Anda di halaman 1dari 2

UCAPAN MOTIVASI 1

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatulllahiwabarakatuh, selamat sejahtera


dan Salam keluarga Malaysia.
Yang Berusaha Puan Asiah Binti Amir, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Sungei Way, Barisan
Penolong Kanan, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu, marilah kita bersama-sama mengucapkan kesyukuran kerana pada pagi ini, kita dapat
bersama-sama dalam mjls bacaan Yassin mingguan. Apa yang ingin saya kongsikan pada hari ini ialah tentang
'Ciri-ciri murid Cemerlang'.

Sy yakin kita semua inginkan kecemerlangan dalam kehidupan. semua murid yang berada di dalam Dewan ini
juga ingin menjadi murid yang cemerlang. Pendek kata, semua murid ingin cemerlang dalam semua bidang
yang diceburi. murid cemerlang umpama benih yang baik, kalau di campak ke darat menjadi gunung
dan jika dicampak ke laut menjadi pulau. Ungkapan tersebut memberikan perumpamaan bahawa
murid yang cemerlang mampu menempuh dalam apa jua keadaan untuk berjaya.
Persoalanya, apakah sebenarnya ciri-ciri murid cemerlang? Bagaimanakah caranya untuk menjadi cemerlang?
Apakah murid di hadapan saya ini murid yang cemerlang?

Antara ciri penting utk menjadi murid yg cemerlang ialah

- Bermoral tinggi dan berakhlak baik


- Menumpukan perhatian dalam pembelajaran
- Sentiasa mengulang kaji pelajaran
- Aktif dalam aktiviti kokurikulum
- Menjaga kesihatan dan kebersihan
- Belajar daripada kesilapan

1. Bgmn yg dikatakan murid cemerlang adalah bermoral tinggi dan mempunyai akhlak yang
baik. murid yang bermoral tinggi akan menerapkan nilai-nilai murni yang baik dalam
kehidupan seharian mereka. Dengan akhlak yang baik, murid dapat menerapkan nilai
keagamaan yang dipelajari dalam membuat keputusan yang betul, bg membantu murid untuk
tidak terjebak dengan permasalahan sosial seperti membuang masa melepak di pusat
membeli belah dan bergaul bebas dengan golongan yang bermasalah. sprt kata Peribahasa
Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu dan bapa perlu menjadi tauladan terbaik
kepada anak-anak di rumah manakala guru akan menambah nilai dalam memantapkan
sahsiah murid di sekolah. Kesannya, murid yang bermoral tinggi dan berakhlak baik pasti
akan menjadi seorang murid yang cemerlang dalam akademik mahupun kokurikulum.
2. Selain itu, murid yang cemerlang sentiasa menumpukan perhatian ketika proses pengajaran
dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Bukan sahaja dalam persekolahan tetapi dalam
kehidupan harian, jika kita menumpukan perhatian dalam melakukan sesuatu hasil yang baik
akan diperoleh.
3. Pada masa yang sama, murid yang cemerlang akan sentiasa memastikan latihan yang
diberikan oleh guru disiapkan dan mengulang kaji pelajaran di rumah. Apabila pelajar
berusaha melengkapkan latihan yang ditugaskan, mereka pasti memahami dan berjaya
menguasai subjek tersebut dengan baik. Manakala, mengulang kaji pelajaran adalah penting
bagi mengaktifkan memori jangka masa panjang dalam pembelajaran yang telah diulang kaji.
Sebagai contoh, pelajar memperuntukkan masa sebanyak tiga jam setiap hari bagi
mengulang kaji pelajaran. Jika pelajar berjaya mengekalkan disiplin ini, mereka akan menjadi
seorang yang menepati masa. Seperti pesanan orang-orang tua, belakang parang kalau
diasah, lagikan tajam yang bermaksud sekiranya pelajar ingin menjadi cemerlang latihan
yang kerap akan membantu diri mereka untuk menjadi insan yang lebih cemerlang.
4. Di samping itu, ciri murid yang cemerlang adalah apabila mereka aktif dalam aktiviti
kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti persatuan, kelab permainan dan badan beruniform
dapat membentuk sesorang murid menjadi individu lebih berdisiplin dan mengasah sifat
kepimpinan. Melibatkan diri dalam bidang sukan dan permainan pula dapat meningkatkan
kesihatan serta berkomunikasi dengan baik secara berkumpulan. Kesannya, penglibatan
yang aktif oleh murid dalam aktiviti kokurikulum akan menjadikan murid itu lebih cemerlang.

Persoalannya…

Mampukah kita menerapkan ciri-ciri kecemerlangan tersebut dlm diri? jika hanya satu atau dua ciri sahaja yang
ada dalam diri murid2 ketika ini, syabas dan tahniah saya ucapkan. Satu permulaan yang baik dan teruskan
untuk mencapai ciri-ciri kecemerlangan itu. Saya percaya dan penuh keyakinan bahawa awak semua mampu
menjadi murid yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tepuk dada
tanya selera.

insyaallah

Anda mungkin juga menyukai