Anda di halaman 1dari 1

KEMBALI KE SEKOLAH

Rabu, 22 Julai 2020

1. Waktu Persekolahan
a. Isnin – Khamis
7:45 pagi – 12:45 tgh
b. Jumaat
7:45 pagi – 11:45 pagi
c. Murid TIDAK DIBENARKAN berada dalam kawasan sekolah selepas tamat sesi
persekolahan.
2. Laluan Datang & Balik
a. Laluan 1 HALA sahaja (ikut tanda arah jalan sehala yang sedia ada).
b. Pintu pagar belakan DITUTUP.
c. Masuk & Keluar kawasan sekolah melalui PINTU PAGAR UTAMA B
(berbumbung gajah menyusu).
d. Pintu pagar A (pondok pengawal keselamatan) hanya untuk guru & kakitangan
sekolah sahaja.
e. Ibubapa / penjaga TIDAK DIBENARKAN masuk kekawasan sekolah bersama
murid.
f. Murid perlu MENGAMBIL SUHU BADAN dilaluan gajah menyusu.
g. Murid perlu MENGIKUT LALUAN yang telah ditetapkan untuk ke kelas.
h. Setelah masuk ke kelas, murid PERLU BERADA DITEMPAT DUDUK
MASING MASING, tidak dibenarkan keluar tanpa keizinan guru yang bertugas
didalam kelas.
i. Pastikan anak tuan puan BERSARAPAN di rumah. Murid tidak dibenarkan
bersarapan di kantin pada waktu pagi.
3. Waktu PDPC
a. Pergerakan murid dipantau oleh guru matapelajaran.
b. Waktu rehat, murid TIDAK DIBENARKAN ke kantin. Murid makan didalam
kelas dipantau oleh guru matapelajaran. Sebaiknya BAWA BEKAL dari rumah.
Jika tiada bekal, murid perlu membuat pesanan makanan beserta bayaran melalui
guru kelas sebelum 8:15 pagi.
4. Keperluan Murid
a. Memakai pelitup muka.
b. Digalakkan membawa tisu basah, tisu, sanitzer, sudu & garfu, & plastik
pembungkus kecil untuk kebersihan diri serta meja masing-masing.
c. Saya mohon kerjasama tuan / puan untuk sama-sama mengingatkan anak-anak
supaya menjaga penjarakan sosial & kebersihan diri.

Anda mungkin juga menyukai