Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum

Info dan makluman norma baharu di sekolah (ketika datang sekolah dan berada dalam kelas)

1. Pintu pagar sekolah hanya akan dibuka 30 minit sebelum waktu persekolahan.
2. Murid akan masuk melalui pintu belakang dan menuju ke dewan mengikut laluan yang telah
ditetapkan.
3. Murid-murid perlu membawa sendiri dan memakai penutup hidung pada setiap masa.
4. Murid-murid perlu menjaga penjarakan sosial dan memastikan jarak 1 meter antara satu sama
lain.
5. Suhu badan akan direkod dan murid dibenarkan masuk kelas sekiranya suhu tidak melebihi 37.5.
Murid terus naik ke kelas masing-masing melalui laluan tepi surau mengikur arah yang
disediakan.
6. Sekiranya bergejala seperti demam, batuk, selsema sakit tekak dan sukar bernafas, murid tidak
perlu hadir ke sekolah.
7. Murid-murid perlu berada di tempat yang ditentukan di dalam kelas mengikut susunan meja
dan kerusi yang ditetapkan. Murid tidak dibenarkan berkongsi atau menukar meja dan kerusi.
8. Murid-murid perlu membawa alat tulis yang mencukupi dan tidak digalakkan untuk berkongsi
termasuk barang peribadi.
9. Murid-murid perlu membawa sudu & air minuman sendiri dan digalakkan membawa makanan
sendiri dari rumah.. Jika ingin membeli mengikut menu harian, pastikan wang dibawa
secukupnya. Makanan bagi murid RMT disediakan mengikut menu.
10. Guru masa pertama akan ambil pesanan dan hantar ke kantin.
11. Hanya 1 orang murid sahaja dibenarkan keluar ke tandas pada satu masa.
12. Hanya 3 orang murid dibenarkan keluar untuk solat pada satu masa.

Sekian info, harap maklum.

Assalamualaikum

Info dan makluman norma baharu di sekolah (ketika waktu rehat)

1. Makanan yang dipesan murid akan diambil oleh guru di kantin jam 2.50 petang (10 minit
sebelum rehat).
2. Guru sebelum dan selepas rehat kelas tersebut akan berada bersama murid ketika waktu rehat.
3. Murid-murid perlu berada di meja sendiri ketika makan dan tidak dibenarkan bergerak ke meja
rakan yang lain.
4. Murid-murid tidak digalakkan berkongsi makanan, minuman dan barangan peribadi.
5. Hanya 1 orang murid sahaja dibenarkan keluar ke tandas pada satu masa.

Sekian info, harap maklum.


Assalamualaikum

Info dan makluman norma baharu di sekolah (ketika pulang)

1. Sanitasi kelas akan dilakukan oleh guru waktu terakhir kelas.


2. Murid-murid perlu membawa kain atau tisu sendiri untuk mengelap meja bagi tujuan sanitasi.
3. Semua kelas perlu bersedia pada jam 5.20 petang untuk hebahan bergerak balik secara
berperingkat mengikut kelas.
4. Murid-murid dikehendaki mengikut arahan guru dan menjaga jarak sosial ketika bersedia untuk
bergerak.
5. Murid-murid perlu bergerak mengikut laluan dan arah yang telah ditetapkan.
6. Murid-murid dinasihatkan untuk terus pulang ke rumah masing-masing dan tidak berkumpul
atau menyinggah di mana-mana tempat.
7. Murid-murid dinasihatkan untuk mencuci tangan apabila tiba di rumah.

Sekian info, harap maklum.

Anda mungkin juga menyukai