Anda di halaman 1dari 5

LAPORAN ( DOKUMENTASI )

TAKLIMAT LINUS BAGI GURU-GURU PEMULIHAN KHAS


KELOMPOK 11 & 12 DAERAH JASIN 2010
PADA : 05 OKTOBER 2010 ( SELASA ) TEMPAT : S.K. JASIN

1.0 TUJUAN

Tujuan taklimat diadakan bagi memberikan pendedahan khususnya kepada


Guru Pemulihan Khas Daearah Jasin tentang peranan dan tanggungjawab guru
Pemulihan Khas terhadap Program LINUS yang baru diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia bagi murid-murid di Tahun Satu bermula
Januari 2010 menggantikan Program KIA2M yang mana objektifnya adalah
untuk menentukan penguasaan 3M murid.

2.0 LATAR BELAKANG

Taklimat ini merupakan satu program yang dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran
Melaka, Unit Pendidikan Khas khususnya bahagian Pemulihan Khas.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Aziz bin Md. Lani, Ketua Unit
Pendidikan Khas dan memandangkan kesibukkan beliau taklimat telah diambil
alih oleh Pegawai Pemulihan Khas Jabatan Pelajaran Melaka sendiri iaitu
Puan Rogayah binti Omar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada Guru Pemulihan Khas tentang peranan


dan tanggungjawab kepada program LINUS.
3.2 Memberikan garis panduan kepada Guru Pemulihan Khas berkaitan
program LINUS dari segi pelaksanaan dan penilaiannya.
3.3 Menerangkan matlamat dan halatuju program LINUS yang disasarkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

4.0 PENYERTAAN

Taklimat ini telah disertai oleh guru-guru Pemulihan Khas Daerah Jasin dari
Kelompok 11 & 12 iaitu sebanyak 42 buah sekolah.

5.0 ATURCARA PROGRAM

Seperti di Lampiran 1

6.0 KEKUATAN TAKLIMAT

Taklimat ini adalah satu program yang berterusan yang dapat memberikan
maklumat-maklumat terkini berkaitan program LINUS. Ini juga menunjukkan
keperihatinan pihak Jabatan Pelajaran Melaka dalam memperkasakan program
LINUS ini dari segala aspek.
7.0 KELEMAHAN DAN CADANGAN

Terdapat beberapa buah sekolah yang tidak dapat menghadiri taklimat ini dan
tiada wakil guru yang dihantar, sebagai akibatnya maklumat tidak dapat
disampaikan dengan sepenuhnya. Pada masa akan datang taklimat sebegini
dapat diadakan lagi dengan lebih terperinci dan berterusan supaya maklumat
dapat disampaikan secara terus khususnya kepada guru-guru Pemulihan Khas.

8.0 DAPATAN LAIN ( PN.ROGAYAH BINTI OMAR )

8.1 Mengingatkan berkaitan kutipan data DPulih bagi bulan Oktober 2010
yang berakhir 30 Oktober 2010 supaya dapat diisi dan dihantar kepada
Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka.
8.2 Menerangkan kaedah mengisi borang data yang betul kerana masih
berlaku lagi kesilapan apabila dikumpulkan.
8.3 Penggunaan Ujian Instrumen Pelepasan matematik perlu digunakan
oleh setiap guru pemulihan khas bagi menilai prestasi murid pemulihan
khas.
8.4 Menegaskan lagi perlu adanya hubungan antara guru LINUS dan Guru
Pemulihan di sekolah kerana berlakunya pentindihan data maklumat.
8.5 Menegaskan lagi tentang bilangan murid pemulihan di sekolah yang
mana perlu semakin berkurangan dari masa ke semasa dari awal
hingga akhir tahun.

10.0 PENUTUP

Keseluruhannya taklimat ini telah berjalan dengan lancar dengan adanya


kerjasama yang padu di antara pihak-pihak yang terlibat menjayakan program
ini sepenuhnya.

Laporan ini disediakan oleh :

( HAIROL NIZAM BIN SELAMAT )


Ketua Kelompok 12,
Program Kecemerlangan Pemulihan Khas ( PKPK ),
Daerah Jasin, Melaka.
Lampiran 1

ATURCARA TAKLIMAT

2.00 petang - Pendaftaran Peserta.

