Anda di halaman 1dari 8

1

KAJIAN TINDAKAN MASALAH KOMUNIKASI DI SEKOLAH.


(SK. ST. PATRICK, TAWAU, SABAH.)

1. OBJEKTIF
a) Umum
b) Khusus
Umum
i) Menimbulkan minat guru untuk berkomunikasi dengan lebih baik dan berkesan di dalam
bilik darjah.
ii) Memperkenalkan susana pembelajaran yang seronok dan berkesan kepada murid dan
guru.
Khusus
i) Membantu 64 orang guru dan kakitangan sekolah untuk meningkatkan tahap
komunikasi di kalangan mereka seterusnya meningkatkan hubungan yang baik.
2. METADOLOGI
Pemerhatian dan soal selidik di kalangan guru-guru dan murid-murid.
3. PELAKSANAAN KAJIAN
a) Tinjauan Masalah
b) Pelaksanaan Program
Tinjauan Masalah
i) Proses komunikasi di kalangan guru dan kakitangan kurang memberangsangkan.
ii) Guru-guru dan kakitangan di dalam pejabat kurang berkomunikasi dengan baik di
kalangan mereka.
Perlaksanaan program
i) Membuat pemerhatian di persekitaran tempat kerja.
2

ii) Membuat kajian soal selidik.
iii) Membuat temubual di kalangan guru dan kakitangan.

4. DAPATAN KAJIAN
a) Analisis Data
b) Rumusan
Analisis Data
i) Analisis pemerhatian.
ii) Analisis soal selidik.
iii) Analisis perlakuan guru dan kakitangan di dalam pejabat.
Rumusan
i) Pemahaman guru dan kakitangan tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi
secara berkesan di tempat kerja meningkat untuk mendapatkan hasil yang baik dalam
sesuatu program atau projek.
5. REFLEKSI KAJIAN
a) Pencapaian Umum
b) Pencapaian Khusus
Pencapaian Umum
i) Guru dan kakitangan dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan baik
seterusnya menjadikan suasana di tempat kerja lebih harmoni.
Pencapaian Khusus
i) Guru dan kakitangan berinteraksi dengan berkesan di kalangan mereka. Mula
memberikan kerjasama dalam sesuatu program yang dijalankan oleh pihak pentadbir.
ii) Hubungan sesama rakan sejawat dan kakitangan bawahan lebih baik melalui
penglibatan aktiviti atau program yang dijalankan.

3

Definisi Konsep
Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej daripada seseorang
individu kepada individu yang lain. Ia juga adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain
mengenai mesej yang disampaikan dan kedua-duanya mempunyai kefahaman yang dikongsi
bersama.
Komunikasi lisan adalah melibatkan percakapan atau perbualan dan penulisan yang
bertujuan menyampaikan mesej daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Pihak yang
menerima mesej itu akan memproses mesej tersebut. Ia juga tidak terhad secara bersemuka,
malah komunikasi secara virtual atau maya juga dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana
tujuannya sama iaitu menyampaikan mesej.
Komunikasi bukan lisan pula adalah komunikasi yang melibatkan gerak-laku seseorang
individu yang ditunjukkan seperti postur badan, gerak isyarat tangan atau kepala, mimik muka
termasuk mata, hidung dan bibir.

Halangan Dan Masalah Komunikasi Di Sekolah.










Halangan Dan Masalah
Komunikasi Di Sekolah
Pergaulan
Bersikap Kroni
Kurang Menghormati Rakan Sejawat Atau Ketua
Tiada Kerjasama
Bersikap Prejudis
4

Pergaulan
a) Terdapat juga beberapa pegawai atau guru yang kurang bergaul dengan rakan sejawat
yang lain. Mereka lebih suka menyendiri dan kurang bergaul dengan rakan sejawat lain. Ini
akan menyukarkan penyampaian maklumat semasa atau perbincangan yang berkaitan dengan
tugasan seharian.
b) Tidak kurang juga Guru Besar atau majikan yang lebih suka duduk di dalam pejabat dan
membuat tugasan seharian dari masuk kerja sehingga waktu pulang. Ini akan menyebabkan
guru-guru atau pegawai bawahan merasa segan dan sukar untuk berkomunikasi dengan
mereka kerana tidak wujud suasana yang mesra di kalangan guru-guru dengan Guru Besar.
Selain itu, guru-guru akan menghadapi kesukaran untuk bertemu dan berbincang jika
menghadapi sebarang masalah sama ada masalah di sekolah ataupun masalah peribadi.
Bersikap Prejudis
Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pegawai atau guru yang bersikap prejudis terhadap
rakan sejawat yang lain. Ini berlaku disebabkan sikap suka bersyak wasangka terhadap rakan
yang lain. Sebagai contoh, jika rakan atau guru lain merancang dan melaksanakan sesuatu
program di sekolah, mereka beranggapan bahawa pegawai atau guru tersebut melakukannya
semata-mata untuk mendapatkan pujian dan penghargaan daripada pihak atasan atau Guru
Besar. Mereka tidak akan melibatkan diri dalam program yang dijalankan dan jika terlibat pun
mereka tidak akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan tidak ikhlas.
Bersikap Kroni atau Berpuak-Puak
Masih terdapat pegawai atau guru-guru yang bersikap kroni iaitu bersikap suka berpuak-puak
dalam satu jabatan atau sekolah. Pegawai-pegawai atau guru-guru tersebut mempunyai satu
sikap akan bekerja mengikut puak-puak mereka sendiri dan kurang memberikan kerjasama
terhadap kumpulan yang lain. Ini akan menyebabkan sesuatu tugasan atau program itu tidak
akan menbuahkan hasil yang baik disebabkan tidak mendapat kerjasama yang tinggi daripada
semua kakitangan.
Tiada Kerjasama
Setiap perkara atau tugasan mahupun program tidak akan berjaya dengan sempurna jika tidak
mendapat kerjasama sepenuhnya daripada semua pihak dan guru-guru. Masalah ini berlaku
5

berikutan sikap mementingkan diri sendiri dan berpegang pada prinsip kerja ka kerja aku
yang lebih suka membuat tugasan secara sendirian. Ini akan menyebabkan tiadanya kolaborasi
dan pertambahan idea dalam melakukan sesuatu kerja. Mereka lebih selesa melakukan tugas
yang diberikan kepada mereka sahaja tanpa menghiraukan tugasan rakan sejawat yang lain,
yang penting tugasan yang diberikan kepada mereka dapat diselesaikan tanpa menghiraukan
hasil yang diberikan adalah yang terbaik ataupun berjaya dengan cemerlang.
Kurang Menghormati Rakan Sejawat Dan Ketua
Masih terdapat segelintir pegawai atau guru yang tidak menghormati pegawai atasan atau Guru
Besar. Mereka bersikap angkuh dan tidak akan mendengar nasihat mahupun arahan yang
diberikan oleh pihak atasan atau Guru Besar terhadap sesuatu perkara yang berlaku. Contohnya
kehadiran bertugas setiap hari ke sekolah meskipun telah ditegur beberapa kali dan telah
dipanggil di dalam bilik Guru Besar, perkara yang sama masih berulang. Mereka beranggapan
selagi tiada surat atau arahan daripada pihak yang lebih tinggi, maka Guru Besar tidak layak
mengambil tindakan terhadap mereka.

CARA CARA MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI DI SEKOLAH.










