Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH KALI PERTAMA

TAHUN 2014
SMK LANGKON BEG BERKUNCI NO.5, 89108 KOTA MARUDU

TARIKH

8 Januari 2014

TEMPAT

Bilik Gerakan SMK Langkon

MASA

10.30 pg 12.00 tghari

KEHADIRAN :

1.0
1.1
1.2
1.3

Kata Aluan Pengerusi Mesyuarat (Pengetua)


Pengerusi mesyuarat merakamkan penghargaan dan terima kasih atas
kehadiran guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa PBS yang
hadir untuk mesyuarat pertama bagi tahun 2014.
Tujuan mesyuarat kali ini adalah bagi membincangkan; pelan operasi
sepanjang tahun bagi melaksanakan PBS.
Harapan pengerusi mesyuarat agar aktiviti penjaminan kualiti pada
tahun ini dapat ditingkatkan.
Tindakan : Pengerusi

2.0

Taklimat Setiausaha Jawatankuasa PBS 2014

2.1

Pembentukan AJK PBS bagi sesi 2014.


Rujuk lampiran.

2.2 PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN BERASASKAN


(P.B.S) & PROGRAM PEMBUDAYAAN P.B.S

SEKOLAH

Pengesanan
Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan
instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.
Objektif Pengesanan PBS adalah;
a. Mengenalpasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang
digunakan.
b.
Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran
instrumen pentaksiran.
c.
Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen
pentaksiran dalam pelaksanaan PBS.

Jadual & Senarai Pegawai Pengesanan akan diberikan bersama surat


pelantikan.

Pementoran

Pementoran PBS adalah proses membantu, memudahcara dan membimbing


guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur yang
ditetapkan. Objektif pementoran adalah;Memberi bimbingan, khidmat bantu
dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS dan SPPBS.
a. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan dan pentaksiran dalam
kalangan guru yang dibimbing.
b. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing /
dimenti
c. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanan PBS
d. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan
guru yang dibimbing/menti

Penyelarasan

Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada


Stanbdard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik (deskriptor)
sesuatu tugasan.
Objektif penyelarasan adalah seperti berikut;
a. Menyeragamkan skor pentaksiran yang diberikan oleh guru berdasarkan
pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen standard
prestasi.
b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru
berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan.
c. Memastikan kesahan dan kebolhpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS
oleh guru di sekolah.
d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid
e. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid.
f. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid

Pemantauan

Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut


prosdur dan garis panduan yang ditetatapkan.
Diantara objektif pemantauan PBS ialah;
a.
b.
c.
d.
e.

Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh


Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah.
Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru
Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran.
Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

2.3 Pengurusan Kes-Kes Khas


Setiausaha akan meminta maklumat murid-murid seperti;
- Tidak hadir dalam jangka masa laman
- Orang Kelainan Upaya (OKU)
- Sakit

- Lambat Pendaftaran
- Bertukar sekolah
Daripada guru kelas. Bagi murid bertukar, setiap guru matapelajaran
perlu menyertakan borang tansit dan memasukkan skor dalam SPPBS
online dan meneyerahkan kepada Setiausah untuk dihantar ke sekolah
baru (Fail Perkembangan)
ii. Pentaksiran Pusat dan Pentaksiran Sekolah (Pp & Ps)
Jawatankuasa PBS dimaklumi bahawa Setiausaha belum lagi
ditaklimatkan perkara ini namun apa yang difahami daripada
pengetahuannya bahawa Pentaksiran Pusat adalah berbentuk kajian
lapangan, folio, amali dan sebagainya dan dijalankan di sekolah. Soalan
atau tugasan akan dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).
iii. Pentaksiran Amali Jasmani Sukan & Ko-Kurikulum (PAJSK)
Pentaksiran PAJSK di nilai daripada segi Amali Jasmani (SEGAK & BMI),
Sukan dan Aktiviti Ko-Kurikulum & Ekstra Ko-Kurikulum.
2.4 Pengurusan Fail & Prekodan (Borang Transit)
Semua guru mata pelajaran masih menggunakan fail perkembangan
dan fail showcase. Sila isi evidens dan borang transit. Deskriptor
tertinggi bagi setiap band ditinggalkan dalam fail perkembangan.
3.0

Hal-hal lain.

3.1

Bagi guru yang masih belum memasukkan skor murid tahun 2013
boleh berbuat demikian di awal bulan April 2014.
Tindakan : Guru Pentaksir

4.0

Penutup.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengah hari

Disediakan oleh:
Disahkan oleh;

.............................................
( AMIE JOAN JUANIS)
Setiausaha Jawatankuasa PBS

Disemak oleh;

Anda mungkin juga menyukai