Anda di halaman 1dari 8

PANDUAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS PAGI 1. PINTU PAGAR a.

Pengawas yang bertugas di pintu pagar kecil mesti berada di pintu pada jam 7.00 pagi setiap hari. b. Tepat jam 7.20 pagi pintu pagar kecil hendaklah ditutup dan mengarahkan murid yang hadir lewat menggunakan pintu pagar utama dan nama murid-murid tersebut hendaklah direkodkan di dalam buku Murid Hadir Lewat. c. Pengawas yang bertugas di pintu utama hendaklah berada di tempat bertugas sebelum jam 7.15 pagi. Selepas jam 7.20 pagi pengawas mesti mengambil nama murid-murid yang datang lewat sehingga jam 7.30 pagi.

2. Bilik Darjah a. Pengawas yang bertugas mesti berada di bilik darjah pada jam 7.00 pagi setiap hari sehingga guru datang ke bilik darjah bersama-sama murid. b. Pengawas yang bertugas mesti mengawasi murid yang membersihkan bilik darjah dan memastikan murid yang bertugas sahaja berada di dalam bilik darjah. c. Murid yang tidak bertugas mestilah diarahkan berada di dewan. d. Pengawas hendaklah menulis nama murid yang tidak bertugas di dalam buku catatan pengawas.

3. Dewan a. Pengawas yang bertugas mesti berada di dewan pada jam 7.00 pagi setiap hari sehingga guru membawa murid-murid beredar ke bilik darjah pada jam 7.20 pagi. b. Pengawas mestilah memastikan keadaan murid-murid yang berada di dewan dalam keadaan yang terkawal. c. Pengawas mestilah memastikan murid beredar keluar dari dewan dalam keadaan senyap dan beratur.

d. Pengawas memeriksa dan memantau murid yang tidak memakai tanda nama, lencana sekolah, tali leher dan sebagainya.

4. Kantin a. Pengawas yang bertugas di kantin mesti berada di kantin pada jam 7.00 pagi sehingga jam 7.20 pagi. b. Pengawas yang bertugas mestilah memastikan murid-murid yang bersarapan pagi di kantin makan dengan tertib dan bersih. c. Pengawas mestilah memastikan murid-murid yang telah bersarapan ke dewan sebelum jam 7.20 pagi.

5. Kawasan larangan a. Pengawas yang bertugas mengawal kawasan larangan mestilah berada di setiap kawasan pada jam 7.00 pagi. b. Pengawas mestilah memastikan tiada murid berada di kawasan-kawasan larangan ketika waktu awal pagi, sehingga loceng pertama dibunyikan. c. Kawasan larangan termasuk di bangunan Pra sekolah, di belakang blok B, tempat-tempat pembentongan, di padang dan tempat letak kereta guru.

PANDUAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS Rehat 1. PINTU PAGAR a. Pengawas yang bertugas di pintu pagar kecil mesti berada di 5 minit sebelum rehat. b. Pengawas yang bertugas mesti memastikan tiada murid yang keluar melalui pintu pagar ketika waktu rehat sehingga murid-murid selesai rehat.

2. Bilik Darjah a. Pengawas yang bertugas di bilik darjah mesti berada di bilik darjah 5 minit sebelum rehat. b. Pengawas yang bertugas mesti mengawasi murid yang keluar ke kantin untuk rehat. c. Murid tidak dibenarkan berada di bilik darjah ketika waktu rehat. d. Pengawas mestilah memastikan murid beratur di luar bilik darjah selepas waktu rehat. e. Pengawas hendaklah mengawasi murid-murid sehingga guru tiba.

3. Kantin a. Pengawas yang bertugas di kantin mesti berada di kantin 5 minit sebelum rehat. b. Pengawas yang bertugas mestilah memastikan murid-murid makan di kantin, makan dengan tertib dan bersih. c. Pengawas perlu memastikan meja makan di kantin sentiasa bersih, tiada bekas makanan dan sisa-sisa makanan di atas meja. Bekas makanan dan minuman serta sampah-sampah perlu diletakkan di bekas dan tong sampah yang telah disediakan. d. Pengawas mestilah memastikan murid-murid yang telah selesai makan beratur untuk bersedia ke bilik darjah.

