Anda di halaman 1dari 13

Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL


SUNGAI PETANI, KEDAH.

GARIS PANDUAN PEMBUKAAN


SEMULA SEKOLAH

PASCA PKP 2020.

BERSAMA KITA MEMUTUSKAN RANGKAIAN


VIRUS COVID 19

#KITA MESTI MENANG.


UNIT HEM SKSPK .

1
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL


STANDARD OPERATIONAL PROCEDURES, SOP KHAS PENGURUSAN
KELAS PASCA PKP – COVID 19.

A. SOP PRASARANA KELAS

1. Susunan kerusi meja mengikut penjarakan sosial. Jarak sosial 1m diambil kira
dari kerusi murid.

2. Tandakan meja dengan nombor atau nama murid supaya tidak berlaku
pertukaran meja atau kerusi antara murid. Jika meja dilabel secara
bernombor, guru kelas perlu senaraikan nama murid mengikut nombor
meja dan menampal pada papan kenyataan kelas.

3. Meja guru boleh disediakan dalam kelas jika keperluan kerusi meja murid
mencukupi.

4. Peralatan lain seperti rak buku, almari perlu dikeluarkan dari kelas jika
menjejaskan bilangan kerusi meja mengikut bilangan murid.

5. Semua pelapik meja yang ada “skirting” perlu ditanggalkan.

6. Pemasangan tirai pada tingkap kelas perlu ukuran yang pendek sehingga tidak
boleh disentuh oleh murid.

Contoh

7. Pemasangan tirai pada pintu kelas tidak dibenarkan.

8. Setiap kelas sebolehnya meletakkan poster atau notis berkaitan penjarakan


sosial di pintu kelas atau papan kenyataan kelas.

Contoh

9. Letakkan penanda keluar masuk kelas pada lantai di hadapan pintu kelas jika
perlu.

10. Lakukan sanitasi kelas setiap hari, berkala jika perlu selepas PdP tamat.
Bahan pencuci sanitasi diletakkan di setiap kelas. Guru waktu pertama PdP

2
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

hendaklah mengambil pencuci sanitasi dari bilik gerakan PKP dan guru waktu
akhir PdP menyimpan pencuci sanitasi ke bilik gerakan.(Bilik Mesyuarat ).
.

B. SOP SEMASA MELAKSANAKAN PdP DI DALAM KELAS.

1. Setiap hari semua guru perlu sentiasa memberi peringatan kepada murid
berkaitan penjarakan sosial perlu dipatuhi sebelum memulakan PdP.

2. Guru waktu pertama hendaklah mengambil pencuci sanitasi, buku tempahan


makanan di bilik gerakan sebelum memasuki kelas.

3. Guru waktu pertama perlu memantau sepintas lalu kebersihan kelas, mencatat
kehadiran murid, memberitahu menu, mengambil pre order makanan /
minuman.

4. Murid yang tidak hadir perlu kosongkan kerusi meja dan murid lain tidak
dibenarkan berada di kerusi meja murid yang tidak hadir.

5. Semasa PdP, murid boleh menanggalkan pelitup muka dan hanya akan
memakai kembali jika bergerak keluar kelas.

6. Elakkan daripada bersalaman guru murid.

7. Sewaktu PdP dilaksanakan, elakkan daripada murid bergerak didalam


kelas. Setiap lembaran kerja, buku aktiviti, buku latihan yang hendak diberi
perlulah guru yang meletakkannya di atas meja murid..

8. Guru perlu bijak mengendalikan pergerakan murid semasa PdP jika ada
situasi murid hendak menajamkan pensel , membuang sampah dan lain-
lain.

9. Guru perlu menggalakkan murid jangan meminjam alat tulis daripada rakan-
rakan kerana situasi ini akan menyebabkan berlaku sentuhan dan penjarakan
sosial terabai.

