Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN SEMPENA WATIKAH PELANTIKAN BADAN PEMIMPIN SEKOLAH

Saudari Pengacara Majlis;

Yang dihormati SI Murugayah A/l Vadivaloo, Pegawai Perhubungan Sekolah

Smk Bukit Batu, Balai Polis Air Bemban

Yang Berusaha GPK Pentadbiran Tn Hj Mohd Dom Bi Dui,

Yang Berusaha GPK HEM Pn Hjh Aminah Bt Hasran

Pn Siti Rohani Bt Ngadiran (GKMP Sains & Matematik)

Pn Zuraida Bt Desa (GKMP Bahasa)

Pn Norafida Bt Abdullah (GKMP Sains Kemasyarakatan)

Pn Norintan Bt Mohd (GKMP Teknik dan Vokasional)

guru-guru dan para pelajar

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera

KATA PEMBUKA

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah Ta’ala kerana dengan limpah rahmat, kurnia dan
izin-Nya, maka saya berpeluang untuk bersama dalam Majlis Watikah Pelantikan dalam majlis yang
bermakna ini.

2. Badan Pemimpin Sekolah atau Student leaders board SLB ditubuhkan atas dasar melahirkan
barisan pemimpin yang akan dapat dilatih dan digarap potensi kepimpinan mereka agar menjadi
contoh murid terbilang. Usaha ini bagi melahirkan generasi pemimpin SMK Bukit Batu yang
kompetitif dan unggul. Penubuhan SLB juga diharapkan dapat membantu melonjakkan
kecemerlangan sekolah dan kemenjadian murid..

3. Saya amat sukacita kerana para pemimpin yang bakal ditauliahkan secara rasmi pada hari ini akan
melalui program kepimpinan khas yang dikendalikan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling untuk
memantapkan lagi kemahiran kepimpinan

AMANAH DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN


4. Justeru, cabaran utama yang perlu ditangani oleh Badan Pemimpin Sekolah ialah untuk
membuktikan bahawa anda sememangnya layak untuk memikul tanggungjawab tersebut, sekaligus
mengekalkan kepercayaan pihak sekolah.

5. Sekiranya amanah kepimpinan tersebut disempurnakan dengan penuh kesedaran dan


kebertanggungjawaban, tidak mustahil Badan Pemimpin Sekolah sekalian mampu mencetuskan
iklim yang positif, sihat dan selamat di sekolah ini. Dengan iklim tersebut, maka pengajaran dan
pembelajaran dapat berlangsung dalam suasana kondusif, sekaligus menatijahkan pengalaman yang
bermanfaat kepada warga pelajar sekolah ini.

6. Dalam hubungan tersebut, Badan Pemimpin Sekolah turut bertanggungjawab untuk memelihara
interaksi yang harmoni dengan para guru. Jawatan dan gelaran sebagai Badan Pemimpin Sekolah
bukanlah suatu kemegahan, tetapi merupakan medan latihan kepada anda untuk menghadapi
cabaran kepimpinan yang jauh lebih besar pada masa hadapan.

7. Sehubungan dengan itu, ikrar yang dilafazkan dalam majlis ini merupakan pernyataan rasmi ikatan
kontrak anda dengan pihak sekolah untuk menyempurnakan amanah jawatan pengawas tersebut
dengan penuh integriti dan akauntibiliti.

KATA PENUTUP DAN LAFAZ PERASMIAN

8. Adalah menjadi harapan saya pemimpin pelajar menjalankan tugas dan memainkan
peranannya dengan berkesan di sekolah.. Sebelum mengakhiri ucapan ini, saya ingin
mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pemimpin yang bakal menerima watikah pelantikan
sebentar lagi. Saya berdoa ke hadrat Allah Ta’ala mudahmudahan anda sekalian dikurniakan
kekuatan untuk menyempurnakan amanah tersebut dengan bimbingan para guru dan pihak
pentadbiran sekolah.

9. Dengan harapan dan doa tersebut, saya dengan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Badan Pemimpin


Sekolah SMK Bukit Batu pada pagi ini.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai