Anda di halaman 1dari 7

Ruj: _________________

Mesyuarat Jawatankuasa
Penilaian Kertas Cadangan dan Institusi Latihan Awam (ILA)
Bil. ___________ /2023

Nombor : _________

KERTAS CADANGAN
UNIT PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
IPG KAMPUS DARULAMAN

TAJUK:

PROGRAM THE EXCELLENT YOU!

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan dan peruntukan daripada
Jawatankuasa Penilaian Kertas Cadangan dan Institusi Latihan Awam, Institut Pendidikan
Guru Kampus Darulaman bagi melaksanakan Program The Excellent You!.

2.0 LATAR BELAKANG

2.1 Program ini merupakan anjuran Kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik
(PRSd) di bawah Unit Psikologi dan Kaunseling (UPsK) IPGKDA dengan
melibatkan jaringan kerjasama antara pelajar daripada institusi lain.
2.2 Program ini bertujuan untuk meningkatkan nilai kepimpinan pelajar dalam diri
mereka di samping membantu memberi kesedaran kepada para pelajar
dalam menjadi pemimpin yang berketrampilan dalam sesebuah organisasi.
2.3 Di samping itu, program ini dapat membudayakan budaya kepimpinan dalam
diri pelajar sebelum mereka keluar ke setting pekerjaan yang sebenar.

3.0 ASAS-ASAS PERTIMBANGAN


3.1 Bersesuaian dengan Kluster 6 dan Kluster 8 IPGM, program ini diharapkan
dapat meningkatkan kualiti pelajar IPGKDA bukan sahaja dari aspek
akademik, malah dapat meningkatkan budaya kepimpinan dalam diri pelajar.

3.2 Program ini juga secara tidak langsung dapat mencapai hasrat Unit Psikologi
dan Kaunseling, IPGKDA dalam memantapkan kepimpinan pelajar terutama
yang menyertai kelab Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd) IPGKDA.

4.0 PERINCIAN CADANGAN

4.1 Objektif
4.1.1 Meningkatkan semangat kepimpinan dalam diri pelajar.
4.1.2 Mewujudkan jaringan kerjasama antara PRSd, IPGKDA dengan
organisasi luar.
4.1.3 Meningkatkan keyakinan diri dalam menjalankan tugas sebagai
pemimpin pelajar.
4.1.4 Mewujudkan semngat berpasukan dalam kalangan pelajar sasaran.
4.1.5 Memahami tugas dan peranan yang diamanahkan dan bertindak
secara bijak.
4.1.6 Menambahkan ilmu pengetahuan dalam proses menjadi pemimpin
yang telus, berketerampilan dan beretika.

4.2 Tarikh dan Masa


Program ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh : 15 Mac 2023 (Rabu)
Masa : 8.30 malam – 10.30 malam

4.3 Tempat Program


Tempat yang dicadangkan untuk program ini ialah:
Secara atas talian – Aplikasi Google Meet.

5.0 PESERTA PROGRAM

Sasaran peserta program ini adalah semua ahli PRSd, IPGKDA dan pelajar daripada
institut yang terlibat dan terbuka kepada semua pelajar yang berkelapangan untuk
menyertai.

6.0 SUMBER KEWANGAN


Tiada
7.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara

8.30 malam : Kata alu-aluan Pengerusi

8.45 malam : Diskusi Forum


Sesi soal jawab

10.20 malam : Penutup

10.30 malam : ProgramTamat

8.0 JAWATANKUASA
8.1 Jawatankuasa Induk

8.1.1 Penaung : Dr. Mohamad Fadzil bin Che Amat

8.1.2 Penasihat I : Puan Nor Suhana binti Zainuddin


  Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling IPGKDA

8.1.3 Penasihat II : Puan Roshada binti Ahmad


Kaunselor Pentadbir

8.1.4 Penasihat III : Pn Nur Nadiah binti Ahmad Yazid


Kaunselor Pelajar

8.1.5 Pengerusi : Nur Fatin Afiqah binti Abd Razak


  Pengerusi PRSd

8.1.6 Naib Pengerusi : Nur Ilham Amira Binti Sharuddin

8.1.7 Setiausaha : Noorhani Aqilah binti Dzulkefli

8.1.6 Naib Setiausaha : Nurin Farhana binti Muhammad Kamarul

8.1.7 Bendahari : Awatif Binti Latip

8.1.8 Naib Bendahari : Tuan Nurul Bahaq binti Tuan Mohammad


8.2 Jawatankuasa Pelaksana

Jawatankuasa Nama

AJK Sijil (Template) i) Siti Solehah Binti Awang Kecil


ii) Amirah Solehah Binti Ab Aziz

AJK Multimedia & Publisiti i) Aina Nabila Binti Shahidan


ii) Nik Lukman Hakim

AJK Teknikal i) Faqih Wadihan Bin Adnan


ii) Muhammad Ihsan Bin Mohd Zaki

AJK Forum  i) Nur Fatin Afiqah Abdul Razak


ii) Nurin Farhana Binti Muhammad Kamarul

AJK Fotografi & Dokumentasi i) Fatin Afrina Binti Abdul Karim


ii) Muhammad Umar Bin Abdul Hamid

AJK Sijil Nurin Farhana Binti Muhammad Kamarul

4.0 IMPLIKASI KEWANGAN


4.1 Sumber Kewangan
Program ini tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan. Pihak urusetia juga
memerlukan bantuan daripada Unit Pembangunan Latihan untuk menyediakan Sijil
kepada moderator dan tiga orang panel yang dijemput.

Bil Perkara Kuantiti Sumber

1. Sijil Penghargaan Penceramah / Panel 4 keping UPL


Jemputan

2. Cenderahati Penceramah 4 buah UPsK

JUMLAH KESELURUHAN TIADA


5.0 KESIMPULAN
Diharapkan melalui program sebegini ia bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim dan
jaringan kerjasama antara institusi luar, tetapi juga dapat meningkatkan budaya kepimpinan
dalam kalangan pelajar IPGKDA. Berdasarkan kertas kerja yang telah dikemukakan,
diharapkan agar program ini akan dapat berjalan dengan lancar serta mendapat kerjasama
yang baik daripada semua pihak. Segala sokongan dan kerjasama yang diberikan amat
dihargai dan didahulukan dengan ucapan penghargaan terima kasih.

11.0 SYOR/ULASAN : -

Mohon pihak pengurusan untuk mempertimbangkan dan meluluskan kertas kerja ini bagi
mengadakan pelaksanaan Program The Excellent You!. Semoga dengan adanya program
ini dapat melestarikan kepimpinan pelajar Institut Pendidikan Guru, Kampus Darulaman.
Selain itu, dengan terlaksananya program ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada
kecemerlangan pembentukan bakal guru yang produktif dan mempunyai nilai kepimpinan
yang hebat.

Disediakan oleh,

................................................................
(NOORHANI AQILAH BINTI DZULKEFLI)
Setiausaha,
Pembimbing Rakan Siswa Pendidik (PRSd)
IPG Kampus Darul aman.

Tarikh: 05.03.2023

Disemak oleh,

............................................................
(PN NUR NADIAH BINTI AHMAD YAZID)
Penyelaras Program (Kaunselor Pelajar),
IPG Kampus Darulaman.
Tarikh: 05.03.2023

DISOKONG OLEH KETUA JABATAN / KETUA UNIT

Data dan maklumat yang dberikan adalah betul

Butiran kewangan yang diberikan adalah betul

Telah disemak dengan teliti

DISOKONG / TIDAK DISOKONG

ULASAN

TARIKH :

(Tandatangan dan Cop )

Anda mungkin juga menyukai