10. Setiap aktiviti murid semasa PdP, digalakkan elakkan aktiviti secara
berkumpulan.

11. PdP melibatkan bilik khas seperti makmal sains, bilik seni, bengkel RBT,
makmal komputer dan Pusat Sumber Sekolah-PSS tidak digalakkan kecuali
situasi penjarakan sosial boleh dilaksanakan.

12. Apabila PdP tamat, sebolehnya guru hanya akan meninggalkan kelas apabila
guru matapelajaran seterusnya tiba. Ini untuk mengelak daripada murid
berkeliaran dan bergerak di dalam atau keluar kelas tanpa kawalan.

3
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

C. SOP PENGURUSAN MURID SEWAKTU REHAT.

1. Kaedah harian tempahan makanan murid kepada pengusaha kantin:

i. Guru waktu pertama mengambil tempahan makanan / minuman


bersama bayaran daripada murid.
ii. Setiap tempahan perlu direkodkan ke dalam buku tempahan kelas
yang boleh diambil dari bilik gerakan.
iii. Jangka masa tempahan ialah 7.30 pagi – 8.00 pagi.
iv. Tempahan yang siap, akan diberikan bersama jumlah bilangan
mengikut menu dan bayaran serentak kepada pengusaha kantin.

2. Guru matapelajaran terakhir sebelum waktu rehat perlu bertanggungjawab


menguruskan makan minum murid sewaktu rehat..

3. Apabila tiba waktu rehat, pihak kantin akan menghantar makanan ke kelas
hanya bagi murid tahun 1. Murid kelas aliran yang lain, guru perlu melantik 2
atau 3 murid ke kantin untuk mengambil makanan / minuman.

4. Murid digalakkan makan menggunakan sudu yang dibekalkan pihak kantin


dan membuang semuanya ke dalam tong sampah selepas makan. Guru
perlu bijak mengurus aliran murid bergerak ke arah tong sampah. Murid
tidak digalakkan ke tandas semata-mata hendak membasuh tangan
selepas makan.

5. Keberadaan guru sewaktu murid rehat perlu diberi perhatian.

6. Guru perlu memantau supaya tidak ada murid berkongsi makanan atau
minuman atau peralatan makan seperti sudu, botol air dan lain-lain.

7. Murid yang terlibat dengan RMT, akan makan makanan yang dilabelkan.

D. SOP PENGURUSAN PENGGUNAAN TANDAS MURID.

1. Berkaitan kebenaran murid ke tandas, hanya seorang murid sahaja dibenarkan


ke tandas dalam satu masa. Murid yang dibenarkan ke tandas tidak perlu
menggunakan kad kebenaran keluar kelas.

2. Murid yang hendak masuk ke tandas hendaklah mengambil pas kebenaran


yang tersangkut bersebelahan pintu tandas.

3. Sebanyak 7 pas kebenaran telah disangkut bersebelahan pintu tandas. Jika


sewaktu murid sampai didapati tiada langsung pas disangkut, bermakna
terdapat 7 murid telah berada di dalam tandas. Maka murid perlu menunggu
sehingga ada murid di dalam tandas keluar.

4
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

4. Setiap murid hendaklah menggunakan tandas yang sama aras dengan kelas
masing-masing.

5. Jumlah maksima murid semasa di dalam tandas ialah 7 orang.

6. Guru perlu sentiasa memberi peringatan kepada murid berkaitan penjarakan


sosial semasa berada di tandas. – membasuh tangan menggunakan pencuci
yang disediakan sebelum keluar dari tandas.

E. SOP PENGURUSAN WAKTU KETIBAAN DAN KEPULANGAN MURID.

SESI PAGI. / SESI PETANG.

1. Waktu persekolahan Tahun 4, 5 dan 6 adalah 7.30 pagi – 12.45 tengah hari -
(Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis)
Rabu : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari.

2. Waktu persekolahan Tahun 1 adalah 7.30 pagi – 12.20 tengah hari.


(Ahad, Isnin, Selasa dan Khamis)
Rabu – 7.30 pagi – 12.00 tengah hari.

