghadap buku sepanjang hari. Seperti badan kita, otak kita juga pandai penat.

5. Kurangkan Hiburan & Media Sosial

Tidak dinafikan hiburan seperti menonton tv, drama korea, anime dan juga media sosial
(whatsapp, twitter, instagram) sedikit sebanyak mengganggu kita untuk kekal fokus dalam
mengulangkaji. Please stop dengan segala perkara yang boleh menganggu anda untuk fokus!
Kali ini sahaja minta dijauhkan! Fokus! 

So, kalau boleh bersabarlah dahulu daripada pegang handphone atau laptop. Caranya senang
saja, jangan letak handphone kat tepi buku kalau nak study. Nanti nafsu anda menarik tangan
anda untuk sentuh handphone tu. Hahaha

6. Minta Doa & Restu Orang Tua

Yang jauh jangan lupa call parents minta restu mereka supaya dipermudahkan korang
menjawab nanti. Yang dekat jangan segan nak peluk cium tangan mak ayah minta restu setiap
kali korang nak exam. Penting sangat waktu ini meminta doa dan restu untuk mendapat berkat
dari kedua ibu bapa kita. Barulah nak jawab peperiksaan dengan tenang.

Solat pun jangan lupa. Hargai masa dengan sebaiknya. Caranya adalah dengan solat
apabila masuk waktunya. Tinggalkan nota korang tu. Minta petunjuk dan doa kepada Tuhan
untuk korang menjawab paper nanti. Apabila kita jaga hubungan kita dengan Tuhan, pasti Tuhan
akan permudahkan urusan kita dikemudian hari.

Semoga tips yang share ini dapat sedikit sebanyak membantu pelajar-pelajar disana dalam
menghadapi peperiksaan. Semoga dipermudahkan urusan semasa menjawab peperiksaan. “Stay
positive and believe yourself”.

Bagi anda yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini, saya ingin kongsikan Panduan Menghadapi
Peperiksaan - sebelum, semasa dan selepas. Mudah-mudahan dengan panduan ini calon-calon akan lebih
bersedia untuk menghadapi peperiksaan tersebut. Amin. 

Sehari sebelum peperiksaan

1. Pastikan jadual peperiksaan untuk mata pelajaran yang akan anda ambil esok. Buat ulangkaji soalan-soalan
yang lepas.

2. Tenangkan fikiran dan kuatkan semangat. Cuba bayangkan target anda untuk mata pelajaran tersebut.
 
3. Sediakan segala peralatan untuk menjawab / menulis. Letakkan ditempat yang senang diambil dan mudah
diingati.

4. Mohon ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan doakan kejayaan anda.


 
5. Tidur awal dan jangan lupa setkan jam loceng. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran
pada hari esoknya.

Semasa hari peperiksaan

1. Bangun awal dan lakukan solat hajat.

2. Jangan lupa untuk bersarapan.

3. Pastikan anda membawa :


a) Peralatan untuk menjawab / menulis
b) Kad pengenalan / lesen memandu
c)  Slip peperiksaan
4. Salam dan cium tangan ibu bapa. Mohon mereka mendoakan kejayaan anda.

5. Datang awal ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 30 minit sebelum peperiksaan. Ini bertujuan
memberi ketenangan kepada anda.

Di dewan / kelas peperiksaan


1. Sebaik-baiknya jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum masuk ke bilik
peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan fikiran anda. 

2. Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.

3. Masuklah ke bilik peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan. 

4. Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.  

5. Sebelum membuka kertas soalan, bacalah surah Al-Fatihah dan mula mejawab. Sekiranya anda terlupa,
jangan panik. Tarik nafas dan berselawatlah. Insya'Allah boleh ingat semula.

Selepas peperiksaan

Selesai sahaja menjawab setiap kertas soalan, elakkan untuk berbincang tentang soalan atau jawapan dengan
rakan-rakan. Ini bagi mengelakkan anda rasa kurang yakin untuk menjawab kertas peperiksaan seterusnya.
Pesan cikgu Laili untuk calon yang akan menduduki peperiksaan : 
  "Persediaan yang rapi serta ketenangan fikiran amat penting untuk menduduki peperiksaan. Semoga beroleh
kejayaan cemerlang di dalam peperiksaan. Hadiahkanlah kejayaan ini untuk ibu bapa yang telah berkorban
demi anda sejak kecil hingga dewasa juga sebagai hadiah buat guru-guru dan rakan-rakan anda yang
memberi sokongan selama ini".

Anda mungkin juga menyukai