Anda di halaman 1dari 11

SKRIP PENGACARAAN MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN

JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR SESI 2013/2014


&
MAJLIS PENYAMPAIAN BAUCER BUKU 1 MALAYSIA
5 MAC 2013
2.30-4.30 PETANG
DEWAN AL-FARAB
Perkara/Teks Tindakan
Mengumumkan ketibaan
1. Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan
Sumber Manusia Negeri,
Diiringi oleh,
2. Yang Berbahagia En Ghulam Sarver bin Mobarak Ali,
Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail,
3. Yang Berusaha Tn Hj M. Saipulah bin Awang Ibrahim,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail, merangkap Ketua Penasihat Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail,
4. Bersama delegasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG
Kampus Dato Razali Ismail Sesi 2013/2014 ke Dewan Al-Farabi

Diminta para hadirin menyanyikan lagu Negaraku bersama pasukan
koir IPG Kampus Dato Razali Ismail.
Masuk ke Dewan Al-Farabi, **nyanyian lagu Negaraku**

SEMUA HADIRIN DIJEMPUT DUDUK.

**setelah semua mengambil tempat**
Lebat kemiri pohonnya rendah
Dahan terikat tali perkasa
Sepuluh jari kami menadah
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis menjemput dan
mempersilakan saudara Muhammad Azree bin Jamil untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.
**bacaan doa**
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa sebentar
tadi.

1. Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi
Dan Sumber Manusia Negeri,
2. Yang Berusaha En Ghulam Sarver bin Mobarak Ali, Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail
3. Yg berusaha Tn Hj M. Saipullah bin Awang Ibrahim, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail merangkap Ketua
Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato
Razali Ismail
4. Ketua-ketua jabatan
5. Ketua-ketua unit
6. Pensyarah-pensyarah kanan
7. Pensyarah-pensyarah Penasihat Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
8. Barisan pensyarah
9. Saudara Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar serta
delegasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPGKDRI sesi 2013/2014
10. Seterusnya hadirin warga kampus yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk kita
berkumpul di Dewan Al-Farabi Institut Pendidikan Guru, Kampus Dato Razali
Ismail pada petang yang berbahagia ini, untuk dua majlis yang amat penting
iaitu Majlis Watikah Pelantikan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar bagi sesi
2013/2014 dan Majlis Penyampaian Baucer Buku 1 Malaysia yang akan
disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul
Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains,
Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri,


Sebelum majlis diteruskan, marilah sama-sama kita dengari alunan ayat-ayat suci
Al-quran yang akan disampaikan oleh saudara Muhammad Luqman bin Daud.
Buat pengetahuan para hadirin sekalian, ayat-ayat suci Al-Quran yang akan
dikumandangkan mempunyai intisari ayat yang berkait rapat dengan perihal
kepimpinan. Oleh itu, marilah sama-sama kita menghayati bait-bait ayat alquran
yang akan disampaikan sebentar lagi. Dengan ini majlis mempersilakan.

(Qari membaca Al-Quran)

Alhamdullilah. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara
Muhammad Luqman bin Daud atas bacaan ayat-ayat suci Al-Quran sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian, pada petang ini kita berkumpul untuk satu
majlis yang amat bermakna kepada kita semua khususnya kepada barisan
kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar kerana pada hari ini mereka
secara rasminya akan dilantik dan dianugerahkan watikah pelantikan
mereka dalam majlis yang gilang gemilang ini. Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar merupakan aset penting kepada Institut Pendidikan Guru
Malaysia khususnya Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail dalam menghubungkan interaksi antara pihak pentadbiran dan
pelajar.

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian watikah Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar sesi 2013/2014, majlis menjemput dan mempersilakan En Ghulan Sarver bin
Mobarak Ali, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk
menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul
Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan
Sumber Manusia Negeri, untuk menyerahkan watikah pelantikan kepada barisan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sekalian. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.
**setelah VIP bersedia**

1. Dijemput Saudara Muhammad Syauqi bin Zamry,
Yang Di-Pertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014
2. Dijemput Saudara Nik Mohd Haniff bin Nik Soh
Naib Yang Dipertua 1 diiringi Saudari Nurul Atasha Naib Yang Dipertua
3. Rujuk lampiran


Demikianlah tadi selesainya upacara penyerahan watikah pelantikan
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail bagi sesi 2013/2014. Terima kasih diucapkan kepada Yang
Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa
Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri,
dan Yang Berusaha En Ghulan Sarver bin Mobarak Ali, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail atas kesudian menyempurnakan
penyampaian watikah pelantikan sebentar tadi.

Hadirin sekalian, bagi meneruskan tertib acara,majlis menjemput dan
mempersilakan Muhammad Syauqi Bin Zamry, Yg Dipertua Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail Sesi
2013/2014 untuk memimpin bacaan ikrar barisan Delegasi Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail sesi 2013/2014.
Dipersilakan.
**baca ikrar**
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.


