Anda di halaman 1dari 10

PENGARAH :

Nama: Muhammad Hazim Bin Asri


No. Tel: 0173399205

KERTAS KERJA

KHIDMAT MASYARAKAT MEMBERSIHKAN MADRASAH AL-JIHADIAH

TARIKH :

6 JUN 2023

TEMPAT :

MADRASAH AL-JIHADIAH

ANJURAN :

KUMPULAN 5 ( KUMPULAN KESUKARELAWANAN C ) DENGAN KERJASAMA


KOMUNITI MADRASAH AL-JIHADIAH
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan pertimbangan kelulusan pensyarah
kursus Kesukarelawanan Kumpulan C, Universiti Pendidikan Sultan Idris iaitu Dr
Nurzaimah Binti Asalal. Program ini bertujuan untuk memupuk sikap kesukarelawanan
dalam kalangan mahasiswa-mahasiswi.

2.0 PENGENALAN
Takrif kepada ‘Masyarakat’ ialah sekumpulan orang yang hidup bersama di suatu
tempat dengan cara-cara dan peraturan-peraturan tertentu. Masyarakat merupakan elemen
penting dalam pembentukan sebuah tamadun. Hal ini telah terbukti dan banyak tulisan-
tulisan sejarah dipengaruhi elemen kumpulan orang yang hidup bersama dalam setiap
penceritaan berkaitan tamadun. Contohnya tamadun Islam, perkembangan tamadun Islam
bermula apabila masyarakat Kota Taif menerima Islam sebagai agama mereka.
Khidmat pula adalah suatu pekerjaan untuk memenuhi keperluan orang lain dan
maksud ini tidak lari dari konsep Khidmat Masyarakat iaitu berkhidmat untuk sesiapa
sahaja dan mensasarkan sekumpulan manusia agar proses penyampaian menjadi lebih
mudah dan menjimatkan masa.
Program Khidmat Masyarakat merupakan aktiviti yang dapat mendekatkan pihak-
pihak tertentu seperti mahasiswa-mahasiswi dengan masyarakat setempat ataupun
komuniti. Program sebegini dapat melahirkan semangat kekitaan di antara penganjur,
peserta atau masyarakat.
Selain itu, Program Khidmat Masyarakat juga merupakan kokurikulum yang bagi
pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) khususnya mahasiswa-mahasiswi
Universiti Pendidikan Sultan Idris. Sesuai dengan taraf sebagi pusat pembelajaran dan
pengajian tertinggi, IPT bukan saja bertindak sebagai pusat ilmu sebaliknya masyarakat
dan kehidupan sebenar juga merupakan sumber ilmu pengetahuan yang perlu diterokai
agar dapat dikembangkan untuk kemajuan dan pembangunan ilmu pada masa akan
datang. Oleh itu, proses pembelajaran menjadi semakin lengkap di mana teori yang
dipelajari di dalam kelas dapat diaplikasikan melalui aktiviti luar dan ini menjadikan
proses pembelajaran dan pemahaman menjadi lebih mudah.

2
Terdapat berbagai-bagai projek Khidmat Masyarakat yang boleh dilakukan.
Antaranya memberi pendidikan kepada sesebuah komuniti contohnya mengajar mereka
untuk bercucuk tanam, berniaga dan menghasilkan produk dari rumah seperti barangan
kraftangan.
Oleh yang demikian, kokurikulum berbentuk Khidmat Masyarakat bukanlah suatu
kerugian jika dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Selain menimba ilmu secara
terus melalui interaksi secara langsung kepada masyarakat, program ini juga mampu
melahirkan graduan yang penyayang dan berdikari serta kreatif dalam menyelesaikan
masalah masyarakat yang mana mereka juga merupakan isi dan tunjang kepada
masyarakat mereka sendiri. Program Khidmat Masyarakat tidak wajar diambil mudah dan
cukup sekadar untuk memenuhi kredit para mahasiswa-mahasiswi kerana perkhidmatan
kepada masyarakat bukanlah sesuatu yang boleh dimain-mainkan kerana ianya
melibatkan kredibiliti, imej dan integriti sesebuah badan atau pihak penganjur tersebut.
Permasalahan yang akan berlaku jika aktiviti Khidmat Masyarakat ini tidak
diadakan adalah ia akan mendatangkan kesan yang buruk kepada mahasiswa-mahasiswi
seperti hubungan antara mahasiswa-mahasiswi UPSI dengan komuniti atau masyarakat
akan menjadi renggang. Bukan itu sahaja, mahasiswa-mahasiswi UPSI juga tidak
mempelajari budaya dan adat di kawasan komuniti atau masyarakat tersebut.

3.0 OBJEKTIF
 Menyematkan nilai-nilai murni serta memperkembangkan potensi diri.
 Memupuk semangat bekerjasama di antara satu pasukan.
 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta
mendekatkan diri dengan masyarakat.
 Memberi pendedahan kepada mahasiswa-mahasiswi UPSI dengan aktiviti
kesukarelawanan bersama komuniti.

3
4.0 JUSTIFIKASI
Program ini diadakan untuk memberi peluang kepada mahasiswa UPSI
menyumbang khidmat bakti kepada komuniti Madrasah Al-Jihadiah dengan menjadi
sukarelawan. Lokasi untuk aktiviti kesukarelawanan berhampiran dengan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) iaitu di Pintu Selatan dan tidak perlu mengeluarkan duit
untuk kos pengangkutan. Program ini dijalankan bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa/i
yang sedia menyumbang ke dalam pembangunan masyarakat dengan menyemat sikap
kesukarelawanan di mana sikap ini amat penting bagi mahasiswa/i. Hal ini kerana,
mahasiswa/i tidak harus menumpu kepada pencapaian akademik sahaja, malah sahsiah
yang cemerlang juga perlu ada dalam diri. Oleh itu, selain dapat melahirkan mahasiswa/i
mapan, nama universiti juga akan turut dipandang tinggi oleh masyarakat melalui program
kesukarelawanan ini.

5.0 HASIL PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH

LO K1 ELEMEN
KNOWLEDGE Mengenal pasti isu dan cabaran Mengaplikasi kaedah dan
kesukarelawanan di peringkat prosedur untuk
nasional dan global. menyelesaikan pelbagai
masalah yang kompleks.
KNOWLEDGE Mempamerkan sikap Berkerjasama dalam
bertanggungjawab dengan komuniti pembelajaran dan
melibatkan diri dengan gerak kerja kerjaya serta berkomunikasi
berkumpulan mahupun komuniti. secara lisan dan tulisan
melalui pelbagai medium
penyampaian.

4
6.0 TARIKH, HARI , TEMPAT PROGRAM DAN TENTATIF PROGRAM :

Tarikh : 6 Jun 2023

Hari : Ahad

Tempat Program : Madrasah Al-Jihadiah

Tentatif Program

Masa Aktiviti
8.00 am -Berkumpul dan taklimat
8.30 am -Bertolak dari kampus lama
8.45 am -Tiba di Madrasah Al-Jihadiah
-Menyantuni komuniti di Madrasah Al-Jihadiah
9.00 am -Pembahagian tugas
9.15 am -Aktiviti membersihkan sekitar kawasan Madrasah Al-JIhadiah
11.15 am -Sesi begambar
11.30 am -Bersurai

5
7.0 KUMPULAN SASARAN

-Komuniti Madrasah Al-Jihadiah & Mahasiswa/i UPSI

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA DAN SENARAI TUGAS

Penyelaras
Dr. Nurzaimah Binti Asalal

Pengarah Program
Muhammad Hazim Bin Asri (D20211100726)

Timbalan Pengarah Program


Muhammad Aiman Bin Abdul Shukor (D20211098876)

Setiausaha Program
Masius Layang Anak Bawin (D20221101634)

Timbalan Setiausaha Program


Anderina Miloh Anak Bugie (D20221101636)

Bendahari Program
Bryan Ambrose (D20221102198)

Timbalan Bendahari Program


Joanna Eleanor Dunggang (D20211098848)

Ahli-Ahli Jawatankuasa:-
AJK Tempat Dan Peralatan
Aiman Syukri Bin Mohd Affandi (D20221103723)
Merinei Anak Bayang (D20221101640)

AJK Makanan
Ellyiana Dayang Dawat (D20221103952)

AJK Publisiti Dan Informasi


Zernika Erni Jalius (D20221101637)
Eva Grace Diana Jelis (D20221101669)

6
9.0 CARTA GANTT

BULAN 2023

AKTIVITI
MAC APRIL MEI JUN JULAI

MENGENAL PASTI PROJEK

PEMILIHAN PROJEK/MASALAH

MENGUMPUL DATA DAN ANALISIS


PROJEK

PENETAPAN OBJEKTIF/SASARAN

CADANGAN PENYELESAIAN

PERSEMBAHAN DAN
PERSETUJUAN PIHAK
PENGURUSAN

PELAKSANAAN

PENILAIAN DAN PEMANTAUAN

PENYERAGAMAN

10.0 ANGGARAN KEWANGAN


A. PENDAPATAN

BIL. PENDAPATAN RM

1.

JUMLAH PENDAPATAN

7
B. PERBELANJAAN

HARGA JUMLAH
BIL. PERBELANJAAN SUMBANGAN KUANTITI
SEUNIT (RM)

1.

JUMLAH PERBELANJAAN

JUMLAH KESELURUHAN (A)RM – (B)RM = RM0.00

11.0 KELESTARIAN
Program ini dijangka mampu untuk diteruskan kerana program pendidikan
komuniti ini dijalankan secara terancang dan sistematik. Selepas program tamat, kohort
pelajar seterusnya boleh memastikan agar pendidikan komuniti ini masih terus berjalan
dan memberi manfaat yang berpanjangan buat komuniti tersebut.

KPI PERINCIAN TANDA


(/)
1 Melibatkan pusat tanggungjawab (PTj) dalam melaksanakan aktiviti /
transformasi di bandar dan luar bandar.
2 Program pemindahan ilmu melibatkan akademi dan mahasiswa/I di
sekolah bitara UPSI.
3 Kerjasama melibatkan industri dalam melaksanakan program
tanggungjawab sosial korporat (CSR).
4 Program bersama komuniti yang melibatkan penggunaan ruang dan
kemudahan universiti.
5 Kerjasama/koordinasi aktiviti kesukarelawanan atau /
kemasyarakatan melibatkan komuniti.
6 RESQ Team UPSI
7 Perlaksanaan projek khas Perak

8
12.0 PENUTUP
Kesimpulannya, program Khidmat Masyarakat juga penting untuk pembangunan
sosial. Hal ini kerana, kesepakatan dan keharmonian dapat dijalinkan menerusi pengisian
setiap program di mana setiap lapisan masyarakat boleh terlibat contohnya golongan
pemimpin dan masyarakat yang dipimpin. Selain itu, peningkatan ilmu pengetahuan
dalam sesuatu bidang mungkin boleh menghindarkan masalah-masalah sosial yang timbul
seperti gejala lepak dalam kalangan muda mudi yang dilihat seperti tiada penghujung.
Harapan saya agar penglibatan pihak-pihak tertentu dalam menjayakan sesuatu
program Khidmat Masyarakat merupakan langkah yang wajar dan bijak. Hal ini kerana,
program Khidmat Masyarakat dan pelajar-pelajar IPT merupakan jambatan penghubung
di antara masyarakat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta. Selain dapat mewujudkan
jaringan perniagaan, usaha badan-badan tertentu untuk mendekati masyarakat menjadi
sangat mudah.

13.0 RUJUKAN

Tvet Mara.(2018).Definisi Khidmat Masyarakat. Diakses pada 4 May 2023 dari


https://www.tvetmara.edu.my/index.php/kehidupan-kampus/khidmat-masyarakat

Kementerian Dalam Negeri.(2023).Khidmat Masyarakat. Diakses pas 28 April 2023 dari


https://www.moha.gov.my/index.php/ms/akta/101-maklumat-
perkhidmatan/pasukan-sukarelawan-malaysia-rela/298-khidmat-masyarakat

9
Disediakan oleh : Masius Layang Anak Bawin
Setiausaha Program

Tandatangan: .............................................
Tarikh :

Disemak dan diperakukan oleh : Dr. Nurzaimah binti Asalal


Pensyarah Kursus Kesukarelawanan,
Jabatan Pengajian Malaysia,
Fakulti Sains Kemanusiaan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Ulasan :

Tandatangan:

Tarikh :

10

Anda mungkin juga menyukai