Anda di halaman 1dari 14

PPI 3012 BUDAYA KEUSAHAWANAN

SEMESTER 1 SESI 2018/2019

PROJEK CSR

PROGRAM SAYANGI KUCING JALANAN

DISEDIAKAN OLEH:

NO. NAME MATRICS NUMBER


1. IKMAL NIZAM BIN SALAMAT D20181083827
2. NUR FARAHIN BINTI KAMARON AZAMAN D20181084251
3. NOORUL FARISYAH BINTI LOKMAN D20181084262
4. NUR AYUNIEY NABILLA BINTI MAZELAN D20181084246

KUMPULAN: P

NAMA PENSYARAH: MOHD KAMARUL AZRIQ BIN YUSOF

TARIKH: 14/12/2018
ISI KANDUNGAN

NO. Isi kandungan Muka surat

1. PENGENALAN 2

2. LATAR BELAKANG 2-3

3. ISU DAN MASALAH 4

4. OBJEKTIF 5

5. RANGKA KERJA 6

6. BELANJAWAN 7

7. PERLAKSANAN 8

8. IMPAK SOSIAL 9

9. CADANGAN DAN KESIMPULAN 10

10. LAMPIRAN 11-12

1
1. PENGENALAN

Pada masa kini, negara kita mengalami perubahan yang drastik dalam memenuhi harapan negara
untuk menjadi negara maju. Antara sektor utama yang akan menaikkan nama negara di persada dunia adalah
sektor perniagaan. Oleh itu, sektor perniagaan akan memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf
hidup masyarakat dengan menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR). Sebagai ahli peniagaan, kita
perlu tahu akan tanggungjawab kita terhadap masyarakat yang memerlukan. Aktiviti perniagaan tidak dapat
dipisahkan dari masyarakat. Tanggungjawab ini mampu mempertingkatkan kesejahteraan dan taraf hidup
rakyat serta meningkatkan imej sesebuah organisasi perniagaan.
Kursus ini direka bentuk untuk memperkenalkan peserta kepada konsep Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) yang mengoperasionalkan istilah dan memastikan definisi yang komprehensif CSR dan
aplikasi untuk kelestarian korporat. CSR dibentangkan sebagai konsep pengurusan dan proses yang
mengintegrasikan keseimbangan sosial dan alam sekitar dalam operasi perniagaan.

2. LATAR BELAKANG PROGRAM

Sebagai sebuah universiti yang menerapkan pendidikan dan nilai kasih sayang terhadap manusia
dan alam sekitar, kami adalah pelajar Budaya Keusahawanan (PPI 3012) telah menjalankan program
“Corporate Social Responsibility” (CSR) iaitu dengan memberi sarapan pagi kepada masyarakat awam
terutamanya pelajar universiti yang terdiri daripada peringkat umur yang berbeza. Program ini didasarkan
pada unsur kesedaran kepada pelajar di university tentang kepentingan mengambil sarapan pagi. Tambahan
pula, program ini juga didasarkan pada unsur nilai prihatin kepada masyarakat bagi memastikan mereka
mengambil sarapan pagi yang sempurna.

Semasa program ini dijalankan, kami telah memberi sarapan pagi kepada 40 orang yang berada
di kawasan universiti pada waktu pagi. Tambahan pula, kami memberi sedikit pengetahuan tentang
kepentingan sarapan pagi kepada mereka. Kami juga telah mengalakkan mereka untuk mengambil sarapan
pagi secara berterusan kerana ia amat baik untuk kesihatan.

2
Poster program:

3
3. ISU DAN MASALAH
Kumpulan kami telah memilih kawasan universiti iaitu kampus Sultan Abdul Jalil sebagai lokasi
untuk menjalankan program CSR kami yang mana misi utama kami iaitu memberi sarapan pagi secara
percuma kepada pelajar dan masyarakat. Jumlah ahli kumpulan kami yang terlibat ialah seramai 10 orang.
Kampus Sultan Abdul Jalil mempunyai banyak fakulti dan kelas yang dijalankan disana . Tujuan utama
CSR kumpulan kami ialah memberi sarapan pagi kepada pelajar di kawasan kampus. Disamping memupuk
kesedaran masyarakat mengenai kepentingan mengambil sarapan pagi. Walaubagaimanapun, kumpulan
kami telah menghadapi beberapa masalah ketika melaksanakan aktiviti ini.

Masalah yang pertama dihadapi oleh kami ketika melaksanakan program CSR ini ialah ada antara
kami yang tiada kenderaan sendiri. Perkara ini menyukarkan kami untuk melakukan program CSR
dikawasan yang jauh. Kami mengambil inisiatif lain dengan hanya melakukan program CSR kami di
sekitar kawasan kampus kerana kawasan tersebut menyediakan pengangkutan dan berhampiran dengan
tempat tinggal kami. Perkara ini juga mampu menjimat kos dan masa.

Masalah yang kedua ialah ahli kumpulan kami yang waktu lapangnya tidak sama antara satu sama
lain. Ahli kumpulan kami yang berlainan kos mempunyai masalah dari segi waktu kerana jadual yang
berbeza. Ada juga sesetengah ahli kami yang terlibat dengan program yang dianjurkan oleh university.
Kami terpaksa tangguh program ini sebanyak beberapa kali. Walaubagaimanapun, kami semua telah
berjaya memilih satu tarikh yang sesuai untuk menjalankan program ini. Pada hari tersebut semua ahli
kumpulan berjaya menyertai program yang dijalankan.

Masalah yang ketiga berkenan dengan sikap segelintir pelajar yang tidak mahu menerima sarapan
yang diberi. Pelajar yang tergesa-gesa untuk ke kelas tidak akan meluangkan masa kepada kami.
Walaubagaimanapun, kami tidak mudah berputus asa dan meneruskan aktiviti ini untuk menggalakan
mereka untuk bersarapan pagi.

Kesimpulannya, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh kami sepanjang menjalankan CSR. Namun,
dengan kerjasama yang diberi oleh ahli kumpulan kami tetapi berjaya menyelesaikan semua masalah
dengan baik dalam usaha menjayakan program CSR ini.

4
4. OBJEKTIF PROGRAM

a. Membantu pelajar untuk bersarapan pagi.

Terdapat segelintir pelajar yang tidak sempat bersarapan pagi dirumah akan kami berikan makanan
kepada mereka. Hal ini mampu meringankan beban mereka.

b. Memberi kesedaran kepada pelajar dan masyarakat tentang kepentingan sarapan pagi

Kami menerangkan serba sedikit tentang kepentingan sarapan pagi kepada mereka semasa
mengedarkan makanan. Selain itu, aktiviti memberi sarapan pagi juga dapat membuka mata
masyarakat agar turut serta mengadakan aktiviti seperti ini.

c. Meningkat kemahiran komunikasi dengan masyarakat sekeliling.


Dengan adanya program ini, kami telah mempraktikkan kemahiran komunikasi yang telah kami
pelajari semasa program ini dijalankan. Sebagai contoh semasa menyampaikan maklumat tentang
kepentingan sarapan pagi kepada pelajar.
d. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami dan masyarakat sekeliling.
Kami dapat beramah mesra dengan masyarakat sekeliling terutamanya pelajar UPSI semasa
menjalankan aktiviti ini. Sebagai contoh, kami menegur pelajar dengan baik agar mereka lebih
selesa.

5
5. RANGKA KERJA

PENGERUSI
(IKMAL NIZAM BIN SELAMAT)

PENGURUS SETIAUSAHA
(DAYANG NURUL AZUAH BINTI
AWANG AHMAD)
(MAGESHWARI A/P NAGALINGAM)

PENGURUS MULTIMEDIA PENGURUS KEWANGAN


PENGURUS PENGELUARAN
(NUR FARAHIN BINTI KAMARON (NOORUL FARISYAH BINTI LOKMAN)
(AGUSRIN BIN AMBIR) AZAMAN) (NUR AYUNIEY NABILA BINTI
(DAYANG KU MAISAROH BINTI (VISVERUBINI A/P LOGANATHAN) MAZELAN)
AWANG KU HYRIL)
(RANJITHA A/P MARUGAN)

6
6. BELANJAWAN

NO. BARANG KUANTITI HARGA(RM) TOTAL(RM)

1 Makanan kucing

Whiskas Seafood Cocktail 85G 4 1.51 6.04

Prodiet Fresh Tuna 400G 4 4.25 17.00

Prodiet Chicken Tuna 400G 4 4.50 18.00

Prodiet Ocean Fish 400G 4 4.50 18.OO

2 Kelengkapan

Cactus Natural Pine Wood Stick 1 2.70 2.70

Bekas Plastik 1 2.50 2.50

3 Minuman

Twister J.Burst 355ML 4 2.50 10.00

TOTAL 74.24

7
7. PERLAKSANAAN

7.1 TENTATIF PROGRAM CSR

HARI/TARIKH MASA AKTIVITI


3.00 p.m. - Bertolak dari kampus baru UPSI ke Kampus Lama

3.15 p.m. - Tiba di Kampus lama Pintu Timur dan berkumpul

3.30 p.m. - Selesai membeli makanan kucing di kedai berhadapan


kampus lama.
3.50 p.m. - Sampai di Pekan Tanjung Malim

4.00 p.m. - Penyebaran poster Sayangi Kucing Jalanan


 Diedarkan kepada orang awam yang sedang lalu
lalang
SABTU
 Diedarkan di kedai-kedai berhampiran
17 November 2018
 Berbual-bual dengan orang awam mengenai
haiwan jalanan.