3. Sesi petang, waktu persekolahan Tahun 2 dan 3 adalah 1.30ptg – 5.30ptg.


(Ahad, Isnin, Selasa )
Rabu dan Khamis – 1.00 ptg – 5.30 ptg.

4. Ketibaan murid sesi pagi dan petang:


SESI PAGI :
Murid tahun 1 dan 4 yang tiba awal hendaklah berada di dataran manakala murid
tahun 5 serta 6 hendaklah berada di khemah menunggu atau di kawasan kantin
atau dewan Tun Sri Lanang dan duduk dalam situasi penjarakan sosial. Bermula
jam 7.15 pagi murid dibenarkan mula bergerak ke kelas masing-masing. Murid
yang tiba selepas jam 7.15 pagi dikehendaki terus naik ke kelas.

SESI PETANG.
Hari Ahad, Isnin dan Selasa.
Murid tahun 2 dan 3 yang tiba awal hendaklah berada hendaklah di khemah
menunggu atau di kantin atau dewan Tun Sri Lanang dan duduk dalam situasi
penjarakan sosial. Bermula jam 1.15 ptg murid dibenarkan mula bergerak ke
kelas masing-masing. Murid yang tiba selepas jam 1.15 ptg dikehendaki terus
naik ke kelas.

Hari Rabu dan Khamis. Jam 12.45 murid dibenarkan mula bergerak naik ke
kelas.

5. Sewaktu kedatangan murid sesi pagi, hanya pintu pagar B dibuka. Manakala
pintu pagar A diberi kebenaran kepada murid yang berjalan kaki dari
kawasan penempatan berhampiran sekolah.

5
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

6. Bagi kedatangan murid sesi petang, kemasukan murid adalah melalui pintu
pagar C, manakala waktu pulang menggunakan pintu pagar B.

7. Semua guru bertugas hendaklah memastikan tiada ibubapa / penjaga


mengiringi anak masuk ke kawasan sekolah atau berada di kawasan sekolah
pada bila-bila masa, kecuali jika berurusan dengan pejabat sekolah.

8. Suhu murid akan diambil oleh semua guru bertugas di hadapan pintu pagar
A dan B (Sesi pagi ). Sesi petang suhu diambil di pintu pagar C dan A bagi
murid berdekatan sekolah. Suhu yang diambil hendaklah direkodkan.

9. Kaedah pengambilan suhu murid sesi petang perlu diberi perhatian.


Disebabkan pengambilan suhu pada waktu tengah hari, semua guru
dinasihatkan mengambil suhu setelah murid diberi masa bertenang.

10. Bacaan suhu murid yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah adalah 37.
5 °C dan ke bawah.

11. Murid yang dikesan bersuhu 37.6 dan ke atas, dinasihatkan pulang ke rumah
sama ada dibawa oleh ibubapa/penjaga masing-masing atau diasingkan di
bilik isolasi sekolah.

12. Murid yang dikuarantin sementara dibilik isolasi, hendaklah direkodkan.

13. Murid yang diasingkan di bilik isolasi, akan dihubungi pihak waris untuk
dibawa pulang ke rumah.

14. Murid yang tidak hadir ke sekolah perlu menyertakan surat cuti atau surat
pemberitahuan daripada ibubapa pada hari berikutnya.

17. Pergerakan laluan masuk sewaktu kedatangan murid dan laluan pulang murid
adalah mengikut pelan laluan pergerakan PASCA PKP COVID 19 yang
disediakan.

18. Pergerakan laluan masuk ke kelas sewaktu ketibaan murid adalah agak sukar
jika dibandingkan dengan pergerakan laluan waktu pulang murid. Oleh itu semua
guru perlu berada di laluan pergerakan sambil memberi panduan kepada murid
tangga yang perlu digunakan untuk naik ke kelas.

F. SOP PENGURUSAN WAKTU TAMAT PERSEKOLAHAN.

1. Guru waktu terakhir setiap kelas, perlu bertanggungjawab menguruskan


penyelarasan murid pulang.

2. Setiap kelas akan dilepaskan pulang secara bergilir mengikut masa.

6
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

3. Guru perlu memberi penerangan kepada murid, pergerakan laluan pulang


mengikut pelan laluan pergerakan yang disediakan pihak sekolah.

4. Guru perlu mengurus murid meninggalkan kelas secara bergilir-gilir iaitu


bermula dengan pergerakan 5 murid pertama dan selang beberapa minit
diikuti dengan kumpulan murid lain mengikut laluan pergerakan yang
dibenarkan.

5. Sewaktu murid pulang, suhu murid tidak perlu diambil.

6. Waktu kepulangan murid, akan wujud situasi murid pulang lewat. Guru bertugas
perlu bertanggungjawab mengurus murid yang terlibat.

I. Kuarantin murid berkenaan di tempat duduk di pintu pagar B / khemah

II. Kawal murid supaya tidak berkeliaran di kawasan luar pagar dan
kawasan sekitar sekolah. Hubungi pihak ibubapa jika perlu.

III. Setelah lakukan langkah 1 dan 2, guru bertugas boleh meminta


pengawal keselamatan mengawal murid sehingga ibubapa / penjaga /
bas sekolah datang mengambil.

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL


PELAN LALUAN PERGERAKAN MURID PASCA COVID 19 / 2020
SESI PAGI
TINGKAT 3
Tangga C 5UM 5UKM 5USM 5UUM Tangga D

Tingkat 2
Tangga C 4UTM 6UKM 6USM 6UUM Tangga D
T T
i Tandas
i
n Tingkat 1 n
Tandas
g 1UIA 6UM 6UIA 6UPM g
k k
a 4UPM 1UUM 1USM 5UPM a
t 4UM 1UPM DATARAN 1UKM 4USM t
2 4UKM 1UTM 1UM 4UUM 2
Tangga B Tingkat 1 Tangga E
Pejabat B. Guru B.Mesy
B.Tayangan
Makmal Tingkat 2
Komputer M. Komputer Pusat Sumber

Tidak dibenarkan

SESI PAGI : TAHUN 1 , 4 , 5 DAN 6 = 23 KELAS

7
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

SESI PAGI.

PERGERAKAN LALUAN KELUAR MASUK MENGIKUT KELAS.

Tingkat 3:

5UM / 5UKM / 5USM / 5 UUM – Laluan turun naik ikut TANGGA C.

Tingkat 2:

4UTM / 6UKM / 6USM / 6UUM – Laluan turun naik ikut TANGGA C.

4UPM / 4UM / 4UKM – Laluan turun naik ikut TANGGA B.

5UPM / 4USM / 4UUM – Laluan turun naik ikut TANGGA E.

1UIA / 6UM – Laluan turun naik ikut TANGGA B.

6UIA / 6UPM – Laluan turun naik ikut TANGGA E.

Tingkat 1:

1UUM / 1UPM / 1UTM – Laluan turun naik ikut TANGGA B.

1USM / 1UKM / 1UM – Laluan turn naik ikut TANGGA E.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PASIR KECHIL


PELAN LALUAN PERGERAKAN MURID PASCA COVID 19 / 2020
SESI PETANG
TINGKAT 3
Tangga C TIDAK DIGUNAKAN Tangga D

Tingkat 2
Tangga C 3UIA TIDAK DIGUNAKAN Tangga D
T T
i i
n Tingkat 1 n
Tandas Tandas
g TIDAK DIGUNAKAN g
k k
a 3UTM 2UUM 2USM 3UPM a
t 3UM 2UPM DATARAN 2UKM 3USM t
2 3UKM 2UTM 2UM 3UUM 2
Tangga B Tangga A Tangga E
Pejabat B. Guru B.Mesy
B.Tayangan
Makmal Tingkat 2
Komputer M. Komputer Pusat Sumber

Tidak dibenarkan

SESI PETANG : TAHUN 2 DAN 3 = 13 KELAS

SESI PETANG.

