Anda di halaman 1dari 4

SEK. REN.

ARAB JAIM TUN RAZAK


BUKIT KATIL, MELAKA

PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH
1. Menepati masa persekolahan dan masa kegiatan luar
kelas.
2. Murid-murid yang tidak hadir walau sehari pun atau
hendak pulang awal atau cuti tergempar mesti
mengemukakan surat akuan ibubapa, penjaga atau
doktor dan diserahkan kepada Guru Besar atau Guru
Kelas.
3. Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan
sekolah pada waktu belajar dan rehat.
4. Murid-murid mesti berpakaian seragam lengkap.
Kedudukan tandanama berada di atas kedudukan
lencana dengan kedua-duanya berada di bahagian kiri
pakaian seragam.
5. Barang-barang kemas dan berharga tidak boleh dipakai ke
sekolah.
6. Tidak seorang murid pun dibenarkan duduk di dalam kelas
pada masa rehat atau selepas sekolah kecuali ada
kebenaran guru dengan sebab-sebab yang munasabah.
7. Murid-murid mesti makan di kantin dan meletakkan
pinggan mangkuk, sudu dan garfu di dalam bekas yang
disediakan.
8. Murid-murid tidak boleh makan atau bermain di dalam
bilik darjah semasa waktu rehat.
9. Murid-murid tidak boleh membuat bising dan selalu
senyap semasa berada di Pusat Sumber Sekolah dan Bilik
Guru.
10. Apabila murid-murid bergerak dari sebuah bilik ke bilik
yang lain, mereka mesti berbaris dengan senyap dan
berjalan berdua-dua.
11. Murid-murid tidak boleh berlari-lari di tangga atau di kaki
lima sekolah.
12. Perintah-perintah ketua murid dan pengawas-pengawas
yang lain mestilah dipatuhi.
13. Kebersihan bilik darjah, tandas serta kawasan sekolah
adalah tanggungjawab murid juga.
14. Kedatangan adalah wajib bagi latihan permainan sukan
dan kelas tambahan.
15. Benda-benda yang dijumpai mestilah diserahkan kepada
guru bertugas. Sesiapa yang didapati mencuri akan
diambil tindakan sewajarnya.
16. Murid-murid mesti datang lebih awal pada hari Isnin dan
Jumaat sebagai persediaan untuk perhimpunan dan
majlis bacaan Yasin.
17. Pada waktu latihan sukan, permainan dan Pendidikan
Jasmani, murid-murid mestilah memakai pakaian sukan.
18. Murid-murid mestilah selalu ikut perintah, berbudi
bahasa sesama rakan-rakan, guru-guru dan sesiapa
sahaja yang lebih tua sama ada disekolah mahupun di
tempat-tempat awam.
RUKUN ISLAM
1. Mengucap dua kalimah syahadah.
2. Mendirikan solat lima waktu.
3. Menunaikan zakat.
4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
5. Menunaikan haji di Mekah.

RUKUN IMAN
1. Beriman kepada Allah swt.
2. Beriman kepada malaikat.
3. Beriman kepada kitab-kitab suci.
4. Beriman kepada para Rasul.
5. Beriman kepada Hari Kiamat.
6. Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

Anda mungkin juga menyukai