2.15 petang - Taklimat disampaikan oleh :


Puan Rogayah binti Omar
Penolong Pengarah Pemulihan Khas
Jabatan Pelajaran Melaka

4.00 petang - Sesi Soal Jawab

4.30 petang - Minum Petang & Bersurai


LAPORAN ( DOKUMENTASI )
PERTANDINGAN BACA, EJA DAN KIRA DENGAN TEPAT
MURID-MURID PEMULIHAN KHAS KELOMPOK 11 & 12
DAERAH JASIN 2010
PADA : 14 OKTOBER 2010 ( KHAMIS ) TEMPAT : S.K. JASIN

1.0 TUJUAN

Pertandingan ini diadakan bertujuan bagi mencungkil bakat murid khususnya


murid yang berada di dalam kelas pemulihan disamping mengukur
penguasaan mereka kepada 3M setelah mengikuti kelas pemulihan khas.

2.0 LATAR BELAKANG

Pertandingan ini merupakan aktiviti tahunan setiap kelompok dalam program


PKPK ( Program Kecmerlangan Pemulihan Khas ) Jabatan Pelajaran Melaka.
Dengan adanya pertandingan seperti ini, selain dapat menampilkan bakat dan
keberanian murid, kita juga dapat menentukan penguasaan murid dalam
pemulihan khas selepas mengikuti kelas pemulihan di dalam bilik darjah.
Mereka juga dapat bersaing secara sihat dengan kawan-kawan dari sekolah
yang lain dalam pertandingan selain dapat membentuk keperibadian dan
sahsiah murid itu sendiri.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Dapat mengembangkan bakat murid pemulihan khas.


3.2 Guru dapat mengukur sejauh mana pencapaian dan penguasaan murid
pemulihan khas dalam3M.
3.3 Dapat memberikan galakan dan ransangan kepada murid pemulihan khas
untuk terus maju dalam bidang pelajaran dan mereka ini seiringan dengan
murid-murid di aliran perdana.

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini disertai oleh 3 orang murid dari setiap sekolah yang berada di
dalam kelompok 11 dan 12 program PKPK bagi pertandingan baca, eja dan
kira dengan tepat.

5.0 ATURCARA PROGRAM

Seperti di Lampiran 1

6.0 KEKUATAN

Pertandingan ini telah mendapat sokongan penuh daripada pihak Jabatan


Pelajaran Melaka di bawah Unit Pendidikan Khas dan kerjasama dari semua
guru-guru Pemulihan Khas Kelompok 11 & 12 dan penyertaan murid yang
memberansangkan.
7.0 KELEMAHAN DAN CADANGAN

Memandangkan pada tahun ini tiada peruntukkan yang diturunkan bagi


membiayai pertandingan ini, maka dari segi persiapan dan hadiah kepada para
pemenang tidak dapat diadakan dengan sebaik yang mungkin. Segalanya
diadakan mengikut sumber kewangan yang ada hasil daripada kutipan yang
dibuat oleh guru-guru Pemulihan Khas kelompok 11 & 12. Semoga pada
masa akan datang pertandingan sebegini dapat diadakan lagi dengan lebih
terancang dan jaya dengan harapan pihak Jabatan Pelajaran Melaka terus
menyokong penuh terhadap usaha-usaha yang dijalankan, insyallah.

10.0 PENUTUP

Pada keseluruhannya pertandingan ini dapat dijalankan dengan jayanya hasil


daripada idea dan kerjasama guru-guru Pemulihan Khas Kelompok 11 & 12
dan tidak dilupakan juga pihak Jabatan Pelajaran Melaka dibawah Unit
Pendidikan Khas yang sudi menyediakan para pengadil pertandingan. Semoga
segala usaha yang dijalankan akan mendapat pembalasan yang setimpal
dengan apa yang diusahakan.

Sekian, terima kasih.

Laporan ini disediakan oleh :

( HAIROL NIZAM BIN SELAMAT )


Ketua Kelompok 12,
Program Kecemerlangan Pemulihan Khas ( PKPK ),
Daerah Jasin, Melaka.

Anda mungkin juga menyukai