4. Kawasan larangan a. Pengawas yang bertugas mengawal kawasan larangan mestilah berada di 5 minit sebelum rehat. b. Pengawas hendaklah memastikan tiada murid berada di kawasan-kawasan larangan ketika waktu rehat, sehingga rehat tamat.

5. Tangga a. Pengawas yang bertugas mengawal kawasan tangga mestilah berada di tangga yang telah ditempatkan 5 minit sebelum rehat. b. Pengawas hendaklah memastikan tiada murid yang naik ke bilik darjah ketika waktu rehat. c. Murid yang hendak ke pusat sumber atau perpustakaan hendaklah

menunjukkan kad pintar sebelum diberi kebenaran.

6. Tandas

a. Pengawas yang bertugas di tandas mesti berada di tandas 5 minit sebelum waktu rehat. b. Pengawas hendaklah memastikan murid tidak menggunakan tandas sebagai tempat melepak. c. Pengawas hendaklah memastikan tiada murid di dalam tandas selepas waktu rehat tamat.

7. Bilik Akses a. Pengawas mesti berada di bilik akses 5 minit sebelum waktu rehat. b. Pengawas hendaklah memastikan murid tidak menggunakan kemudahan di bilik akses dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah, contohnya bermain game. c. Pengawas hendaklah memastikan murid keluar dari bilik akses selepas waktu rehat tamat.

8. Kedai buku a. Pengawas mesti berada di kedai buku 5 minit sebelum waktu rehat. b. Pengawas hendaklah memastikan murid- murid beratur ketika membeli alat tulis. c. Pengawas hendaklah memastikan murid beredar ke bilik darjah selepas waktu rehat tamat.

9. Pusat Sumber a. Pengawas yang menjaga di Pusat Sumber mestilah berada di Pusat Sumber 5 minit sebelum rehat. b. Murid yang mempunyai kad ahli atau kad pintar sahaja dibenarkan berada di Pusat Sumber. c. Pengawas hendaklah memastikan murid tidak membuat bising didalam Pusat Sumber

d. Pengawas memastikan murid beredar ke bilik darjah selepas loceng rehat. 10. Bilik Komputer 5

a. Pengawas yang menjaga bilik Komputer mesti berada di bilik computer minit sebelum rehat. b. Pengawas mesti memastikan murid hanya melayari Zoom A sahaja.

c. Pengawas mesti memastikan tiada murid yang bermain game dan membuat bising di dalam bilik computer. d. Pengawas mesti memastikan murid beredar ke bilik darjah selepas loceng rehat tamat.

PANDUAN MENJALANKAN TUGAS-TUGAS WAKTU BALIK 1. PINTU PAGAR a. Pengawas yang bertugas di pintu pagar kecil mesti berada di 5 minit sebelum balik. b. Pengawas yang bertugas mesti memastikan tiada murid yang keluar melalui pintu pagar sebelum loceng dibunyikan. c. Pengawas hendak memastikan murid keluar dari kawasan sekolah dengan tersusun dan teratur.

2. Bilik Darjah a. Pengawas yang bertugas mesti berada di bilik darjah 5 minit sebelum waktu balik. b. Pengawas yang bertugas mesti mengawasi murid yang keluar dari bilik darjah dan memastikan murid beratur sebelum bergerak ke kantin untuk pulang. c. Pengawas mestilah mengiringi murid sehingga ke kantin untuk pulang dengan menggunakan laluan yang betul.

3. Kantin a. Pengawas yang bertugas di kantin mesti berada di kantin 5 minit sebelum waktu balik. b. Pengawas yang bertugas mestilah memastikan murid-murid berjalan dengan tertib dan berbaris ke pintu pagar sebelum pulang. c. Pengawas perlu memastikan tiada murid yang berlari atau bermain di kawasan kantin ketika waktu balik.

4. Tangga a. Pengawas yang bertugas mengawal kawasan tangga mestilah berada di tangga yang telah ditempatkan 5 minit sebelum waktu balik. b. Pengawas hendaklah memastikan murid berjalan dengan tertib dan menggunakan laluan yang betul untuk pulang.

Anda mungkin juga menyukai