5.00 p.m -Berpecah kepada 2 kumpulan


mencari dan memberi makan kucing
-Bekalan makanan telah habis
-Berkumpul dan melaporkan perkembangan

6.00 p.m -Pulang ke kampus baru

8
8. IMPAK SOSIAL

Sosial impak ialah kesan positif yang terhasil daripada aktiviti CSR yang dijalankan oleh
kumpulan kami. Kesan ini perlulah mempengaruhi masyarakat komuniti disekeliling. Perlaksanaan aktiviti
memberi makanan kepada haiwan jalanan seperti kucing dapat mengurangkan kelaparan kucing tersebut
yang sukar untuk mendapatkan makanan. Segelintir masyarakat akan menghalau kucing tersebut apabila
haiwan ini meminta-minta makanan dari mereka. Selain itu, aktiviti ini juga melibatkan penglibatan orang
awam dengan edaran poster yang memaparkan kepentingan dalam menjaga adab dengan haiwan.
Disamping itu, poster itu juga ada memaparkan talian kecemasan yang boeh dihubungi sekiranya mereka
memerlukan pertolongan dari Klinik Kesihatan haiwan sekitar tanjung malim. Seterusnya, Aktiviti ini juga
dapat menaikkan nama Klinik-Klinik Haiwan yang berhampiran kerana orang awam didedahkan megenai
klinik-klinik yang beroperasi dan sentiasa menunggu haiwan-haiwan yang hendak dirawat Aktiviti ini
merupakan salah satu langkah dalam memberi kesedaran kepada masyarakat diluar sana agar menyayangi
haiwan mahupun itu adalah sekadar haiwan jalanan. Ini kerana haiwan juga merupakan makluk ciptaan
tuhan yang perlu dilindungi oleh masyarakat .

Selain itu, aktiviti ini juga dapat memberitahu masyrakat yang masih ada segelintir pihak yang
ambil peduli mengenai hak haiwan jalanan ini. Ini kerana baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita
kematian seekor kucing betina yang sedang sarat mengandung. Kucing yang tidak berdosa ini dipercayai
dibunuh dengan kejam oleh individu yang tidak berperikemanusia . Kami berharat agar langkah ini dapat
membuka mata masyarakat bahawa masih ada masyarakat yang prihatin terhadap masalah ini. Berikutnya
, Orang awam juga didedahkan mengenai pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam urusan penjagaan hak
haiwan jalanan dan akta-akta undang-undang mengenai haiwan. Akhir sekali, melalui program ini kita
dapat mengurangkan jumlah penderaan haiwan yang semakim berleluasa disamping menjadikan Malaysia
sebuah Negara yang mementingkan hubungan sesama makluk.

9
9. CADANGAN DAN KESIMPULAN

9.1 CADANGAN
(a) semasa memberi makanan kepada kucing, ada beberapa ekor kucing jalanan yang takut
akan kehadiran kami, jadi kami perlulah mempelajari dan mengetahui cara-cara
bagaimana ingin menarik perhatian kucing-kucing jalanan itu supaya dating kepada kami.
(b) Terdapat beberapa ahli kumpulan kami yang fobia dengan kucing. Oleh itu, setiap ahli
perlulah mengatasi fbia mereka terhadap kucing. Dan ini adalah satu cabaran kepada diri
mereka sendiri. Sekiranya mereka Berjaya mengatasi fobia mereka ini, ia dapat
memberikan kesan yang amat baik terhadap diri mereka malah onjekti program haiwan
jalanan ini juga turut tercapai dalam usaha memupuk nilai kasih sayang terhadap haiwan
seperti kucing.
(c) Semasa menjalankan program ini, cuaca pada waktu itu amat kurang baik. Jadi kami
perlulah sentiasa memikirkan strategi baru untuk mengatasi masalah ini seperti memberi
makanan kepada kucing-kucing jalanan di tempat yang berbumbung.
(d) Semasa proses pengedaran poster kepada masyarakat, ada beberapa orang yang menolak
penerimaan poster daripada kami,jadi kami perlulah mempunyai kemahiran
berkomunikasi yang sangat cemerlangdan mempunyai ilmu pengetahuan dalam cara-cara
untuk menarik minat orang lain untuk menerima poster kami dan mendengar sedikit ilmu
berkaitan dengan haiwan jalanan yang kami ingin sampaikan.

9.2 KESIMPULAN
Konklusinya, program ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Program
ini telah mencapai objektif kami walaupun terdapat beberapa kekangan yang berlaku diluar
jangkaan kami malah kekangan itu dapat kami atasi dengan baik. Program ini dapat
menerapkan nilai kasih sayang antara manusia dengan haiwan malah dapat merapatkan
ukhuwah antara kami dan juga orang awam. Tambahan pula, ia dapat menambah kenalan
kami dan juga melatih kami dalam kemahiran berkomunikasi dengan orang awam. Akhir
sekali, program ini secara tidak langsung dapat mengurangkan kadar kematian kucing
jalanan, dapat menjaga kebersihan di kawasan pekan Tanjong Malim serta dapat
mengurangkan kos perbelanjaan kerjaan untu proses penghapusan bangkai-bangkaian haiwan
yang mati dan juga dapat mengurangkan bebanan kerajaan berkaitan dalam pengeluaran kos
untuk menguruskan kucing-kucing jalanan.

10
10. LAMPIRAN

11
PROJEK HAIWAN JALANAN

12
13

Anda mungkin juga menyukai