Demikianlah tadi pembacaan lafaz ikrar yang telah disempurnakan oleh Yang
Dipertua bersama barisan Kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi
2012/2013, yang menggambarkan keikhlasan, kesungguhan dan keiltizamans
seluruh kepimpinan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar. Tahniah dan syabas
diucapkan.



Semoga majlis yang gilang gemilang ini merupakan satu manifestasi
pengiktirafan seluruh warga Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali
Ismail kepada barisan Jawantankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014
dalam menjalankan tugas.
Semoga jambatan dan hubungan antara pihak pentadbiran dan guru-guru
pelatih khususnya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru dilantik ini akan
semakin kukuh dan harmonis. InsyaAllah. Marilah sama-sama kita menonton
tayangan video Montaj, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato
Razali Ismail sesi 2013/2014.


Bagi meneruskan agenda kita pada hari ini, majlis menjemput saudara
Muhammad Syauqi bin Zamry untuk menyampaikan ucaptama beliau selaku
Yang Dipertua Perwakilan Pelajar. Dipersilakan
**ucapan Yang Dipertua**
Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis menjemput Encik Ghulam Sarver bin Mobarak Ali,
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

**ucapan pengarah**
Majlis meramkan ribuan terima kasih atas ucapan dan amanat yang telah
disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah sebentar tadi.

Minta daun diberi daun,
Dalam daun ada bidara,
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara
Rumput bukan sebarang rumput,
Rumput tumbuh di padang raja,
Jemput bukan sebarang jemput, Jemput
minta sepatah kata.

Kini, tibalah kita ke kemuncak majlis, majlis dengan penuh takzimnya
menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin
Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi,
Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri untuk menyampaikan
sepatah dua kata. Dipersilakan

(ucapan YB)

Majlis merakamkan setinggitinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih kepada Yang Berhormat atas ucapan sebentar tadi. Diharap
seluruh warga institut mengambil iktibar dan pengajaran daripada
ucapan yang telah disampaikan.

Hadirin sekalian,
Inisiatif pemberian Baucar Buku 1Malaysia kepada para pelajar
bertujuan meringankan beban perbelanjaan pembelian buku-buku
pengajian. Ia juga selari dengan komitmen kerajaan untuk memastikan
setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga latar
belakang dapat menikmati pendidikan berkualiti dan berkemampuan,
sekali gus membentuk masyarakat berilmu di negara ini,

Bagi meneruskan tertib acara, dijemput, Yang Berhormat, Dato Haji
Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,
Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Dan Sumber Manusia Negeri
diringi En Ghulam Sarver bin Mobarak Ali, Pengarah Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail untuk menyampaikan
Baucer Buku 1 Malaysia kepada wakil-wakil pelajar IPG Kampus Dato
Razali Ismail. Dipersilakan.
(majlis penyampaian) rujuk lampiran 2--
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian yang
berhormat bersama Tuan Pengarah atas kesudian menyempurnakan
majlis penyampaian baucer buku 1 malaysia sebentar tadi.
(**setelah VIP bersedia) Dijemput saudari. (rujuk lampiran)

Tenang-tenang air dilaut,
Sampan kolek mudik ketanjung,
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi tuan rasa nak junjung.
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, sebagai tanda kenang-kenangan
kepada dijemput Yang Berusaha Encik Ghulam bin Mobarak Ali untuk
menyampaikan cenderamata tanda kenang-kenangan dari warga
institut kepada Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul
Rahman, dipersilakan.



Disediakan oleh :
Jawatankuasa Tugas-tugas Khas,
Majlis Watikah Pelantikan JPP 2013/2014 -sss-

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato
Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman dan En Ghulam Sarver bin Mobarak Ali,
Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail atas kesudian
meyempurnakan upacara sebentar tadi.

Sebelum mengakhiri majlis pada petang ini, dijemput pasukan Koir
IPG Kampus Dato Razali Ismail bagi membuat persembahan koir
dengan laju bertajuk Terima Kasih Cikgu. Majlis dengan ini
mempersilakan.
*koir melakukan persembahan*
Terima kasih diucapkan kepada pasukan koir IPG Kampus Dato
Razali Ismail atas persembahan nyanyian sebentar tadi.

Semua hadirin dijemput berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu
IPG dengan diiringi nyanyian pasukan Koir IPG Kampus Dato Razali
Ismail.

Dengan berakhirnya nyanyian itu tadi,maka sempurna sudah majlis
kita pada petang ini. Sekalungtahniah diucapkan kepada barisan
Delegasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar yang baru.

Diharapkan pimpinan JPP tahun ini akan terus menjadi perantara
antara pelajar dan pentadbir. Kita tangguh majlis kita pada petang ini
dengan Surah Al Ashr dan tasbih Kafarah. Assalamualaikum dan
salam sejahtera.

Mengumumkan perarakan keluar
1. Yang Berhormat Dato Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman, Pengerusi
Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi
Dan Sumber Manusia Negeri,
Diiringi oleh,
1. Yang Berusaha En Ghulam Sarver bin Mobarak Ali,
Pengarah IPG Kampus Dato Razali Ismail,
2. Yang Berusaha Tn Hj M. Saipullah Awang Ibrahim,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Dato
Razali Ismail, merangkap Ketua Penasihat Jawatankuasa
Perwakilan Pelajar IPG Kampus Dato Razali Ismail
3. Para pensyarah
4. Serta barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Institut
Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail sesi
2013/2014
dari Dewan Al-Farabi.


LAMPIRAN 1

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR (JPP) SESI 2013/ 2014,
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAIL,
21030 KUALA TERENGGANU,
TERENGGANU DARUL IMAN.


BIL NAMA JAWATAN
AHLI MAJLIS TERTINGGI
1. MUHAMMAD SYAUQI BIN ZAMRY YANG DI-PERTUA
2. NIK MOHD HANIFF BIN NIK SOH NAIB YANG DI-PERTUA I
3. NURUL ATASHA BINTI MOHD NORDIN NAIB YANG DI-PERTUA II
4. MUHAMMAD MURSYIDI BIN OSMAN SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT
5. NUR AZYYATI AWANIS BINTI MISPAN
NAIB SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT
6. SAIDATUL SYUHADA BINTI SULAIMAN BENDAHARI AGUNG KEHORMAT
7. MUHAMMAD AKMAL BIN JAUHARI
NAIB BENDAHARI AGUNG KEHORMAT
AHLI MAJLIS MESYUARAT
8. ABDUL MUKMIN BIN AFFANDI

PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
9. SITI KHADIJAH BINTI RAZAK

NAIB PENGERUSI BIRO PERHUBUNGAN DOMESTIK & ANTARABANGSA
10.

PENGERUSI BIRO AKADEMIK
11. NUR ASNIDA BINTI MOHD SUHAIDI

NAIB PENGERUSI BIRO AKADEMIK
12.
MUHAMMAD FAIZ BIN MUHAMMAD
AZIZ

PENGERUSI BIRO KEDIAMAN PELAJAR
13. NURUL SYAZWANI BINTI RAMLI

NAIB PENGERUSI BIRO KEDIAMAN PELAJAR
14.
MOHAMMED NOR SYUKRI BIN
SAADAN

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
15.
NURUL HIDAYAH BINTI MOHD RAZALI
FUZAI

NAIB PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN & SOSIAL
16. MUHAMMAD KHAIRIE BIN JUSOH

PENGERUSI BIRO KEROHANIAN, MORAL & DISPLIN
17. MUHAMAD FAHMI BIN OTHMAN

NAIB PENGERUSI BIRO KEROHANIAN, MORAL & DISIPLIN
18. MUHAMMAD ARIEF BIN MOHD ZAIN

PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN
19.
NUR SYAHIRAH AMIRA BINTI
SHUHAIMI

NAIB PENGERUSI BIRO KEBUDAYAAN & KESENIAN
20.
MUHAMMAD FAIZUL SHAHRUDDIN
BIN ZULKIFLEE

PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN
21. FARAH WAHEEDA BINTI JOHIR

NAIB PENGERUSI BIRO TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN
22. MOHAMAD FARHAN ADAM BIN AZHAR

PENGERUSI BIRO SUKAN & REKREASI
23. KHAIRUN NAZIRIN BT SHAMSUDIN

NAIB PENGERUSI BIRO SUKAN & REKREASI
24. MARDIAH BINTI IDRIS

PENGERUSI BIRO HAL EHWAL WANITA

25. NOR ANIRA BINTI KADIR

NAIB PENGERUSI BIRO HAL EHWAL WANITA
26. NUR AZAM BIN ALI

PENGERUSI BIRO KEUSAHAWANAN
27. SUHADA BINTI ABD WAHID

NAIB PENGERUSI BIRO KEUSAHAWANAN





LAMPIRAN 2
Pengagihan Baucer Buku 1 Malaysia
1. Saudari Nurul Atika binti Yusuf, pelajar PISMP TESL 1 Semester 5
2. Saudara Muhammad Fahim bin Muhd Sukri, pelajar PISMP TESL 4 Semester 3
3. Saudara Ramsyamjanil bin Mohd Lazim, pelajar PISMP TESL Semester 1
4. Saudara Morray anak Johnny, pelajar PISMP TESL Semester 2
5. Saudara Mohd Hanafis bin Zainal, pelajar PISMP GSTT Semester 2

Anda mungkin juga menyukai