Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

PROGRAM LAWATAN KE RUMAH ANAK YATIM


___________________________________________________________________________________
PROGRAM MAHASISWA BERSAMA ANAK-ANAK YATIM

RUMAH NUR KASIH BESTARI

TARIKH : 14-15 MAC 2015

DISEDIAKAN OLEH

0.1 MOTTO
Melawan kemiskinan dengan pendidikan

0.2 VISI
Melahirkan insan yang berakhlak mulia

0.3 MISI

Memperkasakan nilai-nilai murni dalam kalangan anak-anak yatim

0.4 PENGENALAN

Ikatan ukhwah mahasiswa bersama anak-anak yatim di Kampung Selat Bota Kanan 26300 Bota,
Perak merupakan tugasan pertama ISMP Pendidikan Moral semester 1 bagi pelajar yang mengikuti
kursus Akhlak Islam (HMF 3023). Melalui kursus ini pelajar dikehendaki merancang,
melaksanakan, dan membuat laporan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan
untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program yang diberi
nama Ikatan Ukhwah Mahasiswa bersama anak-anak yatim Rumah Nur Kasih Bestari.

Idea ini telah dicetuskan atas keinsafan dan kesedaran bahawa anak-anak yatim adalah
pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang
yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang.

Selain itu, anak-anak yatim juga harus diberi perhatian memandangkan mereka merupakan
golongan yang kurang bernasib baik kerana ketiadaan ibu atau bapa atau kedua-duanya yang
merupakan tempat untuk mereka meluahkan dan mencurahkan kasih sayang. Oleh hal yang
demikian, adalah sangat wajar bagi kami menjalankan projek ini di Rumah Nur Kasih Bestari.

Adalah diharapkan melalui program ini, kami dapat mempelajari kemahiran merancang,
mengurus, dan melaksanakan program dengan lebih berkesan dan baik. Juga diharapkan program
ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara
globalnya kepada negara.

0.5 KEPERLUAN MENGADAKAN PROGRAM

Program Ikatan Ukhwah Mahasiswa bersama anak-anak yatim di rumah Nur Kasih Bestari ini
merupakan program yang dikelolakan sepenuhnya oleh ahli kumpulan 5 kursus Akhlak Islam ISMP
Pendidikan Moral. Melalui program ini, penganjur yang merupakan pelajar-pelajar Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berkaitan
dengan pengurusan sesuatu program.

Penganjuran ini adalah sangat penting kerana program ini menjadikan medium atau kayu ukur
kefahaman pelajar tentang pengelolaan aktiviti luar yang melibatkan masyarakat. Seterusnya dapat
menyemai semangat berpasukan dan kerjasama dalam kumpulan besar pelajar kepada masyarakat.

0.6 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 14 dan 15 Mac 2015


Hari : Sabtu dan Ahad
Masa : 2 hari 1 malam
Tempat Program : Rumah Nur Kasih Bestari Kampung Selat Bota Kanan 26300 Bota, Perak

0.7 OBJEKTIF

0.7.1 Menziarahi rumah anak-anak yatim dan mengeratkan hubungan silaturrahim


antara peserta dengan anak-anak yatim
0.7.2 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan masing-masing
0.7.3 Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak seperti amanah,
tolong-menolong, dan cinta akan alam sekitar.
0.7.4 Mendedahkan anak-anak yatim dengan nilai positif.
0.7.5 Memupuk kreativiti dalam setiap diri anak-anak yatim.

0.8 KAEDAH PERLAKSANAAN

0.8.1 Suai Kenal


0.8.2 Permainan Puzzle
0.8.3 Penanaman Pokok
0.8.4 Tazkirah
0.8.5 Tayangan Video
0.8.6 Motivasi
0.8.7 Senamrobik
0.8.8 Kreativiti

0.9 KUMPULAN SASARAN

Peserta terdiri daripada 7 orang iaitu Ahli Jawatankuasa kursus HMF 3023 Akhlak Islam UPSI dan
seramai 12 orang anak-anak yatim rumah Nur Kasih Bestari. Mereka terdiri daripada pelajar
perempuan yang berumur di antara 7 tahun hingga 12 tahun.

10 TENTATIF PROGRAM
14 Mac 2015 (Sabtu)
7.00 pagi : - Bertolak dari Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) ke rumah anak-anak
yatim
9.30 pagi : - Tiba di rumah anak-anak yatim Nur Kasih Bestari
- Sesi perbincangan bersama pengetua rumah anak-anak yatim
10.00 pagi : - LDK 1
- Nyanyian Lagu Tema Program
12.30 tgh : - Makan dan solat zohor
2.00 petang : - LDK 2
4.00 petang : - Minum petang dan solat asar
5.00 petang : - LDK 3
6.15 petang : - Makan malam dan persiapan solat maghrib
- Tazkirah maghrib
9.00 malam : - LDK 4
10.45 malam : - Bacaan Doa Rabitah
11.00 malam : - Minum malam

15 Mac 2015 (Ahad)

6.00 pagi : - Solat subuh


- Motivasi pagi
7.30 pagi : - Senamrobik
8.30 pagi : - Sarapan pagi
9.30 pagi : - LDK 5
- Tayangan video sepanjang program berlangsung
12.00 : -Majlis Perasmian Penutup
-Bacaan Doa Rabitah
12.30 tgh : - Persiapan Pulang
3.00 petang : - Bertolak balik dan tiba di Kolej Harun Aminurrashid ( KHAR)

11 SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK) PROGRAM

Penasihat : Dr. Abdul Munir Bin Ismail

Pengarah : Prateeb Raj A/L Gunasekaran

Pen. Pengarah : Nurul Nadirah Binti Yusop

Setiausaha : Nurin Masturina Alyani Binti Ghazali

Pen. Setiausaha : Amanun Huda Binti Mohd Auli

Bendahari : Nur Nasuha binti Nasir

Pen. Bendahari : Vandey Bin Jaulis

AJK : Siti Najihah Binti Nawi

AJK : Noor Faezah Binti Mazlan

12 ANGGARAN PERBELANJAAN

Pendapatan

RM

Sumbangan Ahli (RM 20 x8 ) 160.00

Sumbangan En. Syukrie Mail 100.00


Sumbangan Mantan Dewan Bahasa dan Pustaka 300.00

(Dato’ Abd. Aziz Deraman)

Sumbangan dari Pelajar UPSI 455.55

JUMLAH RM 1,015.55

Perbelanjaan

Sarapan pagi (RM 3.00 x 20 orang) 60.00

Makan Tengah hari (RM 5.00 x 20 orang) 100.00

Minum malam (RM 3.00 x 20 orang) 60.00

Air minuman (RM 10.00 x 4 kotak) 40.00

Peralatan

Maker 10.00

Kertas Majung 3.00

Kertas Manila 3.00

Tali Rafia 2.00

Gam 2.00

Pokok Bunga 30.00

Riben 5.00

Kertas Pembalut Hadiah 3.00

Cenderahati

Buku 38.00

Tabung (RM 2.00 x


12) 24.00

Kos Pengangkutan

Minyak Petrol (2 x Rm100.00) 200.00

Sewa Kereta (1 x Rm150.00) 150.00

Sumbangan kepada rumah anak yatim 285.55

JUMLAH RM 1,015.55

Sumbangan dalam bentuk barangan seperti pakaian, alatan elektrik dan barangan dapur boleh
di sumbangkan.
13 PENUTUP

Berdasarkan kertas proposal ini, maka dipohon pihak yang berkenaan dapat memberi kerjasama
dalam bentuk kewangan atau material bagi menjayakan program ini.

Anda mungkin juga menyukai