Anda di halaman 1dari 1

Hairul Faiszul Bin Sanuri,

No 231, Blok 12, Palong 9 (F),


73430 Gemas,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Mr. Tan Cheh Li


Pengetua Kolej Yayasan Saad,
Kolej Yayasan Saad,
PO BOX 495,
Ayer Keroh, 75670 Melaka.

8 Jun 2015

Tuan,

PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI GURU KEMAHIRAN HIDUP

Perkara di atas dirujuk. Saya Hairul Faiszul Bin Sanuri (921229-05-5533) dengan
sukacitanya ingin mengemukakan permohonan jawatan sebagai Guru Kemahiran Hidup di
organisasi tuan/puan.
2.
Untuk pengetahuan tuan/puan, saya merupakan bakal pemengang Ijazah Sarjana
Muda dalam bidang Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) daripada Universiti
Teknologi Malaysia, UTM, Johor Bahru. Saya akan menamatkan pelajaran saya pada bulan
Julai 2015.
3.
Buat masa ini, saya merupakan mahasiswa tahun akhir di Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru. Status saya kini sebagai seorang mahasiswa
tahun akhir di Fakulti Pendidikan yang akan tamat pengajian pada Julai 2015 dan saya kini
dalam usaha untuk memohon jawatan secara tetap sebagai seorang guru di organisasi tuan.
Saya berharap permohonan saya akan mendapat pertimbangan yang sewajarnya dari pihak
tuan. Keprihatinan tuan terhadap perkara ini amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

Yang benar.

...........................................................
HAIRUL FAISZUL BIN SANURI

Anda mungkin juga menyukai