Anda di halaman 1dari 5

SMK SINDUMIN,

SIPITANG, SABAH

KERTAS KERJA
PERMOHONAN
SUMBANGAN
PROGRAM BENGKEL MENTORING DAN
COACHING (BIMBINGAN DAN LATIHAN)
STPM PENGAJIAN AM SEMESTER 2 2022
SMK SINDUMIN
KERTAS CADANGAN
PERMOHONAN SUMBANGAN
PROGRAM BENGKEL MENTORING DAN COACHING (BIMBINGAN DAN LATIHAN) STPM
PENGAJIAN AM SEMESTER 2 TAHUN 2022 SMK SINDUMIN.

PENGENALAN:

Kejayaan yang cemerlang tidak akan datang bergolek sebaliknya semua murid hendaklah berusaha secara
konsisten dan berterusan untuk memastikan kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. Para pelajar perlu
mengaplikasikan kemahiran belajar yang betul dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk berjaya dalam
peperiksaan STPM. Program yang dirancang oleh Panitia Pengajian Am SMK Sindumin bertujuan untuk
meningkatkan kemahiran dan kualiti pencapaian akademik pelajar dalam subjek pengajian am semester 2 sebagai
persediaan menghadapi peperiksaan STPM semester 2 tahun 2022. Sumbangan ini diharapkan dapat menjana
kecemerlangan akademik dan meringankan beban kewangan pelajar dalam melaksanakan program
kecemerlangan akademik ini.

MATLAMAT:

 Memohon dana bagi membiayai program bengkel bimbingan dan latihan subjek pengajian am
sem 2 tahun 2022.
 Melahirkan pelajar yang sentiasa bersedia dengan teknik yang betul untuk menghadapi
peperiksaan
 Mencapai sasaran pihak sekolah untuk meletakkan pencapaian sekolah hebat dengan sekolah-
sekolah di peringkat daerah Sipitang, peringkat negeri mahupun kebangsaan.

OBJEKTIF:

Pada akhir program, sekolah dan PIBG akan dapat:

 Mengumpul dana bagi membiayai program peningkatan kecemerlangan akademik sepanjang


tahun.
 Merealisasikan matlamat sekolah untuk mencapai kecemerlangan akademik sama ada di
peringkat daerah, negeri mahu pun kebangsaan.
 Mewujudkan perkongsian pintar antara pihak sekolah dan PIBG dalam menjana
kecemerlangan akademik sekolah.
 Memanfaatkan sarana ibu bapa dalam usaha meningkatkan kecemerlangan murid- murid
 Meingkatkan motivasi pelajar yang cemerlang dalam akademik.

SASARAN

Semua pelajar Tingkatan 6 SMK Sindumin seramai 34 orang.


ASAS PERTIMBANGAN

 Sekolah tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk membiayai semua
program akademik yang dirancang.
 Keperluan untuk melibatkan ibu bapa dan penjaga untuk turut serta dalam membina
kecemerlangan sekolah dari sudut akademik.

SUMBER KEWANGAN

SUMBER KEWANGAN: Sumbangan Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Sindumin

SUMBANGAN PIBG
34 calon x RM12.50 RM425.00
JUMLAH RM 425.00 SAHAJA

TARIKH , MASA & TEMPAT PELAKSANAAN

 2 Julai 2022 bersamaan hari Sabtu


 Jam 8.00 pagi hingga jam 1.00 petang
 Makmal Komputer SMK Sindumin (Menerusi Aplikasi Google Meet)

PENCERAMAH

Puan Suzaimah Safei (Guru Pengajian Am, SMK Penanti, Bukit Mertajam, Pulau Pinang).
JAWATAN KUASA PROGRAM BENGKEL MENTORING DAN COACHING
(BIMBINGAN DAN LATIHAN)
PENGAJIAN AM STPM SEMESTER 2 2022 SMK SINDUMIN
PENGERUSI: EN. TEO GUN FAH@ FIRDEY FIRDAUS TEO
Pengetua, SMK Sindumin Sipitang

TIMBALAN PENGERUSI: En SAUFI BIN ANUAR


PK Ting 6, SMK Sindumin Sipitang

SETIAUSAHA: En JRD Surian Sebastian bin Bonior


Ketua Panitia Pengajian Am, SMK Sindumin Sipitang.

PENUTUP :

 Permuafakatan sekolah dan PIBG, diharap akan menghasilkan keputusan yang cemerlang bagi pelajar
subjek Pengajian Am yang bakal menduduki peperiksaan STPM semester 2 tahun 2022.
 Pihak sekolah menerusi Panitia Pengajian Am amat mengharapkan permohonan ini mendapat kelulusan
dan pertimbangan daripada pihak PIBG dan semoga usaha yang dibuat dapat memberikan suntikan
semangat kepada para pelajar agar lebih bersungguh-sungguh untuk memburu kejayaan.
 Para pelajar juga diharap menghargai usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah dalam membantu
kejayaan mereka.

Disediakan oleh , Disemak oleh, Disahkan oleh,

(JRD SURIAN SEBASTIAN BIN BONIOR) (SAUFI BIN ANUAR) (TEO GUN FAH@FIRDEY FIRDAUS TEO)
Ketua Panitia Pengajian Am PK Tingkatan 6 Pengetua
SMK Sindumin SMK Sindumin

Anda mungkin juga menyukai