PERGERAKAN LALUAN KELUAR MASUK MENGIKUT KELAS.

Tingkat 2.

3UIA / 3UTM / 3UM / 3UKM - Laluan turun naik ikut TANGGA C.

3UPM / 3USM / 3UUM - Laluan turun naik ikut TANGGA E.

Tingkat 1.

2UUM / 2UPM / 2UTM - Laluan turun naik ikut TANGGA B.

2USM / 2UKM / 2UM - Laluan turun naik ikut TANGGA A.

9
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

KAJIAN AWAL PRASARANA KELAS PASCA PKP 2020


Bil NAMA GURU KELAS JUM. JUM KERUSI
KELAS MURID MEJA
1 4 UKM Rashina bt Hashim 38 38
2 3UKM S. Halimatun saadiah bt abu hassan 37 38
3 6 USM NORULWAHIDA BINTI MAHMUD 39 40
4 6 UKM IZATUL AXMA BINTI ISMAIL 39 39
5 1USM FAIRUZ FARIZZA BINTI HANAFI 35 36
6 1 UKM KIFLI BIN SALLEH 39 38
7 1 UM Emam Mohd Tawfeek 38 39
8 1UPM SITI AISHAH BINTI SAAD 32 33
9 2 UUM NOOR SHAHRI BINTI MOHD YUSSOF 35 Kerusi 28, meja 35
10 2 UM ZARINA BINTI ZAKARIA 39 kerusi 39, meja 39
11 3UTM SITI HAWA BINTI ABD RAHMAN 34 kerusi 36, meja 36
12 2UPM NAJIHAH BINTI HUSIN 31 kerusi 33, meja 33
13 2UKM NUR SHAHIDA BINTI ISMAIL 39 kerusi 39, meja 38
14 2 UTM ZARINA BINTI CHE MUSA 24 kerusi 24, meja 24
15 5UUM Rosnah Japlawi 40 40
16 3UPM Faizah bt A. Rasat 25 28
17 5UUM Rosnah Japlawi 40 40
18 1 UTM Jasmin ruzina 28 30
19 5 UPM MOHD AZMADY MAT 31 31
20 6 UIA SHAMSHUL ALIMIN BIN MOHAMAD 25 25
21 4 UM ROSELA.BINTI SABRAN 39 40
22 3 UUM Mahfuzah binti Muhd Ghani 36 35
23 5USM Rosiah bt Rasidi 40 40
24 6UM mazenah saad 40 40
25 5 UM SHAMSHIDAR BT DESA 39 42
26 4 UUM Lam Thean Yoong 30 30
27 4USM ASNIZA A.RAHMAN 40 35
28 1 UIA MOHAMAD NAJIB BIN SAAD 23 29
29 4UPM Madihah 21 meja 35 , kerusi 29
30 3 USM Noraini binti Abdullah 38 35
31 6 UPM SHARINAH BINTI ZAKARIYA 35 35
32 3 USM Noraini binti Abdullah 38 35

10
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

33 2 USM ATHEIRAH BT MD SALLEH 36 36


34 5 UKM Dewi Maizatull Akhmam Binti Omar 39 39
35 6UUM ROSLIZA BINTI HJ RAMLI 38 38
36 3 UM NASRIYAH BT ISMAIL 40 40
37 1UUM Mardziah 34 34
38 3UIA SITI MARIYAM BT. YUSOF 18 35
39 4 UTM Zuriana bt Hussin 36 36

Daripada: UNIT HEM


SKSPK 2020

11
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

12
Garis panduan pembukaan semula sekolah / SKSPK

13

Anda mungkin juga menyukai