Anda di halaman 1dari 4

7 TIPS UNTUK CEMERLANG DAN

PERSEDIAAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup
untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti
diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu.
Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang
akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang
menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat
banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain
mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama
menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras.
Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping
membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran
atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini,
jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya
merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari
di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan


Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam
menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk
mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat
membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan.
a) Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa
minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar
secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang
memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan
membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu
anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat
untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan
dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat
memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah
mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang
baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat,
sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini
kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding
peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan
peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang.
Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan
yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan
minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan
keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan
menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak
sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih
awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu
perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas
peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b) Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau
dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan
terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat
bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya


membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap
peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka
mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan
tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk
menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjangpanjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen
yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi
kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir
mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan
sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah
yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat
kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan
jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam
kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya
tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif
mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada
pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul
dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan
semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan.
Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali
alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan
anda.
c) Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas
peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau
sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika
didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu
ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas
soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya
menyemak jawapan.

6.
Elakkan
terbabit
mengganggu perasaan

dengan

situasi

yang

boleh

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu,


anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang
boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu,
berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan
tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal


Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan.
Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan
kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi.
Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu
adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah
mencapai kejayaan.
Begitulah 7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi
Peperiksaan yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan
persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan
panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat
persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Anda mungkin juga menyukai