Cara-Cara Mengatasi
Halangan Komunikasi Di
Sekolah
Mengeratkan Perhubungan
Hormat -Menghormati
Bekerja Sebagai Satu Pasukan
Kerjasama
Bersikap Terbuka
6

Mengeratkan Perhubungan
Untuk menwujudkan suasana kerja yang harmoni terutama di sekolah, terlebih dahulu perlu
wujud perhubungan harmoni antara rakan sejawat dan Guru Besar. Jika perhubungan yang
baik terjalin di kalangan rakan sejawat dan pihak Guru Besar, sesuatu tugas atau program itu
akan dapat dijalankan dengan lebih baik. Ini selaras dan menepati dasar yang terkandung
dalam Tonggak 12 pekeliling am iaitu keseronokan bekerja. Jika hubungan di antara pegawai
atau guru-guru serta Guru Besar adalah baik, maka secara langsung semua pekerjaan dan
tugasan yang diberikan akan mendapat hasil yang cemerlang kerana bekerja dalam suasana
yang seronok.
Bersikap Terbuka
Guru-guru seharusnya berfikiran positif bahawa setiap individu itu mempunyai kebolehan
masing-masing dan amalkan sikap ingin meningkatkan kemahiran diri dengan cuba untuk
melakukan tugasan atau program yang bukan di bidang kepakaran sendiri. Dengan bersikap
terbuka kita akan dapat menimba ilmu atau kemahiran yang kurang dimiliki kerana sedia untuk
memajukan diri. Mungkin pada masa akan datang kita boleh mengadakan program yang mana
kita mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut.
Bekerja Sebagai Satu Pasukan
Setiap pekerjaan atau tugasan yang dilaksanakan secara berpasukan sebagai satu unit akan
mendapat hasil yang berkualiti. Ini kerana perbincangan dan banyak pendapat yang boleh
dihasilkan sewaktu menjalankan sesuatu tugasan yang diamanahkan. Setiap individu
memainkan peranan dan saling bantu-membantu di antara satu sama lain. Kerja akan
bertambah mudah ditambah bebanan kerja yang semakin berkurang kerana semua pihak
mengambil bahagian.
Kerjasama
Memberikan kerjasama secara menyeluruh dalam apa jua tugasan atau program yang
dijalankan tidak mengira sama ada ia berkaitan dengan kita mahupun tidak. Tidak salah untuk
meminta tunjuk ajar atau ilmu daripada rakan lain jika tugasan tersebut di luar bidang
kemahiran kita. Guru Besar juga perlu memberikan kerjasama dan sokongan terhadap sesuatu
7

tugasan atau program yang dijalankan dan bukan hanya setakat jadi pemantau dari jauh,
berilah sokongan baik dari segi moral mahupun tenaga jika mampu.
Saling Hormat Menghormati
Sikap hormat-menghormati adalah sikap yang amat dituntut oleh agama. Oleh itu, ia perlu ada
dalam diri setiap individu yang hidup dalam bermasyarakat apatah lagi dalam sebuah jabatan
yang sama. Jika setiap guru atau pegawai mengamalkan sikap hormat-menghormati di
kalangan rakan sejawat dan pihak atasan, maka akan wujud suasana kerja yang harmoni dan
seronok dalam menjalankan tugas. Kepada Guru Besar, sudah menjadi tugas beliau untuk
menegur pegawai-pegawai di bawah jagaan beliau. Sebagai pegawai yang bertanggungjawab,
kita kena bersedia untuk menerima teguran jika ia mendatangkan kebaikan kepada kerjaya
mahupun diri sendiri.
Dikalangan rakan sejawat juga kita perlu saling menghormati dan bersedia menerima teguran
daripada rakan yang lebih berpengalaman antara satu sama lain, jester komunikasi dan
perhubungan akan terjalin dengan lebih baik seterusnya menghasilkan kerja yang cemerlang.













8

RUJUKAN
1) Guru Besar Sk. St. Patrick, Tawau ( En. Joseph Tabad Angin ), Guru-guru dan Anggota
Kakitangan Sekolah.

2) (PhD), M. K. (2012). TL20003 Kemahiran Komunikasi . Kota-Kinabalu: UMS.


3) http://www.slideshare.net/guestdc559/halangan-komunikasi-di-organisasi-presentation.
(26 OKTOBER, 2008). Masalah Komunikasi DiTempat Kerja.

4) Sabran, R. H. (1989). Kecekapan Berkomunikasi Dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai