Anda di halaman 1dari 4

Panduan Interview HLP

Hari tu saya bgtau nk share psl interview HLP kan..walaupun tak berjaya dlm interview phd STEM thn
lps, saya share jela untuk kwn2 yg dpt interview tahun ni sebab saya pun tak memohon.... Mana
tahu dpt membantu...Saya panjangkan jariah soalan2 yg Dr Othman Talib selalu beritahu dan contoh
skema jawapan Dr Izwah Ismail ni untuk kwn2..mmg simpan dlm folder segala dokumen tahun
lepas...yang tiada jawapan tu semua berkaitan dengan proposal sendiri yer...

1)Kenapa memohon biasiswa ?

Perlukan pembiayaan untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah kedoktoran. Pembiayaan ini
diperlukan bagi membantu menjalankan penyelidikan, menerbitkan hasil kajian di dalam jurnal
berimpak tinggi dan membentangkan hasil kajian di persidangan yang berkualiti yang
mengumpulkan penyelidik dari negara luar untuk berbincang dan bertukar pandangan berkaitan
kajian.

2)Kenapa penting nak kaji isu / tajuk ini?

STEM di Malaysia masih belum dapat memupuk minat pelajar untuk meyambung pengajian dalam
bidang berkaitan STEM di peringkat menengah tinggi mahupun university. Isu ini sangat penting bagi
menyemarakkan semangat mereka kepada ilmu sains dan matematik.

3)Apa objektif utama kajian anda?

4)Apa masalah yang anda ingin kaji – kenapa?

5)Apa kaitan tajuk dgn IR4.0 (STEM juga kalau pendidikan) ?

6)Kenapa pilih IV dan DV ini ?

7)Apa dasar kerajaan yang dikaitkan dengan kajian ini?

● Dalam konteks Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah
untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

● Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang menekankan


pendidikan STEM di peringkat sekolah melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum dengan sokongan
menerusi pelbagai pihak berkepentingan.

● Pendidikan STEM juga menekankan konsep berpandukan komponen 4C atau 4K iaitu komunikasi,
kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke-
21 (PAK-21) serta kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Pembangunan komponen ini dilihat dapat
melahirkan generasi muda yang mempunyai kemahiran tinggi dalam menyelesaikan masalah
kompleks.

● Dalam mendepani cabaran Industri 4.0, generasi muda khususnya perlu menguasai bidang STEM.
Ini adalah bagi melahirkan modal insan yang mahir di dalam bidang teknologi masa hadapan yang
menjadi teras dalam Industri 4.0.

8)Beritahu satu kata kunci dalam tajuk kajian anda dan apa yang anda faham tentang kata kunci
tersebut?

9)Apa lagi isu semasa dalam bidang kajian anda?

Kaitan STEM dan revolusi perindustrian 4.0.

10)Jelaskan kerangka teori kajian?

11)Siapa penyelidik utama dlm topik ini ?

12)Apa persiapan anda untuk abiskan PhD dalam 3 tahun, sebab ramai yg tak habis ?

i. Dah ada issue yang nak diselesaikan. Dari issue baru dtg problem statement. DP (defend proposal)
mesti less than 1 year

ii. Plan timeline phd dan pastikan progress ikut timeline. Kalau stuck cari bantuan. Join group2 yang
membantu pelajar phd

iii. Pastikan mahir guna software dalam 6 bulan pertama pengajian. Cth atlas ti untuk literature
review dan lain-lain software utk analisis data kajian

iv. Guna Mendeley utk reference manager, Microsoft office tools untuk template thesis/jurnal. Turn
it in utk check plagiarism. Ni penting.

v. Sistem sokongan yang baik (family , kawan2)

vi. Year 1-2 pastikan dah publish jurnal.

vii. Year 2 dah mula start tulis thesis in 6 months submit. Lepas submit kena tunggu about 3 months
kalau nasib baik cepat dari 3 months baru boleh viva. Nasib kurang baik sampai setahun sebab tu
kena submit cepat. Lepas viva kena buat pembetulan lagi minor 3 months then major boleh setahun
pembetulan kalau kena reviva lagi banyak masa mmg tak sempat 3 tahun. Lepas pembetulan hantar
utk check template ni kalau dah set dari awal masa buat thesis should be no problem. Then baru
lulus utk binding dan hantar thesis. Lepas ni kena tunggu lagi sampai keluar surat senat. 3 tahun
yang scholar maksudkan tu mesti complete sampai surat senat atau kalau ada budi bicara sampai
lepas viva bukan submit sahaja. Kalau tak nanti mas

a lapor diri dalam buku perkhidmatan dicatatkan tidak Berjaya menamatkan pegajian dalam masa
yang ditetapkan.
viii. Buat timeline dari awal sampai habis masuk dalam slide pembentangan masa iv biasiswa.

14)Prepare proposal sendiri ke?

Ye sendiri, dalam proses menyediakan proposal saya juga berjumpa dengan beberapa potential sv
dan membuat kajian awal (preliminary study)

15)Ada cadangan potential SV dan IPT – why ?

16)Adakah kajian ini berpotensi diterbitkan.. nama journal ?

17)Mampu ke belajar sambil urus keluarga / anak-anak?

18)Adakah anda fikir layak dpt biasiswa ni – kenapa?

Ye sudah semestinya saya layak selain dari ciri-ciri wajib yang ditetapkan kementerian saya juga
mempunyai personaliti diri dan keazaman yang tinggi. Sebelum ini saya mmg terlibat dengan …..
(senaraikan aktiviti2 akademik yang pernah diikuti + cintakan ilmu)

19)Bentuk sumbangan anda selepas tamat pengajian

STEM dapat dilihat dari sudut positif untuk memudahkan kehidupan masyarakat. Pelbagai
penciptaan baharu dapat dihasilkan menerusi penerokaan STEM, tanpa melupakan aspek akal budi
yang juga teras ketamadunan bangsa terutamanya bagi pelajar sekolah rendah. (sepesifikkan lagi
dari segi pencapaian dan kemenjadian pelajar)

20)Contribution dan implikasi pelaksanaan ?

Meningkatkan kepekaan pelajar kepada isu global sebenar, membabitkan pelajar dalam inkuiri dan
penerokaan terbuka, pelajar bergerak serta bekerja secara berpasukan dalam penyelesaian masalah,
mengaplikasikan pemahaman STEM dalam kehidupan seharian dan memberi peluang menambah
baik kerja dan produk yang dihasilkan. (cth boleh di huraikan dengan lebih lanjut)

21)Bolehkah siap dalam masa ditetapkan – beri rasional

Pengajian peringkat PhD dan Sarjana akan melatih kita berdisiplin dan membina integrity diri.
Melatih kita menekuni dengan bersungguh-sungguh terutamanya apabila kita dibiayai oleh biasiswa
di mana ada tanggungjawab yang kita kena selesaikan. Dengan asakan daripada pengajian peringkat
PhD, ia akan melatih kita lebih berdisiplin terutamanya dalam mengurus diri. Disiplin dalam
menelaah dan mengkaji supaya kita sentiasa berada dalam trek yang betul. Disiplin dan berintegriti
dalam menyusun fakta dan analisis ,dalam berkomunikasi dengan responden dan sarjana. Disiplin
dalam menguruskan ibadah dan sebagainya. Daripada proses ini, kita akan mengenal pasti tahap
disiplin dan integriti kita sama ada kita mahu menyerah kalah atau terus berjuang.

When the going get tough, only the tough get going

Anda mungkin juga menyukai